Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Seorang gadis kampung bernama Chii dibawa ke sebuah bandar kecil untuk berkahwin dengan pemilik kedai buku bernama Souichiro. Namun seminggu selepas berkahwin, suaminya rebah dan meninggalkan Chii sendirian buat selama-lamanya. Sejak pemergian Souichiro, kedai buku langsung tak dibuka kerana Chii tak tau cara mengendali perniagaan disebabkan asal-usulnya tapi sejak bertemu Hachi dan ibu bapanya, Chii mula berubah. Perubahannya turut mempengaruhi perniagaan kedai buku dan penduduk bandar...

232 pages, Comic

First published December 20, 2013

1 person is currently reading
61 people want to read

About the author

Shin Takahashi

60 books26 followers
Shin Takahashi ( 高橋しん, originally 高橋真 Takahashi Shin?, born September 8, 1967) is a Japanese manga artist best known for writing Saikano (She, the Ultimate Weapon) and Iihito. He was born in Shibetsu, Hokkaidō on September 8, 1967.
He has been using computer graphics in his works since the time when few manga artists were able to use them.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (36%)
4 stars
29 (50%)
3 stars
5 (8%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Aiza Idris (biblio_mom).
622 reviews211 followers
March 25, 2020
Aku berjaya lambatkan pembacaan buku comel ni selama 14 hari. Disebabkan buku ni seronok sangat untuk dibaca dan aku adalah speed reader, aku cuba nikmatinya sedikit demi sedikit setiap hari.

Ada bahagian yang aku rasa nak menangis bila baca. Mungkin sebab mudah bagi seorang isteri seperti aku merasai kehilangan seorang isteri seperti Puan Chii yang kematian suaminya.

Apa yang aku harapkan dari buku ni tak terjadi; Puan Chii jatuh saling jatuh cinta dengan anak penjual sayur yang kacak tu. Hahaha! mungkin buku kedua begitu jalan ceritanya? Aku dah ada buku tu kat rak. Tapi sayangnya nak baca sekarang! Aku nak masukkan buku kedua tu dalam bahan bacaan bulan April.

Menyentuh mengenai ilustrasi buku, bagi aku sangat baik dan cantik! Lagipun, pencinta buku mana yang tak suka tengok gambar dalam buku yang berkaitan buku, rak buku dan kedai buku kan? Aku harap banyak lagi komik manga macam ni di hasilkan. Harga pun murah!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
September 13, 2020
Ada 4 kisah di dalamnya. Cuma ada juga bahagian yang kurang saya fahami tapi keseluruhan cerita masih mampu dibaca dengan lancar. Seronok lihat pandangan suami Chii tentang buku serta impiannya untuk hidup bersama isteri. Malangnya ia tidak berlaku. Suami Chii meninggal dunia selepas seminggu mereka berkahwin.

Chii meneruskan impian suaminya dalam menjaga kedai buku dan bertanggungjawab membangunkan minat membaca masyarakat setempat terhadap buku. Kedai bukunya istimewa. Chii mengenali kesemua penduduk dan berusaha menyediakan rak untuk mereka. Saya kira Chii lebih hebat dari pustakawan sebab Chii mengecam genre kegemaran setiap orang. Hebat!

Bagi Chii, susunan buku di rak adalah suatu pemandangan. Ada macam-macam pemandangan dapat dilihat menerusi rak buku seseorang. Setiap buku juga ada "suara". Sebab itu dia kasihan melihat buku-buku di perpustakaan yang tidak dibaca. Baginya apa guna berada di rak tetapi tidak dicapai untuk dibaca.

Profile Image for Farhain Ismail.
13 reviews
October 17, 2017
"Apa tujuan baca buku? Untuk hidup.
Dalam ni ada bagitahu cara hidup. Kau cari, fikirkan dan hidup." (halaman 18).

"...tapi buku bukan sekadar benda. Kata-kata pula bukan sekadar cetakan. Dibaca. Disemat dalam hati. Diubah menjadi satu makna yang tak dapat diluah dengan kata2 dalam diri orang itu. Dan dipupuk dalam hati. Itu baru dipanggil buku." (halaman 143).

"Ia takkan hilang. Ia takkan lenyap. Masa, kata2. Kehangatan dan kesedihan. Semuanya kekal tersemat di sudut kecil dalam diri ini. Kekal tersemat dalam kedai buku ini." (halaman 206).
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
April 13, 2017
Kali ni aku nak berkongsi satu manga atau orang kita selalu panggil komik yang berjudul Isteriku dan Kedai Buku yang ditulis oleh Shin Takahashi. Manga ni diterbitkan pada tahun 2013 di Jepun dan telah dialih bahasa pada Bahasa Melayu pada tahun lepas, 2016. Sebanyak 231 muka surat yang terkandung dan ilustrasinya berwarna hitam putih.

Melihat tajuknya pun bagi aku sudah menarik iaitu perihal 'kedai buku'. Bila disebut buku tentunya bermain di kepala bahawa manga ni menceritakan hal buku. Buku tentang buku. Ceritanya bermula seorang gadis kampung yang bernama Chii yang berkahwin dengan pemilik kedai buku satu-satunya di kampung tersebut bernama Souichiro yang sempat hidup bersama dalam waktu yang singkat.

Setelah pemergian suaminya kedai buku tersebut tidak dibuka memandangkan Chii tidak ada pengalaman dalam mengendalikan kedai buku sehinggalah bertemu dengan Haichi yang merupakan anak kepada tauke kedai sayur. Haichi cuba memberikan motivasi kepada Chii dalam meneruskan kelangsungan hidup dengan membuka kembali kedai buku tersebut.

Apa yang menarik tentang hidup Chii ini adalah suaminya pernah berpesan supaya menghabiskan bacaan buku yang dijual di dalam kedai tersebut (walaupun sebenarnya tak boleh baca bahan jualan. Haha) untuk mengenal suaminya. Tambahnya Chii tidak sempat kenal erti cinta, jadi dengan menghabiskan semua bahan bacaan yang dijual di kedai tersebut maka selayaknya Chii akan kenal perihal cinta.

Sambil tu, dalam manga ni kau akan merasai bagaimana suasana kedai buku, bagaimana penjual buku menjual buku, bagaimana Chii cuba memperbetulkan persepsi masyarakat tentang betapa pentingnya membaca, usaha Chii yang cuba menghabiskan bacaan buku2 yang ada sebelum mencadangkan kepada orang lain tentang buku yang sesuai untuk mereka dan banyak lagi.

Antara momen yang menarik perhatian bilamana Chii akan mencatat perilaku seseorang di memo bagi memudahkannya dalam mengenal perwatakan mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya dalam kita mencatat apa jua perkara supaya kita tidak terlupa atau boleh menjadi petunjuk dalam permasalahan yang akan datang. Sarat dengan kata2 motivasi yang boleh diambil seperti:

Apa tujuan baca buku? Untuk hidup.
Dalam ni ada bagitahu cara hidup. Kau cari, fikirkan dan hidup (halaman 18).

..tapi buku bukan sekadar benda. Kata2 pula bukan sekadar cetakan. Dibaca. Disemat dalam hati. Diubah menjadi satu makna yang tak dapat diluah dengan kata2 dalam diri orang itu. Dan dipupuk dalam hati. Itu baru dipanggil buku (halaman 143).

Ia takkan hilang. Ia takkan lenyap. Masa, kata2. Kehangatan dan kesedihan. Semuanya kekal tersemat di sudut kecil dalam diri ini. Kekal tersemat dalam kedai buku ini (halaman 206).

Nak cuba baca lain daripada lain? Ya bacalah manga. Asyik serius je kan. Humor, sedih, comel semuanya ada.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
May 5, 2019
Ceritanya menarik. Saya bagi 2 bintang untuk terjemahan yang teruk dan janggal bila dibaca.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
April 20, 2020
Bagi saya, prekuel Isteriku & Kedai Buku ini lebih menarik dari segi isi dan jalan cerita. Banyak quote yang saya highlight-kan dan ia beri 1001 makna pada diri saya.

Tak melampau jika mahu dikatakan bahawa kecintaan saya terhadap perkaitan buku dan kehidupan semakin bertambah selepas membaca komik ini.

Komik yang diterbitkan di Malaysia pada 2016 ini adalah prekuel kepada Isteriku & Kedai Buku: Kedai Buku Cinta Pertama, namun insyaAllah pembaca tidak akan terkeliru jika tidak membaca mengikut turutan siri.
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
December 30, 2020
Setelah baca siri yang pertama, baru faham dengan lebih terperinci bagaimana susah payahnya si isteri yang tidak punya pelajaran dan minat membaca terjebak ke dalam dunia buku pembacaan serta menguruskan perniagaan . Menarik sekali. Setiap buku yang di baca menghadirkan cinta dan rindu yang tidak berpenghujung buat arwah suaminya. ❤️
February 23, 2020
Komik Isteriku dan Kedai buku lebih banyak menceritakan tentang buku.

Terlalu banyak quote yang menarik tentang buku sehingga saya merasakan buku ini adalah sati benda yang sangat istimewa dalam kehidupan.

Seolah-olah memberi kita “nyawa” dan semangat untuk terus hidup.
Profile Image for Reza Aleeya.
128 reviews2 followers
January 10, 2019
Amazingly...this is the best single shot manga i have eva read
Profile Image for aliyahrambely.
195 reviews9 followers
February 20, 2020
Takes a long time to finish the first series, haha but it’s okay because I enjoy the story so much! After I read this, I could understand the heavy time that she had gone through after losing her only husband. From books, she gets to know that her husband actually loves her and I can say that the Aoba Bookshop is a way of Souichiro showing his love.

Kinda distracted me when Hachi always be there for her and why she cannot fall in love with him?!! Haha.. after I read about the discussion of writer and drawer (Mr. Shin), he said he just give the moment for Chii and Hachi (maybe they will be together at the end) Who knows right? And I will pray for that🤲🏻

Overall, I satisfied with this book and the storyline. Cute but somehow I feel that Chii is overacted yet still adorable, so okay la

“From all these books, the only way I get to know you is only by reading; your books”.

This quote I come out after relationships between Chii and Souichiro💞
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
January 25, 2020
Buku ni memceritakan sesuatu yang tidak disangka boleh berlaku di dalam sebuah kedai buku kecil. Cara Chii berfikir sangat berbeza dari orang lain tapi logiknya ada. Semua yang suka pergi ke kedai buku pasti akan suka membaca komik santai ini.
Profile Image for Reena.
78 reviews5 followers
January 30, 2020
Komik yang berlatar belakangkan sebuah bandar kecil di Jepun selepas waktu peperangan. Berkisar mengenai bagaimana Chii meneruskan kelangsungan hidupnya bersama Kedai Buku yang diwarisi dari suaminya yang telah pun meninggal dunia setelah seminggu perkahwinan mereka. Chii seorang wanita genit yang terlalu muda, berasal dari kampung, tidak tahu menguruskan diri, miskin dan bukanlah seorang yang terpelajar. Setiap kata-kata suaminya sepanjang perkahwinan mereka, akan ditulis oleh Chii di kertas agar dirinya tidak sunyi.

Atas dorongan sahabat baik suaminya, Hachi dan penduduk kampung yang baru dikenalinya, Chii bangkit untuk memastikan Kedai Buku suaminya kembali beroperasi. Usaha Chii bagi memastikan penduduk kampung di situ membeli buku yang dijualnya cukup menyentuh hati. Walaupun tidak mempunyai pengalaman mengendalikan Kedai Buku, cara Chii yang bersemangat dan unik berdepan dengan setiap masalah yang dihadapinya membuatkan penduduk kampung mula senang dengan kehadiran Chii. Malah turut bersama-sama membantunya.

Sebuah komik yang pada pendapat saya cukup istimewa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar ‘Pencinta Buku’. Banyak kata-kata menarik yang diungkapkan di dalam komik ini yang sesuai dijadikan sebagai motivasi untuk diri sendiri. Terus-terang saya katakan, inilah pertama kali saya membaca komik yang cukup memberikan inspirasi. Namun begitu, ada antara dialog-dialog dan susun letak di dalam komik ini yang sedikit mengelirukan apabila membacanya (mungkin disebabkan kejanggalan atas ayat yang dialihbahasa dari Jepun ke Bahasa Malaysia). Walaubagaimanapun ianya tidaklah mengganggu keseluruhan jalan cerita komik ini.

Di bawah, saya senaraikan kata-kata yang cukup menarik diambil dari komik ini yang boleh kita hayati bersama :-

M/s 18 - Apa tujuan baca buku? Untuk hidup. Dalam ni ada bagitau cara hidup. Kau cari, fikirkan dan hidup.

M/s 19 - Buku ni takde nutrisi dan tak boleh dimakan. Tapi hidup ini ada banyak hala. Kalau kita tak terus hidup bertahun-tahun kita takkan tau... dan dalam semua buku ni ada bagitau kita cara hidup. Selagi seseorang tu baca buku, dia boleh terus mencari. Aku rasa perbuatan membaca tu membawa maksud hidup.

M/s 49 - Esok akan berubah kalau kita membaca. Bila perkara yang ingin disampaikan penulis masuk ke dalam hati kita melalui buku dan mata. Diri kita pada hari ni dah tak sama dengan semalam.

M/s 63 - Kali pertama buku ditulis, ada orang terfikir... Untuk sampaikan kata-kata yang tak dilihat bentuknya. Lukisan... dan perkara yang boleh bantu manusia terus hidup.

M/s 113 - Kebebasan... bukan sesuatu yang diberi pada orang. Juga bukan sesuatu yang boleh dihadkan oleh sesiapa. Ia bermaksud pencarian cara hidup bersama manusia lain. Kebebasan ialah manusia tu sendiri.

M/s 128 - Buku ialah makhluk. Kalau disentuh, ia akan bangkit hidup semula.

M/s 143 - Tapi buku bukan sekadar benda. Kata-kata pula bukan sekadar cetakan. Dibaca... Disemat dalam hati... Diubah menjadi satu makna yang tak dapat diluah dengan kata-kata dalam diri orang tu... dan dipupuk dalam hati. Tu baru dipanggil buku.

M/s 144 - Buku ialah... Sesuatu yang datang berdamping... dengan perasaan dan hidup seseorang. Kadang-kadang dengan senyap... Kadang-kadang dengan kuat... dan lembut... dan dengan penuh peka.

M/s 144 - Aku dah cakap, buku tu bebas. Tak boleh dipaksa ke atas sesiapa... Tak boleh dibanding. Tak boleh disoal atau disalahkan oleh sesiapa. Ia benda yang hadir dalam hidup kita tanpa disedari.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
August 8, 2020
Ini kisah lepas seminggu suami Chii meninggal. Gadis yg disunting dr kampung,hidup susah dan tak tahu lgsg ttg buku n perniagaan. Lps dpt dorongan drpd Hachi bestfriend suaminya,Souichiro utk buka semula kedai buku, baru Chii usaha utk kenal buku. Bermula dgn buku yg di recommend Hachi iaitu buku resepi hingga dia jaguh dlm memasak.Chii, hidup dia pun x mampu urus tp dgn mula membaca dia bljr mcm2 ttg kehidupan melalui buku. Seperti qoutes dlm ni yg dikatakan. Apa tujuan baca buku? Untuk hidup! Dia tak kenal erti cinta tempoh seminggu berkahwin dia tak sempat utk kenal dan bercinta dgn suami sdri. Apa dia buat?Dia usaha baca semua buku dlm kedai, katanya "buku ni perasaan yg ditinggalkan suami utknya,buku ni lambang kehadiran suaminya, dgn membaca buku2 dia nk bljr bercinta dan kenal suami dia sikit demi sedikit" walau komik pun berair mata.😢 Hachi sgt supportive n ambil berat akn Chii. Mcm "guardian angel" pulak!
***
Bab akhir, sekali lg sebak. Bila dia sedar ada buku terakhir peninggalan suami yg dia x baca lagi. Dia rasa susah nak baca. Sampai saat itu dia masih x mampu cari erti cinta. Walau dlm diam Hachii sedar Chii dh lama dilamun cinta dgn mendiang suami sejak dia buka kedai buku tu semula. Sejak dia bljr membaca n bljr cintakan suaminya melalui buku2. Tp Chii tak sedar. Chii takut nk baca buku terakhir,takut dia akn kehilangan suami buat kali ke-2 maka dia jual buku tu. Tanpa dia tahu dlm buku terakhir tu ada sepucuk surat Souichiro buat Chii. Luahan cinta, harapan, permintaan dan hadiah satu rak pd Chii. Surat yg buatkan Chii akui dia dan Souichiro benar2 suami isteri.
Profile Image for Noor Fatahiyah.
6 reviews
January 27, 2020
ISTERIKU DAn KEDAI BUKU

Komik yang santai dan rilex untuk dibaca tapi sarat dengan pengajaran. Bagaimana seorang gadis kecil Chii meneruskan kelangsungan hidup dan kedai bukunya setelah kematian suaminya.

Selepas kematian suaminya Souichiro, kedai bukunya langsung tidak dibuka tetapi setelah Chii bertemu dengan Hachi anak tauke kedai sayur yang banyak memberi nasihat dan motivasi kepadanya membuat Chii kembali bersemangat untuk menguruskan perniagaan kedai buku peninggalan suaminya.

Banyak moment menarik dalam komik ini antaranya bagaimana usaha Chii untuk mengubah persepsi dan stigma masyarakat di sebuah bandar kecil tentang kepentingan membaca buku dan usaha Chii untuk menghabiskan bacaan dalam kedai nya kerana pesanan suaminya yang dia akan mengenal erti cinta sebenar seandainya semua buku di kedainya habis dibaca olehnya

_Buku bukan sekadar benda.Kata kata pula bukan sekadar cetakan .Dibaca, disemat dalam hati.Diubah menjadi satu makna yg tak dapat diluah dalam kata kata dalam diri orang itu dan dipupuk dalam hati.Tu baru dipanggil buku._
Profile Image for Liyana Zulkifli.
40 reviews7 followers
January 21, 2020
Jarang baca komik, apatah lagi komik gempak starz.
Tapi untuk orang yang jarang baca komik, komik ni berjaya buat saya tersenyum puas membacanya dalam masa tak sampai sehari.

Buku dan buku.
Chii, bangkit dari kesedihan kehilangan suami.
Chii, seorang wanita yang tak tahu membaca menulis.
Tapi kerana dia nak sangat "mencintai suaminya" dia bercinta dengan buku buku tinggalan suaminya.

I love this book. Tak menyesal tunggu lama, bayar lebih sumpah berbaloi💕
Profile Image for Rinna Annirza.
26 reviews
March 11, 2022
"Buku ni takde nutrisi dan tak boleh dimakan. Tapi hidup ni ada banyak hala. Kalau kita tak terus hidup bertahun-tahun kita takkan tau... dan dalam buku ni ada bagitau kita cara hidup. Selagi seseorang tu baca buku, dia boleh terus mencari. Aku rasa perbuatan membaca tu membawa maksud hidup."

- Souichiro. Manga: Isteriku dan Kedai Buku.-
Profile Image for Maira.
398 reviews30 followers
July 29, 2017
The artwork was incredible. Cute and beautiful. And as a person who loves book, I appreciate how much books are acknowledged in this manga. However, the story is quite slow and the romance is not a focus in case there are any shoujo manga fans out there who are interested to read this manga.
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews4 followers
February 5, 2018
Despite being a manga, the values shared by the characters are simply beautiful. Those who appreciate book will appreciate this book. ❤️❤️❤️
Profile Image for Syah H.
64 reviews21 followers
December 26, 2019
“Kan kau pernah cakap...tak dapat makan pun tak apa. Janji dapat baca buku je pun dah boleh hidup.”
Profile Image for suraya.
9 reviews
January 10, 2020
Aku bagi 4.5 bintang.. Ada moment lawak dlm buku ini yg Sgt related ngn kehidupan aku.
Profile Image for Aimi Nadiah.
53 reviews1 follower
September 2, 2021
Sebarkan manfaat membaca.
Mudahkan juga orang untuk mendapatkan bahan bacaan.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.