Shah Jahan, adalah antara pemerintah Empayar Mughal yang terbilang. Di medan perang, musuh menggeruni namanya, manakala sekutu pula sangat menghormatinya. Semasa kekuasaannya, Empayar Mughal berkembang dan mahsyur namanya ke seluruh dunia.
Semua itu tidak akan ada tanpa sokongan seorang perempuan yang memberinya semangat untuk terus berjuang, dan menjadikannya semakin kuat pada ketika dugaan mendatang.
Perempuan itulah isterinya yang sangat dia cintai, sehingga diberikan gelaran Mumtaz. Apakan daya, takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas.
Kerana cintanya yang begitu mendalam kepada Mumtaz, Shah Jahan pun membinakan satu monemun agung – Taj Mahal. Bukti indah sebuah cinta sejati.
Namun, tanpa Shah Jahan sedar, Taj Mahal itu jugalah yang akan menyebabkan Empayar Mughal bergoncang!
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Melalui buku yang ditulis oleh penulis ini, tidak banyak beza dengan buku novel sejarah yang lain. Gaya dan persembahan yang hampir sama. Semua berkisar antara perebutan kuasa dari generasi ke generasi pemerintahan, sekitar cinta dan dendam, penguasaan kubu dan jajahan. Tak banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi jika penulisan ini sepenuhnya mengenai Shah Jahan. Hanya blleh dibaca untuk mengenal siapa dia dan kaitannya dengan pembinaan Taj Mahal. Kisah cinta yang melampaui nilai kesederhanaan dan tidak patut dijadikan ikutan. Apa pun tahniah dan terima kasih kepada penulis kerana telah memberikan naskhah buat menyingkap sebahagian sisi kehidupan Shah Jahan, Mumtaznya dan orang-orang sekeliling.
Kisah cinta agung antara shah jahan dgn mumtaz. Cinta yg terlalu kepada isterinya sampai menyusahkan org lain utk membina taj mahal. Ada juga mengisahkan perebutan takhta sampai sanggup membunuh saudara sendiri. Kerana harta org akan jadi tamak~