Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil, cerita sederhana, tentang dia lari berteduh di bangsal di puncak bukit bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.
Kata aku, ini perkara besar , hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.
Kata Teh Sofia, ya, kerja Tuhan siapa tahu ?
Kata aku, Tuhan akan menunjukkan kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan.
Apa kata kau ?
Tulisan ini pertama kali disiarkan secara bersiri dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, mulai Mac hingga Disember 2003. Edisi Asal : Penerbitan Se-Lain Edisi Terkini : Al-Ameen Serve Holdings Cetakan Pertama : 2008 Cetakan Kedua : 2009 Cetakan Ketiga : 2009 Cetakan Keempat : 2011 -
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Saya tak tahu nak mula dari mana. Kak Sal, terima kasih kerana berkongsi cerita peribadi yang penuh liku. Sungguh Kak Sal, dulu saya tak mahu baca kisah Kak Sal. Saya fikir hanya kisah hal perniagaan betik, hubungan cinta atau orang kini panggil slice-of-life.
Kak Sal pandai ya bab agama. Dah macam baca sastera Islam pula gamaknya. Jangan salah faham kak. Sedap baca, dan jadi lembut pula hati saya. Alahai saya ni kak, masih dalam proses untuk jadi manusia yang baik. Lagipun (ini saya nak mengadu) sudah tidak ramai penulis baru tulis cerita yang mendekatkan kita semula dengan Tuhan. Alih-alih hanya pandai copy paste ayat Al-Quran sahaja. Saya sendiri pun naik keliru.
Saya pun sama seperti Kak Sal, maksud saya tentang keluarga kita. Dulu saya fikir, sayalah manusia paling tak bahagia sebab tak pernah kenali ibu kandung saya. Saya mungkin tak tenang atau tak dapat jadi wanita yang baik…sebab saya tidak ada ibu. Rupanya, ia bukanlah semata-mata datang dari situ. Saya boleh belajar dari banyak orang, dari Kak Sal, dari kakak-kakak saya sendiri dan dari pengarang lelaki yang bijak berjiwa perempuan. Eh.
Kak Sal, lepas ni kalau saya nampak betik, makan papaya atau mungkin cuba tanam pepaya pasti nasihat Kak Sal akan tersemat. Cerita Kak Sal yang mengusung saya kembali untuk mengingatkan tentang tauhid dan, dunia serta apa yang ada pada saya hanyalah tempat berteduh.
Kak Salsabila Fahim, terima kasih hidup walau dari barisan huruf-huruf. Terima kasih sangat kak.
Permulaan yang sangat baik! F really enjoyed reading about their life at the farm... it brought back sweet memories of the betik my dad used to plant. Kalau ayah yang tanam mesti menjadi eventhou cuma campak biji atas tanah. Tapi kalau F yang buat… ermm, sampai ke sudah tak tumbuh apa pun. 😂
What F love most is how the story subtly weaves in deep metaphors that make you reflect. Especially that line about milik that everything we have ultimately belongs to Allah. Kita berhempas pulas nak bangunkan ladang tapi akhirnya tetap juga perlu melepaskannya. That really hit me.
Cuma satu F tak berapa faham... kenapa susah sangat untuk Sal buat keputusan tentang cintanya? When Pia made the first move she got jealous. Tapi bila Pia pergi, Kamil still ada dengan dia. And yet, Sal didn’t even try to fight for him padahal jelas Kamil suka kat dia.
And when you read till the end, you’ll see who Sal chooses... totally unexpected! F really didn’t see that coming.
Cuma ending dia terasa macam tergantung sikit. What happened to Mimi and her child? And how about Kamil and Lam... the two guys fighting for Sal’s love? Feels like there’s more to their story but it got cut short.
Overall, it’s a heartwarming yet bittersweet read penuh pengajaran but leaves you curious and wanting more. 💚🧡
F love papaya specially the super ripe, orange, juicy kind. slurrppp!
Saya berjaya menghabiskannya dengan bayangan betik yang sungguh manis dan enak melambai-lambai. Ahh, kecur air liur bila dibayangkan betik yang sudah masak, isinya merah oren keranuman dan rasanya yang kelat-kelat manis.
Itulah penangan Tunggu Teduh Dulu. Cerita ini sungguh biasa, tetapi, bak kata Aini, diluarbiasakan kerana kecintaan terhadap Allah yang Maha Esa. Ini memang sungguh cerita kecil, cerita Salsabila Fahim yang belajar berteduh dulu di muka bumi Allah ini, dan ditimpa pelbagai konflik kehidupan. Ini cerita ketabahan Salsabila dibantu rakan baiknya, Teh Sofia untuk menjadi petani moden, di tengah arus pembangunan dan kemodenan yang sungguh rakus menarah bukit dan membongkar hutan.
Dan betik telah menjadi objek utama dalam kisah ini, di mana jerit perih Salsabila dalam kehidupannya berlatarkan ladang betik yang dibangunkannya di atas tanah pusaka arwah ayahnya. Ini cerita cinta kepada Allah, dan cinta antara manusia, serta cinta terhadap alam.
Adegan menarik yang saya suka? Tentulah gambaran yang dilakarkan oleh penulis ketika Salsabila dan ibu tirinya melakukan ziarah di Madinah dan umrah di Mekah. Terbayang diri saya bersama mereka, menjawab panggilan Allah untuk ke tanah suci!
Faisal Tehrani berjaya menyelami isi hati wanita. Itu yang saya kagum. Seorang penulis lelaki berjaya menulis dengan penuh rasa hati perasaan sang wanita.
Tapi saya kira cerita ini sungguh tergantung. Sesiapa yang mengikuti novel ini ketika pertama kali disiarkan di suratkhabar Utusan mungkin berasa sangat kecewa dengan penghabisan yang menimbulkan banyak tanda tanya.
Encik Faisal, saya cadangkan cepat-cepatlah Encik Faisal merangka Tunggu Teduh Dulu II. Saya akan jadi orang pertama yang membelinya. Kalau kekeringan plot, saya boleh bantu.. hihi:
-Sambunglah cerita Mimi, balu kepada adik Salsabila, Shahruzzaman. Apa yang sudah terjadi padanya? -Adakah Salsabila dan suaminya, Sazli diancam oleh pengutip hutang untuk mengutip hutang arwah Shahruzzaman? -Bagaimana Mimi membesarkan Rabiatul Adawiyah, anak tunggalnya? -Berjayakah Mimi membuka restoran di Afrika berasaskan betik? -Apa jadi pada Lam Ping Hai @ Saifullah dan Kamil yang pada mulanya merebut cinta Salsabila?
Dan mungkin cerita Salsabila di novel ini, dijadikan watak kedua sebagai perencah untuk mencantikkan cerita.
Pernah rasa mabuk dan high ketika membaca novel? Haha, itulah yang saya rasa ketika membaca naskah Tunggu Teduh Dulu. The rollercoster of emotion and unexpected twist in untimely manner feels surreal. Haha.
678 mukasurat terasa amat berat untuk dihabiskan. Mulanya saya bertatih membaca sekitar 20 ke 30 muka dan dibiar lama. Tapi tidak ketika pertengahan novel ini. Dari muka 245 saya membaca terus ke penghujung.
Ini cerita kecekalan wanita dalam merealitikan impian. Ini kisah kehidupan dalam menumpuh dugaan dan pilihan hidup.
Membaca novel ini juga mengingatkan saya kenapa saya meminati tulisan Faisal Tehrani. Susunan kata-katanya sungguh indah dan harmoni. Ia tidak janggal sungguhpun penuh fakta seperti 'Bila Tuhan Berbicara'; dan tak kurang kreatifnya berbanding 1515 atau Kombat. Terpersona saya membaca gambaran kekacakan seorang jejaka dengan gambaran pelangi di awal novel. Bukan kekacakan watak yang saya kagumi, namun keindahan sulaman kata-kata membentuk ayat. Tengok, saya sendiri sudah terpengaruh untuk menulis dengan indah.
Saya juga kagum dengan novel ini sepenuhnya menggunakan "saya" sebagai kata nama. Tidak kekok dan tidak terasa formal. Inilah Bahasa Melayu Tinggi.
Pengakhirannya melahir keinsafan pada diri, juga terasa hampir histeria (hiperbola semata) dengan twist di akhiran...haha. Karya yang indah keseluruhannya. Walau ada momentum tinggi dan mendatar, ia naskah sastera yang cukup berkualiti.
1) Fuh ! Ini adalah novel paling tebal yang pernah aku baca seumur hidup iaitu setebal 678 mukasurat.
2) Percayalah cakap aku, novel Tunggu Teduh Dulu ini memang sedap untuk kau baca. Haritu, aku terjumpa novel ini di atas rak Perpustakaan USIM.
3) Cuba kau tengok kulit novel ini. Ada wajah seorang wanita. Ya, bila kau baca novel ini, penulis akan membawa kau untuk menjiwai watak utama yang merupakan seorang wanita iaitu Salsabila Fahim.
4) Salasabila Fahim, seorang wanita yang begitu cekal. Banyak dugaan yang menimoanya sehingga mampu menitiskan air mata kau. Muahahahah. Kalau kau baca novel ini, kau dibenarkan untuk menitiskan air mata.
5) Salsabila mengusahakan ladang betik di atas tanah pusaka milik arwah ayahnya. Ladang betik ini dinamakan Ladang Betik Teduh Dulu. Sebab apa dinamakan Teduh Dulu ? Haaaa.....kau kena baca sendiri novel ini dan cari jawapannya.
6) Salasabila Fahim juga menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya semenjak dari kecil. Apabila dewasa, mereka cuba meraih cinta Salsabila. Namun, novel ini bukanlah menceritakan cinta 3 segi. Sebenarnya, lebih daripada itu.
7) Menurut S.Othman Kelantan ( Sasterwan Negara ), novel ini memberi kesan dramatik mendalam kepada pembacanya. Dan selepas aku baca novel ini, aku juga terkesan. Muahahahaha.
8) Memetik kata-kata Salsabila, " Buat salah itu biasa. Mengakui kesalahan itu luar biasa. Jangan selesa duduk dalam salah itu selama-lamanya."
9) Sebenarnya, banyak lagi yang boleh diulas daripada novel ini tapi cukuplah setakat ini je. Kalau aku tulis panjang-panjang pun nanti kau bosan nak baca.
10) Selamat membaca & selamat mengenbara !
#duniaBOOKku📚 #alonalonjanjikelakon #breatheNread #2018readingchallenge [ EMPAT ]
satu benda je saya nak condemn. awat salsabila ni eh! omg pls lah sal kalau u lahir in 2025, confirm u kena condemn kaw kaw dekat socmed☺️☺️☺️☺️ maap cakap. tak suka cakap tak suka, bukan layan pastu tak boleh pilih antara dua. sekian rumusan saya
Penulis novel cinta atau so-called Islamik perlu mencontohi karya ini. Hanya cerita yang biasa dengan jalan cerita yang dapat diagak, namun adunan isi cerita mengangkatnya sebagai karya yang istimewa.
Buku ini adalah tentang perjuangan seorang perempuan bernama Salsabila mengusahakan tanah pusaka arwah ayahnya dengan membuka ladang betik. Bersama seorang sahabat sejati, Teh Sofia, menjadi usahawan wanita muda mencabar iman dan kesabaran.
Cerita yang sangat membina semangat perempuan, bukan semata-mata novel cinta yang klise.. penuh dengan kejutan, dan nilai.
Ia mengembalikan roh membaca yang sebenar-benarnya. Bergetar jiwa raga memperhalus kata. Ia bukan sahaja membuatkan otak berfikir sedalam-dalamnya tentang hidup berujian, tetapi turut menarik jiwa agar menzikir nama Tuhan. Getar rasa itu bagai disentuh arus elektrik berkuasa rendah. Tidak sampai menghentikan nadi yang berdenyut, hanya menghidupkan sedar yang lena. Ia memutar sirah Nabi, menyelak ayat-ayat Tuhan. Membesarkan aturan Allah dari sekecil-kecil ciptaan-Nya.
Banyak yang ingin diulas, tetapi perasaan yang menggigil dan jiwa yang bergetar tidak memungkinkannya.
Karya pertama Faisal Tehrani yang saya baca. Terbaca novel ini di akhbar Utusan Malaysia, terus jatuh hati. Sanggup menggunting keratan novel untuk dijadikan koleksi. Salah satu novel kegemaran saya. Tentang kehidupan seorang perempuan bernama Salsabila Fahim yang bukan berkisar tentang cinta kepada insan semata-mata. cinta kepada Allah yang Maha Esa dan dah sudah tentu, cerita tentang ladang betik.. " kerja Tuhan, siapa tahu"
Alhamdulillah. Setelah sekian lama buku ini dibeli dan berada di rak. Apabila tiba saatnya, saya terpanggil jua untuk membacanya....sampai habis!
Cerita ini cerita biasa. Cerita biasa yang berkesan di hati. Cerita Salsabila Fahim yang hidup berTuhan. Cerita yang indah yang akan saya baca semula.
Beberapa pengajaran yang saya dapat kongsi, especially untuk diri dan batang hidung sendiri:
1 - Meletakkan Tuhan sebagai nombor satu dalam setiap keadaan. Jiwa akan bebas dan merdeka dari menjadi hamba kepada nafsu.
'Kelekatan atau attachment aku kepada keghairahan terhadap Kamil adalah sumber ketidakbahagiaan aku. Ia sumber yang menjauhkan aku daripada manusia. Kamil jadi maya untuk diriku buat beberapa lama hinggakan aku menomborduakan Tuhan.'
'Aku sedar selama ini akulah yang manusia yang dikatakan Allah dalam surah al-Furqan itu, bahawa aku menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Hawa nafsu kepada Kamil.
2 - Kembali kepada Tuhan, mengadu dan memohon petunjuk, apabila diduga. Doa adalah senjata ampuh umat Islam. Istikharah, ramai mana sgt antara kita yang mengamalkannya setiap kali membuat keputusan. Bukan buat bila nak kahwin aje yer.
3 - Ada hikmah di sebalik segala takdir. Bersangka baik dan muhasabah. Allah Maha mengetahui.kerja Tuhan siapa tahu
4 - Dunia cuma sementara. Tempat berteduh untuk mengumpul bekal untuk perjalan seterusnya.
5 - Kematian tidak semestinya sesuatu yang dark atau evil. Kalau mati itu mulia bisa saja jadi indah. Barangkali boleh jadi satu nikmat juga.
Sebuah cerita biasa yang berkesan di jiwa. Cerita biasa yang akan dikenang sampai bila-bila.
Pertama kali membaca buku ini, saya masih belasan tahun di bangku sekolah. Kadang-kadang tidak dapat menangkap apakah yang cuba disampaikan oleh penulis. Pabila dewasa, saya membacanya sekali lagi dari sudut pandang yang berbeza. Kini boleh saya akui yang meskipun tempat berteduh itu diberi, tak bermakna pemilikan harus dirasai. Ini kerana, akhirnya kita memang harus akui, dunia ini penat, jika Tuhan izin syurga barulah kita boleh berehat.
Satu perkara yang agak sukar untuk saya fahami adalah plot penceritaan Salsabila di penghujung cerita. Sepertinya penulis sudah kehabisan idea untuk mengatur plot agar susunan cerita menjadi lebih menarik dan kemas walaupun penulis menginginkan pengakhiran yang ringkas.
Aku harus baca buku ini sekali lagi- pertama kali baca mungkin (tak ingat) 6-7 tahun dulu, jalan cerita pun sudah ingat ingat lupa. (banyak makan semut barangkali)
Sebuah kisah perjalanan hidup Salsabila yang bukan sekadar berniaga sahaja, tetapi berjuang untuk merealisasikan impiannya sebagai usahawan ladang betik di atas tanah peninggalan arwah ayahnya. Sepanjang cerita ni akan nampak bagaimana Salsabila menghadapi pelbagai ujian dan cabaran yang datang bertubi-tubi dalam hidupnya diibaratkan seperti "hujan badai" yang perlu dia tempuh dengan ketabahan.
Gaya penulisan penulis memang 'tip-top'. Bahasanya indah, puitis dan penuh dengan falsafah, menjadikan novel ni terasa seperti sebuah karya seni yang mendidik jiwa. Salsabila sentiasa disokong oleh sahabat baiknya, Teh Sofia yang menjadi penguat semangatnya.
Apa yang menarik, saya dapat sedikit ilmu baharu! Penulis ada sentuh mengenai selok-belok perniagaan petani moden betik. Ini merupakan elemen unik yang memperkaya cerita walau tak terlalu mendalam.
Pada saya, 'pace' novel ni agak perlahan. Memang bagus untuk mendalami emosi, tapi kadangkala ia membuatkan saya rasa bosan. Watak Salsabila pula yang kurang tegas dan tiada pendirian yang kukuh, terutamanya bila dia perlu buat keputusan peribadi. Sikapnya yang terlalu pasif dan seolah-olah hanya 'menunggu' takdir, buat saya sebagai pembaca jadi geram! Terasa agak 'annoying' padanya, apatah lagi bila dibandingkan dengan karakter Teh Sofia yang jauh lebih proaktif.
Keseluruhannya, novel ni sebuah karya yang sangat bernilai tinggi dari segi bahasa dan pengajaran. Kalau korang jenis tak kisah penceritaan lambat dan suka teroka ilmu baharu, maka sangat disarankan untuk baca novel ni!
Cerita yg didendangkan sejak tahun 2003 dan kini dalam bentuk buku yg baru untuk menebuk ruang dalam hati pembaca zaman kini. Bahasa yg sangat saya rindukan. Terimbau zaman awal membaca novel dgn penulisan sebegini. Bahasa yg terjaga tapi masih lurus menjentik hati. Mungkin ‘people nowadays’ akan kata bahasa lama.
Semua sedia tahu buku ini tentang Salsabila dan usaha ladang betiknya. Tapi, saya lebih suka memandang buku ini sebagai satu teguran hidup. Sepanjang kisah Sal ni, semuanya terasa nyata dan banyak berlaku dalam kehidupan setiap manusia kecuali situasinya mungkin berbeza. Sal juga manusia yg tak mampu memilih. Sikapnya buat saya geram dan pening kadang.
Liku-liku hidup Sal sangat terkesan dalam jiwa. Tunggu teduh dulu. Itulah seperti dipinta Sal. Banyak tanggungjawab yg harus diuruskan untuk merasa kemanisan hidup. Dari hal memilih si penjaga hati, masalah adik yg tidak tertanggung, ladang betik yg sentiasa diuji, rakan yg sensitif dan banyak lagi ujian Salsabila Fahim.
Tebal bukunya maka banyak ceritanya juga. Saya tak nafikan ceritanya tidak gah tapi saya berharap semua orang dapat membaca buku ni. Perincian tentang betik sgt berguna untuk ilmu baru. Masalah kehidupan pula sgt bermanfaat untuk perbaiki diri kita. Saya suka ikuti perjalanan kisah hidup Salsabila. Banyak sikap dan kata kata positif dalam ni yg mengusik sanubari.
Mentang mentanglah buku ni sangat berfalsafah dan ironi, saya pun tulis ulasan tak lari dari berbahasa yg sama. Hehe Tolonglah baca dan suka buku ni. Semoga yg baik baik buat semua.
Novel ini punya penangannya tersendiri. Ini merupakan kali kedua saya membacanya. Namun ulasan ini begitu tertangguh setelah dua tiga bulan lepas selesai saya baca. Nah, sedikit ulasan — naskhah yang tidak rugi dibaca.
Ceritanya biasa. Tentang seorang gadis bernama Salsabila Fahim - yg belajar berteduh dulu dalam segala 'hujan badai' dan 'ribut petir' yang melanda hidupnya. Luar biasanya cerita ini apabila Cinta Allah itu menjadi tiang utamanya.
Bagi saya, Faisal Tehrani berjaya menyelami isi hati seorang perempuan. Terasa benar-benar Salsabila yg sedang berceritakan kisah hidupnya sendiri. Ibarat sebuah diari, saya turut dapat menyelami kisah Salsabila yg dinukilkan dengan sangat baik dan penuh pengajarannya.
Bila dah namanya Faisal Tehrani, tentulah bijak mengkaji penulisannya. Kali ini saya banyak belajar tentang buah betik. Tentang proses penanamannya, pH tanah yg sesuai, penjagaan, gred dan jenis, rasa serta khasiat dan kegunaanya. Terbaik! Ada saya rasa, 'seronok juga jadi petani moden' 😁
Di samping susunan kata-kata yg indah, ilmu yg dibekalkan dalam buku ini juga mempesonakan ✨
Kesimpulannya, kisah ini kisah seorang wanita yg berani berjuang demi merealisasikan impiannya, bersandarkan cinta dan keyakinan kepada Allah. Didampingi suami tercinta dan ditemani sahabat sejati, Salsabila menempuhi dugaannya dengan syukur dan redha.
Sebuah bacaan yg menginsafkan, mendidik dan memberi semangat.
Personally not a fan. Sebab watak Cik Salsabila Fahim kita. Kenapa cipta watak perempuan yang semua lelaki nakkan dia. Lepas tu dengan member punya tunang pun nak terasa 'something'. Aduh salsabila oi. Tak dapat enjoy nak baca pasal betik sebab sikap FL dari awal sampai kesudah macam blugh.
Gabungan tema yang sangat menakjubkan. Pada awalnya, saya merasakan ini kisah cinta. Cinta tiga segi. Setelah terbuai beberapa lama, tanggapan saya berubah menjadi lebih lagi.
Derita, cita-cita, keperkasaan wanita, tentang pilihan, meneguh peribadi, pertanian, keluarga.. Semuanya bergabung menjadi satu. Nikmat membacanya membuatkan saya rasa tidak ingin menamatkan bacaan, "Saya mahu menetap di buku ini". Namun dek diasak oleh perasaan ingin tahu, akhirnya saya menamatkan juga hingga ke helaian terakhir.
They said: for someone who read Habiburahman El Shirazy’s works surely find bro. Faisal’s TTD as equally compelling if not better. For me in a chef word, it is a blend of Ranjau Sepanjang Jalan(RSJ) plus Ayat-ayat Cinta(AAC) and wallaa... you got a taste of TTD. Seha and her entire daughter in RSJ are traditional farmers who are fighting for survival after the death of her husband, Lahuma. While in TTD Salsabila Fahim is a modern and elegant farmer in the same time an ambitious entrepreneur. Maybe I should say “Anjakan paradigma” here.
And for the AAC part, Salsabila is in Fahri’s shoe being chased by two old friends who come with its own qualities. So who will Salsabila picks? Poeter-Kamil or Philopher-Lam Ping Hai? But as in the monolog Salsabila stated it is not love triangles saga. TTD actually was first published as a ‘novel bersiri’ (ni camne nak translate) at Utusan in 2003 if I’m not mistaken. So the elements of surprise while reading TTD is not in full force here. But it still feels refreshing re-reading TTD.
My housemate- Keri said he is easily carried away by the emotion of a story written, thus novel is his less preferred genre. He once asked me why I enjoy reading so much although if it is heart-aching story- after watched me grunting, “wargh… uhhh…”, grumbling, “kenapa… timkai ya… why…”, and complaining, “isy isy… adoyai” on the bed with TTD. Maybe I should quote Teh Sofia’s words in TTD, “Kerja tuhan siapa tahu”
Sekiranya anda memang meminati kisah cinta Islami, buku ini memang untuk anda. (Malah aku lebih suka novel Faisal ini daripada 'Ayat-Ayat Cinta'.) Namun kerana aku memang sudah bosan dengan kisah cinta, aku sedikit prejudis dalam penilaianku terhadap novel ini.
Sukar untuk memastikan apa yang tidak memuaskan hatiku, kerana ini bukan kali pertama Faisal Tehrani menyelitkan plot cinta dalam karyanya. Mungkin kerana kali ini cinta menjadi plot utamanya, yang membuat novel ini serupa dengan novel-novel lain yang bertemakan cinta. Buku ini juga terlalu panjang untukku, plotnya berjalan terlalu lambat.
Bagi mereka yang seperti aku tidak suka novel cinta, masih ada faedah yang dapat diperolehi daripada buku ini. Pertama, kesedaran tentang betapa pentingnya menjadikan pertanian sebagai perniagaan dan rintangan-rintangan yang perlu dihadapi petani bagi meninggikan martabat pertanian. Faisal telah berjaya memaparkan isu ini dengan baik sekali. Kedua, kecekalan dan cara watak utama menghadapi tekanan patut dijadikan contoh teladan kepada kita. Ketiga, gaya penulisan indah berserta ayat-ayat Al-Quran meninggikan lagi mutu karya ini.
Berbelah-bahagi saya, buku ni. Kepada saknika Tehraniyun di luar sana - saya memang di kalangan anda, tetapi tak salahkan, jika mengkritik secara membina?
Mungkin sebab terlalu teruja dek saranan-saranan dari rakan-rakan pembaca. Mungkin kerana saya terlalu mengharap bahawa seorang penulis Melayu akan menghasilkan karya yang dapat mencetuskan perasaan "fuhhh, dashyat buku ni..!"
Tunggu Teduh Dulu bermula sedikit bombastik, lenggok bahasa dan perkataan-perkataan yang sedikit gah berbanding biasa. Tetapi kian lama karyanya, buku ini terjerumus ke dalam perangkap biasa yang menghantui karya-karya senusantara - bahasanya kian berjela, dan plotnya tidak kejap ('tight'). Akhir cerita terlampau convenient, banyak isu yang menerobos dan banyak menimbulkan perasaan isy, mungkinkan si penulis memancing supaya ingin diterbitkan sequel?
4 bintang untuk buku ni, Faisal Tehrani. Saya terhibur sungguh dengan karya anda, tetapi mungkinkah dapat dimantapkan lagi karya seterusnya supaya dapat terus dijulang ke tahap 5 bintang? Insya'allah! I have high hopes in you, one so young!
Setelah lama terbengkalai e book ni akhirnya tamat juga. Saya kira novel ini adalah karya awal Faisal Tehrani. Ditulis secara bersiri di dalam Utusan Malaysia, novel ini mengisahkan mengenai betik/papaya. Salah satu sifat Faisal Tehrani yang menjadi kegemaran saya adalah kajian yang teliti sebelum menulis. Jika betik topiknya maka seolah olah semua perihal betik diketahuinya. Bagaimana keteguhan dua orang gadis membuka ladang betik di tanah pusaka menjadi contoh. Malah detik kematian juga disusun ayat oleh Faisal dengan baik sehingga terasa rapat sekali kematian itu. Ini bukan sekadar novel cinta dan juga bukan sekadar novel usahawan tani betik malah lebih dari itu. Dalam bab terakhir Faisal menyebut ini novel pengisahan antara hubungan hamba dan Tuhannya. Ringkas dan tepat sekali.
::As salaam, this is by far my fav book !! the best from Faisal. I cherished each page ! :: Saya masih ingat, kali pertama membacanya dalam surat khabar, keluar 3 kali seminggu..mula2 baca untuk saja saja, dan tidak sedar bila saya dah ter 'hooked up' dgn jalan ceritanya..Antara cerita yang ringan dari FT, berbanding dgn yg laen2..
"Segala peristiwa berasal dari pandangan mata..." quote dr ibnu qayyum tu tersemat dalam fikiran sampai ke sekarang. "Dan nanti ku cari pembunuh senyap penghabis nyawa.." wahh !! great !!
cerita si Salsabila ni yang menjadi rebutan dua jejaka.sorang nak jadi pelangi.sorang lagi nak jadi matahari. bila cerita cinta rasa stress juga la sebab salsabila ni punya la lambat nak buat keputusan. tapi akhirnya dia pilih....jeng.jeng.jeng.kena la baca. tapi tak kisah la cerita cinta tu yang seronok cerita tentang kisah betik mereka. bila baca rasa nak bukak ladang betik pulak.. :) tak rugi berbakti pada tanah.
Ceritanya sederhana tetapi istimewa. Tentang satu jiwa yang menolak dua cinta. Datang cinta lain yang lebih membahagiakan apa yang duka, membarakan apa yang lara. Kemelut sosial, tangis wanita, tanih yang berbudi, resah politik dan guaman - semuanya tertakung ketika mereka menunggu teduh!
Mula baca melalui utusan Malaysia kemudian beberapa tahun lepas tu baru tahu Faisal Tehrani yang tulis dan baca novel full dia.... One of the best.. Betik muda..