Karya sangat berkualiti bagi saya. Membacanya memberi kepuasan namun kepiluan juga bermaharajalela dalam hati. Alangkah bagusnya jika lebih ramai yang dapat membaca buku ini. Pasti separuh jika tidak semua, akan bangkit semangat cintakan tanah air. Pasti akan terbit kesedaran bahawa bumi tanah kelahiran ini sepatutnya dipertahankan dari kerakusan orang luar dengan segenap sumber dan tenaga yang dalam kawalan. Pasti akan meluap amarah terhadap bangsa sendiri yang tergamak menjadi anjing penjajah, menjual maruah hanya kerna mengharapkan kekayaan atau acknowledgement daripada si bajingan penjarah. Makan dedak dan jadi hamba di tanah air sendiri.
Nostalgia Padang, Iskandar Dzul Karnain H.M. Selepas novel Kitab Lama yang saya baca beberapa hari lepas, novel ini kebetulannya sama mengkisahkan kebajingan penjajah di Nusantara. Kitab Lama - Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1943. Nostalgia Padang - Belanda di Tanah Jawa dan Inggeris di Temasik sekitar 1835. Buku ni diterbitkan 2012.
Yang diceritakan oleh Pak Nakhoda Abdul Rahman dan disambung oleh Sultan Husein kepada Sunan / Muhammad Mukti di Istana Kampung Gelam rasa macam sangat senada dengan suasana hari ini di tanah air.
"Sekarang baru kita sedar permainan mereka. Setiap yang diberi, adalah daripada kita yang dikehendakinya. Mereka tidak minta serta merta tetapi semuanya dicatat sebagai hutang...".
"Di mana-manapun, penjajah itu sama saja tingkah lakunya. Mulut manis kelengkeng berkait. Apa yang dilafazkan di mulut tidak sama dengan niat di hati mereka. Kalaulah pembesar-pembesar kita mengambil iktibar daripada apa yang penjajah Inggeris telah lakukan di India ..."
Buka minda dan hatimu, sejarah yang pahit biarlah menjadi pengajaran dan jangan dibiarkan berulang. Baca, bacalah kawan-kawanku.
sangat terpengaruh dengan peribadi Mukhti. bila membaca perjuangannya yang dipersiakan di Johor, rasa malu sendiri. ini adalah datuk nenek moyang kita dulu. namun tidak aku terima mentah2 apa yang ditulis, mungkin sudah menjadi kebiasaan untuk aku turut membuat sedikit kajian selepas itu. jadi aku gigih Google sejarah Tanah Melayu, terutama berkaitan sejarah hubungan Sultan dan Temenggung di Johor. walau tidak sedalam mana ilmu, aku benar tertarik ingin mengetahui lebih lanjut.:)
selain itu timbul juga persoalan, apakah perjuangan aku untuk agama, bangsa dan negara aku setakat ini?
A very influential book to me personally. First read it when I was 14 years old and I would say from that moment my interest in history, literature and Islam began. The story touched me deeply or is it just because I was a 14 year old innocent kid? Regardless, I started to read more on religion and history and most importantly I started writing. Ther rest, is history...
Great Malay Travelog, brought back readers to the past with wonderful descriptive scenes and inspirational stories. A story written as a travel log within another travel log back past to the early days of the 19th century. The writer take us back into time to delve into the past and the links to his family and the place called Padang, which is now no longer in the map, but somewhere previously in state of Johor... Recommended to read!