Apakah benar cincin itu membawa tuah ? Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar... Cincin permata biru penghias jari...
Novel genre Thriller Seram ini mengandungi 2 Bahagian, di mana Bahagian Pertama berkisar mengenai watak Si Jenal, yang cuba mendapatkan semula kekasihnya, Zulaiha...Zulaiha telah di paksa kahwin dengan Markum, orang tua tetapi masih bujang & teruna oleh bapanya demi melangsaikan hutang...manakala Bahagian Kedua pula penulis menampilkan Mail Buruk, pengutip sampah yg tinggal bersama isteri & anak tirinya, Habibi (orang terencat akal)...
Kedua2 watak ini saling berkaitan dengan kisah hidup Markum & Junaidah...Dengan bantuan Cincin Permata Biru, kedua2 watak ini di pergunakan oleh Junaidah dalam misinya utk membalas dendam terhadap Markum setelah cinta mereka di khianati...Cincin tersebut amatlah berpuaka & berkuasa dalam memukau orang...
Novel setebal 492 m/s ini tidaklah membosankan walaupun terdapat sedikit pengulangan cerita, masih tidak membantutkan pembacaan, cuma...terdapat unsur2 sx seperti berzina & sumbang mahram di dalam nya...mungkin penulis cuba menunjukkan pengaruh kuasa cincin tersebut...
Pada m/s 339, terdapat sedikit kekeliruan pada perenggan di atas & di bawah sekali..tatkala Mail Buruk memakai cincin pd jari manisnya...tangan kanan & tgn kirinya...
Namun penulis berjaya juga membuatkan aku mencari2 kesinambungan novel ini...sekadar ingin mengetahui kisah yg di sampaikan penulis...watak siapa yang akan terkena penangan Cincin Permata Biru pula??? hmmmm
Baca sekali lagi sebagai persediaan nak sambung dengan buku Cincin Permata Biru 2. Teramatlah sukar nak dapat buku CPB2. Tambahan kepada tulisan saya di bawah selepas baca Cincin Permata Biru - fitrah manusia suka kan yang cantik dan suka kan kesenangan. Rasanya ramai juga di kalangan orang kita yang betfikir, tak salah dia pinggirkan diri dari hidup bermasyarakat. Tak suka campur orang yang suka mengumpat, suka buang masa di kedai kopi, pura-pura baik sedangkan hati tak seputih mana. Sejauh mana agama kita mengajar umatnya yang beriman mementingkan silaturrahim di jaga. Kalau ada orang kampung yang nampak suka menjauhkan diri didekati dan usaha bantu mana termampu. Ada ke?
= First time baca karya Mior Shariman Hassan. Sungguh tak sama dengan nada cerita-cerita Matt Romeo tetapi macam ada persamaan rasa saya, dengan beberapa karya Sasterawan Negera Shahnon Ahmad dan Abdullah Hussain. Tema mistik dengan unsur khurafat, ketamakan manusia terhadap harta benda, kelemahan manusia mengawal nafsu, kelalaian manusia mengenal diri dan mendekatkan diri ke jalan yang diredhai... begitu lah lebih kuang. Namun, saya lebih cenderung untuk cerita ini suka dan teruja ingin membaca lagi novel karya beliau yang lain. Ada juga adengan SX tetapi tidak sampai terasa yang penulis ni miang. Ada cerita tentang seronoknya berasmara namun tidak pula hingga terasa yang penulis ini memprovokasikan pembaca dengan "soft porn". Setiap kisah yang ditonjolkan dalam novel ini, bagi saya punya message ke arah pengajaran yang jelas mengundang manusia berfikir... boleh nak tamakkan duit, boleh nak mabuk, boleh nak jalin hubungan zina sana sini, boleh nak menganiaya orang lain. Tetapi ingat, mati itu pasti. Bila dan bagaimana hanya Allah pemegang kuncinya. Jika datang saat kematian, adakah kita dalam keadaan ingatkan Allah, boleh menghembuskan nafas dengan iman masih dalam diri, atau tewas kepada pujukan iblis. Impaknya terlalu besar; azab kubur-lapang kubut, syurga-neraka. Jadi sanggupkah kita terus memperjudikannya? Rasa saya kita yang membaca perjalanan watak-watak Mior Shariman dalam cerita ini, boleh juga compare dengan diri kita sendiri, amalan kita, persediaan kita. Ini bagi saya beza karya fiksyen berkualiti dengan yang tidak. Matlamat pengarangnya nak membenihkan ilmu, iman, integriti atau sekadar untuk memberi hiburan, menyelitkan angan-angan yang melalaikan disamping dapat buat duit.
Melalut saya. Sebenarnya tidak mau cerita banyak tentang apa yang berlaku dalam Cincin Permata Biru. Kisah Junaidah, Markum, Jenal, Zulaiha, Pak Mokhtar, Mail Buruk, Datuk Hambali, khadam iblis dari universiti perigi buta. Tuan Puan cari bukunya dan baca. Kedaibukusaduri ada jual tapi stok terhad. Rasa saya Tuan Puan tidak akan menyesal.
Apakah benar cincin itu membawa tuah? Atau ia membendung sial di sebalik dusta yang dilakukan oleh manusia pemburu mimpi. Atau sekadar... cincin permata biru penghias jari...
Bermula dengan kisah cinta antara Markum dan Junaidah. Kemudian diikuti pula dengan kisah cinta Jenal dan Zulaiha. Sebagaimana tajuk novel ini, plot cincin permata biru ini timbul ketika Jenal yang telah tewas dalam percintaannya berhasrat untuk membunuh diri di tepi lombong tinggal, di mana pada suatu ketika dulu mayat Junaidah juga dijumpai di situ. Harimau jelmaan yang mengaku diri sebagai Junaidah telah berjanji akan membantu Jenal merampas semula Zulaiha dari tangan Markum dengan memberi cincin permata biru kepada pemuda itu. Junaidah seolah-olah ingin membalas dendam terhadap Markum kerana baginya lelaki itu telah menodai cinta mereka berdua dengan mengahwini Zulaiha. Setelah memiliki cincin tersebut, Jenal jadi lupa diri. Namun begitu, bila dimulakan dengan niat yang tidak baik maka tak baik juga kesudahannya. Walaupun Jenal akhirnya meninggal dunia tetapi kisah cincin tersebut tidak mati bersama Jenal.
Kisah baru pula timbul apabila Mail Buruk pula menjumpai cincin tersebut di tepi lombong tinggal di mana mayat Junaidah dan Jenal dijumpai sebelum ini. Sekali lagi 'Junaidah' memainkan peranannya. Demi menyelamatkan anak tirinya, berjayakah Mail Buruk mendapatkan 'benda' yang diminta oleh harimau jelmaan itu dari Markum? Apa pula yang terjadi ke atas cincin permata biru itu, siapa pula yang menyimpannya?
Walaupun sibuk tapi aku tetap ingin menghabiskan pembacaan novel ini secepat mungkin kerana aku tak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Rasa puas bila aku berjaya menghabiskan pembacaanku hanya dalam masa sehari saja. Pengolahan jalan cerita yang cukup baik - ada unsur misteri, seram, kelakar dan juga kisah cinta. Lain dari yang lain. Tidak rugi untuk memiliki novel ini.
Novel ni aku dah baca (pinjam orang punya) tahun 1997 dulu. Tapi sebab dah terjumpa new copy dekat Pesta Buku Selangor aritu, maka akupun beli jugaklah. Sebenarnya aku dah tak ingat jalan cerita novel ni. Jadi, bila baca semula, rasa macam baru kali pertama baca. Sejujurnya aku suka cerita ni sebab penceritaan yang tak berlengah. Adalah sikit-sikit part yang membebel ala-ala menyindir masyarakat terutamanya orang Melayu tapi part tu aku speed read ajelah. Secara kesimpulannya ini kisah ketamakan manusia dan ketaksuban dengan kemewahan dunia dan perempuan cantik. Memang banyak adegan romen-romen yang diceritakan secara ringkas saja dalam ni. Jadi kalau budak bawah umur baca, tak banyak info tentang romen pun yang dia dapat. ;) Bila baca cerita ni, kita seolah-olah dibawa kembali ke zaman 1990-an. Ada jip Pajero, ada public phone, ada awek pakai skirt jeans pendek dengan baby-T, ada Datuk-datuk yang ramai bini (eh, ini zaman 2018 pun masih ada!) Novel ni aku kena simpan sebab lagi 10 tahun nak baca semula.
Novel ini mengingatkan saya pada pepatah dari manhua "Arak dan wanita hanya boleh dijauhi jika tidak pernah disentuh."
Sekali mengikut nafsu maka sukar untuk berpatah balik. Watak-watak yang memakai cincin permata biru akan sentiasa merasakan seolah-olah orang lain akan mengikut kehendak mereka kerana kuasa cincin tanpa menyedari bahawa jiwa mereka yang sebenarnya dipengaruhi oleh cincin tersebut.
Apabila merasakan cincin itu menagih nyawa orang lain lantaran kesilapan sendiri maka cubaan untuk membuang cincin itu hanya akan mengancam penggunanya.
novel ni ku baca ketika berumur 11 tahun! walaupun novel ni xsesuai utk usiaku ketika itu tapi aku membacanya juga krn jln ceritanya tentang Junaidah yg menjadi harimau jadian. tidak byk yg aku ingat tentang jalan ceritanya tp aku tetap menyukainya sbb jln ceritanya yg seram dan menimbulkan perasaan ingin tahu. tp xgemar babak goda, menggoda, digoda itu.