Jump to ratings and reviews
Rate this book

Diagnosis Fobia

Rate this book
Note:
Limited stock, available at major MPH outlets.

Menggigil-gigil & menggeletar satu badan. Suhu sekitar tidak panas malah deras deruan angin menyejukkan. Lencun baju dengan peluh jantan. Tergagap-gagap patah kata yang cuba diucapkan.

Berterabur tajwid bacaan ayat-ayat suci Tuhan. Akal ligat mencari jalan mahu lolos dari kebuntuan. Mata tak berkelip-kelip, kejang dalam gejolak rasa takut dan berani yang berperang.

Siapa datang?

“Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” Al-A’raf:27

393 pages, Paperback

Published January 11, 2017

7 people are currently reading
146 people want to read

About the author

Anwar Fazal

13 books55 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (33%)
4 stars
48 (44%)
3 stars
20 (18%)
2 stars
3 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 24, 2018
seeloknya siapa yang ada buku ni letakkan di tempat sewajarnya sebab banyak ayat Al-Quran di dalamnya. ok. logik vs tahyul. siapa kata doktor tak diganggu? cuma kekentalan jiwa mereka yang buat mereka kuat. itupun ada juga yang goyah bila 'diganggu'.

rentetan kisah seram. boleh tahan juga bila barisan doktor tulis kisah seram. selalunya pengalaman pesakit. pengalaman doktor pun boleh tahan ngerinya. pendek-pendek kisah dan semuanya memang terkesan bila baca. dwibahasa kerana ada juga yang ditulis dalam bahasa inggeris..

ustaz dengan ilmunya, doktor juga dengan kepakarannya. ada yang memang tidak boleh diperjelaskan secara saintifik..
Profile Image for Aqilah Ramlan.
16 reviews
February 25, 2017
This book was published in mix languages. Bahasa melayu and english who written by doctors in Malaysia.

They have few DIAgnosis series before but their first thriller type of book. I was impressed by their talent in writing.

Buzz! Below is the best story I choose among the stories they wrote.

Dr. Fatin Liyana (Coag)
Dr. Shahnaz (Keliru)
Dr. Mafeitz (JoeBlack)
Dr. Beni Isman (Crime of Passion)
Dr. Mahyuddin (Farhan)
Dr. Aizzat (Fobia)
Dr. Anwar Fazal (3 malam)
19 reviews
December 22, 2018
Buku yang sangat bagus that I read it twice! I like how the stories were written. To me, the stories in this book contain a mixture of genre seram dan memberi keinsafan. In addition to that, the stories also give a glimpse of the medical world and medical terms. I think that's very exciting cos it gives you an extra knowledge on some medical/health things that one needs to know
Profile Image for Nuraqilah Powzy.
20 reviews
January 16, 2022
Seram yang berpengajaran. Ada diselitkan juga ayat2 al-quran dan hadis. Tapi buku yang dalam milik saya ni hilang 17 mukasurat, 1 whole story, tapi still enjoyable. But this book took me a long time to finish, sebab in the middle part of the book was a bit boring. And last but not least, I still like it. Ada juga diselitkan beberapa notes supaya readers taklah tercengang nak faham hospital terms.
Profile Image for Nor Fadzilah.
11 reviews
October 26, 2017
Sangat terkesan membaca novel versi ini.
Terutama sekali bahagian, baca surah dengan
tajwid yang tak betul, ada hati nak halau hantu
itu. Rasa menusuk terus dalam hati. Review balik
tajwid dalam bacaan quran lepas habis baca novel ini.
Profile Image for Farah.
83 reviews
July 14, 2017
I had high expectations for this book. Not to say that it is not good but it could have been better. Love some of the pieces in this book especially toward the end of the book.

Hoping there will be a sequel with many more doctors penning their stories/experiences. 😁
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
February 12, 2018
Garapan menarik para doktor tentang kisah mistik dan psycho thriller...namun tidak dilupa tentang pentingnya kembali kepada Allah apabila berhadapan ujian & musibah...ada pengajaran, ada juga diselitkan serba sedikit istilah & ilmu perubatan...
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
March 22, 2020
Suka bila ada jugak share ayat-ayat pendinding untuk kita yang kurang ilmu tentang perubatan Islam . Kadang2 tu setiap apa yang terjadi adalah balasan kepada kekhilafan kita yang lalu. Boleh jadi juga ujian untuk kita sedar kekuasaan Allah. Either one, keep on praying and do taubat .
Profile Image for Nik.
3 reviews2 followers
May 23, 2017
Recommended.
Seram sejuk je bila baca buku ni.
Looking forward for next diagnosis series.
1 review
Read
May 7, 2018
great
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Rin&Page.
10 reviews
June 17, 2025
Menarik — ada beberapa cerita yang betul-betul buat bulu roma meremang. Tapi ada juga yang saya rasa agak mengarut dan boleh dijangka. But overall, it's enjoyable.
Profile Image for Zuzu Zain.
148 reviews
January 4, 2026
Ini memang tak pernah baca waktu malam. Seram sangat. Paling suka yang Fobia I-III. Dan padan muka yang suka tipu MC dan buli junior tu.
Profile Image for Azizah Alwi.
77 reviews6 followers
November 18, 2017
Fobia merupakan kompilasi kisah seram 7 0rang doktor yang agak berpengaruh dalam bidang mereka dan juga amat popular di laman sosial.

Buku ini amat elok dibaca sebagai sisipan ketika menunggu bas,rakan yang tak kunjung tiba atau pun ketika tengah bosan.Banyak kisah seram yang menarik yang dipaparkan pada kali ini dan pada setiap pengakhiran kisah pasti ada setiap petikan ayat quran buat perlindungan diri.

Fobia juga membuktikan bahawa selain daripada alam manusia kita juga berkongsi dunia dengan alam ghaib.

1 review
March 27, 2017
Totally recommended kpd yg suka baca novel2 seram but for sure jgn baca waktu malam. Sebab baca waktu siang pun boleh meremang bulu roma
Profile Image for Umi Syahirah.
7 reviews2 followers
April 12, 2017
bukan sekadar kisah seram bila mana penulis menyelitkan bersama potongan-potongan ayat Al-Quran sebagai pendinding untuk kita sebagai manusia. Good job Doctors!
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.