Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api

Rate this book
English (translation)

384 pages, Paperback

First published January 1, 1979

4 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Ahmad Boestamam

30 books9 followers
Ahmad Boestamam (nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.

Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Beliau di anugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (50%)
4 stars
10 (33%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
2 (6%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
September 17, 2012
Kisah Abdullah Thani atau nama penanya Ahmad Boestaman.Merangkap daripada mula-mula beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk memerdekakan negara sehingga beliau dibebaskan daripada tahanan tanpa bicara ala-ala ISA dan Ordinan Darurat.Baru saya benar-benar mengerti sebab lambakan persatuan yang memperjuangkan kemerdekaan yang saya pelajari di sekolah dahulu.baru diketahui bahawa golongan kiri bukanlah komunis seperti yang dituduh oleh golongan kanan bertalu-talu.Sayang sekali API diharamkan.Jika tidak mungkin Perdana Menteri Malaya yang pertama ialah Dr.Burhanuddin Helmi.memetik kata-kata Amin Iskandar, "Burhanuddin Helmi ialah perdana menteri yang tidak kita miliki" .Waktu saya membaca buku ini juga tengah heboh berkenaan bendera Sang Saka yang dikibarkan beberapa anak muda ketika sambutan kemerdekaan.Jelas mereka yang mengutuk tindakan berkenaan buta sejarah.Saya tidak mampu membayangkan jikalau Sang Saka berjaya mendapat satu lagi undi dan menjadi bendera rasmi UMNO.juga jika PKMM tidak keluar dari UMNO.benarlah kata-kata sejarah ditulis oleh pihak yang menang.
Tapi saya sedikit terkilan kerana tiada susulan biografi Ahmad Boestaman. Saya berminat ingin mengetahui perjuangan beliau pasca merdeka melawan UMNO dengan Front Sosialis yang dianggotai Parti Buruh dan Parti Rakyat.Diharapkan ada golongan kiri yang akan menerbitkan buku berkenaan kalau belum diterbitkan.Masa untuk mencari memoir pejuang lain pula.
Profile Image for Hafez Sa'ban.
11 reviews
September 27, 2017
Memoir Ahmad Boestamam Bertajuk Merdeka Dengan Darah Dalam API ini menampilkan nukilan-nukilan Ahmad Boestamam semasa kegiatannya dalam kancah politik tanah air semasa ingin memperjuangkan kemerdekaan Malaya daripada penjajah. Didalam memoir ini juga memaparkan serba sedikit kelangsungan hidup beliau dan bagaimana beliau berjaya didalam kegiatan politiknya dan pergolakan politik yang berlaku suatu ketika dahulu. Memoir ini juga memuatkan testament politik API yang dikeluarkan pada 21/12/46 yang secara tidak langsung menerangkan perjuangan dan kata-kata semangat bagi pemuda-pemuda bagi memerdekakan tanah air di dalam API. Secara ringkasnya memoir ini memuatkan penulisan seperti Lambaian Dari Puncak yang menerangkan diawal penglibatan Ahmad Boestamam didalam dunia politik dan kewartawanan dan sebelumnya beliau terlibat didalam politik KMM dan diarah untuk dipenjara sewaktu sebelum jepun datang menjajah tanah melayu oleh kerajaan inggeris, dan diceritakan juga bagaimana Ahmad Boestamam menerima tawaran bekerja bagi pihak jepun dan sebab-sebabnya, Merintis Jalan Ke Puncak adalah satu tulisan yang menerangkan mengenai keterlibatannya didalam dunia pencetakan dan sekaligus menubuhkan partai kiri pertama selepas kekalahan tentera jepun dan didalam bahagian ini juga menerangkan bagaimana API dipimpin oleh beliau sehingga diharamkan oleh ingeris suatu ketika dahulu. Tujuh Tahun Malam Memanjang.

Bagi aku Ahmad Boestamam seorang Nasionalis dan memoir ini bagus bagi generasi akan datang dan aku bersyukur kerana dapat membacanya dan secara tidak langsung dapat memahami serba sedikit perjuangan orang terdahulu ketika ingin memerdekakan tanah air. Mungkin memoir ini bagi aku cuma untuk memahamkan perjuangan orang terdahulu tetapi bagi mereka yang lain mungkin lebih bermakna. Aku lebih selesa membaca memoir ini berbanding Buku Ahmad Boestamam Satu Biografi Politik tulisan Ramlah Adam jika ingin mengetahui siapakah sebenarnya Ahmad Boestamam. Ramlah Adam didalam bukunya itu yang secara tidak langsung mengkritik dengan pendirian Ahmad Boestamam tentang status kerakyatan (jus soli). Di dalam Memoir ini, Ahmad Boestamam menegaskan bahawa konflik berlaku semasa kongres PUTERA-AMCJA bagi membincangkan isu perlembagaan. Ahmad Boestamam mengundi untuk menerima status kerakyatan jus soli tersebut adalah untuk menjayakan kongres tersebut jadi bagi aku tiada istilah pendirian yang timbul jika berbalik kepada kritikan itu. Bagi aku itu perkara yang biasa bagi seorang Nasionalis untuk menjayakan perjuangan memerdekakan tanah air.

Akhir kata Memoir Ahmad Boestamam Merdeka Dengan Darah Dalam API terbitan UKM dan Ahmad Boestamam Satu Biografi Politik hasil tulisan Ramlah Adam terbitan DBP ini berbaloi untuk dimiliki dan dibaca bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai kemerdekaan tanah air. Aku juga hairan mengapa sejarah yang dahulu aku pelajari tidak memuatkan mereka yang bertungkus lumus juga sehingga dipenjara berkali-kali untuk mencapai kemerdekaan tanah air tetapi tidak diterangkan kepada generasi muda pada masa kini dan ini juga aku anggap penyebabnya generasi pada masa kini kian pudar semangat kemerdekaannya. Kedua-dua buku berjaya memberikan impak yang tersendiri didalam diri ini mengenai perjuangan orang terdahulu menentang penjajah melalui sistem perlembagaan.
Profile Image for Izzat Isa.
421 reviews50 followers
June 24, 2018
Ahmad Boestamam- sebuah nama yang tidak asing lagi dalam memerihalkan tentang perjuangan kemerdekaan oleh golongan haluan kiri sejak pasca Perang Dunia Kedua sehinggakan pra-kemerdekaan Malaya. Maka, wajarlah pengalaman tokoh ini berdasarkan memoir ini digauli bagi memahami selok-belok politik tanah air.
Beliau yang bermula sebagai wartawan, dinyalakan semangatnya melalui Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Haji Yaakob sehinggakan bersama-sama Mokhtaruddin Lasso dan Dr Burhanuddin Al-Helmy mencipta Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada tahun 1945 - parti pertama selepas Perang Dunia Kedua. Dari 'rumah' itulah maka lahirnya Angkatan Pemuda insaf (API) dalam lain-lain cabang sebelum tertubuhnya PUTERA yang bersekutu pula dengan AMCJA.
Pengalaman yang dilalui dikisahkan satu persatu, tanpa berselindung termasuklah pengalaman menjadi tahanan politik ketika penjajahan British dan juga Darurat. Liku-liku yang dilalui oleh beliau wajarlah menjadi pengajaran kepada pembaca, peneliti dan sarjana, sejarawan, peminat, aktivis, politikus, pelajar mahupun rakyat umumnya.
Profile Image for ' Syamil.
244 reviews6 followers
August 1, 2021
Satu kisah yang penuh dengan warna pengorbanan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan daripada tangan penjajah
Profile Image for Zaid.
29 reviews1 follower
December 5, 2015
Tulisan yang jujur. Ahmad Boestamam, atau nama sebenarnya Abdullah Sani, menceritakan bagaimana beliau terlibat dalam dunia politik di Tanah Melayu. Dari seorang wartawan kepada seorang ahli Parlimen.
Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews7 followers
September 16, 2012
Dipinjam dari Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, cawangan Sabah (2011).
Profile Image for Zahid.
153 reviews2 followers
September 30, 2020
He is left wing malay nationalist for independent.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.