Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat r.anhum. Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati dengan roh orang yang masih hidup. Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.
Tulisan Ustaz Dusuki santai dan terasa seperti mendengarkan ceramah beliau secara berdepan. Penerangannya mudah dan terasa sampai ke hati dan akal. Ada kehidupan lain selepas kehidupan kita di bumi ini. Persiapan rapi perlu dibuat untuk menghadapinya. Dalam pada itu, perbuatan kita yang masih hidup juga akan dapat diketahui oleh ibu bapa kita yang berada di alam barzakh. Justeru, perelokkan tingkah laku agar perlakuan kita di sini menggembirakan mereka di sana. Urusan harta mereka perlu diuruskan segera supaya urusan mereka di alam barzakh lebih tenang bila tidak dikaitkan lagi dengan urusan tersebut.
This entire review has been hidden because of spoilers.