Sebuah negara kota jauh ke utara Aurora, yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra. Dan kini menjadi pertaruhan, dalam pertempuran seru antara tentera Nashan pimpinan Mori, kesatria utusan Artakus, Lodra Perang Aurora, menentang gerombolan reneger Sursis, panglima adi dan pahlawan yang tidak terkalahkan dari Gunung Utara.
Kebijaksanaan Melyn dan firasat Merkia, magia adi yang menguasai Jalan Telus, menyaksikan kemunculan Spiara Bulwar, senjata legenda yang menakluki naga dan monstra. Demi menumbangkan Sursis, yang tidak mempunyai tandingan di medan perang.
Namun segala-galanya bermula sebelum itu, pada zaman yang sudah berlalu, sewaktu Imru memerintah Aurora dari Toar Tirana dan Orde Karmawizra masih gemilang di Toar Nebula. Dengan seorang perantis bernama Nazril, yang satu hari nanti bakal memegang sutaf Helang Siluman, menjadi wizra gelanggang angin dan bayang. Perjuangannya bakal menggegar Takhta Bayang di Toar Magzul, mencabar penguasaan para morduwizra dan empayar Morrok, sehingga detik kemunculan Artakus.
Dan dia paling terkenal, dengan hanya satu gelaran.
Ahmad Patria Abdullah ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Datuk Haji Abdullah Hussain dan Datin Siti Saroja Basri. Beliau dianggap sebagai pengasas genre fantasi di Malaysia menerusi novel pertamanya "Permata Aurorius" pada tahun 1987, yang terpilih sebagai Buku Terbaik 1987 dalam kategori Penulis Harapan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia. Novel ini turut disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang pernah ditulis dalam bahasa Melayu ( Johan Jaaffar, Berita Harian 2012). Ahmad Patria juga dianggap sebagai nama yang paling besar dan paling berpengaruh dalam dunia sai-fai dan fantasi Melayu (Ainon Mohd, Konvensyen Sai-Fai Melayu 2009)
Tamat membaca buku kedua daripada tetralogi Kronika Nashan (KN) ini. Aku tak teragak-agak memberi 5 bintang setelah habis baca ke penghujungnya. Naratif dalam buku ini sama hebat seperti buku pertama, Aristokra.
Cerita disulam cerita, legenda disulam legenda. Demikian perjalananku dalam meniti kronika ini. Buku kali ini banyak betul aspek yang menarik perhatianku. Tak perlu aku cerita satu-satu, kau boleh baca sendiri. Aku hanya tunjukkan beberapa perkara.
Yang pertama adalah bahasanya. Aku pernah ditanya oleh saudara Amir pendapat tentang KN jika hendak dibandingkan dengan buku-buku sci-fi dan fantasi tanah air. Jujur aku bukan selalu membaca genre sci-fi dan fantasi, tapi apa yang aku boleh katakan adalah keindahan bahasa buku ini. Warisan persuratan Melayu terpelihara, demikian sifat buku yang baik. Kerana pada aku, keruntuhan akhlak bermula daripada kepincangan sastera. Dari buku ini sahaja kosa kata aku bertambah baik. Aku sudah tahu kata-kata seperti kinantan, adikodrati dan juga bahasa-bahasa teknikal dalam peperangan, urusan dagang dan adat-istiadat istana.
Yang kedua, berkenaan nilai (on values). Watak-watak dalam kronika ini bukan sebarang watak. Ia hidup dengan nilai. Seperti para wizra Order Karmawizra yang berpegang kepada Diktat, dan para kesatria yang berpegang pada Koda Wira, sehinggalah kepada Aristokra yang berpegang kepada ketinggian ilmu. Aku gemar mendengar bait-bait seperti "sebenar meninggi, merendah", "sebenar merendah, meninggi", dan beberapa kata hikmah yang kau boleh jumpa sepanjang pembacaan. Sungguh, karakter hidup dengan nilai dan maruah. Sampaikan musuh yang digelar Morduwizra bernama Teolnor juga punya nilai patriot yang mulia walaupun kerjanya sebagai antagonis. Tiada watak yang aku rasa tidak hidup dalam pembacaan, kerana penulis memastikan setiap watak ada nilai dan prinsip tersendiri.
Yang ketiga, seronoknya membaca Wizra, elemen-elemen penceritaan semakin menarik. Elemen siasah/politik, unsur ekonomi/dagang, unsur magis serta unsur kebudayaan semakin jelas. Paling terperanjat apabila babak Wizra menerangkan teknologinya bergerak merentasi zaman dan ruang. Ia kelihatan sama dengan teori "wormhole". Jangan disangka buku fantasi tiada elemen saintifik, dalam KN kau boleh jumpa berkenaan dimensi alam, sumber dan jenis tenaga baru, serta hubungan inter-galactic antara Osria dan Arasis.
Sekian dari saya, peminat KN. Insya-Allah akan kubaca hingga ke hujung kronika.
Buku kedua dalam siri Kronika Nashan, bergenre high fantasy. Teknik penceritaan buku kedua ni berbeza sedikit berbanding buku pertama. Buku ni banyak menggunakan teknik penceritaan flashback dan cerita dalam cerita. Tapi penggunaannya yang terlalu banyak menyebabkan kekeliruan. Penggunaan perkataan2 baru yg terlalu bombastik juga menambah pening. Tapi tak dapat dinafikan, plot novel ni epik dan watak2nya direka dengan kreatif. Scene aksi-aksi pertarungan juga diceritakan dengan teliti.
Novel ni menyambung kisah peperangan antara negara Nashan (yg diketuai oleh Melyn, Shirgen, dan Mori) dengan kumpulan penjarah yang diketuai oleh Sursis. Semasa scene perang itu, penceritaan beralih kepada flashback dan 'cerita dalam cerita' yg mengisahkan tentang back-story dan peranan beberapa watak sampingan yg penting seperti Merkia, Nazril, Artakus, Esis, Alindalia, dan lain-lain. Misteri identiti sebenar Mori juga telah terbongkar dalam buku kedua ini.
Wizra merupakan sambungan atau direct sequel kepada novel sebelumnya,Aristokra.
Hasil pembacaan saya,saya mendapati bahawa penulis,Ahmad Patria,masih menggunakan konsep penceritaan yang serupa seperti yang terdapat di dalam Aristokra. Cerita di dalam cerita. Namun,kali ini di dalam Wizra,lebih kerap dan bercambah. Secara peribadi,saya tidak mempunyai masalah dengan teknik penceritaan yang sedemikian rupa. Gaya penceritaannya unik tetapi memerlukan konsentrasi yang lebih bagi pembaca. Tetapi,bagi para pembaca yang lebih sukakan gaya penceritaan yang bersifat straight-forward mungkin akan sedikit sukar menghayati isi cerita yang cuba disampaikan oleh penulis.
Jika Aristokra lebih menumpukan kepada sejarah Nashan dan peranan yang dimainkan oleh pengasasnya,Shilrung,Wizra pula menumpukan kepada watak karmawizra,Nazril. Melaluinya,sejarah mengapa Orde Karmawizra dihapuskan juga perjalanan dendamnya kepada mereka yang bertanggungjawab. Juga peranan yang dimainkannya dalam menyediakan kelana Aurora untuk menerima kedatangan Armorikus. Namun demikian,seperti yang saya nyatakan di atas,terdapat cerita-cerita lain yang bercambah di dalam Wizra.
Walaupun saya tidak menghabiskan pembacaan saya ke atas Saga Artakusiad (saya hanya membaca setakat Kembar Artakus),tetapi,saya dapati terdapat perbezaan yang ketara terhadap asal-usul kemunculan Artakus atau Rizal yang diceritakan di dalam Wizra dengan Permata Aurorius,buku pertama dari Saga Artakusiad. Seolah-olah penulis melakukan re-boot atau mengubah sejarah kemunculan Artakus secara sengaja. Di dalam Permata Aurorius,Artakus muncul secara tiba-tiba di Aurora atas perbuatan Merkia yang mengangkatnya ke dunia Imagina. Sebaliknya,di dalam Wizra,Artakus telah menjalani persediaan yang intensif yang memampukan dirinya menjadi lodra perang Aurora. Ini adalah sesuatu yang unik dan saya berharap isu ini akan dikupas oleh penulis suatu hari nanti.
Naskah yang kedua ini lebih menumpukan penceritaan kepada Nazril, Sang Kamawizra. Walaupun berkisah tentang Nazril tetapi semunya masih berkaitan dengan Melyn dan Nashan.
Banyak betul watak dalam naskah ni. Dahlah ada yang nama sama dan hampir sama. Naik keliru dibuatnya. Contohnya Bulwar. Ada Bulwar Pembunuh Naga dan Bulwar Penghapus Kodra. Kadang-kadang jadi lupa yang mana satu antara mereka. Nama tempat pon hampir serupa. Dashan, Nashan, Kushan. Pening.
Penceritaan kali ini lebih banyak imbau kembali jadi rentak penceritaannya agak perlahan berbanding naskah yang pertama. Namun masih seronok untuk dibaca.
Geram betul dengan kelicikan morduwizra dalam menyusun rencana selama bertahun-tahun hanya untuk mengalahkan musuhnya kamawizra. Gerakan licik yang sangat halus dan teliti serta penuh kesabaran. Kesabaran sememangnya diperlukan sama ada untuk kebaikan atau kejahatan. Dengan kesabaran yang tinggi rencana yang disusun dapat dijayakan dengan lebih baik. Cuma geramlah sebab kesabaran itu tidak alirkan untuk sebuah kebaikan.
Antara perkara yang boleh dijadikan iktibar dalam naskah ini adalah dendam tidak mampu memberikan kebahagiaan kepada pemegangnya walaupun dendam itu akhirnya terbalas. Dan dendam juga boleh merubah seorang manusia menjadi raksaksa yang menakutkan.
Tapi apa yang SH suka tentang Nazril meskipun dalam perjalanannya membalas dendam dan sudah melanggar prinsip kamawizra yang selama ini dipegang, namun dia masih tetap berpegang kepada prinsip hatinya sendiri. Tidak berkhianat dan berpaling ke pada musuh yang nyata. Biasanya kita lihat mereka yang telah dibutakan dengan dendam sanggup melakukan apa sahaja untuk melunaskan dendam walaupun mengorbankan orang yang tidak bersalah.
I love Wizra more than Aristokra because of the additional parts about Melyn (compare to the WA version). I love the page number 1-109, simply because it tells the story of Melyn, the female protagonist in this story. It's so meaningful in term of depth of this chronicle. I love it to the point I read the book again solely because the story of Melyn. Ahmad Patria did it again. He put his efforts to create the sweet and memorable moments of Melyn and his father. I love the part when she went to her apprenticeship, her father wisdoms.. all to shape Melyn to be an aristokra, ruler of Nashan. I love the small story in between about a wise king, his minister, one of his subject and coyotes. I fell in love with this Kronika Nashan all because of this additional parts. Keep it coming Abg Pat!! Well done. (Err, I love Aristokra for its monster, Krodra)
What about the rest of it? I like it too. But in my opinion, it just add about 20-30% to Kronika Nashan main story. But, it is essential to avid readers of Saga Artakusiad. It tells more about what Merkia planned, interfered and intertwined to both countries. I like the plotting parts by Merkia. And the numbers of flashbacks layers , arghhh.. it means, if I read these parts, I must not stop. If I must stop, I have to go back a few pages to remember where I was in this story.
Buku kedua daripada Siri Kronika Nashan ini lebih berat lagi daripada buku pertama.
Tapi kau kena layan je sebab bagi aku memang terbaik lah cerita Siri Kronika Nashan ini. Cerita yang di sampaikan itu ada pengajaran dan ada erti di sesuatu cerita itu. Walaupun banyak di imbas kembali. Itu teknik yang penulis buatkan.
Bukankah hendak maju ke hadapan perlu tahu bagaimana masa lalu, ianya terjadi? Itu lah juga kehidupan.
Terlalu banyak cerita di dalam cerita. Sebab itu aku kat kena baca, baca dan baca sebab nak tahu apa yang terjadi seterusnya. Setiap cerita di dalam cerita itu saling berkaitan yaa. Banyak Puzzle nya belum di cantum kan lagi bagi aku lah.
Nasihat aku, buat pembaca yang mahu membaca nya, baca lah dengan tenang, di waktu yang lapang dan perlu lah ada rasa bahagia kerana Siri Kronika Nashan ini best..!!
Penumpuan tinggi, semangat juang tinggi, putus asa rendah, sekiranya tidak ada kala membaca Wizra, tak mungkin dapat tiba ke ayat terakhir yang indah, diwarisi turun temurun huis Nashrain, lambang cinta tulus, hakiki Haninae terhadap Shilrung "Seorang puteri tidak tunduk kepada marhaen, namun seorang perempuan bisa tunduk kepada pilihan hatinya".
Melyn akhirnya dapat buka ountu bilik yang menyimpan spiara Bulwar kan? Salah satu watak yang saya paling suka setakat ini, Merkia, berikan cara membuka pintu tersebut. Aduhai, tak daya otak ni nak tulis ikut rentak penceritaan Encik Ahmad Patria. Rasa macam nak makan peria katak la hari ni masa berbuka karang, mungkin kepahitan peria tu boleh kasik level balik tumpuan pembacaan saya.
Siri kedua Aristokra ini lebih ramai watak, nama dan gelaran, semuanya pelik dan di luar kelaziman, kecuali mungkin Nazril. Kalau saya baru melepasi dasawarsa kedua, mungkin boleh appreciate this story line better. Pertarungan sengit Nazril-Emerus, Nazril-Heneru, Balestir- wira shihil Tobias, yang juga mendebarkan episod pedang kayu reboken Artakus-Esis. Yang paling menarik perlawanan Merkia dengan demonus Ominus, ada raksaksa avatar, magis dua dunia berlaga.
Deskripsi fizikal watak diyana Alindalia saya paling suka. Baju yang berwarna putih kilat tu, mesti awesome. Kalau betul yang saya faham, cerita Aristokra dan Wizra yag banyak watak banyak pertarungan banyak lokasi banyak magis banyak nama senjata, semuanya menuju kepada pernyatuan Melyn dan Artakus? Artakus yang mula menunjukkan kepahlawanannya dalam siri kedua ini. Melyn, bagi saya masih tidak nampak kelebihannya kerana dia timbul sekejap tenggelam lebih dalam kedua-dua buku. Lagipun saya belum dapat cukup penyebab untuk idolise atau melihat tinggi seorang Puteri Melyn, walaupun ayahnya Melrung memang saya boleh bayangkan, ada tokoh macam pemerintah agung. Satu lagi saya perasa, deskripsi pejuang lelaki yang hebat mesti ada adjetif "ramping", deskripsi untuk dayana yang hebat, "ranggi".
Sempat saya save-kan dua ayat ni
"Jalan lurus ditempuh oleh jasad, tetapi jalan lurus adalah perjalanan hati.
Namun sudah terlambat, kerana Heneru tidak lagi bisa mendengar, renungannya telah kaku dan menjauh ke wajah infiniti".
Wizra merupakan sambungan kepada novel Aristokra. Semasa membuat review Aristokra, saya ada menyatakan bahawa naratif/jalan cerita Aristokra adalah straight forward di mana ceritanya bermula apabila Sursis bertindak menyerang Nashan pimpinan Melyn. Melyn telah meminta bantuan Artakus dan Mori telah dihantar untuk membantu Nashan. Walau bagaimanapun, Wizra telah mengembangkan naratif itu kepada lebih kompleks di mana berkemungkinan serangan Sursis itu merupakan satu komplot/konspirasi untuk menjatuhkan Nashan. Penulis bagi saya telah mewujudkan satu benchmark yang tinggi bagi sesuatu novel berjalur fantasi. Naratif Wizra diceritakan dengan teliti seperti hubungan Nashan dan Dashan dari segi ekonomi, ketenteraan, diplomatik, keindahan sungai arkain, suasana dewan utama di Dashan, keadaan kota dan sebagainya. Imaginasi tersebut seolah-olah hidup dan senang kepada pembaca untuk membayangkan naratif tersebut.
Pengaruh Saga Artakusiad (SA) sangat ketara dalam Wirza. Penulis mengambil kesempatan untuk mendefinasi semula SA agar selari dengan Kronika Nashan. Berikutan itu, sesetengah plot dalam Wizra ini masih kabur, dan saya percaya mungkin jawapan akan diketahui dalam buku selanjutnya. Wizra juga telah memberi sisi lain tentang perang bayang iaitu kesinambungan perang bayang dalam SA. Pertembungan di antara Arasis dan Osria melalui proksi masing-masing iaitu Merkia dan Musuh (Herakos?) tidak terhad di Armorikus dan Morrok sahaja. Pertembungan ini juga berlaku di benua Imagina yang lain iaitu di Nashan, Dashan, Genda dan sebagainya. Ini memaksa Merkia juga muncul di Nashan, Dashan, Genda untuk menghalang kuasa Musuh (Herakos?).
Saya perhatikan bahawa penulis tidak terikat dengan mana-mana koda atau diktat dalam Kronika Nashan. Penulis seolah-olah bebas dalam mengeluarkan idea dan teknik penceritaan. Teknik flashback yang berleluasa, scene yang melompat dari A ke C dan kembali kepada B dan sebagainya. Tetapi anda tidak sesat kerana sebagaimana anda menonton wayang yang mana ceritanya tidak diceritakan dalam satu line iatu A-B-C dan sebagainya. Apa-apa pun, saya menganggap idea yang dikeluarkan oleh penulis dalam Wizra adalah sesuatu yang menganggumkan terutamanya pertembungan di antara Demonus dan Merkia, scene antara Imru dan Nazril dan sebagainya.
Bagi saya, Wizra merupakan karya yang paling baik berbanding karya-karya penulis lain. Kelihatan momentum penulisan penulis semakin meningkat dari satu buku ke satu buku yang lain. Akhir sekali, Wizra merupakan salah satu punca profilerasi ilmu hadapan yang akan mengubah kontinum industri buku tanah air.
Again, another excellent saga to accompany my cuti raya haji huhu. Ahmad Patria binds his multiple layers of stories through flashbacks seamlessly and seriously that is a very difficult thing to do. Readers tend to get distracted or confused by the different and alternate settings or be invested in only one of the many stories offered but I'm glad to announce that this is not the case here with Wizra. I'm invested with all stories equally and it's a delight to see (or read) that all of them have a salient relationship and connection with one story to another.
P/S: Can't he give her Tintanir Haninae like right away sobs I want happy love story please
Ternyata buku kedua ini sungguh lebih berat daripada buku pertama. Pembacaan aku tertangguh lebih dari setahun dek mencari kekuatan untuk meneruskan pembacaan.
Mungkin kerana aku belum biasa dengan kosa kata tahap tinggi, tambah jalan cerita berselirat, buat aku tersesat.
Apapun, aku masih teruja untuk teruskan buku ke-3. Kerana satu tujuan — aku menanti pertemuan antara Aristokra Nashan dan Artakus dari Saga Artakusiad. Harap-harap berbaloilah.
Buku ni lagi menarik sikit dari buku yang pertama. Backstory Nazril, Artakus menarik dan tak membosankan. But I still confused with the names and the country cause of shan at the back of the names. And finally tak tertidur bila baca buku ni. Tapi tak sangka bila monstra tu asal dari tempat lain. Backstory Merkia also very interesting.
I've said that Aristokra was the best of Ahmad Patria's work to date... well, Wizra does not disappoint. Double the length of Aristokra. Double the awesome-ness. Double everything. Huhuhu...
First of all, the cover. I have to mention the cover. An Amazing artwork by the official Kronika Nashan's Illustrator Roshfaizal Ariffin. Actor. Director. Artist. This guy is just super-man... (hmm, didn't he get cast as superman in that TV Show Supergirl? haha, sorry Rosh, couldn't resist). The Cover set the tone beautifully. Red and Black. Blood and Shadow. Vengeance. With what appear to be a female sorcerer, implacably shattering the blood and shadow, bringing hope... (read it, you'll understand what i mean).
So yeah, it's 'darker' and 'heavier' than Aristokra. Every scene, every conversation, every word spoken is heavy with meanings. It's like almost everything is happening in multiple layer of existence. Peel one layer, and you'll discover another meaning to words and events. Plus the emotional overtones. The desperation of a young ruler facing war. The depth of despair and rage of the Auroran people, specifically Nazril. And the sadness of Merkia and Azkram, implacable in purpose and higher destiny, in face of ruin. And through all of that, the quiet song of hope which swell in crescendo at the coming of Artakus. Marvelous.
Not only that, i loved the way Wizra shows the depth of the author's research/ knowledge. Plus the various 'lessons-of-life' that were included, such as an example of child-rearing, the various examples of noble deeds and acts, and the many-many one liner from Merkia especially that is almost perfect to be made into bumper-stickers and such. May we learned from the lessons given and enriched our lives with it. hehe.
Ianya luar biasa. Luar biasa kerana selazimnya buku kedua menyambung kisah buku pertama, Aristokra. Namun Wizra tidak beredar pada orbit kelaziman tersebut. Ia berpaksi pada kisahnya sendiri. Sepertiganya mengapit kisah Melyn yang terhenti di Aristokra. Bakinya menyuluh sejarah wizra di Imagina.
Luar biasa kerana fantasinya tidak berlebihan. Kisah perang dan pedangnya tidak melampaui batasan. Kuasa magis dan sainsnya tidak melanggar sempadan. Malahan mengingatkan resmi manusia memerlukan ihsan Tuhan.
Mungkin ada yang kecewa kerana perang Melyn belum berpenghujung. Pada mulanya. Kerana kecewa akan berganti teruja. Kerana sebenar Wizra setara Aristokra. Seumpama mendambakan nasi lemak di pagi hari. Namun disajikan roti canai sebagai pengganti. Tetap menyelerakan dengan caranya tersendiri.
Andai Kronika Nashan itu galaksi, Aristokra planet pertamanya dan Wizra yang kedua. Beredar pada orbit mereka yang tersendiri. Walau tidak bersinambungan, namun saling melengkapi. Dan galaksi itu masih muda. Masih menanti planet yang ketiga, Kesatria.
Oh ya, pengarangnya Ahmad Patria. Darinya, luar biasa itu biasa.
How do people review a book without spoiling things? Anyway, umum mengetahui Wizra is the second book dalam Kronika Nashan. Sebelum start baca buku I already have the whole expectation sebab dah baca akhir Aristokra macam mana. So like I said before, you have to be open when picking up the book in this series. I know that I will be right about expectation. If you expect anything similar to a real life you will be disappointed. I can assure you. 100%. This book get a 5 stars from me. Lets start..
1. Cover. This is what missing from Aristokra. Wizra's cover is much more interesting. And the color red macam on point betul. Cover Wizra nampak lagi realistik and sesuai dengan tajuk. I personally like this cover maybe sebab merah tapi it has some attraction to it. And the impression is also on point. Its Wizra and the cover is magical.
2. Character development. Kisah dalam wizra banyak berpusat sekitar watak Nazril. Obvious sepanjang kisah Nazril kita memang boleh nampak macam mana Nazril meet Merkia's expectation without even trying. He just being himself. And he exceed his own expectation. Tapi kita still boleh nampak perubahan watak Merkia yang progress along Nazril walaupun nyata Merkia lagi 'senior senior' dari Nazril. Well learning process is lifetime process. So benda ni memang reflects well dalam cerita ni. Masih ada watak watak dari Aristokra and ada few watak baru yang kewujudan dia banyak bagi impak pada perkembangan watak Nazril. So safe to say yang Nazril is one of the center for this second book.
3. Conflicts. Perkembangan watak Nazril sendiri banyak membawa dan jugak menyelesaikan konflik. Dari permulaan jalan cerita Nazril bila dia sendiri bukan antara yang gemilang tapi dia terpilih dulu dah menimbulkan konflik dalam kalangan rakan seperjuangan dia. Bila Toar Nebula rebah konflik paling besar dalam perjalanan cerita Nazril. I actually like books with conflicts. But like everything else there has to be a winner. Dan dalam Wizra the biggest conflict has got to be the fallen of Toar Nebula pada Hari Petaka. But if you guys has other opinion, please feel free to leave a comment.
4. Detailing. Buku kedua karya Ahmad Patria Abdullah dan masih win dengan detailing. The most excellent detailing from the book is the fight scene. Fight scene both from Aristokra and Wizra setakat memang tak menghampakan. From the normal fighting scene, ambush, perang to all the magical fights between wizra. Everything is absolutely amazingly beautiful. The scene was portrayed very very well. Tapi fight scene is not the only thing yang menang dengan detailing, the environment detailing is also amazing. I will always appreciate a well done environment detailing. Its like you are watching a movie but better because you can fell it.
5. Ending. Same as Aristokra. Every story in this book has an ending. Walaupun teruk mana konflik kau kena lalau berapa banyak plot twists kau kena hadap, it will always end. Buku yang takde cliff hanger ni memang sentiasa dekat dihati la cerita dia.
TQ.
p/s: Sediakan tisu awal awal kalau you guys jenis hati tisu cepat tersentuh.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Maka selesailah sudah membaca Wizra, buku kedua Kronika Nashan. Seperti Aristokra, Wizra memang tak mengecewakan. Padat dengan cerita. Bahasa yang baru. Naratif yang diulas satu persatu. Banyak benda yang boleh dipelajari dalam buku ni. Very inspiring.. Maka tak perlulah saya ulas panjang, kena baca sendiri buku ni.. Worth it.
Next queue, Kesatria, Impiria & Saga Artakusiad reboot: Korona Imperium.
Demikianlah review yang tersurat dari saya. Sesungguhnya yg tersurat membentuk yang tersirat.. ✌🏼☺️
Agak lama juga untuk aku menghabiskan bacaan buku kedua dari Kronika Nashan ni (tebal - 520 m/s). Penantian kesudahan peperangan antara Nashan dan Sursis masih jauh nampaknya. Buku kedua kali ini ada lebih banyak babak imbas kembali yang membawa pembaca makin jauh ke dalam. Disebabkan babak imbas kembali ini, wujud juga banyak watak-watak yang baru. Aku menghadapi sedikit kesukaran untuk mengingati nama watak-watak tersebut. Kesemua babak imbas kembali itu juga agak penting sebab menceritakan asal sesuatu.
Ni dah buku kedua dan aku rasa siri ni underrated. Berbanding buku pertama, buku kedua ni lagi kompleks dan ada penambahan watak yang epik. Sekali aku baca, boleh leka.
Plot sangat menarik, watak pun kuat dan ada perkembangan yang boleh difahami. Flashback berlapis-lapis tapi tidak terlalu mengelirukan. Aku suka babak-babak misteri yang terjadi buatkan aku berfikir lebih.
"Seorang puteri tidak tunduk kepada marhaen, namun seorang perempuan biasa bisa tunduk kepada pilihan hatinya." -Haninae-
"Seorang wizra tidak tunduk kepada manusia, namun seorang lelak bisa tunduk kepada pilihan hatinya." -Karmawizra-
😌
Kehalusan ilmu Merkia dan segolongannya telah menambat hati. Persis orang kerohanian yang makin menyepi di zaman kini. Persis Sunan tetapi lebih halus.
Wizra merupakan buku kedua dalam siri Kronika Nashan (KN) iaitu sambungan kepada Aristokra dan ternyata tidak mengecewakan. Terdapat banyak aspek menarik yang boleh dikupas kerana Wizra sarat dengan pelbagai kisah yang menakjubkan.
Permulaan cerita yang mendebarkan dengan kemunculan Merkia di rumah agam Huis Nashrain dan peranan Arkus sebagai kunci untuk membuka pintu aulaspir. Gambaran tulisan runi yang mengisahkan pertarungan epik Bulwar-Shilrung menumpaskan Krodra, gergasi legenda terserlah indah di dalam minda. Misteri kehilangan konsainmen di kota Kushan, kewujudan jaringan perisik Nashan sejak zaman Shilrung dan kisah Valkani yang penuh rahsia turut menambat hati pembaca untuk terus membelek helaian demi helaian muka surat yang berikutnya.
Seperti Aristokra, Wizra mengekalkan Bahasa Melayu Persuratan aras tinggi dan tidak sunyi daripada kata-kata hikmah serta pengajaran yang berkesan. Selain keindahan bahasa yang mengasyikkan, terdapat banyak bait kata-kata yang berlagu merdu hasil daripada kesamaan irama di penghujung bicara. Pembaca turut disajikan dengan babak-babak perlawanan yang mengagumkan seperti pertarungan di antara Nazril dan Heneru, Balestir dan tiga wira shihil serta Merkia dan Ominus. Semua pertempuran ini menggunakan teknik yang berbeza dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Saya merasakan bahawa adegan-adegan ini pastinya sangat mempesonakan jika dibawa ke layar perak.
Penulis bijak menggunakan teknik flashback untuk memperkenalkan Saga Artakusiad (SA) ke dalam Wizra pada naratif yang sesuai dan tidak terasa janggal. Elemen kejutan dalam Wizra ini pastinya menggembirakan para peminat SA yang terlalu rindukan kisah Artakus dan keadaan di Aurora. Akhirnya, sedikit demi sedikit persoalan tentang SA 30 tahun dahulu dihuraikan di sini. Konspirasi dan pengkhianatan telah membawa kepada nasib Nazril untuk menjadi karmawizra yang terakhir. Sejarah tentang Artakus sehingga mejadi Lodra Perang dan misteri tentang Merkia turut dikupas.
Saya amat meminati kisah Hesnen dan Talrung. Meskipun hanya sebuah cerita pendek namun impaknya cukup signifikan sehingga terkesan jauh ke dalam sanubari. Ini merupakan salah satu sentuhan magis Tuan Ahmad Patria iaitu dalam menjadikan satu kisah yang tampak biasa pada awalnya tetapi sebenarnya luar biasa. Saya juga amat terkesan dengan pendirian Merkia yang berpegang teguh kepada ajaran Lapisan Ketiga yang dapat dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan. Merkia sentiasa berusaha mencari jalan untuk mengatasi Musuh namun pada masa yang sama tetap berserah dan redha dengan ketentuan yang tersirat. Merkia tidak pernah memaksa atau berputus asa kerana mengetahui bahawa hanya Tuhan sebenar penakluk.
Sebenarnya, Wizra dijadualkan untuk terbit lebih awal tetapi Tuan Ahmad Patria telah mencurahkan banyak masa dan tenaga untuk menambah baik olahan cerita demi memberikan karya yang terbaik. Keikhlasan penulis terserlah apabila terbukti bahawa buku Wizra jauh lebih baik daripada versi kumpulan Whatsapp. Babak-babak yang kompleks telah diringankan supaya lebih serasi dengan kepelbagaian lapisan pembaca. Penambahan cerita tentang Melyn di Dashan telah mengkayakan Wizra dengan ilmu tentang ekonomi dan ancaman perang, pengetahuan yang tidak mungkin akan saya belajar sendiri. Seperti biasa, terlalu banyak yang dapat dituai selain daripada gaya penceritaan dan plot yang menarik.
Jalinan cerita KN dan SA di dalam Wizra telah mewujudkan dua cabang di mana satu bahagian akan bersambung di dalam buku ketiga KN iaitu Kesatria dan satu bahagian lagi bersambung di dalam buku penulisan semula SA yang berjudul Korona Imperium. Satu langkah yang pintar dan unik oleh penulis fantasi yang amat berbakat, Tuan Ahmad Patria. Tidak sabar rasanya untuk mendapatkan kedua-dua buah buku yang pasti tidak kurang hebatnya ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.