Elan bukan sembarangan remaja - bijak, kreatif dan pandai berdikari biarpun bersikap agak dingin. Dialah antara game tester terbaik syarikat tempatnya bekerja. Suatu hari dia ditawarkan sertai permainan siber iaitu Digital Gladiator...
Dalam dunia Digital Gladiator, segala-galanya boleh berlaku. Semua orang berpeluang mencapai kemenangan. Pertarungan hebat antara dua watak bakal tercetus... Siapa sang juara & siapa lak pedajalnya?
Satu kelebihan kalau pandai main game. Itu kira skill la tu. Kita ni main game ular dekat telefon pun kalah cepat inikan pulak nak main game yang jenis lain-lain. Kalini dalam komik User Jilid 1 -- Elan sebagai watak utama. Seorang budak lelaki yang masih bersekolah. Tapi, dia ada buat part time job as a gamer (jika saya tak silap). Jenis tak bergaul dengan orang, rasa macam life dia tu hambar.
Sampailah ada satu hari tu, dia dapat satu device yang memerlukan dia bermain game dan keluar berjumpa dengan orang. Dan yang paling penting kalahkan orang tu dan dapatkan senjata pihak lawan. Permainan macam ni kena guna pemikiran yang pantas. Lambat fikir memang kena la. Okay la fun juga layan Elan lawan pihak lawan. Cumanya nak tahu juga siapa dalang di sebalik semua ni.
Setakat ni best. Cuma karakter Elan ni macam patung tak bernyawa haha. Dia kalah ke menang ke dia apa ke semua reaksi dia sama saja. Beku dingin. Tapi mungkin itulah yang Zint cuba nak hasilkan. Seorang yang beku. Dia berjaya. Haha.
Cerita pasal Elan yang menjadi penguji permainan.. Bila secara tiba-tiba Elan dapat joystick permainan Gladiator yang menghubungkan Elan dengan pemain lain.. Elan perlu berlawan dan untuk meningkatkan tahap beliau..
User karya zint, mungkin zint dapat sedikit inspirasi daripada novel ringan SWORD ART ONLINE yg baru mula feymes kat jepun time tu sampailah sekarang. Bagi aku, ni la kali pertama zint reka watak yang membencikan, yang sgt berlagak n sebagainya. Nasib baik la ada watak Ngu, overall cerita dia menarik & buat kita nak tau camne dia akan kalahkan Mr. O!
Komik ni cerita pasal game dengan technology AR(actual reality), with the main purpose is to be the no.1 gladiator.
Mengikut watak utama, Elan, seorang pelajar sekolah, dengan personaliti seakan lone wolf. Jilid 1 ni lebih banyak mengetengahkan macam mana konsep game ni.