Travelogues Collection offers readers a unique glimpse into the diverse landscape, culture and wildlife of the world from the perspective of late 19th and early 20th century esteemed travelers. From the exotic islands of Fiji to the lush jungles of Africa to the bustling streets of New York City, these picturesque backdrops set the scene for amusing, and at times prejudiced, anecdotes of adventure, survival and camaraderie. Photographs and whimsical illustrations complement the descriptive text, bringing to life the colorful characters encountered along the way. The Shelf2Life Travelogues Collection allows readers to embark on a voyage into the past to experience the world as it once was and meet the people who inhabited it.
Sir Frank Athelstane Swettenham GCMG CH was the first Resident General of the Federated Malay States (part of the then Royal Colonies, now independent Malaysia) which was formed by combining a number of kingdoms. He served from July 1, 1896 to 1901. He was also an amateur photographer.
I enjoyed this book so much. I'm glad i read it in Bahasa Melayu not in english. I appreciate Frank Swettenham's curiosity and keen observation of Malay culture, heritage, way of life and how they integrate Islam in the daily life. This book published in 1884 by swettenham but some of the points made in the book doesn't change until now especially on the Malays themselves. However, if you're Malay, approach this book with an open mind as some of the tone set by swettenham bearing the mind of someone who came to 'Tanah Melayu' as invader disguised in the role of administrator. It come off as rude and offensive. I know it might be his intention of doing so but unfortunately his cynicism came across that way. I'd love to find the original book as I'm pretty sure some of crucial points might lose in the translation. Anyway, 4 stars from me.
Buku ini penting untuk melihat bagaimana orang kulit putih merincikan pandangannya terhadap sikap, perangai, budaya dan adat orang Melayu. Rakaman tentang amuk, latah, sikap malas dan suka bersenang-senang, suka menangguh kerja dan beberapa lagi, diikuti kegiatan uang dilakukan pada masa senggang amat penting untuk kita perhatikan kerana ia memberi gambaran seolah-olah itulah perangai dan sikap orang Melayu. Satu catatan menarik untuk kita teliti bersama.
Sebuah buku yang memperkatakan tentang keadaan sosial orang-orang melayu pada akhir kurun ke-19. Kisah-kisah pendek dan bersifat anekdot tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan orang-orang Melayu, raja-raja Melayu, kerabat Diraja dan perihal Tanah Melayu. Terdapat juga sudut pandangan pengarang tentang pembunuhan JWW Birch, kerana Swettenham juga berada di sekitar Pasir Salak pada waktu kejadian.
Buku ini baik untuk sesiapa sahaja yang mahu mengetahui dan mengkaji cara hidup dan budaya orang-orang Melayu pada zaman tersebut. Tafsiran Swettenham tentang perkara yang ditulisnya itu mungkin boleh menjadi satu hal yang berbeza dengan kandungan catatan itu sendiri. Kita sendiri sebagai orang Melayu boleh memberikan tafsiran yang berbeza dengan apa yang Swettenham tafsirkan.
Sebuah buku yang mampu saya habiskan tidak sampai sehari!
Buku “Malay Sketches” ini melakarkan sudut pandang sang kolonial, Sir Frank Swettenham terhadap kanvas sosial masyarakat Melayu pada akhir kurun ke-19.
Swettenham memuatkan anekdot-anekdot unik yang terdapat dalam pembuluh darah Melayu seperti “melatah”, kepercayaan tahyul, hantu, tarian joget sehinggalah kepada adat istiadat diraja.
Bab-bab kecil terakhir agak istimewa kerana Swettenham mencoretkan kisah pembunuhan J.W.W. Birch – yang tidak mengetahui Bahasa Melayu – di Pasir Salak serta pengalaman Swettenham sendiri ketika rakyat setempat mempertahankan diri daripada sang kolonial.
Terjemahan buku Perihal Orang Melayu yang dibuat oleh Zubaidah Ibrahim ini merupakan antara penterjemahan berkualiti dengan laras bahasa yang diserasikan dengan lenggok dan budaya tempatan.
Berbaloi juga hasil tangkapan pengembaraan Pesta Buku Shah Alam Convention Centre ini dalam memahami adat istiadat dan budaya orang Melayu dari sudut pandang sang kolonial selain yang telah ditulis secara lumat oleh Syed Hussein Alatas dalam “The Myth of the Lazy Native”, Prof. Naquib al-Attas dalam Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu serta puisi Melayu karangan Usman Awang.
Adakah semua penulisan Orientalis berkenaan Orang Melayu dan keadaan politik pada abad ke-19 boleh dipercayai?
Itu terserah kepada pembaca untuk menilainya. Apabila disebut hal menilai, adakah pembaca mempunyai bahan dan pengetahuan yang cukup untuk membuatnya dan mencapai kesimpulan yang betul? Soalan ini juga kembali kepada pembaca.
Catatan Swettenham ini cukup bagus untuk kita melihat cara orang luar melihat keadaan masyarakat Melayu ketika itu. Perihal Perang Saudara Selangor dan pembunuhan JWW Birch juga antara yang tercatat di dalam buku ini.
Membaca buku ini sepatutnya menimbulkan rasa pada pembaca untuk cuba mencari bahan atau rekod British dengan kudrat yang ada untuk mengetahui lebih mendalam akan peristiwa yang telah tercatat di dalam sejarah.
Kita bukan sekadar menjadi kerbau dicucuk hidung mempercayai sepenuhnya penulisan mereka.
Paling suka sekali pada bab akhir di mana penulis menggambarkan keadaan alam semula jadi di Perak dengan indah sekali bak berada di syurga dunia. Sayang, alam semula jadi dan hutan-hutan negara kini ditarah seperti tiada hari esok.
Tidak sampai separuh baca buku ini, timbul ilham untuk menulis juga beberapa catatan harian atau peristiwa penting seperti Frank Swettenham. Ia membawa kepada pemerhatian kritis terhadap sesuatu perkara.
Swettenham dengan mudah dapat berkongsi tentang konsep hantu, adat dan pesta suka-ria masyarakat Melayu walaupun bertentangan dengan dirinya. _____________________ Kelebihan Swettenham sebagai pentadbir kolonial dapat mengenali raja Melayu dan para bangsawan. Seronok dapat mengetahui sikap orang Melayu bawahan dan atasan sama sahaja kalau bab boros. Hiks.
Saya rasa buku ini lebih baik kalau disediakan juga sudut komentar dari ahli sejarah tempatan. Bukanlah untuk menunding benar atau salah, cuma sebagai penjelasan lebih mendalam. Terutamanya bab kekuasaan pembesar dan sultan ketika itu. _____________________ Hasil terjemahan sangat baik, bagi saya itu yang membuatkan buku ini bertambah menarik. Gelagat dan Ragam Orang Melayu sebuah buku yang wajib baca!
Saya terbuai melayan penulisan panjang di bab akhir tentang suasana indah puncak hutan. Cemburu dengan sang penjajah ini kerana dapat menikmati rasa asli alam semulajadi Tanah Melayu. _____________________
Himpunan kisah ringkas tentang pengamatan dan pengalaman Frank Swettenham semasa bertugas di Tanah Melayu. Pertama kali baca buku sejarah dari sudut pandang bapa segala penjajah.
Mereka adalah pemerhati yang baik. Cuba kenal, dalami dan fahami orang Melayu. Sebab itu muslihat dan pentadbiran mereka dapat kekal di sini. Beberapa kisah boleh silang rujuk dengan buku Sejarah Pahang juga.
Rangkum kisah masyarakat orang Melayu, perangai golongan feudal dan bangsawan Melayu yang semua orang tahu dari dulu hingga kini memang buruk perangainya, amalan khurafat, pembunuhan Birch dll.
Satu ayat paling mencengkam daripada buku ini di muka surat 2 "the real Malay...fond of borrowing money, and very slow in repaying it"
APA KATA PENJAJAH INGGERIS DAHULU TENTANG SIKAP & PERWATAKAN BANGSA MELAYU KITA?
Baca buku sejarah sebegini, perlu dengan minda yang lapang & terbuka. Jika tidak kena dengan cara, boleh mendidih juga darah sepanjang menyelusurinya 🤭
Kita baca untuk mengambil pengajaran. Mengambil teladan. Untuk memperbaiki.
Suka atau tidak, beginilah kehidupan nenek moyang kita dahulu. Inilah sejarah kita. Bangsa Melayu di Tanah Melayu ketika era pendudukan British sekitar 1880an hingga 1900an, dari pandangan salah seorang pegawai kolonialnya yang ditugaskan disini.
Terpancar jelas perjuangan pasca Perang Salib, perjuangan 3G di mata Swettenham ini. 'Gold, Glory & Gospel'nya. Berasa bertanggungjawab untuk 'mentamadunkan' bangsa yang terpencil ini.
Bab permulaan mengenai sifat, sikap & personaliti orang Melayu (lelaki, perempuan, kanak-kanak, muda & tua) amat menarik untuk dibaca. Bab sikap & perangai orang kita, berkenaan sifat amuk, suka melatah, serta kepercayaan tahyul juga secara terperinci beliau kisahkan.
Jawatan tinggi beliau juga membolehkan beliau selalu berurusan dengan kerabat diraja, terutamanya kerabat diraja Perak & Selangor. Banyak perincian mengenai kehidupan raja & kerabat pada era itu diceritakan. Bagaimana mereka berhibur, beriadah, menghabiskan masa lapang. Perincian mengenai susunatur istana dengan hiasan dan gemerlapannya, fungsi setiap ruangnya, protokol istana yang biasa dipraktikkan juga amat menarik untuk dibaca.
Apa yang pasti, tidak kira raja mahupun rakyat biasa, sifat boros itu tetap sama serupa.
Antara catatan penting dari buku ini adalah berkaitan perincian kes pembunuhan Residen British di Perak pada tahun 1875, J.W.W. Birch di Pasir Salak, dan bagaimana Swettenham cuba melarikan diri sejurus kejadian itu terjadi. Begitu juga dengan sejarah Perang Klang di antara Raja Mahdi dengan Yap Ah Loy, kapitan Cina yang dikatakan sebagai pembuka kota ibu negara kita kini, Kuala Lumpur.
Buku ini diakhiri dengan bab khas yang menceritakan keindahan alam Tanah Melayu ini dari pandangan mata beliau sendiri setelah berlama-lama menginap disini. Tetap memukau, tetap misteri disebalik segalanya.
Tamat pembacaan buku ini, satu kesimpulan dapat saya nukilkan. Setelah satu abad lebih berlalu sejak catatan ini dibuat, kita perlu banyak bersyukur sebenarnya, atas segala kemajuan yang telah kita kecapi kini dari segala segi. Dari sudut pembangunan negara bangsa, dari segi fizikalnya, dan yang lebih penting lagi, sikap & cara pemikiran orang kita. Walaupun tidak dinafikan, banyak lagi yang masih boleh diperbaiki.
Itulah pentingnya menghadami buku-buku sebegini. Buat kita bangga dengan susur-galur kita, disamping memperbaiki segala kelemahan kita.
Kerana adat & adab kita tidak semuanya boleh terluahkan dengan kata-kata. Selalunya hanya dapat kita telusuri dari pengalaman diri bercampur dengan komuniti, mahupun dari catatan sang penglipur lara dengan sebatang penanya 😊
"Kerana dengan sejarah masa lalu, kita lebih mengenali diri kita masa kini"
My first encounter with this title was a mention in school history books. Now, having read it in its original form, I believe it's a remarkable piece of literature that any enthusiast of Malaysian and Malay history should have in their collection. Swettenham makes some interesting observations, but the reader should always bear in mind that this was written by a European who respected the people he described, but also looked down on them. He also had a romantic streak; you'll find that his narrative prose is quite lyrical. This is especially evident in the final chapter, entitled 'Evening', in which he showers praise over the natural landscape of Perak. However, the best parts for me are chapters 19 and 20, which recount the murder of James Wheeler Woodford Birch, and Swettenham's own narrow escape from the same fate.
'Mengenali' orang Melayu melalui mata kaca orang Eropah, apatah lagi seorang pegawai kolonial British. Bahan bacaan yang wajar dan berbaloi untuk dibaca.
A beautifully written book. Herein lies the author’s personal account of his stories and encounters with the Malay people, as they lived prior to the age of industrialization.
Frank Swettenham gives a sympathetic account of the Malays, albeit from his proud Imperialist perspective. It feels as though he is somewhat sorry to have brought the Malays, whose culture he admired, into modernity - but that in its inevitablity, he sought to preserve what could be preserved.
The fairness and sympathy in which he treated the Malays (insofar as one can, considering the Imperialist nature of his job) - and his opposition to the inappropriate Malayan Union as an old Malaya hand - holds him in good stead in my eyes.
I will certainly read his other works, and encourage all enthusiasts of Malaysian history, to do the same.
Selesai baca buku ini; Malay sketches terjemahan bahasa Melayu oleh buku ibde. Aku pernah membaca versi asal bahasa Inggeris satu ketika dulu, baru kini aku menghabiskan versi melayunya.
Sesuai dengan musim mat kilau sekarang, buku ini juga membawa aku merentas zaman ke hujung kurun ke 19 di Perak. Frank dapat merakam keunikan ragam leluhur kita pada waktu itu. Antara topik menarik minat aku adalah perkelahan, 'menggeluncur' dan latah. Frank juga seringkali menggambarkan rombongan orang melayu waktu itu (macam konvoi jalan-jalan zaman sekarang) biasanya dengan 10-15 ekor gajah, satu benda yang tak pernah aku gambarkan sebelum ini. Aku ingat orang dulu-dulu jalan kaki/naik kuda saja.
The unfortunate Malays were forced to accept the unconditional Treaty of Pangkor during the colonization era of the British.
In internal rife and rivalry of the local people as written by the author on page 79 "Chiefs, each with some kind of privilege or vested interest. The revolting practice of debt-slavery, under which the slaves often suffered indescribable wrongs, was rife int he land, and, though contrary to the Mohammadan religion, was supported and clung to by all the upper classes. The State was torn by internal dissensions, the jealousies and rivalries of opposing claimants to the Sultan ship and other high offices. The rivers and jungle tracks were the only means of getting about the country. The white man was an unknown and unfeared quantity." Page 80 "As the result of that visit and of interviews between the Governor and the Chiefs, a proposition was made to Sultan Abdullah that the government of the State should be carried on in his name by British officers. He hesitated for some days, but, finding that the Raja Muda and others had at once and gladly accepted the suggestion, he determined to do the same, fearing, no doubt, that otherwise he might be left out of the administration altogether."
The writer wrote a vivid and truthful picture of the Malays under colonized rule. The Malay community fought for the country's freedom but internally, the political cohesiveness were weak to avoid colonial rules for further generation to come.
this book just tell the truth , a fragment of what Malay look like before independence . The topic regards about Malay behavior and culture from ,amok , spiritual possession , a civil war ,etc . its clearly stated about how the old city would liked to be .In this case his own visit to Bandar Temasya in Banting To meet the sultan .
GELAGAT DAN RAGAM MELAYU - CATATAN TENTANG CATATAN SWETTENHAM
"Demi memahami orang Melayu, kita mesti tinggal bersamanya, bertutur dalam bahasanya, menghormati kepercayaannya, menggemari minatnya, melayan pertanyaannya, berbelas dan menghulurkan tangan tatkala dia susah malah berkongsi keseronokan atau mungkin juga kepayahannya." - Frank Swettenham.
Ambil masa satu minggu hendak menghabiskan catatan yang hampir 200 mukasurat ini. Frank Swettenham mentafsirkan Malaya dalam bentuk tulisan dengan sangat baik, jelas dan terperinci. Didedahkan oleh Si Residen Jeneral pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) itu tentang keindahan Malaya yang kaya dengan sumber alam dan hutan-hutan yang menyelimuti Negara yang terbentuk seperti sebelah telapak tangan yang dirapat-rapatkan jari-jarinya ini.
Dalam edisi Bahasa Malaysia ini dedahkan oleh Sang Residen Jeneral itu yang orang Melayu sewaktu kelananya adalah begitu dan begini. Saya fikir, sesetengah gelagat dan ragam yang dijelaskan dalam buku terjemahan IBDE ini masih kekal hingga kini dan ada yang saya fikir sudah tandus.
'Sketches' di sini memberikan konotasi bahawa barangkali Si Orientalis itu cuma melakarkan sifat-sifat sesetengah orang Melayu. Maknanya, kemungkinannya segala sifat, tidak kira positif atau negatif, bukan dicapkan kepada seluruh Melayu. Meneliti Gelagat & Ragam Orang Melayu telah mendedahkan kepada saya tentang sifat mereka yang kadang mencuit hati dan bikin resah.
Misalnya, kita akan didedahkan dengan sifat orang Melayu (dahulu) yang fun dan cool. Dalam bab 'Perkelahan', Swettenham sempat merakamkan gelagat orang Melayu seputarnya waktu itu pergi berkelah dengan menaiki gajah! Menurut Sang Penjajah, umumnya, Melayu dahulu suka menjinakkan gajah. Dalam perkelahan di danau itu, mereka akan beramai-ramai terjun ke dalam danau sambil menjerit suka ria. Ikan-ikan dalam danau itu akan dijadikan lauk santapan bersama-sama dengan bahan-bahan lain yang mereka bawa. Dalam bab 'Menggeluncur' pula, dijelaskan Swettenham yang di Perak, Orang Melayunya gemar memanjakan diri dalam bentuk hiburan seiring dengan perkelahan. Ya, mereka akan bercampur gaul lelaki perempuan. Tak ada ruangan tertentu untuk jantina tertentu seperti masa kini di pawagan di suatu negeri itu. Oh, mereka tak buat taklimat tentang rukun dan hukum agama juga sebelum memulakan aktiviti menggeluncur! Dalam jumlah yang ramai, mereka akan terlibat dengan aktiviti menggeluncur melalui air terjun ke dasar kolam yang berketinggian 60 kaki!
Sisi lain orang Melayu yang bikin saya ketawa juga ada dalam buku ini seperti dicatatkan secara singkat oleh Frank Swettenham dalam beberapa bab menceritakan tentang betapa kuat pegangan orang Melayu itu sampaikan paderi Kristian dah putus asa hendak mengajak mereka masuk Kristian. Dicatatkan yang seorang mubaligh Kristian datang ke Tanah Melayu, menemui orang-orang Melayu dan bersungguh-sungguh bercerita tentang kisah Maryam Perawan. Reaksi orang Melayu seusai mendengar mubaligh Kristian itu bercerita berjaya bikin saya dan kawan saya berdekah dalam dewan kuliah.
Yang paling menarik bagi saya dalam buku ini antaranya adalah bab 'Berhantu' lebih-lebih lagi apabila diceritakan tentang upacara yang dikendali Raja Ngah, seorang wanita berpakaian seperti lelaki di dalam Istana yang disukai ramai. Ironinya kini kalau seseorang lelaki atau wanita berpakaian yang (kononnya) tidak ikut jantinanya akan dikenakan tindakan. Paling tak boleh 'blah', penamat bab ini bikin saya mengatakan, "Aisyyyyy... cilakak kena scam!" dan kemudiannya terkekeh-kekeh ketawa. Selain daripada itu, 'Kepercayaan Karut Orang Melayu' pula menceritakan tentang pembelaan bajang--polong dan pelesit. Mendapatkannya agak mudah dan memetik buku ini, '...jadi tidak mengejutkan kita bahawa setiap orang di Kedah, tidak kira sesiapa pun mempunyai pelesit.". Saya juga gemarkan bab yang diberikan nama seorang residen British di Perak, dikenali dengan nama J.W.W Birch, yang menceritakan peristiwa pembunuhan residen British di Perak itu dari sudut pandang Frank Swettenham.
Jujur, jauh di sudut hati, ada lagi yang hendak saya kongsikan kepada semua. Tapi saya fikir lebih baik sekiranya buku ini dibaca berbanding kalian baca reviu saya yang tak seberapa ini. Ada lagi yang hendak saya ceritakan tapi kewarasan saya menyumbang saran yang bahawasanya hal yang ini lebih baik dibualkan saja secara kecil-kecil dengan rakan. Boleh dapatkan Gelagat & Ragam Orang Melayu di IBDE atau di mana-mana kedai buku fizikal atau atas talian yang menjualnya.
Buku yang ditulis oleh Frank Swettenham yang mengkisahkan ragam masyarakat Melayu (1882-1901), Pembesar dan juga sultan khususnya di sepanjang Sungai Perak, dari Kuala Kangsar, Bota, Belanja, Kota Lama, Pulau Tiga, Pasir Salak, Kampung Gajah hingga ke Batak Rabit di Telok Anson.
Melalui buku diketahui JWW Birch menambatkan botnya di jeti rumah mandi kepunyaan peniaga emas Cina di Pasir Salak. Birch juga mandi di situ sebelum dibunuh.
Sifat bermalas-malas dan berlengah-lengah dalam membuat sesuatu telah menyebabkan pancang sungai yang diarahkan oleh Maharaja Lela untuk mengekang inggeris dan kuncu-kuncunya tidak dibuat. Sifat yang sehingga kini kukuh ada, arahan dan undang-undang ada tapi tidak dilaksanakan.
Penampakan di depan mata Frank Swettenham hantu Langsuir dengan hilaian tawa semasa geringnya sultan. Dikisahkan juga perang sesama pembesar di Selangor yang mana dua pegawai beliau berpenyakit Latah.
Beliau juga menulis akan kekaguman kepada Panglima Perang Sameon yang amat licik dan pandai serta cekal.
Amazing insight into Malay culture prior to the arrival of British Colonialism in the Malay States.
Swettenham spent decades up close with Malay people and he clearly grasped a thorough understanding of their culture. His sketches describe a wide range of customs. They also tell several wild stories, from a time quite different to today. It boggles the mind to think about the Malay(si)a he witnessed. His descriptions of the country are thick with wonderfully romantic sentiment; he obviously loved this place and its untamed quirks.
Anyone with an interest in Malaysia, Malay culture, British colonialism or just plain old high adventure will find it hard to put this book down.
Lagi tak faham baca terjemahan bahasa sendiri dari bahasa Inggeris. Kenapa guna rawa-rawa?Adakah ia berbeza dengan paya? Banyak perkataan yang diterjemahkan tak diguna pakai dalam keseharian orang melayu. Bukan ke tujuan buku terjemahan untuk memahamkan penutur bahasa lain?
Saya faham pasal ayat cantik dan sedap. Tapi ini bukan buku fiksyen yang penterjemah tengah karang. Ini buku non fiction. Saya perasan ini adalah masalah terjemahan buku sekarang. Berlebih-lebih. Berbeza dengan terjemahan dulu-dulu.
Minta maaf. Apa gunanya sampai 2 orang penterjemah. Ini kes syok sendiri.
Melangkah dari satu kisah ke satu kisah dalam buku ini dengan perasaan teruja dan ingin tahu, apa lagi gelagat orang kita zaman dahulu.
Tak lupa juga, gambaran suasana alam dalam buku ini, yang mungkin kini sudah tiada ditelan waktu. Barangkali, orang Melayu dahulu lebih layak menikmatinya berbanding kita pada hari ini.
Seorang asing datang ke Perak dan menulis tentang penghuni Melayunya ketika hujung abad ke 19. Saya pula seorang Melayu Johor dari 2022, membaca dan menilai berapa % Melayu Sweetenham berada dalam saya. Saya suka kisah Melayu waktu itu berkelah dengan gajah tapi cerita makan dalam: The Passing of Penglima Perang Semaun.
An interesting look at Malaya back in day. Some nice turns of phrase and Swettenham did seem a little more interested and sympathetic to the locals than many others of his colonial ilk at the time.
Naskah ni menceritakan tentang kehidupan Masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tapi betul aku tak sangka juga, masyarakat di sekitar perak pada zaman dahulu hebat juga dalam menggunakan gajah. Kadang bila mengelamun dan teringat setiap bait cerita yang terkandung dalam naskah ni, fikiran aku terbayang zaman yang diceritakan.