Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pengembaraan Shell-Searching Seekor Umang-Umang Rock n’ Roll dan lain-lain cerita

Rate this book
29 cerpen yang terkandung di dalam kompilasi ini terbahagi kepada lima bahagian yang secara tematik berkait, menggunakan judul-judul filem sebagai pembahagi. Gila-Gila Remaja mengumpulkan cerpen-cerpen bernuansa bebas, riang dan muda dari cerita mandi sungai hingga ke scene seni dan pembukuan. Chinta Kaseh Sayang pula mengumpulkan cerpen-cerpen yang merangkumi pelbagai spektrum hubungan. Mata Shaitan mengumpulkan cerpen-cerpen krisis existensial yang gelap, lucu dan tragis. Bayangan di Waktu Fajar mengumpulkan cerpen-cerpen berbentuk refleksi dan imejan persis fosil memori yang dirakam kamera. Terakhir Sultan Mahmud Mangkat Dijulang mengumpulkan cerpen-cerpen yang lebih politikal dalam skala domestik baik sebagai seorang anak yang ingkar ke masjid untuk sembahyang Jumaat mahu pun kehidupan seorang novelis prolifik yang penuh pancaroba.

199 pages, Paperback

First published January 1, 2017

2 people are currently reading
19 people want to read

About the author

Ridhwan Saidi

34 books187 followers
Ridhwan Saidi is a Malaysian writer, theatre practitioner, and filmmaker known for his interdisciplinary experimentation with language and his fearless exploration of taboo subjects, with his trademark mix of ‘art berat’ and ‘art ringan’, dry humour, and esoteric discourse.

In 2011, Ridhwan penned his first novel, “Cekik,” followed by “Amerika” in the same year. Since then, he has authored “Mautopia” (2012), “Stereo Genmai” (2012), “Babyrina” (2014), and “Brazil” (2015). Each of these works delves into a wide array of themes and courageously challenges conventional storytelling. However, his examination of the darker aspects of human existence has elicited both admiration and concerns regarding its moral implications.

In addition to his association with Moka Mocha Ink, Ridhwan’s enthusiasm for theatre and the performing arts led him to establish Ensembel Teater Kaos Nol. Through this collective, he nurtures artistic talent, encourages conversations, and addresses important issues through artistic means.

“Our aim is to be open and inclusive when it comes to diverse modern art forms and traditional craft. When you have a thirst for knowledge, value historical understanding, and have a sense of humour, things will fall into place.” –Ridhwan Saidi (Moka Mocha Ink, an indie publisher, is making strides in literature and theatre circles. The Star, 20 July 2019)

Ridhwan has made contributions to the field of theatre performance through his works in Teater Modular and Teater Normcore. Teater Modular employs a system of independent modules, creating an ever-changing and interactive experience for the audience. On the other hand, Teater Normcore explores the intricacies of the creator-creation relationship in “Stereo Genmai,” delves into the roles we assume in both private and public spaces in “Masam Manis,” and examines the human condition within urban settings through productions like “Hamlet Fansuri,” “Karaoke Medea,” and “Tahun-Tahun Seorang Novelis.” “Pengalaman Prangin” (2024), is a 2 km roaming performance—incorporating walking and bicycling—that explores memory, history, and spatial sensibilities between geomorphology and built environments in George Town, Penang. His approach remains firmly rooted in unconventional and grassroots theatre.

In his film “Tiada Cinta Selama Muda” (No Love for the Young), Ridhwan blends body movements, documentary footage, and poetry, creating a peculiar audiovisual experience. He welcomes spontaneity while filming on-site and fosters a sense of collective creativity. “Air Mata di Kuala Lumpur” (Tears in Kuala Lumpur) is his second feature length film premiered in Rotterdam.

Apart from his own projects, Ridhwan actively collaborates with others and works as a dramaturg in productions such as “Tidur Lambak” (2022, Kuala Lumpur & 2025, Jakarta), an immersive performance exploring communal sleeping, and Lau Beh Chin’s “Beyond Moving with Artisans” (2021-2024), a choreography exploring fading crafts.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (14%)
4 stars
11 (52%)
3 stars
7 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Afi  (WhatAfiReads).
603 reviews427 followers
June 7, 2023
Terdapat beberapa fasa perasaan dalam aku menghabiskan kumpulan cerpen ini.

Pertamanya, aku tertarik dengan judul dan kulit muka buku ini. Ada sesuatu yang agak catching dengan pengolahan kulit muka bersama-sama kumpulan cerpen yang aku kira sangat unik, absurd dan membuatkan kau mempersoalkan sanity kau. Aku semacam teringat akan penulis Jepun yang aku gemari , Sayaka Murata dan karya-karya beliau yang tampak normal pada surface cerita tetapi aku kira melangkaui jangkaan aku sebagai pembaca. Judul buku ini bagi aku sangat menarik. Selalunya, orang menggunakan frasa Soul-Searching, tetapi, buku ini mengambil frasa itu dan menggantikan dengan Shell-Searching. Mungkin ia hanya coincidence atau aku sahaja yang terlalu over-analyse tajuk buku ini, tetapi disebabkan logik itulah yang membuatkan aku tertarik untuk membelinya.

Kumpulan cerpen daripada Ridhwan Saidi ini membawakan beberapa tema yang berbeza dalam setiap penceritaannya. Cerita-ceritanya pendek namun, ia mampu memberi impak yang agak maksima bagi aku. Aku seakan terkejut. And what makes the author's writing more catching? Its the way he writes his stories in such a matter-of-fact tone that the occurrences for each situation felt normal. That's why it reminded me of Murata's works. Its absurd and just very out of the world at some points, but it somewhat made sense overall.

Setiap tema yang dibawa dalam cerpen ini membawa makna yang tersirat. Aku bikin, Ridhwan Saidi membawak konsep magikal realisme ke aras yang boleh dibanggakan. Ia mengangkat sastera Melayu dan memperlihatkan bahawa terdapat banyak cara untuk kita mengolah sebuah cerita. Ia mungkin tidak dapat diterima oleh semua orang, tetapi bagi aku, cerita-cerita dalam buku ini ibarat menonton teater indie yang kau tak mungkin akan faham kesemua apa yang ingin disampaikan, tetapi, ada sesuatu yang menarik kau untuk menonton sampai ke akhirnya,

Antara cerpen yang telah menarik perhatian aku:
1) Saadah dan Mesin Timbang Saadah
2) Raslan dan Potret Raslan
3) Gerbang Neraka
4) Musang King

Setiap tema yang dibawa membawa unsur yang berbeza dan ia agak dark bagi aku. Yang aku suka adalah bagaimana setiap tajuk yang dibawa dalam setiap tema itu kena dengan dunia sekarang yang seakan tidak masuk akal juga. Ia memberi erti kepada kita manusia yang kadang ada masa, feminis tidak semuanya betul, patriaki masih hidup dan nyata, racism akan menjadikan kau seorang alien di mana-mana kau berada di muka bumi ini, pembunuh itu bukanlah hanya secara fizikal tetapi ia juga boleh dalam bentuk mental juga.

Buku ini bukanlah untuk semua orang. Tetapi ia adalah suatu karya yang bagi aku, mempunyai essence-nya sendiri. Recommended!

Personal Ratings: 4🌟
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books137 followers
September 6, 2017
2.7* untuk Penggembaraan Shell- Searching Seekor Umang-umang dan Rock n' Roll!

Tajuk dan kulit buku ini, sangat unik!

Ada beberapa buah cerpen/kisah yang aku pernah baca kat buku lain seperti dalam buku antalogi Kopi, KLCC, Bola, Cerpen Malam Jumaat dan lain-lain. Hanya dikumpulkan di dalam satu naskah. Untuk peminat RS, kaki kipas susah-mati, korang harus dapatkan buku ini!

Kalau RS nak marah sebab aku tak suka dengan buku ni, aku ok. Sebab memang hanya beberapa buah cerpen saja yang aku suka. Ada cerpen lepas aku habis baca, aku rasa nak hempas kepala kat dinding. Apa benda yang aku baca ni. Ada juga yang buat aku berfikir, owhh mungkin cerpen ni, dihasilkan buat sang pemikir. Untuk pembaca yang amatur macam aku, kena baca tajamkan lagi pemikiran aku. Tapi tetap ada beberapa buah kisah yang aku enjoy dan gembira layan.

Aku lebih suka buku esei RS yang baru-baru ni aku baca.

Nak tulis apa lagi huh?

Hurmm, korang bacalah. Mungkin korang akan lebih suka dengan buku ni?

Peace!
Profile Image for pae (marginhermit).
380 reviews25 followers
June 12, 2023
Tulisan Ridhwan Saidi memang kena dengan jiwa saya: lawak hambar, satira dan tidak masuk akal. Amaran: tinggalkan logik di almari buku sebelum mula membaca sebab anda akan duduk di tempat umang-umang, tempat perempuan bermisai, tiba-tiba naik belon udara panas dan terlopong sebab ada orang bawak penimbang ke kedai buku.
Profile Image for Steff.
108 reviews17 followers
August 19, 2018
Ohoh, mengantuk ni. Spent the entire evening writing songs and the entire night putting together melodies. Lepas import reviews dari twitter, I shall take a long nap.

Lama dah ada buku ini, tapi sayang mahu baca, sebab unf, RS dah tidak menulis buku dan pastinya satu hari nanti buku-buku beliau akan dibaca habis. Kini tinggal Mautopia dan Cekik yang bernyawa di atas rak, intinya masih misteri.

PSSSUURNRDLLC merupakan koleksi cerpen yang terbahagi kepada lima bahagian dengan tema-tema tersendiri. Ada beberapa cerpen yang pernah dibaca dalam novel-novel penulis juga terselit dalam buku ini, seperti mesin timbang saadah dalam Stereo Genmai dan Musang King dalam Brazil. (Kalau silap maaf ya, soalnya lama tidak baca huhu).

Parte I: Gila-Gila Remaja, kumpulan cerpen bernada ringan dan fun. Fiksi Al-Pulpa, dan cerpen pertama yang semput nafas nak sebut ha ha ha adalah favorit! Permulaan buku sudah memanaskan isi minda saya untuk menerima cerpen-cerpen kreatif-ganja RS.

Parte 2: Chinta Kaseh Sayang; hal-hal relationship dan sebagainya. Favourite, Sulalatus Anilingus b & r yang pengakhirannya menghiburkan. Kretek dan Luwak pula memperlihatkan perbezaan stail penceritaan melalui perspektif seorang watak lain.

Parte III: Mata Shaitan— cerpen-cerpen bertema eksistensial, disajikan dalam bentuk komedi satria tier dua. Favorit? Pengalaman Takjub (...) dan Pengalaman Manis (...) kerana sumpah ya Tuhan ia memang sesuatu yang akan bikin penunggang agama waktu kini bergetar seluar dalamnya. Kenapa ya? Bacalah sendiri!

Parte IV: Bayangan di Waktu Fajar, sekumpulan cerpen yang lebih berupa abstrak, seperti memerhati warna pink dalam kolam warna Ari Grande dala God is a Women, ia ada dan kelihatan tapi tanpa mula dan hujung, tanpa kontena cerita.

Parte V: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, cerpen politikal dalam skala domestik namun saya sangat gemari cerpen tentang profesor dan pembunuhan bola-bola di kawasan kejiranan. Jurnal Alim n Soleh menjadi pengakhiran kepada koleksi cerpen kreatif-ganja ini.

Rock n roll... Rock n roll...
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
May 3, 2022
Kebanyakan cerpen dalam kumpulan cerpen ini saya pernah baca seperti, Mandi Sungai, Saadah dan Mesin Timbang Saadah, Good Boy, Salib Eksistensial, Pengembaraan Umang Umang dan beberapa cerpen lagi. Saya tak ingat di mana, tapi sama ada ia dari SelangorKini, Kumpulan Cerpen Tebaik, Yang Magis Yang Aneh dan mungkin Wattpad. Kumpulan cerpen ini ada yang mengagumkan dan menyeronokkan (yang kebanyakannya pernah terbit dan pernah saya baca). Tapi ada yang pendek dan tidak berjaya beri saya apa apa kesan. Saya juga suka gaya penulisannya, yang santai, manja dan seronok. Pernah sebelum ini saya menyesal kerana tidak beli kumpulan cerpen ini kerana saya fikir yang kebanyakannya saya pernah baca, buat apa saya beli, tapi saya tak menyesal membeli apatah lagi membaca semula. Nasib baik dicetak semula. Untuk kaver, saya teringat masa kumpulan cerpen ini terbit, Ridhwan Saidi sedang rancak dengan cat minyak di atas kanvas dan pos di instagram dan ada juga yang dia buat kaver untuk Kerja Tangan. Saya ingat masa itu, Ridhwan Saidi ada lukis satu lukisan dengan cat minyak di atas kanvas paling besar macam untuk penuhkan satu dinding. Saya sarankan buku ini untuk semua orang, peminat Ridhwan Saidi dan mereka yang jarang baca Ridhwan Saidi dan mereka yang jarang berjumpa cerpen Ridhwan Saidi di mana mana medium lain. Kalau ada penambahan yang saya mahukan, saya mahu ia tulis di mana setiap satu cerpen pernah terbit, walaupun ia cuma terbit di Wattpad atau BinFilem.
Profile Image for hans.
1,150 reviews152 followers
June 12, 2018
Judulnya saja sudah buat saya tertarik. Mungkin kerana ia satu judul yang panjang dan pelik dan barangkali kerana rock n' roll. Pembahagian bab yang dalam format kompilasi mengikut judul filem merangkumi kisah mengikut tema.

Gila-Gila Remaja : Terasa urban dan muda. Kisah Saadah yang entahlah terasa sarcasm maha hebat dengan mesin timbang Saadah tapi kalau boleh nak juga ada seketul. Kisah Ali Parodi yang buat saya terkesima dan kasihan tetapi penceritaannya agak bagus dan sureal. Kisah Umang-Umang buat saya teringat kepada kisah Samsa oleh Franz Kafka-- satu absurdity dengan imaginasi tak masuk akal. Mandi Sungai antara cerpen kegemaran-- satu kembara ala mistik tetapi berpijak di bumi. Perenggan akhir yang berbunyi agak sepi tetapi inilah point kegemaran saya.

Chinta Kaseh Sayang : Lovey dovey pasangan kekasih dalam kisah-kisah bittersweet, warna warni unikorn dan little cute bunnies di hujung pelangi. Kaos di Heritage Row yang agak brutal dan 'dark' tetapi ceritanya saya suka. Luwak dan Kretek cerpen kegemaran saya di sini-- cemburu tetapi comel.

Mata Shaitan : ekstrem dengan judul-judul yang boleh buat seorang ustaz terkesima. Kisah Raqib dan Atid juga Iblis dan Syaitan itu antara kegemaran saya. Short and simple, not sweet but fascinating.

Bayangan di Waktu Fajar : Lebih kepada kisah di dalam komuniti, pemerhatian di sekeliling. Plot-plot yang menarik, idea fresh dengan sisi sureal dan aneh juga cameo feminis radikal.

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang : Pembunuhan atau kematian, thriller dan horor, juga sedikit fantasi sains. Kisah Musang King paling saya gemar. Plot yang misterius pada mulanya, aneh di bahagian tengah dengan karakter Nipun yang begitu suspicious tetapi ending-nya agak savage.

Barangkali hampir kesemua cereka saya suka. Ada plus minus point tetapi penceritaan setiap satunya amat unik, imaginasi luar kotak dengan penghabisan yang tak terjangka. Buku santai saja, sekali duduk boleh habis baca.
Profile Image for Abul M. Salleh.
22 reviews
May 11, 2017
Keseluruhannya buku ni boleh dihabis baca dalam satu malam. Tapi untuk aku, ambil masa hampir satu bulan. Mungkin kerana aku pembaca yang perlahan. Atau mungkin juga kerana ada cerita-cerita yang memaksa aku untuk terus menutup buku dan masukkan kembali ke dalam beg.

Ada juga cerita yang membuatkan aku mengetuk-ngetuk meja dan kepala serentak. Aku laki-laki mudah. Asalkan sedap dan absurd, sudah cukup buat aku jatuh cinta berkali-kali lantas melupakan beberapa cerita yang buatku kecewa di dalamnya.

Sudah semestinya cerita yang paling aku suka adalah cerita tentang salib yang mendepakan tangan di atas kubah masjid, dan kau harus baca dan sama-sama merasakan apa yang aku rasa.
Profile Image for Azrin Fauzi.
Author 19 books45 followers
November 5, 2022
Tolong jangan beritahu sesiapa: ini naskhah kedua yang aku dapatkan setelah menyedari yang naskhah pertama telah hilang dalam simpanan. Aku lupa kepada siapa aku meminjamkannya dahulu tetapi sebagaimana aku seronok membaca cerpen-cerpen Ridhwan yang menjelmakan semula susastera Malaysia sebagai suatu yang ekstatik; yang buatkan kita hargai apa yang dinamakan sebagai "i-ma-gi-na-si" (malahan cerpen "Raslan dan Potret Raslan" masih menjadi antara cerpen Malaysia kegemaran aku sehingga sekarang, yang aku anggap antara yang terbaik), moga-moga engkau juga begitu.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.