"Tema persahabatan, kekeluargaan, kisah budak dan binatang kesayangan sememangnya terdapat di merata dunia. Persembahan lukisan komik Atan ini memang menarik."
DATUK MOHAMMAD NOR KHALID (LAT) -Ikon Kartun Terkemuka Tanah Air, Kampung Boy, Town Boy, Mat Som.
-----------------
"Di samping nilai murni dan bahasa yang indah, Ben berjaya menyentuh dan mengundang emosi pembaca untuk menyelami realiti alam komik yang unik. ATAN diolah menggunakan resepi komik yang lengkap: mengandungi imejan dan teks, serta jalan cerita yang menemukan realiti dengan imaginasi dan fantasi."
PROF. DR. MULIYADI MAHAMOOD, Profesor Pengajian Kartun, Jabatan Pengajian Budaya Visual, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM.
-----------------
"Karya dan hasil kerja anak tempatan mendapat pengiktirafan daripada pihak luar adalah sesuatu yang hebat dan patut dibanggakan. Apatah lagi sekiranya karya itu adalah komik. Ia sesuatu yang amat jarang berlaku. Oleh itu, syabas kepada Ben Wong dan karyanya ATAN. Semoga lebih ramai pekomik Malaysia mengikut jejak langkah beliau."
ADI NAZRI, Presiden, Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK).
-----------------
BONUS-BONUS KHAS DALAM ATAN EDISI ISTIMEWA: - TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA BEN WONG. - GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF BEN WONG SEMPENA MAJLIS THE 8TH INTERNATIONAL AWARD DI TOKYO. - SKETCHES, ARTWORK, DAN PIN UP ESKLUSIF ATAN. - GREETINGS & TRIBUTE ARTWORKS DARIPADA ARTIS-ARTIS KOMIK JEMPUTAN.
Ben Wong ( 王忠豪) atau lebih dikenali sebagai Ben, bukan satu nama asing di persada komik tempatan. Beliau adalah artis komik tempatan pertama yang memenangi anugerah International Manga Award di Jepun pada tahun 2007. Sebelumnya, beliau juga popular dengan beberapa siri komik yang diterbitkan oleh majalah komik tempatan.
Komik yang sangat menarik dan mempunyai nilai-nilai murni.. Mampu menyentub dan mengundang emosi pembaca.. Persahabatan antara Atan (kerbau) dan Hasbi sangat erat..
Membaca komik ini, kita akan dibuai dengan kisah persahabatan seorang kanak-kanak bernama Hasbi dan kerbaunya Atan di Kampung Buana Tunggal. Selain Atan, Hasbi juga berkawan dengan Aniqah dan Anisah, jiran merangkap rakan sekelas.
Saya tak pandai untuk komen style lukisan tetapi apa yang cuba disampaikan memang sampai. Kita dapat merasakan emosi Hasbi naik dan turun. Perasaan seram juga timbul semasa Atuk cuba 'menggoreng' Atan dengan kisah bomoh misteri. Paling saya suka scene pertempuran Atan dengan makhluk sungai.
Untuk edisi istimewa sempena kemenangan pelukis komik Ben Wong pada 2015, dua siri komik Atan digabungkan menjadi satu. Turut disertakan temubual bersama Ben Wong dan gambar-gambar di sekitar The 8th International MANGA Award. Di akhir komik ini, terharu pula membaca ucapan tahniah daripada pelukis komik lain.
Tahniah buat Ben Wong dan Komik M (walaupun agak terlambat ucapan ini) dan semoga terus bersemangat menghasilkan komik yang berkualiti!✨️
Siapa yang tak kenal Ben Wong. Mula digilai peminat komik tempatan apabila mula berkarya dalam majalah Starz. Sebut saja Ben, pasti akan terbayang Fatal Chaos, Le Gardenie dan beberapa lagi karya one shot beliau. Le Gardenie telah berjaya memenangi International Manga Award. Bukan pencapaian yang biasa-biasa. Namun beliau mengambil langkah meninggalkan Gempakstarz untuk menerbitkan majalahnya sendiri. Setelah lama bergerak secara bebas, beliau kini berkarya di bawah Komik-M. Atan merupakan salah satu karya beliau di dalam Komik-M. Mengisahkan seorang budak lelaki yang begitu rapat dengan kerbau belaan ayahnya yang bernama Atan. Kalau anda ingat cerita Pusaran dalam matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5, cerita Atan ni lebih kurang cerita itu la. Cerita digarap dengan baik, namun masih lagi boleh diduga. Stroke lukisan beliau nampak semakin matang. Pewarnaan pula kena dengan suasana kampung yang ingin diterapkan dalam komik ini. Ben Wong mengambil langkah yang berani, menyertai Komik-M dan menghasilkan karya yang berlatarbelakangkan Melayu dan Islam. Memang lain benar kalau nak dibandingkan dengan karya beliau dulu. Namun, risiko ini mendatangkan hasil apabila beliau sekali lagi memenangi International Manga Award. Bukan biasa-biasa. Keseluruhan, menghiburkan. Rating 4/5. Gambar dekat bawah ini Atan Edisi Khas sempena kemenangan Ben Wong dalam International Manga Award. Wajib beli kerana diselitkan pelbagai cerita belakang dari Ben sendiri serta ucapan-ucapan tahniah dari kartunis tanah air dari pelbagai latar belakang. Versi yang asal, ada dua volume. Dan tak setebal yang edisi khas ini. Komik dah lama, tak pasti ada lagi dijual di kedai buku. Boleh cari di Shopee, harga pun lebih murah.
"Atan tak sama macam Hasbi. Hasbi ada masa depan yang cerah. Atan hanya seekor kerbau yang semakin tua. Sudah tak mampu lagi kerja kuat macam dulu. Sudah ditakdirkan ke mana atan akan pergi selepas ini. Sekurang kurangnya pengorbanan Atan dapat membantu Hasbi sekeluarga"
Komik yang penuh dengan nilai murni dan pengajaran. Bersetting kan tempat di kampung dan sawah padi, memang dapat rasa perasaan dan feeling yang ingin disampaikan oleh penulis. RIP Atan
Macam biasa buku ben wong nih memang best, tak pernah tinggal satu pun buku dia memang best lah sebab dia macam ada kaitan dgn datuk lat sikit tuh yang best.