Jump to ratings and reviews
Rate this book

HITAM

Rate this book
Jin terperangkap dalam permainan rumah puaka bernombor 508.

E dibelenggu gangguan pelik terhadap ibu dan isterinya.

Tam didampingi sesuatu yang telah dilepaskannya dari dalam sebuah botol.

Manusia tidak bebas menjalani kehidupan di dunia ini seperti yang dia mahukan. Takdir menulis jalan ceritanya sendiri. Bagaimana kita mengharungi jalan cerita itulah yang akan menentukan sama ada kita selamat atau musnah.

Tiga kisah berbeza. Tiga orang sahabat. Satu warna ujian – Hitam.

252 pages, Paperback

Published January 14, 2017

5 people are currently reading
59 people want to read

About the author

Yusrizal Yusof

1 book3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (29%)
4 stars
59 (52%)
3 stars
19 (16%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
November 26, 2018
Ada 2 perkara yang menjadikan Hitam sebuah naskhah yang bagus: elemen mistik-sihir dan persahabatan Jin, E dan Tam.

Aku boleh relate dengan pengalaman sihir dalam novel ini. Tentang kegusaran, kegelisahan dan ketakutan apabila kita berdepan dengan sesuatu di luar pengetahuan; ia sangat menggerunkan.

Aku suka premis "Dunia mimpi manusia adalah realiti bagi jin." Banyak petua dan nasihat yang kita terima perihal mimpi-jin-sihir ini. Misalnya kalau mimpi jatuh dari tempat tinggi, atau nampak benda-benda tak elok maknanya ada benda kotor yang berada dalam badan kita.

Penulis berjaya menghidupkan momen diganggu makhlus halus, rasukan jin dan rawatan ruqyah dengan baik. (Atau mungkin aku saja yang berlebih-lebih meromantiskan karya ini atas dasar "aku faham dan pernah rasa apa yang karakter ni lalui")

Apapun, kisah persahabat Jin, E dan Tam dalam novel ini memang menarik, ikhlas dan membekas.

Harapnya Yusrizal boleh hasilkan karya-karya yang baik seperti ini di kemudian hari kelak.
Profile Image for hans.
1,165 reviews152 followers
February 2, 2021
Bertema misteri namun subplot persahabatan dan kekeluargaannya amat menarik bagi aku. Tiga sekawan-- Yu Jin (Jin), E dan Tam digarap dalam naratif yang penuh memori dan emosi. Berlatar belakang kehidupan di tahun 80an sekitar Alor Setar dan masa kini di Kuala Lumpur, penulis sangat pandai meragam setiap watak dengan selitan isu sosial dan budaya juga kepercayaan masyarakat setempat.

Perkembangan plotnya sangat bagus-- cara penulis yang unik gabungkan situasi antara Jin, E dan Tam di waktu kecil dan Jin, E dan Tam bila dah dewasa. Paling menarik bila babak-babaknya berhubung dalam fragmen hidup setiap karakter, ia diceritakan dengan perinci, kemas dan tanpa lubang plot yang menjejaskan jalan cerita. Laras bahasanya cermat dengan gaya narasi yang sedap dibaca.

Aku suka dengan pembahagian babnya yang mengikut perspektif setiap watak walau dengan adegan imbas semula ia bagi impak lebih dramatis pada keseluruhan perincian plot. Ada saspens dan kejutan, kesalan dan aniaya, ikhlas dan taubat. Misteri dan konfliknya kisah-kisah biasa yang kita dengar dalam masyarakat-- isu sihir dan syirik, dengki dan balas dendam. Walaupun awalnya aku dah agak siapa dalang sebenar, namun tak sabar nak tahu cara tiga sahabat ini cuba betulkan keadaan. Agak terhibur dengan kisah Jin walaupun kasihan juga.

Tertarik dengan cara penulis selitkan hal keagamaan pada naratif, banyak juga benda aku belajar. Pertarungan akhir alam mimpi di Kota Kuala Kedah antara babak yang aku suka-- agak cemas juga. Moral dan teladan kisahnya amat bagus. Suka betul dengan beberapa perenggan akhir, entah kenapa ia buat aku tersenyum.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
November 22, 2017
3.75* untuk Hitam!

Apa yang paling aku ingat dengan buku ini adalah persahabatan Jin, E dan Tam. Aku sangat suka dengan hubungan persahabatan mereka yang sangat kuat.

Buku ini sangat bersih dari benda-benda yang menakutkan para ibu dan bapa tentang buku apa yang sesuai untuk dibaca oleh anak-anak mereka. Kalian boleh bagi buku ni untuk anak-anak kalian baca. Percayalah.

Buku ini, YY cuba untuk mengetengahkan bahawa keimanan dan keteguhan pegangan pada agama di dalam setiap diri watak-watak perlu diutamakan. Ia bertambah menarik apabila kisah di dalam naskah ini disulam dengan misteri, seram (tak banyak), kritikan sosial masyarakat di sekitar mereka dan cerita kekeluargaan.

Cuma ada beberapa bahagian yang agak merenyahkan. Tapi ia ditutup dengan beberapa humor yang buat aku rasa terhibur.

Pertarungan di bahagian belakang itu memang patut ada, cuma tidak dicantikkan bahagian pertarungan itu. Sebab masa Pak Hitam berlawan dengan Jin Merah itu, kenapa mereka bertiga hanya jadi patung cendana walaupun mereka ada ditegah oleh Pak Hitam? Bila Pak Hitam dah cedera teruk, baru dorang nak bantu dan rupanya dorang lebih kuat di alam itu. Hurmmm. Bak kata Justice League - You can't save the world alone!

Apa jadi dengan Jin? Ada sambungan? Atau biarlah para pembaca berteka-teki sendiri? OK!

Kalian tak nak baca buku ni?

Peace!
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
August 7, 2018
Bagi aku cerita ni sedih la.Ingatkan persahabatan tu kekal la tapi terputus disebabkan E mati😭.Jin pula tak tahu hidup ke tak.

JIN
- Jin ni cina sebenarnya.Jin ni suka dengan kakak kawan baik dia sendiri,Helena.Tapi malangnya Helena mati ketika dia dan Jin keluar berdating masa hari pekerja.Jin ni kena ganggu dengan hantu perempuan yang suka kat dia dekat rumah sewa dia.

E
- E ni yang paling alim la antara sahabt dia .Tapi alim2 pun bila dh tersalah pilih kawan mmg hancur la jadinya.Nasib la E sempat insaf😌.Kasihan dekat E,ibu dia kena santau dengan kakak kandung sendiri disebabkan perasaan dengki.E dan isteri pula alami masalah rumah tangga juga kerana isteri dia salah sangka kat dia.

TAM
- Bagi aku Tam ni beruntung sikit.Dia takde kena apa2 gangguan pun.Cuma dia didampingi makhluk yang dia bebaskan je.Makhluk tu pun cuma nak balas budi baik Tam.Mula2 Tam taknak pun balasan,last2 dia 'terbabas' jugak.Nasib dia sempat sedar masa tu.

Mereka bertiga ni kawan baik sejak dari kecil lagi.Jin ni rapat dengan keluarga E sebab dia selalu ke rumah E,Tam pulak disebabkan mak E yang tolong jaga adik2 dia selepas kematian mak dan ayahnya.Mereka bertiga ni budak yang baik dan bijak.

Bagi aku la nasib Tam yang paling beruntung dan E yang paling malang.Cuma ada satu benda yang buat aku tertanya-tanya,betul ke mimpi manusia ni alam realiti bagi jin😅.

Apapun,tahniah buat penulis kerana menghasilkan sebuah buku yang hebat dan banyak pengajaran ni.
Profile Image for Syafiqah Zable.
64 reviews7 followers
May 5, 2017
Tepuk bahu sendiri sebab berjaya pilih buku yang menarik dibaca walaupun secara rawak sahaja di kedai buku. Aku dah agak cerita ni akan bebas dari unsur-unsur softporn (tipikal bagi kebanyakan novel FIXI haha) lepas baca quote dari Saidiana Ali bin Abi Talib yang penulis selitkan di pendahuluan buku,

"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan abadi. Maka, tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat nanti".

Tak tahulah aku kalau memang statement Saidina Ali r.a ke tak.

Aku agak penulis buku ni memang banyak baca karya novel tulisan Stephen King. Dari situ sikit sebanyak dia tahu pentingnya latar belakang dan personaliti tersendiri untuk setiap watak dalam cerita ni. Almost there mat saleh kata. Aku pun suka bila penulis menggunakan latar belakang Kuala Kedah iaitu tempat kelahirannya sebagai latar belakang utama untuk novel ni. Tempat yang aku rasa dia paling familiar, tempat dia membesar. Sama macam Stephen King. Tapi Mr. King selalu guna latar belakang di Maine, US lah bukan di Kokdiang. Sikit sebanyak pembaca dari luar dapat kenal Kuala Kedah.

Plot dia ok, page turner gitu, (walaupun the villain was predictable haha) tapi lagi bagus kalau ada mention sekali time frame dia ala-ala baca buku Harry Potter yang ke-8 tu. Baru lebih sikit 'nostalgic feeling' orang kata. Tapi yang part last tuh dah macam babak aksi cerita superhero dan raksasa anak sedara aku yang umur 3 tahun. Aku baca sekali lalu memang tak boleh imagine haha. Tapi secara keseluruhannya, best.

"Aroi ching ching...perut boroi banyak cacing"

Haha
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
December 14, 2018
Boekk lah buku ni. Kisah persahabatan 3 sekawan dari kecik sampai besar. Walaupun waktu dah besar depa buat haluan hidup masing² tapi ukhwah depa kuat juga lagi.
.
Plot ada main throwback² sikit, masuk alam lain sikit, alam mimpi sikit, pergi ke alam lampau sikit. Sesuatu yang lain lah bagi aku. Cerita dari watak² lain pun berkait cantik.
.
Seram dia cukup, nostalgik dia cukup.
.
Aku rasa penulis ni ilmu agama dia pun boleh tahan. Banyak benda dapat dalam buku ni. Bukan fiksyen kosong.
.
Ending dia bagi aku cun habis. Sayu-sayu je rasa. Macam tengah tengok movie sambil lap sisa-sisa air mata yang tertinggal pakai hujung lengan baju. Uhm
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
March 7, 2017
HITAM
Terbitan Fixi cetakan 2017
Genre: Sosial Seram Misteri
Penulis: Yusrizal Yusof

Merupakan debut penulis yang berasal dari Kuala Kedah, Kedah. Naskah setebal 248 ini disusun dengan menarik sekali dalam 3 pembahagian. JIN-E-TAM dalam dialek kedah utara kalau disebut seimbas membawa maksud Jin Hitam. Ada terselindung sebabnya.

Kemelut sosial dan seram yang dibawakan oleh penulis bermula dari zaman kanak kanak sehingga mereka bertiga dewasa membina kehidupan pasti akan menarik minat pembaca genre seram, ada unsur unsur mistik dan kekuatan hati yang ingin dipaparkan oleh penulis yang sudah bercerita secara lojik laluan hidup di lokasi pilihan, bidang pengiklanan dan penerbitan. Keseluruhan cerita diimbangkan dengan baik dengan latar belakang hubungan persahabatan yang bermula di kawasan pendalaman Kedah berlatar belakangkan pada kehidupan yang sangat sederhana.

Penulis banyak bermain dengan butiran butiran nostalgia sambil bercerita, berselang seli dengan kejadian kejadian misteri dan aneh pada tiga watak utama bermula dengan rumah sewaan baru Chan Yu Jin. Ada ketikanya suasana tidak terlepas dari hal hal lucu apabila watak utama berhubung dengan watak watak sampingan yang ada. Angelina Jolie? Ya… ada digambarkan di dalam novel ini. Garapan sedikit sedikit bagaimana watak E dituduh gay, Jin yang diarahkan untuk tidak keluar berdating sewaktu cuti Hari Pekerja, teruja mencuba dadah di kalangan pelajar kolej dan bagaimana Tam harus berhubung dengan entiti luar biasa akan membuatkan pembaca menjadi bertambah teruja.
Penekanan pada akidah juga merupakan sektor yang penting pada penulis, disebut lebih dari tiga kali sepanjang penceritaan. Sebagai memenuhi tuntutan zaman penulis secara sipi sipi mengimbas informasi informasi tentang pembikinan filem iklan, laluan sukar melakukan pitching dan penggunaan gadjet mudah zaman baru sambil sambil membawa pembaca semula ke alam misteri sementara watak watak utama dan sampingan bergelut mencari apa sebenarnya yang sedang mereka lalui. Babak babak cemas diceritakan dengan baik sekali.
Penggunaan bahasa dan dialog yang rapi tidak menggelirukan harus diberi pujian begitu juga untuk unsur unsur sifat positif yang dipaparkan. Menyimpul kembali pada tajuk novel debut ini, kita akan mengerita kenapa dia dinamakan HITAM.
Sebagai pembaca saya tertarik pada babak penyelesaian misteri melalui mimpi, di mana segalanya misteri dirungkaikan, bermula dari desakan awal ke tiga tiga watak utama, kesan kesan dari penyelesaian dengan gerak langkah yang sudah disusun awal oleh penulis di bab bab awal walaupun bernada absurd tidak mencacatkan penceritaan. Penulis menggambarkan setiap watak utama dan sampingan dengan pemerhatian yang realistik dan menyakinkan. Nostalgia penulis terhadap permainan, muzik dan lokasi tidak disia siakan dalam penceritaan. Ia akan mencuit rasa ingin tahu pembaca muda.

Kita ingin mengucapkan syabas pada Yusrizal Yusof, semoga akan ada lagi karya karya baru di masa mendatang. Keseimbangan permerhatian sosial dan misteri/mistik tidaklah aneh kalau dilihat secara hubung kait. Bila mana karya boleh mengundang rasa teruja pembaca mahu ikut sama sama merungkai misteri, ianya layak dianggap sebagai penulisan yang berjaya.
Profile Image for cik_ngoh.
34 reviews
February 5, 2017
Plot yang kemas dan dialog yang santai. Akhirnya saya buat kesimpulan sendiri yang Jin tu hilang sama seperti penyewa lain di rumah sewanya. Highly recommended.
Profile Image for Khairi.
Author 8 books56 followers
February 8, 2018
Cerita yang dekat dengan masyarakat Melayu, berunsur religi diselit unsur2 jin yang boleh menjelma, memesin-masa dan kemampuan membunuh menggunakan mimpi.

Satu kisah yang menarik melalui gaya story-telling santai, akan mendapat lebih bintang daripada saya jika disuntik elemen imaginasi. Novel Melayu mampu berada pada level sama dengan novel antarabangsa jika penulis pandai membina imaginasi, paling kurang fizikal karakter penting contoh karakter Mak kepada E, wajahnya, susuk tubuhnya, matanya, atau persekitaran rumah mereka. Selain story-telling mantap, novel ini pada saya berjaya pada dialognya yang best dan lawaknya yang selamba seperti jin yang mengganggu Jin menukar rupa dari Elisa menjadi Angelina Jolie, I am reading like "What the heck, Angelina Jolie? Serious dude? Go lay her Jin, this is big time. Angelina Jolie, one word, complete my imagination, but for E, Jin, Tam, Mak, Ayah, need two to maybe five sentences to build up their appearance inside my head. Jika diseimbang dengan imaginasi, memang akan lebih awesome.

Overall, a good read. More time/effort needed to construct more realistic jinn, action and imagination.
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
June 18, 2017
PBAKL2017 #53

4.5*

Buku ni dah lama terbit tapi baru berkesempatan beli masa PBAKL ritu.

Serius best! Kisah kanak-kanak tiga sahabat baik - Jin, E, dan Tam. Tabik spring dengan semangat setiakawan dorang bertiga ni. Paling tak lupa kata-kata Jin pada Tam yg dorang kena ingat dan balas semula jasa baik keluarga E pada dorang. Boleh pulak Tam jawab, "guna kad kredit boleh?". Aduii... Tam dan lawaknya berpisah tiada.

Bila masing-masing dah besar serta berkerjaya, hubungan tu jadi renggang. Dan bila keluarga E dalam kesusahan, barulah mereka berkumpul kembali utk membantu. Tapi macam kesal sikitlah sebab at the end E mati dalam pertempuran. Then lost jugak sebab nasib Jin tak diketahui samada mati atau berjaya diselamatkan oleh Angie. Kemudian di bab terakhir, Tam imbas kembali masa mereka pertama kali bertemu sewaktu kanak-kanak dahulu, Jin ada memberi pemain kaset (kalau tak silap) pada E dan Tam. Lagu 'Aku dan Kenangan' dimainkan. Rasanya Jin start minat lagu tu sewaktu dia pertama kali bertemu Helena, kakak E, kan? Konfius kejap...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 23, 2017
aku suka dengan tema persahabatan yang diketengahkan dalam novel ini.

#hitam, mengisahkan perjalanan hidup 3 sekawan yang rapat sejak kecil, namun terpisah dek tuntutan kerja dsb ketika dewasa. namun, mereka dipertemukan semula dalam dimensi yang berbeza, dengan kisah hitam yang melanda kehidupan masing2 dan di tempat yang tidak dijangka. mereka harus bekerja sama andai mahukan semuanya kembali seperti asal.

apa yang menarik perhatian aku, idea penulis yang lari dari kebiasaan mengenai dunia ilmu hitam dan diselitkan sedikit ala2 kisah klasik aladin. Diadun cukup sempurna dibawah nukilan penulis dan menghasilkan sebuah karya yang segar.

selain itu, kisah2 persahabatan antara 3 sekawan mendominasi naskhah ini, melalui teknik imbas kembali begitu real dan dekat dengan pembaca. sedikit sebanyak, terkenang kembali zaman kanak2 di mana kita bebas berkawan tanpa ada agenda tersendiri.

cuma, ada beberapa bahagian agak longgar, dan seperti yang lain, adengan perlawanan tu sedikit mengganggu.

namun, masih enjoy untuk membaca naskhah ini!

tahniah untuk penulis!
Profile Image for Affan Yunus.
108 reviews3 followers
April 14, 2020
Ini buku FIXI pertama saya . Sangat best , storyline yang menarik , plot cerita yg unik and banyak pengajaran . I'm looking forward for other FIXI's .
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
November 5, 2020
Setepatnya 4.7*

Sebenarnya aku nak bagi 4.5* gitu jerlah, tapi ending buku ni makan hati dan berendam air mata, jadi aku up lah sikit rating tu.

Kenapa tak cukupkan jer terus 5*?

Sebabnya untuk permulaan cerita — part I; penceritaan bermula dari perspektif Jin — aku tak rasa lagi perasaan seronok baca buku ni. Bagi aku, terlalu banyak perenggan naratif yang sangatlah panjang dihuraikan setiap muka surat. Dialog mencelah sikit-sikit jer. Jadi rasa agak penat nak baca naratif banyak-banyak gitu tapi tetap aku teruskan pembacaan sebab aku yakin sesuatu yg best menanti di pertengahan dan pengakhiran cerita. Oh lagi pun, gaya olahan penulis sebenarnya okey walaupun ni buku first penulis yg aku baca, just naratif yg panjang-panjang tu jer yg memenatkan sikit. Apa-apa pun penulis tetap ada selitkan dialog/babak lawak (biarpun aku rasa babak Angelina Jolie tu sangat mengarut), dan ya... aku terhibur dgn lawak mengarut yg penulis selitkan.

Jadi di part I, target awal aku masa ni nak rate buku ni 4* jer dulu.

Tapi, betul apa yg aku jangka tu. Masuk saja part II iaitu kisah dari perspektif E, terus pembacaan aku jd laju sebab kisahnya dah jd makin menarik. Aku jd jatuh suka dgn watak E. Watak dia best.

Kemudian, bersambung pd part III (last part), sudut penceritaan dari perspektif Tam. Masa ni aku just nak cepat-cepat habiskan buku ni memandangkan semuanya dah makin jelas dan berkait dari kisah part I (Jin) dan part II (E).

Part III nilah kemuncak semuanya. Masa baca part nilah baru aku rasa bermacam-macam emosi. Dari rasa ingin tahu, teruja, sampailah lasttttt sekaliiiii...

:')

Aku broken tau. Aku broken.

Watak yg aku jatuh suka itulah jgk jd mangsa di akhir cerita. Serius, aku yg jenis mudah tersentuh hati bila baca babak/ending sedih-sedih ni memang automatik bergenang air mata. 😢💔

Sedih betul pengakhiran tiga orang sahabat tu. Walaupun seorang tu masih ada, tapi tetap sedih sbb kawan-kawan dia tiada akhirnya.

Overall, kisah buku ni yg pada mulanya agak datar makin lama makin menaikkan mood dan keterujaan aku.

Dari 4* di part I, aku up 4.5* bila baca di part II.

Dari 4.5* di part II, aku up 4.7* bila sampai ending.

Dialog-dialog akhir E dan Tam dalam mimpi tu sedih sangat...

"Di akhirat nanti... kalau hang tak nampak aku kat dalam syurga, hang tanyalah kat Allah, aku kat mana. Mudah-mudahan aku dapat syafaat."

"Jangan cakap macam ni. Hang kena kuat, hang kena bangun."

Dan babak last buku ni pun sedih. Persahabatan Jin, E dan Tam yg bermula dgn baik, berakhir dgn air mata.
Profile Image for Ann  Andrea.
72 reviews51 followers
April 24, 2019
HITAM huh? Came across this book when I was at my local bookstore and I'm thinking "Hey, why not try to read this out? Seems like interesting tho". Haha. And so, I just bought it without thinking much and yeah! I'm not regretting it at all.

HITAM (BLACK in english) doesn't mean that the story is about a person with dark heart or loves to wear black shirt and so. But this story is all about 3 bestfriends which is Jin, Tam and E and also E's family who has been disturbed by jin since they were a little kid.

Tam - When Tam was 10 years old, he was playing hide and seek with his friends. He was left out by his friends during playing the games where Jin and E and the other friends of their age went back to their village to watch their favorite tv shows without Tam knowing about it when he is still counting. When it was time to search for them, he search everywhere and out of nowhere, he met a little girl who asked for his help without knowing that the little girl is a jin. The little girl jin asked Tam to help her to open the bottle. Without him knowing, he has actually release another jin who known as Pak Hitam (the father of little jin girl.). And so from that day on, he was followed by Pak Hitam for years.

Jin - When he moves to Kota Damansara, he found out that his new home is haunted by jin. This jin who disturbed Jin actually loves him and doesn't want him to move out of the place. The jin who disturbed Jin actually disguised as Helena (Jin's girlfriend who died in an accident) first and then disguised as Angelina Jolie (an Hollywood actress). This jin end up address herself as Angie. Angie end up helping Jin to fight his friends problem. And Angie is actually Pak Hitam's daughter (the same jin who tricked Tam when he was little kid).

E - E's mother has been disturbed by jin for years till it make her attitude so much different than her own attitude. This makes E and his father very worried. And without E knowing, there's another jin who disguised itself as E and disturbed his wife which cause their marriage to have problems. Without their knowing, there's actually someone who did that to them where they asked a shaman to put jin to disturb their life.

However, they manage to overcome it with Tam finding a solution through Youtube where he has dream to defeat those jins, the shaman and also the person who is envy with E's family. It turn out that E's aunt (sister of E's mother) who did that to them because of jealousy. They finally manage to defeat the jins, the shaman and also E's aunt. But unfortunately, E died in the end where he is unable to awake from the coma and Jin is unable to be found. On the other hand, E's mother is getting better and her attitude change back drastically.

And so, I rated it 4.5 / 5 stars and would recommend it to you guys to read especially to those who loves thriller.


Happy Reading!


▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫▫


HITAM? Sejujurnya saya tidak pernah dengar tentang buku ini. Saya terjumpa buku ini semasa saya berada di kedai buku dan sedang mencari buku yang menarik untuk dibaca sehingga saya ternampak buku ini dan ia telah membuat saya tertarik untuk membacanya. Oleh itu, saya telah memutuskan untuk membeli buku ini dan ia tidak pernah sesekali mengecewakan.

HITAM. Buku ini bukan mengisahkan bahawa seseorang itu berhati hitam atau mengikuti jalan yang hitam mahupun seseorang tersebut meminati warna hitam. Buku ini sebaliknya mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Jin, Tam dan juga E serta keluarga E yang telah diganggu oleh makhluk halus yang merupakan jin sejak mereka masih kanak-kanak lagi.

Tam - Tam merupakan seorang budak India Muslim yang berkawan rapat dengan E dan Jin. Semasa Tam berumur 10 tahun, dia, E dan juga Jin bersama-sama dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka sedang bermain Hide and Seek di sebuah hutan. Tam telah disuruh untuk mencari manakala rakan-rakannya yang lain menyembuyikan diri. Semasa Tam sedang mengira waktu, E dan Jin serta rakan-rakan mereka yang lain telah meninggalkan Tam seorang diri di dalam hutan tersebut tanpa pengetahuan Tam dengan pergi ke rumah salah seorang rakan mereka untuk menonton rancangan tv yang digemari mereka pada waktu itu. Apabila Tam sudah habis mengira, Tam mula mencari rakan-rakan dia tetapi tidak dijumpai. Sebaliknya, Tam teserempak dengan seorang budak perempuan yang sebenarnya jin dan budak tersebut meminta pertolongan dia untuk membuka satu botol yang berada di bawah sebuah pokok. Tanpa Tam sedari, Tam telah membuka botol tersebut dan telah melepaskan satu jin yang terperangkap di dalam botol itu. Jin tersebut bernama Pak Hitam dan ia telah mengikuti Tam sejak hari itu sehingga lah Tam sudah besar kerana beranggapan bahawa ia harus membalas budi Tam kerana telah membantunya dengan melepaskannya dari botol yang mengurungkannya.

Jin - Sejak berpindah ke Kota Damansara, Jin mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada rumah yang disewakannya. Terdapat jin yang tinggal di rumah tersebut dan ia telah jatuh cinta terhadap Jin dan ingin menjadi isterinya. Jin tersebut telah menyamar jadi Helena (kekasih Jin yang telah meninggal akibat kemalangan jalan raya) tetapi dimarahi oleh Jin dan seterusnya menyamar menjadi Angelina Jolie (seorang aktres yang terkenal di Hollywood) and menamakan dirinya sebagai Angie. Angie merupakan anak perempuan Pak Hitam iaitu budak perempuan yang memperdayakan Tam semasa Tam masih kecil dahulu. Bagi mendapatkan hati Jin, Angie membantu Jin untuk ke dunia mimpi Tam bagi membantu Tam dan E untuk menyelesaikan masalah mereka.

E - Ibu E telah lama diganggu oleh jin-jin yang telah dilakukan oleh seseorang dan tanpa E sedari, E dan isterinya juga diganggu oleh seekor jin yang menyerupai dirinya dan memperak-perandakan rumah tangganya. Badan ibu E ditinggal oleh beberapa ekor jin yang telah menyebabkan perangai ibunya berubah secara drastik dimana ibunya sukar untuk tidur pada waktu malam dan membenci akan ayah E yang telah menyebabkan E dan ayahnya berasa sangat bimbang. Selain itu, E juga berada dalam keadaan koma apabila E hendak ke Alor Setar untuk mencari orang yang dapat mengubati ibunya menggunakan kaedah islam dimana seorang nenek tua yang juga merupakan seorang bomoh telah menghalangnya dengan menghumbankannya dari sebuah jambatan.

Namun begitu, Tam, Jin dan E mampu mengatasi masalah mereka terutamanya masalah keluarga E apabila Tam mendapat solusi melalui Youtube yang mengatakan bahawa seseorang dapat melawan jin yang mengacau mereka, bomoh yang digunakan dan orang yang menganiaya melalui mimpi. Oleh itu, Tam mengambil keputusan untuk meminta petunjuk daripada Tuhan untuk mimpi dan mengatasi masalah yang dialami. Di dalam mimpi Tam, Tam, E dan Jin mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu mereka menentang jin-jin tersebut. Selain itu, mereka juga mendapati bahawa orang yang menganiaya keluarga E merupakan Mak Long E iaitu kakak kandung ibunya sendiri akibat kedengkian. Walau bagaimanapun, E pada akhirnya telah meninggal dunia dan Jin belum dapat dijumpai. Namun begitu, ibu E telah beransur pulih dan telah kembali ke perangai asalnya.

Konklusinya, saya memberikan 4.5 / 5 bintang bagi buku ini dan mengesyorkan anda untuk membacanya terutamanya yang berminat dengan cerita seram.

Selamat Membaca!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mr. Joey24.
18 reviews10 followers
April 16, 2020
First impression aku ingat cerita Hitam ni kisah 3 budak hitam sepertimana dalam cover tu. Tapi bukan. Korang kena baca sebab apa tajuk dia Hitam.

Ini first time aku jumpa penulisan novel sebegini yang mana penulis cerita berdasarkan 3 perspektif sahabat yang mana ada kaitan satu sama lain. Dah macam skrip pementasan drama. Cara kesinambungannya tu sangat menarik.

Pada masa yang sama, penulis sering menyelitkan ilmu agama khususnya melalui watak E. Di samping melayan feel membaca, dapat la juga ilmu sket2. Aku sangat suka novel2 seperti ini.

Bahasa yang digunakan pun sopan dan bertapis. Tidak sama seperti kebanyakan novel fixi lain yang mana mempunyai bahasa kasar & berbaur unsur kedewasaan.

Untuk pengetahuan korang, cerita ni mengisahkan 3 orang sahabat yang berbeza kaum bersahabat sejak kecil. Penceritaan ini banyak diterapkan dengan nilai2 berharga yang dapat aku pelajari. Apabila dewasa, masing2 membawa haluan disebabkan peristiwa yang dialami masing2. Namun disatukan juga melalui satu peristiwa.

Apa2 pun jalan penceritaan sangat menarik. Walaupun last2 dh macam cerita super hero. Hahaha. Daripada slice of life jadi alam fantasi. Tiber. Memang tak menghampakan kalau korang baca. Ending? Bercampur baur. Korang try la dulu baca
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
February 16, 2017
Lebih kepada 3.5 bintang.

Aku suka watak2 dalam ni; Jin, E dan Tam. Persahabatan diorang sangat believable dan tak nampak seperti dibuat-buat. Dan penulis menceritakan background setiap watak dengan baik sekali. Walaupun ada beberapa tempat yang sedikit preachy, tapi aku still boleh terima lagi.

Aku akan bagi buku ni empat bintang kalau takde part lawan2 di Kota tu. Macam pelik sikit scene dekat situ.
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
April 12, 2017
Kisah tiga sahabat yg sangat akrab..jalan crita dr mereka kecil sehingga dewasa..tp cuma satu je yg agak menjengkelkan ms part lawan2 di Kota tu..mcm ermmm kelakar pun ada..dah lebih kpd fiksyen plak..huhu...spoil sikit laaa sbb awal dan akhir cerita dah best..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
July 1, 2024
[eBOOK 53]

Hitam by Yusrizal Yusof.
.

"Apa saja yang Tuhan takdirkan adalah yang terbaik bagi kita. Kita mesti selalu bersangka baik dengan Tuhan apalagi semua yang kita nikmati dari udara yang kita hirup ni sampai perasaan gembira, semuanya Dia yang bagi. Bila kita ditimpa musibah, kita rasa yang Tuhan jadikan itu tak adil. Tapi pernah kita tanya diri kita sendiri, kalau dibuat kira-kira antara jumlah kebaikan yang kita rasa dengan jumlah saat kita sedih, mana yang lagi banyak? Aku berani jamin jumlah kebaikan lagi banyak. Tapi berapa kali kita ucap terima kasih atau timbul rasa bersyukur dalam hati kita?"
.

Suka buku ni.
.

'Bersih' je walaupun diterbitkan oleh Fixi.
.

Ingatkan horror, tapi tak sangatlah. Lebih kepada misteri sikit je. Tapi untuk aku, buku ni slice of life, sebelum hujungnya agak spoil dengan elemen fantasi.
.

Cerita tentang 3 sahabat. Jin, E dan Tam.
.

Ada 3 bahagian dalam buku ni. Tapi saling related. Aku suka bila setiap ending untuk setiap watak tu, next tu bersambung dengan watak lain pulak.
.

Jin. Namanya Chan Yu Jin. Anak orang kaya, tapi banyak melepak rumah E. Jin ni jatuh cinta dengan Helena, kakak E. Sehinggalah satu tragedi menimpa, Jin menjauhkan diri daripada kawan-kawannya. Dan bila dia menyewa di rumah flat, dia bagaikan berimaginasi. Ada sesuatu yang berlaku di rumah itu.
.

E. Paling baik, paling tak tinggal solat. Tapi sejak dulu, keluarganya sering diuji oleh makhluk ghaib.
.

Tam. Sejak kejadian dia pergi bukak penutup botol dalam hutan, dia boleh nampak Panglima Hitam. Disebabkan Panglima Hitam la, Tam hampir buat dosa besar. Sejak itu, Tam marah gila dengan Panglima Hitam. Tapi akhirnya Panglima Hitam yang membantu mereka.
.

Okay, aku ingatkan kisah Jin tu pasal misteri rumah tu. Aku dah excited dah bila dengar cerita, penghuni rumah sebelum ni, semuanya hilang. Tapi misteri tu tergantung di situ bila berganti dengan kisah mistik keluarga E pulak.
.

Aku suka persahabatan mereka bertiga.
.

Aku suka kalau buku ni ada sekuel. Aku nak tahu ending untuk Jin dan pasal rumah tu, please.
.

Dan aku bahagia tengok Tam bahagia bersama Munirah. Memang part Tam insaf tu, memang turning point untuk kebahagiaan Tam.
.
"Hang dah rosakkan iman aku. Sekali aku buat silap dah cukup. Mati pun aku takkan buat lagi. Aku orang miskin, tak dak harta. Aku cuma ada iman aku. Kalau iman pun aku tak dak, sia-sialah hidup aku ni. Di dunia aku miskin, di akhirat pun aku rugi. Aku tak mahu hang tolong aku lagi. Jangan kacau aku."
.

Dan sedih untuk E.
.

Overall, best! Cumanya part ending tu, macam kita tengok cerita ultraman gitu.
112 reviews3 followers
July 23, 2019
Buku ni, berapa banyak pun bintang yang available boleh aku bagi, memang aku akan bagi semua. Terbaik! 💯💯

Bukan senang untuk menemui satu naskah yang hebat seperti ini. Seram, misteri, realistik, imaginatif, deskriptif tapi tak membosankan, ilmiah, emosional dan macam-macam lagilah. Setiap satunya diletak pada masa yang sesuai & cukup mengesankan.

Penyampaian cerita yang sangat teratur, pacing yang selesa dibaca. Aku tak gemar dialek sebab aku... uhm.. tapi aku sangat suka penggunaan dialek dalam naskah ni meskipun ada masanya aku yakin ada sedikit silap. Mungkin aku yang tak tahu.

Aku suka pemisahan kepada 3 bahagian. Cukup teliti sekali olahannya. Paling aku suka, dia boleh letak dialog saja sampai bermuka-mukasurat tapi langsung tak memeningkan. Tak sekalipun aku rasa hanyut atau celaru tentang latar suasana atau pov.

Penamatnyapun aku suka. Tak cliche dan sikit tergantung. Jika tanya aku, masih boleh sambung cerita ni. Boleh sangat meskipun endingnya begitu. Mungkin di luar sedar aku tak dapat terima penamatnya?

Apa-apapun, aku suka naskah ni. Aku tak akan balut buku ni selepas baca. Sebab aku tahu, aku pasti akan belek lagi ☺️
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
January 3, 2024
kisah mengenai 3 orang sahabat yang mempunyai background berbeza.

- persahabatan jin, tam dan e memang persahabatan yang sangat kuat dan tbh menyedihkan.
- buku ini menarik, aku suka sebab ada campur eleman makhluk lain even ada few scene aku macam keliru sikit.
- sebenarnya pada awal buku ini macam sedikit bosan tapi bila dah masuk era mereka dewasa, baru aku faham serba sikit.
- part paling menarik adalah time mereka bertiga bergabung kali terakhir melawan si 'jahat' itu and aku sendiri tak sangka si dia sanggup buat macam itu. Tapi aku respect Tam sebab dia tak cerita.
- sebenarnya ada beberapa teguran diselitkan, terima kasih penulis 😇👍🏻
- Kisah Panglima Hitam itu menarik and sedih sebab dia anggap Tam kawan dia 😭😭
- ending dia... sedikit sedih sebab flashback diorang kan.. sedih jugalah 😭👍🏻

Cerita ini tekankan, kena terima qadr dan qadak Allah SWT. Rasa tertampar jugalah 😭👍🏻
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
267 reviews56 followers
December 17, 2017
Tiga kisah yang digarapkan dalam sebuah novel. Tiga kisah yang berbeza, tetapi mempunyai kunci untuk menghubungkait antara ketiga-tiga kisah tersebut.

Sebiah perjalanan cerita yang menakjubkan, disulami dengan dialog-dialog yang tidak janggal, character development yang bagus, bahasa utara yang mudah untuk difahami.

Penggunaan flashback yang membantu untuk menambah emosi dalam naskhah ni. Bromance friendship yang real menambahkan lagi emosi dalam cerita ni.

Jujur aku katakan, novel ni lagi beremosi dan lagi menyentuh jiwa aku berbanding kampung dan gantung.

Thumbs up kepada penulis sebab berjaya menulis novel yang penuh makna ini. Naskhah ini sememangnya hebat!
69 reviews
February 12, 2019
Aku berminat nak membeli pun sebab ada versi eBook novel ini sebab kebanyakan novel FIXI agak mahal bagi aku but fourtunately terjumpa yang versi eBook di link https://www.e-sentral.com/book/info/9...

What can I say about novel ni adalah penuh dengan pengajaran dan tauladan! Even aku tak ramai kawan but after baca novel ni aku sedar yang ramai kawan tak penting melebihi nilai persahabatan itu sendiri.

Aku juga seriously emotional gila time dah nak dekat2 ending so truly amazed dengan Yusrizal Yusof sebab dapat bermain dengan emosi pembaca which somehow susah lebih2 lagi orang cam aku!
Profile Image for Ernah842.
36 reviews
September 18, 2022
Secara keseluruhan, storyline yang agak menarik tapi memerlukan fokus yang lebih jika tidak memang akan berhenti separuh jalan.

Sabar adalah kunci untuk habiskan novel ini. Dalam sibuk bayangkan babak pertarungan, aku tergelak bila Tam cakap dia sendawa sampai terbunuh mak long E hahaha!!!

Laras bahasa yang mudah sebab banyak watak kanak-kanak yang diketengahkan. Pengakhiran yang agak memuaskan walaupun tertanya-tanya apa jadi dengan Jin?
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
April 29, 2018
I really adore the friendship between E, Tam & Jin. And it’s more lovely because they’re from different races. But the ending is quite disappointed when the author didn’t mention what had happened to Jin after Tam have tried to call him for several times and there is no answer from him. I really need to know whether he’s alive or not. I hope he is, please...
Profile Image for Aiman Hazziq.
Author 5 books10 followers
August 2, 2021
A solid 4.5 stars for horror from the start, until the last few chapters where the author incorporate some fantasy elements. Not a fan of fantasy elements in this book. It kind of offset the horror build earlier when some fighting scenes between jin and ghost are introduced. Just my preferences tbh.

But overall a really solid read. Enjoyed every moment of it.
Profile Image for lenka 。.
15 reviews
December 9, 2023
Why aku rasa ending dia macam tergantung 😂 apa jadi dengan jin, dia hidup ke mati? Jalan cerita okay mantap, 3 sekawan. Banyak throwback flash back zaman depa kanak2. Oh! Lepas tu scene yang dalam mimpi tu, duk berlawan ada kuasa api ada kuasa badan besi ahahaha aku rasa macam tengah tengok cerita kartun yang lawan2 tu. Cuma tulah, ending dia…….
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
April 30, 2019
"Orang islam dengan orang yang beriman tak sama. Kita ni lahir saja islam tapi tak semestinya beriman..." Meremang baca bila part seram suspen tu. Apa apa pun mmg 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 banyak input dari novel ni. 😭😭 "Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yg akan abadi.."
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
July 25, 2021
Babak paling sweet.
"Kamu sudah tidur?"
"Tidur atau takut?"

Apa yang aku suka:
*Cover buku dan tajuk. Sangat menarik hati
*Persahabatan dan keluarga

So..apa jadi dengan Jin? Kenapa Angelina Jolie kacau dia, apa hubung kait mereka berdua?
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 12, 2022
3 sahabat iaitu E, Jin dan Tam yang dah berkawan dari kecil.. Persahabatan yang erat namun disebabkan satu peristiwa sedih, Jin menjauhlan diri.. Namun kerana diganggu, Jin kembali mencari kawan-kawannya.. Gangguan yang menimpa E juga akhirnya diketahui puncanya..
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.