Adakah dia segah namanya, ataupun itu cuma dakwaan kosong sahaja?
Benarkah Trump calon Illuminati? Ataupun dia sebenarnya caturan Russia?
Bagaimana Trump mampu menang, sedangkan Hillary Clinton yang disebut-sebut sebagai calon presiden ke-45?
Melalui kajian 3 penulis, kita membedah pelbagai tanggapan dan juga fakta di sekitar lelaki bernama Trump ini. Kita akan melihat sama ada Trump adalah seorang penyelamat, ataupun dia nanti akan menjahanamkan Amerika.
Sebuah buku yang ringkas tentang keadaan politik terkini di Amerika pasca kemenangan Presiden Trump. Ada beebrapa aspek yang diulas dengan baik tentang kemenangan Presiden Amerika ke-45 ini.
Misalnya, peranan media, teknologi bot, kaitan dengan dengan Rusia & China, dan faktor2 yang menarik pengundi di Amerika. Selain itu, buku ini juga mengulas tentang latar belakang calon selain Trump yaitu Sanders dan Clinton.
Walaupun ringkas, rasanya memadai untuk dijadikan rujukan buat pembaca yang masih baru mengenali politik Amerika. Diselit juga perbandingan dengan keadaan politik di Malaysia dan saya rasa seruan untuk pembaca membuat refleksi daripada keadaan politik di Amerika adalah wajar memandangkan keadaan di Malaysia juga ada sedikit persamaan.