Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Thriller

Projek Thriller: VAPE

Rate this book
Definisi
Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri.

1 ) Nyamuk
Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad

2) Pendekar
“Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh mengubah Rajawali jadi tempat yang dia impikan ya?” Lelaki yang berkot labuh dan bercerut itu melangkah sambil diapit dua orang lelaki bersenjata yang kelihatan seperti pegawal peribadinya.- Helmi Effendy

3) Alfian dan Dunia Misterius
"Dalam Venom ada bahan kimia yang telah ditemui oleh saintis Barat. Teknologi ini telah bocor dan dihasilkan secara lebih murah dan banyak di China." - S.Kausari

4) Kod
Dia hanya sebahagian dari ‘produk’ kami. Kod 1209 berdarah O. Kami dapat hasilkan banyak keluaran baru dengan hanya seorang manusia yang berdarah O. Budak-budak aku bawa dia ke sini semalam. Baru hari ni aku tengok dia.”- Syasya Bellyna

560 pages, Paperback

First published January 31, 2017

Loading...
Loading...

About the author

Zaifu Zaman Ahmad

48 books37 followers
Anak kelahiran Muar, Johor ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sri Rusa, Port Dickson dan Sekolah Menengah Tengku Mahkota, Muar, Johor. Minatnya dalam penulisan kreatif bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya, dia menulis hanya untuk main-main sahaja tetapi apabila mendapat galakan dari ibu bapa dan kawan-kawan, barulah beliau berani menghantar karya-karya ke syarikat-syarikat untuk diterbitkan. Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penulisan novel bermula pada tahun 1994.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (43%)
4 stars
12 (37%)
3 stars
3 (9%)
2 stars
2 (6%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Haliza.
81 reviews
February 2, 2017
PROJEK THRILLER VAPE
1)NYAMUK - Zaifuzaman Ahmad
Sekumpulan ank muda bertindak nekad membekalkn maklumat kpd org ramai melalui blog ttg satu pertubuhan yg mengancam org melayu. Sayangnya usaha mereka ditentang secara halus apabila srg demi seorg ahli mereka ditimpa masalah melibatkn polis krn mereka bertindak membunuh ahli keluarga tanpa disedari akal waras mereka.

Pengkhianatan mmg menyakitkan. Sampai skrg sy terkesan dgn novelet nie huhuhu

#bukuprima #projekthrillervape #nyamuk #zaifuzamanahmad #trillerthrill

2)PENDEKAR - Helmi Effendy
Lagi novelet ttg pengkianatan. Kematian Ibu & ayah Amir Taufik akibat dibunuh membawa dirinya merantau selama 3thn utk mempelajari ilmu silat dgn semangat berkobar utk membalas dendam. Sekembalinya beliau kepangkuan akknya menjdkn beliau secara tidak langsung sebagai adiwira krn Rajawali yg ditinggalkan beliau sudah tdk aman lg, atas galakan abg iparnya. Amir Taufik adiwira yg bergelar Pendekar diancam oleh Geng Naga Merah yg dimiliki oleh Pengeran Asmarani, dlm menegakkan keadilan. Tanpa Amir Taufik sedari ada rahsia yg lbh besar diblkg ancaman yg dia hadapi skrg.

#bukuprima #projekthrillervape #pendekar #helmieffendy #thrillerthrill

3)ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS - Salleh Kausari
Adli yg bersikap sambil lewa ketika kerja, telah dipecat oleh ketuanya. Stress dgn nasib yg menimpa membawa Adli ke kedai hp utk topup hp disamping membeli perisa vape yg baru setelah dicadang oleh penjual tersebut. Setelah mencuba perisa baru beliau secara tiba2 mendpt panggilan tel n bergegas kembali ke pejabat. Di sana beliau telah menembak ketuanya dan beberapa org pekerja sblm membunuh dirinya. Apakah sebenarnya terjd n apa kaitan kisah Adli n kisah Alfian yg boleh ke dunia misterius selepas membaca.

#bukuprima #projekthrillervape #alfiandanduniamisterius #skausari #thrillerthrill

4)KOD - Syasya Bellyna
Kod membawa kita mencari jawapan kpd aktiviti satu pergerakan antarabangsa n tempatan yg mempunyai rancangan jht demi mengaut keuntungan. Kekerapan org hilang yg semakin meningkat membuatkn Zaifuz n Amzee buntu menjalankn siasatan. Zaifuz tmbh tertekan apabila saksi juga turut hilang termasuklh adk dia Marwah, dlm menjejak Marwah pelbagai rahsia adknya yg x terduga terdedah. Siapakah Marwah yg kelihatan bkn seperti org baik ? Ada ancaman besar yg sdg berluasan sdg mereka siasat, ramai nyawa yg tdk berdosa menjd taruhan. Mereka yg terlibat dlm penyiasatan juga bersabung nyawa tanpa mereka ketahui ada kepala kejahatan berhampiran mereka.

#bukuprima #projekthrillervape #kod #syasyabellyna #thrillerthrill

Keseluruhan mmg best wlupun kdg2 vape tu mcm kurang menonjol. Sy plg suka KOD mcm tgk movie rasanya, pasal ribut, sains, ujikaji, g dr satu negara ke satu negara, ada watak yg menyamar, ada seksaan yg mengerikan mmg bestlh. Semoga bertemu semula dgn karya mereka yg akan datang, selamat menulis.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,576 reviews1 follower
March 22, 2017
Ohsem..
Subjek dia vape (rokok elektronik)..
4 gaya cerita yang berbeza dengan subjek yang sama..
4 kisah thriller yang ohsem..
Gabungan penulis yang mantap..
Profile Image for Qayiem Razali.
933 reviews91 followers
February 17, 2017
#24
1. Projek Thriller : VAPE merupakan naskhah thriller yang saya kira terbaik dan kena dengan jiwa saya.

2. Nyamuk nukilan Zaifuzaman bagi saya punya jalan cerita yang menarik. Entah kenapa saya lebih suka kalau penulis ini memilih genre ini berbanding seram. (4 bintang)

3. Pendekar nukilan Helmi yang paling saya minati. Kisah adiwira tapi versi tempatan memang terbaik. Mungkin penulis boleh jadikan cerita Pendekar sebagai sebuah novel suatu hari nanti. (5 bintang)

4. Alfian dan Dunia Misterius nukilan S. Kausari membawa kita mengenal Alfian dalam pelbagai watak menerusi novel-novel yang dibacanya. Menarik bagi saya sebab kita dapat rasa pelbagai jalan cerita. (4 bintang)

5. Kod karya Syasya juga kisah yang punya jalan cerita menarik. Saya juga lebih gemar kalau cerita ini dijadikan sebuah novel penuh. (4 bintang)

TAHNIAH buat semua penulis!!!
September 27, 2026
Secara jujurnya saya memang tidak berkenan dengan apa sahaja yang berkaitan dengan ' rokok, rokok elektronik(vape), cerut dan seumpama dengannya '.

Entah mengapa pihak penerbitan memilih Vape untuk tema kedua Projek Ngeri ini, saya cuma terfikir adakah para penulis mengikuti tema yang ditetapkan memandangkan ianya sedikit berat untuk menggunakan vape sebagai tema utama dengan kengerian.

Sebenarnya saya amat menyukai membaca nukilan penulis mengenai dari mana mereka mendapatkan ilham cerita. Dari dahulu saya memang menggemari untuk membacanya, tidak kiralah penulis mahupun pelukis sama ada tempatan ataupun luar negara(misalnya komik Jepun).

NYAMUK - ZAIFUZAMAN AHMAD ⭐️⭐️

Cuma kurang disukai adalah si pengkhianat yang tergamak mengkhianati kawan-kawan demi rawatan ibunya, tergamak dia menganiaya dan mengorbankan teman sendiri demi kepentingan peribadi.

Memanglah ibu tiada galang gantinya namun teman sukar dicari, harga bayaran di atas pengkhianatan menyebabkan kehidupannya tidak bebas seperti dahulu dan sentiasa dipantau pertubuhan tersebut.

Walau terdesak sekalipun bukan bermakna kamu sanggup mengkhianati kawan dan juga bangsa, sudahlah matlamat asal kumpulan mereka mahu membongkar dalang di sebalik yang berhasrat mahu memusnahkan bangsa melayu.

Namun disebabkan pengkhianatan si pembelot membuatkan kawan-kawannya menjadi pembunuh dan ada yang terkorban kerana kepentingan sendiri, apakah hukum duit itu yang mahu digunakan untuk rawatan ibunya jika menganiaya orang lain.

Duit itu sudah dikira haram dan duit yang dikotori dosa mahu digunakan untuk menyembuhkan penyakit ibunya, saya menyampah dengan watak pengkhianat itu dan dia tidak layak mahu memarahi pertubuhan itu.

Dia merelakan diri dipergunakan semata-mata kerana terdesak memerlukan duit, manusia yang terdesak memang sanggup mengorbankan apa sahaja termasuklah akidah, agama, maruah, nyawa, keluarga, kawan-kawan dan insan yang dicintai.

Itulah kelemahan manusia yang dipergunakan pertubuhan itu, sepatutnya dia boleh menolak namun dia memilih untuk membelakangkan kawan-kawan lalu mengkhianati mereka demi duit haram. Itukah nilai persahabatan yang sebegitu murah dan tidak bernilai langsung.

Walaupun pada akhirnya Riza dan Hafizi menyedari saat akhir siapakah dalangnya namun segalanya sudah terlambat, mereka di perangkap dan ditangkap tanpa dapat membela diri. Tidak berguna jika pengkhianat mahu merancang mahu menjatuhkan pertubuhan itu, kerana kawan-kawannya sudah mengetahui dia adalah pengkhianat.

Sepatutnya membiarkan rancangan asal Danial iaitu mendekati pertubuhan kejahatan itu dengan menyamar sebagai ahli mereka, merancang menyerang dari dalam namun disebabkan pengkhianatan salah seorang telah merosakkan kesemuanya. Tiga ditangkap polis, seorang terkorban dan dua ahli keluarga terbunuh akibat pengkhianat.

Di manakah terletaknya kemanusiaan pengkhianat setelah menyebabkan kejadian ini berlaku, tiga nyawa malang tidak bersalah terkorban angkara pembelot. Tiadakah secebis perasaan berdosa mahupun bersalah di hati setelah apakah yang dilakukan, demi menyelamatkan ibunya dia sanggup mengorbankan tiga nyawa dan empat insan.

Punca penyebab kepada semua permasalahan disebabkan kesemua mereka penghisap vape, sebab itulah segala masalah ini berlaku dan diambil kesempatan oleh pertubuhan itu dengan masukkan sesuatu ke dalam vape tersebut.

Jika mereka tidak menghisap vape atau seumpamanya, sudah tentu rancangan pertubuhan itu menemui kegagalan. Satu sahaja yang saya bersetuju dengan pandangan penulis mengenai bangsa melayu yang menguasai segala kemakmuran dan jenayah yang berlaku.

Bangsa melayu selalu menduduki carta teratas angka pertama dalam maksiat, jenayah, dadah, porno, penyakit, kegemukan melampau, lgbt dan lain-lain. Memang memalukan sungguh bangsa melayu yang kini memang sudah pun layu, umpama bunga yang telah layu.

Mengapa tajuk cerita ' Nyamuk ' digunakan akan terjawab di pengakhiran bab, senang benar penulis memilih ' Nyamuk ' sebagai judulnya.

(Nota Kaki : Namun penulis sendiri terlupa dan terlepas pandang bahawa merokok pun tidak elok dari segi kesihatan, banyak kali diselitkan babak watak perokok merokok. Bangsa melayu pun kaki merokok sebab itulah penyakit, selain tidak menjaga pemakanan mereka. XD)

PENDEKAR - HELMI EFFENDY ⭐️

Saya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa menghasilkan tema vape dengan ngeri sememangnya susah, biarpun saya sendiri bukannya penulis namun terasa ianya satu cabaran yang agak sukar.

Penulis memang tidak lari dari menggunakan latar belakang yang dari dunia rekaan sendiri, rasanya hampir kesemua karyanya menggunakan latar tempat yang sama. Entah mengapa penulis tidak pernah menggunakan latar sebenar dunia nyata yang sedia ada.

Ketika saya membaca sehingga babak Amir Taufiq yang kembali setelah 3 tahun belajar ilmu persilatan, di mana dia terkejut mengetahui satu-satunya kakaknya, Sufi Anis telah berkahwin sepanjang ketiadaannya.

Saat itu hati saya terdetik lalu teringatkan ada cerita di mana kakak watak utama berkahwin dengan musuh, demi memastikan gerak hati saya betul dan ternyata memang cerita ini yang dimaksudkan.

Sejujurnya saya sendiri tidak mengingati langsung jalan ceritanya apatah tajuknya, manalah disangka cerita ini rupa-rupanya yang difikirkan. Jika watak musuh mendekati dengan mengahwini ahli keluarga atau orang sekeliling, bukanlah perkara baharu.

Selepas saya selesai membaca cerita ini, ianya sangat mengecewakan kerana watak pendekar ini memang digambarkan memiliki pendengaran yang tajam dan mempunyai kekuatan yang hebat. Namun otaknya lembap berfikir dan tidak pandai menggunakan akal.

Mengapalah wataknya teramat lembap, sepatutnya dari awal dia sudah menyedari dan mencurigai orang sekelilingnya terutamanya abang iparnya, Amru? Bagaimana penjahat boleh mengetahui keberadaan dia di panggung wayang, malah nama adik-beradik yang bersamanya ketika itu juga diketahui? Malah nama sebenar pendekar juga, kalau bukannya Amru siapa lagi!!?

Malah mereka juga mengetahui kelemahan baju hitam pemberian Amru, banyak kali pembayang ditinggalkan dari perbualan penjahat namun Amir Taufiq sangatlah lembap untuk menyedarinya. Sehinggalah Amru berpura-pura ditangkap, barulah terbongkar segalanya.

Pada saya tidak mengejutkan mengenai dalangnya kerana dari awal, saya sudah mencurigai watak Amru dan syak wasangka kian bertambah apabila kali penjahat menyatakan seolah-olah sudah mengetahui identiti sebenar pendekar.

Penulis menerapkan Marvel Adiwira di dalam cerita ini, terutamanya Amir Taufiq menjadi seorang wartawan jenayah dan pada masa yang sama sebagai pendekar. Bandar juga adalah dunia rekaan penulis, saling tidak tumpah seperti adi wira terkenal Marvel.

Pendek kata yang saya tidak menyukainya adalah lurus bendul watak Amir Taufiq yang tidak menggunakan otaknya dari awal, terlalu mudah mempercayai orang luar yang baru dikenali. Itulah kelemahan beliau, selain menceritakan kesemuanya kepada Amru termasuklah mengenai Huraiya yang meminta pertolongannya.

Sama seperti karya beliau yang lain, watak-watak tidak mengikut ajaran islam sebenar terutamanya ketika Huraiya memeluk Amir Taufiq di khalayak ramai tanda berterima kasih. Selain mereka ada berpegangan tangan, malah ketika pendekar tercedera disebabkan racun.

Dia telah datang ke rumah Huraiya pada waktu malam dan tidak sedarkan diri sehinggalah keesokan harinya, boleh ditangkap basah kerana berdua-duaan walaupun adanya adik Huraiya. Lagipun dia masih budak bawah umur.

ALFIAN DAN DUNIA MISTERIUS - S. KAUSARI ⭐️⭐️⭐️

Apabila penulis memilih karya ini untuk dimasukkan ke dalam Projek Ngeri, membuatkan saya terfikir dan tertanya-tanya apakah projek yang tidak jadi malah dibatalkan itu? Adakah ianya projek dari syarikat penerbitan yang sama?

Namun begitu, penulis telah menambahkan baikkan jalan cerita dengan diselitkan kisah vape di celah celah dunia mimpi Alfian@Pian. Biarpun cerita ini lebih banyak ditumpukan sepenuhnya kepada dunia bukunya, melihatkan tajuk cerita pun sudah boleh mengagaknya.

Dunia mimpi Alfian bermula sejak mengutip sebuah buku yang nyaris dibakar dan dibuang jirannya, itulah saat di mana beliau tertarik dengan buku lalu tidak sabar membacanya biarpun usianya belum memasuki tadika.

Cuma sayangnya bab terakhir tidak dapat dibaca kerana terbakar, membuatkan Alfian kesedihan namun setelah dipujuk emaknya maka dia semakin bersemangat mahu membaca lebih banyak buku dan memikirkan sendiri bagaimana penamat sebenar buku itu.

Semenjak dari itu, Alfian menjadi ulat buku sehinggalah ke dewasa dan selalu hanyut dalam dunia buku lalu terbawa bawa ke alam mimpi. Dia selalu membayangkan dirinya adalah watak utama dalam novel, menghairankan Tuti kerapkali muncul di dalam mimpinya sebagai watak utama perempuan.

Begitu juga dengan Badrun, budak nakal yang dikenali sejak tadika juga selalu muncul dalam dunia mimpinya. Adakalanya sebagai penjahat, sama seperti dunia nyata dia memang penjahat pun dan akhirnya ditangkap polis.

Alfian terheret di dalam masalah vape perisa baharu Venom yang telah diharamkan pihak berkuasa kerana seseorang telah membunuh rakan sekerja sebelum membunuh dirinya selepas menggunakan vape baharu itu.

Watak Alfian yang digambarkan suka berangan-angan sampai ke alam mimpi, membuatkan saya tersenyum dan tercuit. Mengingatkan kepada diri saya yang suka berangan-angan, cuma bezanya saya tidak membayangkan diri sebagai watak yang sedia ada di dalam cerita.

Sebaliknya saya mencipta watak sendiri sebagai sebahagian dari jalan cerita, rasanya sejak dari kanak-kanak sudah bermula dan tabiat itu kekal sehinggalah sekarang. Terutamanya ketika menonton animasi, membaca komik mahupun novel.


KOD - SYASYA BELLYNA ⭐️⭐️

Cerita ini memang lari dari tema utama yang ditetapkan, vape cuma ditunjukkan pada babak mangsa yang diculik ketika menghisap vape dan syarikat kecantikan terkenal Royal Empire mengeluarkan vape berperisa.

Hanya dua babak semata-mata mahu menunjukkan vape dan tidak berkaitan dengan tema, jalan cerita banyak menumpukan lebih kepada kabut debu hijau ketika ribut taufan melanda negara Kanada.

Pendek kata semasa permulaan cerita menunjukkan muzium, identiti mumia yang sebenarnya manusia hidup yang diawetkan. Kemudian kes penculikan kian menjadi jadi sehinggalah adik perempuan Zaifuz (entah mengapa nama watak ini mengingatkan saya kepada penulis seram terkenal, Zaifuzaman Ahmad pula).

Lepas itu watak Michelle Lock yang menjadi pengintip untuk Azmeez selama ini, pengkhianat Daisy yang berpaling tadah dari Fahmi. Rahsia terbesar barangan terbaharu di pasaran yang dikeluarkan Royal Empire.

Semuanya berkaitan dengan kabut debu hijau dan taufan yang melanda Kanada pada 2014, gara-gara Daisy membawa balik debu itu membuatkan semua ini terjadi lalu mengheret Marwah dan membongkar identiti sebenarnya.

Hanya satu sahaja yang kurang disenangi dan tidak disukai saya iaitu setelah mengetahui Marwah bukannya adik kandung Zaifuz, sekadar anak angkat yang dibela namun kurang manis mereka tinggal serumah jika mereka bukannya adik-beradik susuan.

Ianya dikira bersekedudukan dan boleh ditangkap basah jika diserbu jabatan agama islam, sepatutnya penulis menukar perhubungan sebagai suami isteri ataupun adik-beradik kandung/susuan. Semasa babak mereka bertemu kembali, bukan main berpelukan walhal mereka bukannya mahram.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
545 reviews45 followers
July 31, 2026
Nyamuk

Sekumpulan remaja sedang menyiasat kumpulan kultus yang dikatakan mempengaruhi anak Melayu dengan aktiviti yang sangat mencurigakan. Namun, sedang mereka dalam proses menyiasat salah seorang daripada mereka dikatakan telah membunuh adiknya sendiri.

SH sukakan pertanyaan daripada Riza mengapakah anak Melayu sering menjadi sasaran kepada perkara-perkara begini. Seolah-olah ada yang tidak senang membiarkan anak muda Melayu menjadi manusia yang berjaya. Dan sudah tentu yang menjadi umpan adalah perkara yang menyeronokkan dan melalaikan.

Biasanya dadah menjadi pemangkin kepada kehilangan sihat seorang manusia sebagaimana yang berlaku kepada rakan-rakan Riza. Namun, SH suka apabila penulis lari dari kebiasaan ini. Memasukkan unsur mistik ke dalam cerita ini.

Membuat pilihan antara keluarga dan teman sememangnya sulit. Apatah lagi pilihan itu bakal membawa masalah kepada pihak yang tidak dipilih. Antara moral dan kasih sayang salah satu harus dikorbankan. Geram SH dengan dalang tersebut yang sangat bijak menggunakan kelemahan orang lain.

Pendekar

Selepas tamat perguruannya dengan Tok Tua, Amir Taufiq pulang ke Bandar Rajawali. Ternyata kepulangannya kali ini bakal merubah hidupnya. Dengan ilmu yang dipelajarinya, dia nekad membantu penduduk bandar tersebut yang ditekan oleh sekumpulan penjenayah Geng Naga Merah. Pelbagai perkara dilakukan oleh kumpulan tersebut untuk memastikan Amir Taufiq menyerah daripada melakukan tugas tersebut.

Perguruan yang dimulakan dengan dendam yang membara akhirnya digunakan untuk membantu insan lain. SH suka apabila Amir Taufiq tidak larut dalam dendamnya kepada insan misteri yang telah membunuh kedua orang tuanya.

Yang sukakan aksi pertarungan, cerita ini padat dengan pelbagai aksi pertempuran. Dari awal lagi sudah dimulai dengan pertempuran antara Amir Taufiq dan Tok Tua.

Alfian dan Dunia Misterius

Alfian, seorang kanak-kanak yang membesar dalam keluarga yang bermasalah. Dan dia menemui kegembiraannya dalam bentuk buku. Sikap itu dibawa hingga dewasa. Buku mampu membuatkan Alfian bermimpi dan masuk ke dunia baru.

Sikap suka membaca Alfian sememangnya patut dipuji. Namun dek keasyikannya dengan dunia itu, dia terlupa akan dunia nyata. Dia sering menyendiri hingga lupa bagaimana hendak berinteraksi dengan manusia lain. Dia mudah gugup dan menggelabah jika bertemu insan lain. Lagi-lagi Tuti si gadis idaman hati.

Kod

Zaifuz yang sedang menyiasat sebuah kes, dihadapkan pula dengan kehilangan adiknya Marwah. Marwah yang mempunyai identiti rahsia lain yang turut tidak diketahui oleh Zaifuz telah menjadi mangsa penculikan sekumpulan manusia yang sedang berekperimen ke atas manusia lain.

Cerita ini menarik namun SH rasa kurang kena dengan tema vape. Vape hanya muncul di awal cerita. Yang lain banyak melibatkan kabut debu.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
August 1, 2019
4 Cerita ...berlandaskan satu benda yang sama iaitu Vape..

1 ) Nyamuk
Bila mana wang diperlukan untuk merawat insa yang tersayang ,Persahabatan pun sanggup dikhianati.Yang menjadi mangsa pula tanpa sedar telah meragut nyawa ahli keluarganya.

2) Pendekar
Hanya kerana berbeza keturunan dan pangkat.Dendam disimpan sehingga ke sudah yang mana akhirnya menjadikan kehidupan yang lain menjadi mangsa.

3) Alfian dan Dunia Misterius
Hidup dalam dunia khayalan sehingga tanpa sedar dia semakin jauh dari orang keliling.Bila dia mula bergaul satu tragedi besar terjadi.

4) Kod
Bila manusia mula lupa asal usulnya sehingga berani melawan ketentuan Tuhan. Ramai yang menjadi mangsa namun hanya darah seseorang mampu mengubatinya.


Profile Image for _nadiasw303.
86 reviews1 follower
August 20, 2025
📖 Ulasan Buku
Rating: ⭐️⭐️⭐️⭐️.3/5

Buku ini menghimpunkan empat kisah berbeza yang masing-masing ada kaitan dengan tema vape. Namun, selepas membaca keseluruhan cerita, saya merasakan vape di sini bukan sekadar rokok elektronik semata-mata. Ia lebih kepada lambang “sedutan bendasing” yang memberi kesan besar kepada tubuh, fikiran, malah kehidupan wataknya.

𝐍𝐲𝐚𝐦𝐮𝐤 - 𝐙𝐚𝐢𝐟𝐮𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝
Empat sahabat ; Riza, Hafizi, Wirna dan Daniel -cuba membongkar kegiatan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan bangsa Melayu. Namun, perjalanan mereka bertukar tragedi apabila Hafizi terjebak dalam pembunuhan adiknya sendiri. Daniel pula mula bertindak di luar kawalan. Persoalannya: adakah mereka sempat menyingkap rahsia di sebalik kejadian ini, atau sebenarnya ada pengkhianatan dalam persahabatan mereka? Vape ‘nyamuk’ di sini bukanlah vape biasa…

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤𝐚𝐫 - 𝐇𝐞𝐥𝐦𝐢 𝐄𝐟𝐟𝐞𝐧𝐝𝐲
Amir Taufiq, pemuda biasa yang digalakkan abang iparnya untuk menjadi “Pendekar Rajawali”, tampil dengan busana Melayu dalam misi menentang Pangeran Asmarani, ketua Geng Naga Merah. Ketika menyiasat kes kehilangan mayat, Amir mendapati ada konspirasi besar: e-juice vape digunakan sebagai medium ilmu pukau. Pertemuannya dengan Huraiya, yang sedang mencari pembunuh adiknya, Aziz, menambah warna pada cerita. Namun, mampukah Amir menyelesaikan misinya tanpa dikhianati orang terdekat?

𝐀𝐥𝐟𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐮𝐬 - 𝐒. 𝐊𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫𝐢
Alfian si ulat buku sentiasa “terperangkap” dalam dunia misterius setiap kali selesai membaca. Dunia ini mempertemukannya kembali dengan dua rakan lamanya, Tuti dan Badrun. Dalam diam, Alfian menaruh hati pada Tuti. Suatu hari, perjalanannya ke dunia misterius menyelamatkan dia daripada maut. Di era Alfian, vape diharamkan, tetapi muncul pula Vape Venom yang berbahaya -menjadikan penyedutnya seperti boneka mengikut arahan orang lain. Apakah sebenarnya dunia misterius bagi Alfian, realiti atau sekadar bayangan?

𝐊𝐨𝐝 - 𝐒𝐲𝐚𝐬𝐲𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐥𝐲𝐧𝐚
Zaifuz, seorang anggota polis, terlibat dalam kes orang hilang. Konflik memuncak apabila adiknya, Marwah, turut diculik. Dalam usaha menyelamatkan Marwah, Zaifuz menemui banyak persoalan baharu – apakah perkaitan Daisy, Sakura dan Fahmi dalam kes ini?

‘Kod’ di sini sebenarnya bukan berkaitan dengan vape sebenar. Ia adalah sedutan bendasing yang dikutip daripada fenomena alam, dan mampu memberikan keistimewaan biologi kepada sesiapa yang menyedutnya. Sepatutnya golongan ini dilindungi, namun ada pihak yang cuba menyalahgunakan keistimewaan tersebut.

--------------------------------------
✏️Gabungan misteri, aksi, fantasi dan konflik peribadi menjadikan 4 kisah ini unik serta penuh dengan kejutan. Walaupun berbeza gaya, setiap kisah tetap meninggalkan persoalan dan renungan tersendiri kepada pembaca. Recommended!
Profile Image for Hamidah Effendi.
731 reviews13 followers
November 9, 2025
Ulasan Buku: Projek Thriller – Vape
oleh Zaifuzaman Ahmad, Helmi Effendy, S. Kausari & Syasya Bellyna

Antologi ini menghimpunkan empat kisah thriller bertemakan vape, tetapi setiap satu membawa gaya dan misteri tersendiri.

🔹 Cerita pertama menyorot usaha sekumpulan anak muda membongkar sebuah gerakan rahsia yang kononnya menguasai dunia. Namun, di sebalik perjuangan itu wujud musang berbulu ayam — pengkhianat dari dalam yang membunuh kerana masalah peribadi.
🔹 Cerita kedua pula berkonsepkan superhero Malaysia dengan gaya seperti Batman. Diselit unsur sejarah dan pesan berhati-hati dengan musuh yang menyamar sebagai keluarga & sahabat.
🔹 Cerita ketiga berkisahkan Alfian, seorang pencinta buku yang terselamat daripada racun minda — hasil minatnya terhadap pembacaan. Idea unik ini menjadikan kisahnya berbeza daripada yang lain.
🔹 Cerita keempat mengisahkan sebuah senjata rahsia yang mampu sama ada menyelamatkan atau memusnahkan dunia. Jawapan sebenar hanya terbongkar di penghujung cerita.

Secara keseluruhan, antologi ini menarik dengan gabungan aksi, konflik keluarga, misteri dan pengkhianatan. Walaupun ada beberapa bahagian terasa pelik — mungkin akibat kesilapan kecil atau plot yang terlalu eksperimental — tema vape digunakan dengan kreatif sebagai alat kawalan dan pembunuhan.

📌 Kesimpulan:
“Projek Thriller: Vape” mengingatkan pembaca bahawa dalam dunia penuh rahsia ini, **musuh sebenar mungkin berada paling dekat dengan kita. Tiada siapa yang boleh dipercayai.”
Profile Image for Vida Ariff.
254 reviews
November 30, 2025
4 kisah dalam satu naskhah, yang ditulis oleh 4 penulis berbeza.

Vape dijadikan sebagai objek penting yang muncul pada setiap kisah.

Cerita kegemaran saya? Kisah Pendekar karya Helmi Effendy. Kisah yang boleh dikembangkan dan watak yang berpotensi diangkat menjadi adiwira sebaris dengan adiwira populardalam dunia perbukuan tempatan seperti Laksamana Sunan dan Nirnama.

Selain itu, kisah Kod memberi jalan cerita yang kompleks dan sangat menarik jika diangkat ke dunia filem dengan visual yang pasti memukau.
Profile Image for Najwa Azrin.
181 reviews1 follower
June 26, 2026
Terdapat 4 buah novelet kesemuanya dan memiliki sentuhan jalan cerita yang tersendiri dan membuatkan saya ingin segera menghabiskan untuk mengetahui pengakhiran setiap kisah tersebut.

Kisah pertama mempunyai sentuhan unsur gore thriller kerana ada elemen pembunuhan terhadap orang yang rapat dengan pembunuh itu sendiri, cukup sedih pabila membayangkannya.

Kisah kedua mempunyai sentuhan sejarah dan keperwiraan dan bagaimana watak utama menyelesaikan masalah atau punca utama kepada semua jenayah di tempat beliau menetap.

Kisah ketiga mempunyai sentuhan dunia fantasi dan realiti yang bercampur-aduk tapi masih boleh dibezakan dengan baik dan buatkan kita turut bersama bermimpi dengan watak utama.

Kisah keempat mempunyai sentuhan genre sains fiksyen yang membolehkan kita menjadi seorang saintis buat seketika sepanjang menamatkan novelet terakhir ini.

Sungguh mengujakan!
Displaying 1 - 10 of 10 reviews