Buku ini merupakan diari seorang yang dipercayai mahasiswa di sebuah kampus tak lama dahulu. Kesahihan apa yang terdapat di dalamnya tidak dapat kami pastikan.
Diari ini kami terbitkan seadanya (dengan beberapa lakaran tambahan) tanpa mengubah apa-apa dari segi ejaan atau tatabahasa.
Identiti penulis tidak dikenali, tapi dia dipanggil Blue dalam diari ini. Dan kampusnya di LENDU dipercayai masih wujud.
Novel Fixi ini merupakan diari seorang mahasiswa di pusat pengajian tinggi tersebut. Cover hadapan jelas menunjukkan identiti novel ini sebagai sebuah karya seram. 4 bintang untuk gambar pontianaknya. Pada awalnya, saya meletakkan expectation yang tinggi terhadap novel ini, mengambil kira kualiti novel-novel Fixi yang pernah saya baca sebelum ini (Kasyaf, Murtad, Gergasi dll). TETAPI, malangnya Lendu sangat menghampakan. HAMPEH! Tak seram langsung. ENTAH APA-APA!
Saya akan membuat review kehampehan novel ini satu persatu.
1. Lendu ditulis mengikut gaya epistolari Bermakna jangan harapkan ada struktur perkenalan-perkembangan-klimaks-peleraian-penutup dalam naskhah ini. Hal ini disebabkan kerana Lendu merupakan himpunan catatan a.k.a diari penulisnya, Blue, sepanjang bergelar mahasiswa di sana. Masalah Lendu yang pertama bermula apabila ia memasukkan sekali catatan-catatan yang tidak ada kaitan langsung dengan tema seram. Apa kejadahnya kau pergi sertakan sekali catatan kau kena tindakan tatatertib waktu jadi MPP lah, kena bebel dengan Polis Bantuanlah, kena perli dengan pensyarahlah yada yada. Ok saya faham, ia adalah sebuah diari. Tetapi pilihlah catatan yang berkaitan dengan mood seram. Kalau mahu dimasukkan juga, maka kekalkan tajuk novel Lendu, tetapi cover tukar gambar lain. Jangan letak gambar hantu.
2. Banyak gila kesalahan ejaan dan tatabahasa. Ya Rabbi! Editor tak buat kerja ke? Tau tak kesalahan-kesalahan sebegini adalang pantang terbesar bagi seorang pembaca. Menyakitkan mata! Kalau jumlahnya sedikit masih boleh dimaafkan. Ini banyak! Sakit mata satu hal, sakit hati satu hal lagi.
3. Ok, saya faham. Fixi membenarkan novel-novel mereka dalam dwibahasa. Maknanya, nak tulis dalam bahasa melayu campur-campur Inggeris boleh. Saya tiada masalah dalam hal ini. Banyak naskhah yang guna bahasa rojak seperti ini pernah saya baca, seperti karya Hlovate. MASALAHNYA IALAH KAU NAK GUNA INGGERIS TAPI SALAH SEMUA SEGI. Tatabahasanya salah. Ejaannya salah. Malah, bila kau cuba nak merge Inggeris dengan Bahasa Melayu, ia menjadi janggal. Macam tak kena. Tak smooth. Aku taktau sama ada kau cuba nak jadi kontemporari atau apa. Tetapi, tolonglah jangan ulang lagi kesalahan seperti, “If you get it what mean”, “I’m work under them”, “Why don’t you left me”, “There’s something follow me”. Penguasaan bahasa Inggeris saya pun taklah gempak sangat, tetapi sekurang-kurangnya hormatilah sistem sesebuah bahasa tersebut. Jadi cringe bila baca tau tak.
4. Kebanyakan catatan-catatan Blue ini sama. Kena rasuk, pergi berubat. Nampak lembaga hitam. Nampak budak berlari tengah koridor. Ada benda ketuk tingkap tengah malam. Yep, tak dinafikan pengalaman kena kacau semua orang hampir sama formatnya. Begitu-begitulah bentuk gangguannya. Tetapi, bila kau nak tumpahkan pengalaman kau dalam bentuk cerita, pakailah ayat-ayat yang sedap sikit. Bila orang baca dapat feel. Sumpah, satu habuk pun tak seram novel Lendu ini.
5. Cabaran 32 Buku kali ini bertemakan seram. Tetapi maaf pihak penganjur, saya tak dapat nak jelaskan apa yang seramnya dengan Lendu ini. Sebab memang tak menakutkan langsung. Mungkin sedikit seramlah bila memikirkan suasana industri buku tanah air nanti kalau dilambakkan dengan naskhah seperti Lendu.
6. Cerita tak seram. Ayat tak sedap. Banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan. Penggunaan bahasa Inggeris yang hampeh. Pendek kata, Lendu adalah sebuah naskhah seram yang gagal. Khalas.
Tiba-tiba rajin nak tulis review. Walaupun tak panjang mana. Masa kes Lendu trending dekat twitter aku takdelah ambik kisah sangat pun. So, kira aku baca buku ni dengan takde apa-apa expectation sangat lah. Kalau tengok cover buku ni memang nampak seram, plus dengan format yang tak pernah buku fixi buat, yang diapply dalam buku ni yang buat aku nak baca buku ni laju-laju masa dia baru keluar haritu.
Buku ni nipis, so dalam satu ke dua sitting dah boleh habis baca dah. Dan buku ni ditulis dalam bentuk entri-entri diari penulis. Aku suka baca buku-buku dengan teknik epistolari ni.
Ok.
Then, aku startlah baca buku ni. Awal-awal lagi fixi dah bagi disclaimer, kesalahan ejaan dan tatabahasa dikekalkan dalam buku ni, which aku rasa mula-mula tu macam cool jugak sebab barulah rasa real. Tapi bila dah start baca tu aku rasa sangatlah annoying sampai satu tahap aku mengeluh bila jumpa banyak gila kesalah tatabahasa dan ejaan dalam bukuni. Aku tahu dah diwarning awal-awal, but still, benda tu mengganggu bacaan aku. Dan ayat bahasa inggeris dia, allahu. Entah berapa kali aku cringe bila baca. Not that my english is good, but itulah. Hmm.
Kalau aku letak permasalahan aku dengan kesalahan tatabahasa dan ejaan ke tepi, dari segi plot cerita pun, takde apa yang berlaku sangat pun. Buku yang aku ingat akan jadi seram, langsung tak rasa apa-apa. Aku rasa baca cerita seram di twitter lagi seram daripada baca buku ni.
Apa-apa pun, ini cumalah pandangan aku saja. Dan seperti yang kita tahu (atau tidak), selera bacaan orang itu lain-lain, so mana tahu kau akan suka buku ni kan? Kalau korang nak try sesuatu yang baru, korang boleh try baca buku ni! :)
Pertama sekali aku nak mohon maaf pada penulis- Blue jika rating dan ulasan ini, menyentuh hati dan perasaan. Moga penulis akan terus maju lagi kelak!
Aku bagi 4* untuk kulit buku ini.
Aku suka dengan gambar-gambar yang dikepilkan di dalam diari/novel ini.
Idea untuk mengekalkan tulisan asal dari diari milik Blue ini juga memang patut dipuji.
Tapi untuk mengekalkan kesalahan tatabahasa, ejaan dan apa pun yang patut dielakkan di dalam sesebuah manuskrip, itu tidak sepatutnya dilakukan. Ia tak nampak cool pun. Lebih banyak rasa terganggu ketika membaca naskah ini.
Plot cerita banyak berterabur. Rasanya ada kisah yang tak penting di dalam diari asal, lebih baik tidak dimuatkan di dalam naskah terbit. Ia nampak meleret dan sedikit menjengkelkan.
Aku rasa lucu dengan beberapa kisah histeria dan gangguan yang dikisahkan. Cerita yang sepatutnya menjadi seram, menjadi hambar apabila cara Blue menceritakannya agak kurang menyeronokkan. Aku rasa kalau manuskrip ini disunting sikit, pasti lebih baik dan menghiburkan. Maaf~
Aku macam nak campak buku ni ke dinding. Sama perasaannya masa aku baca buku Awek Chuck Taylor dan Blackball dulu (owh tidak, Blackball dulu aku baca sewaktu berada di dalam perjalanan dari Johor ke KL, jadi takde dinding nak baling. Tapi macam nak buang keluar tingkap buku tu). Tahun ni belum ada perasaan nak campak buku ke dinding. Tapi Lendu mewujudkan perasaan itu. Tahniah dan maaf Blue!
Tapi terus terang, buku ni betul-betul ketinggalan jauh dengan buku Roman yang berjudul Penghuni yang turut sama mengisahkan mengenai Lendu. Bagai langit dan bumi!
Tapi mungkin kalau anda ingin cuba apa perasaan mengintip/curi baca diari orang, boleh baca buku ni~
Moga Blue akan hasilkan manuskrip yang lebih mantap di kemudian hari!
28 Nov 17: Cover buku kita boleh kasi credit sebab lawa dan nampak seram.
Suka dengan konsep buku ni which is mcm ala ala diari. Dan page bergaris mcm kita selalu tulis diari la. Dan ada lukisan lukisan. Which is yes. Brilliant idea. Tapi sygnya, Start day 20. Ika dah mula hilang minat untuk baca. But still. Ika tetap habiskan sebab bila fikirkan betapa gigihnya ika mencari buku ni sampai ke NU Sentral. Haha. Effort penulis ika puji sbb bukan senang nak menulis kan. Tapi plot cerita tu. Sem 1-2 boleh lg diterima. Start dah selalu sangat kena rasuk ika cm em boring dah. Utk baca lagi. Maybe. Tapi bkn sekarang.
LENDU Terbitan Fixi cetakan 2017 Genre: Nota Seram Penulis: Blue
Memberikan pembaca satu teknik yang berbeza sebagai bahan bacaan. Dikhabarkan bahawa isi buku ini adalah nota harian penulis yang bernama Blue. Cetakan font juga dalam bentul tulisan yang mudah dibaca. Ejaan dan tata bahasa yang tidak diedit supaya tampil realistik. Ianya berkisar pada kejadian kejadian aneh yang berlaku di sekitar kampun baru UITM di Lendu beberapa tahun lalu yang dialami oleh penulis nota tersebut. Sekali lagi diulangi ini bukan Novel Fiksyen, jadi ceritanya tidaklah digarap dengan teliti, bermula dari kisah penulis terlepas bas dan resah mencari kembali barangan yang tertinggal atas bus tambahan. Setelah membaca dua tiga lembaran saya menggambil keputusan untuk melihat dari perspektif lain sahaja. Melihat apakah aktiviti di kampus masakini dan hubungan penulis dengan teman teman di kolej, bagaimana pelajar komunikasi massa menulis dan membayangkan suasana kampus. Ada lakaran lakaran yang disertakan bersama buku nota ini. Bagi yang kiasu mahu tahu lebih bolehlah melihat clue clue yang diberikan oleh penulis tentang pasukan Hakka uitm Lendu dan mencari twitter nama yang disebutkan dalam penceritaan nota tersebut. Bagi yang meminati genre seram buku ini mungkin akan menarik minat mereka, disertakan juga dua tiga lokasi berhantu di Melaka.
sebenarnya akak harapkan ianya adalah kisah seram. tapi ianya adalah catatan seorang pelajar yang belajar di uitm lendu. lebih tepat pelajar yang sering di rasuk dan hijabnya terbuka. di awalan ada diberitahu yang blue ni memang boleh nampak benda-benda entiti ni..
jangan harap yang lebih-lebih. kerana ianya lebih berbentuk sebuah diari makanya takkan ada olahan yang mantap, takkan ada jalan cerita yang menarik dan takkan ada ayat-ayat yang boleh memegunkan pembaca. pembaca akan hanya baca sebuah catatan kisah apa yang berlaku pada blue ini. kisah dia kerasukan, kisah dia nampak benda-benda. kisah kehidupan dia di asrama dan kehidupan sebagai pelajar. memang ketara nampak seperti lendu selalu di landa kisah mistik. cuma, apakah kebenarannya?
suka dengan ilustrasi kulit dan juga setiap yang ada di dalam buku ni. ada yang kelihatan agak misteri dan ada juga agak menyeramkan. seperti akak mention awal tadi, bukanlah kisah seram ya.. tapi kisah makhluk tidak kelihatan itu ada. hujung kisah pun mendatar jer. meninggalkan lendu itu dalam keadaan misteri.. dan kisah ini pun terbiar misteri... tertanya jugak. blue ni siapa?
It just a common diary yang dibukukan. Tak lebih, mungkin kurang. Aha. Btw, yang plan nak baca, dont expect much. But for ex student lendu, maybe ada sentimental value kot.
Sebuah diari berkisar tentang kehidupan seorang Blue di kampus Lendu. Kisah utama adalah Blue seringkali ditumpang makhluk halus dlm bdn sebagai pengantara. Jadi agak seram jugak. Rasanya yg sentiasa memerhatikan Blue (terutama part last) adalah saka arwah mak dia kut. Kebetulan sy baca di tengah-tengah mlm agak seram jugak. Nasib baik bulan puasa. Hantu syaitan kena ikat. huhuhu...
Sebagai seorang yang suka genre seram, walaupun sedar diri penakut🤡, blurb belakang dan sampul depan buku, memang buat saya sangat tertarik dengan buku ni. Kalau pegang buku ni memang taknak tenung lama² cover dia. 'A' for the book cover, but, for the storyline, hmmmm.... a bit 'mehh'. Mungkin ni la orang kata, don't judge a book by its cover.
Segala apa pembaca lain komen berkenaan jalan cerita dan kesalahan² teknikalnya, saya sangattt setuju. Saya cuba faham penulisannya adalah seperti sebuah diari, tetapi terlalu banyak part yang meleret dan tak perlu dimuatkan sekali, dan buat saya terfikir ; 'ini buku seram kot, bukan catatan harian😞.' Cover memang menampakkan buku ni seram, tapi bila baca, seram dia tak menyengat. In facttt, saya lagi suka part penulisan blog Ruzanna instead of the entire story😭 For me, banyak scene seram dia diceritakan sekadar angin lalu saja. Part last² boleh rasa lah juga seram tu, tapi dengan gaya penulisannya yang agak (maafkan saya) cacamarba memang ganggu fokus kita nak baca. And sampai ke sudah tak tahu kenapa Blue macam tu, agak cliffhanger, tapi mungkin tu memang tujuan buku ni disiapkan kot, atau memang catatan Blue setakat itu sahaja.
Ngl, agak kecewa lepas habis baca :/ But the good part is, the book helps me untuk tak terus berada dalam mood reading slump yang berpanjangan.
Memandangkan novel nie mmg bulat2 dr diari asal n dr penulis yg dikenali sebagai Blue tp klu x salah dia ada ckp nama dia Asyraff ketika perbualan dia dgn Hayatul, makanya mmg kene gigihlh nk pahamkn ada sesetgh ayat n cter tu, yerlh diari jer pun xknlh nk beriya2 tuliskn, cuma dia jer yg x tahu diari dia nie dh dicetak n dibaca ramai org. N plg x leh tahan stok kt kedai x der hahaha. Ramai yg nk baca sbb Lendu, agaknya klu yg bljr di saner mungkin lbh paham apa yg terjd sebenarnya.
Klu ikut kefahamanlh dia cuma cterkn pasal aktiviti dia kt saner n kekerapan diri dia yg kene rasuk tu, terlalu mudah. Rupanya 10thn lepas pun dia pernah kene sblm bljr kt situ, tu yg mudah kena lg tu. Adalh sikit2 seramnya tp xlh seram sgt, yg jd seram lakaran dlm tu jer hahaha. Ada jugalh dia selitkn beberapa bdk2 lain yg kene gangguan juga. Agak misteri awal novel nie, tang dia tertinggal bas tu, kwn dia ckp dia ada dlm bas, x taulh itu helah kwn dia atau ada sesuatu yg menyerupai dia. Takut pikiran n kesian sgt klu bygkn nasib dia tu.
Yg menjd tarikan bila rupa dlm nie sebiji mcm buku siap ada garis2an mmg menariklh dgn lakaran bagai, yerlh diari asalkan, jd ada kelainanlh bila membaca.
Elemen seram yang cuba disuntik dapat dirasa tapi tidak cukup. Mana tidaknya? Penulis dan penerbit mengambil keputusan untuk membiarkan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Saya kurang pasti sama ada cerita ini adalah rekaan semata-mata atau benar belaka. Tapi yang saya tahu jalan ceritanya terlampau dicedok dari insiden pada tahun 2012/2013 di UiTM Alor Gajah Melaka. Mungkin benar kata Mama Regina, penulis menekan butang yang tepat kerana semua alumni pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sebalik #PrayForUiTMLendu. Tapi sayang, kami tidak puas dengan penceritaannya.
5 bintang untuk cover novel. Nampak seram. Mula-mula baca novel ni memang teruja. Tapi bila si Blue ni asyik kena rasuk tak sudah, mula dah rasa bosan. Ada sesetengah part tu macam meleret je. Tapi gigih jugak habiskan novel ni sebab tak tebal mana pun. Ok lah. 3 bintang je.
Walaupun buku ni nipis, agak lama juga nak habiskan pembacaan. Bulan Februari start baca, bulan Mei baru habis.
Saya tak nafikan ada bahagian-bahagian yang betul-betul seram dalam buku ini. Sehingga saya terpaksa menghentikan pembaca. Saya pula lebih banyak membaca pada waktu malam. Lepas tu ada pula lampiran-lampiran gambar yang menyeramkan! Bila terasa seram sangat dan saya tak dapat nak teruskan, saya sambung baca buku lain. Dan akhirnya habis juga pembacaan saya untuk Lendu.
Syabas buat Blue! Tertanya-tanya juga cerita Lendu versi FIXI ini benar atau... Nak tengok juga siapa penulis yang menggelarkan dirinya sebagai Blue ini?
Honestly, I was expecting some weird scary stuff going on in the book. Tinggi jugak expectation aku untuk buku ni. Takde lah disappointing, cuma bila baca tu takde scary mana pun. Or maybe it's just me. Also, I can't stand the very obvious grammatical errors and typing errors. I sound like a brat, but dalam proses nak publish buku kan ada editors maka saya harap ada lah yang akan take note dan cuba lebih baik lagi untuk improvise. A good effort, no doubt. Bahasa pun boleh relax relax je.
Aku bagi 4/5 solely because of the cover... Storyline agak ok... Aku tak letak my expectation tinggi since it's like aku baca diary org je... Btw, bila aku baca buku nie I realise that Blue dia stay kat Kolej Tun Perak... Since dia ckp dia pergi ke Bentara dgn levelmate dia and cafe' tu depan kolej dia je... Mana lagi kalau bukan Perak... Hamzah, Ali, Hassan kolej siswi... And mmg time Blue jadi student masscom, Tun Perak tu kolej lelaki...And bila scene time yg dia kene rasuk during sem1, and he said the room number and then dia ckp bilik tu kotor... Yes, as a current business student at UiTM Lendu, aku pernah dgr gak ah, classmate aku story kat aku yg Perak dulu mmg kotor since budak lelaki mmg x reti jaga kebersihan.. But the thing is, sekarang pun since dia tukar Perak jadi kolej siswi, still kotor but x terlampau kotor... Even dekat kolej aku, Dang Anum, betul2 dekat dgn Tasik Tun Fatimah, mmg ada je penunggu kat situ and bende2 nie mmg banyak... Tambah2 kat level aku...since aku sem 3 until now (sem 5), aku dpt level yg sama and bilik yg sama, and sepanjang aku duduk situ, dh kerap kali aku bau wangi bila aku lalu kat pokok mawar tu... X de angin, tiba2 je bau... Mmg seram... Haih... Bende tu kita jgn tunjuk yg kita nie berani sgt or takut sgt... Kekadang aku kene lalu kat jabatan tasik tu dlm gelap since ada kelas mlm... Nk buat mcm mana, redha je lah...
But, I hope cara penulisan boleh di ubah... And cantikkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan... As well as ur grammar for English... I'm not that good in English, but such a simple grammar mistake is kinda ridiculous... And satu je lah nk pesan, kalau tiket bas dh habis or korang tertinggal bas time korang nk balik semula ke Lendu, KTM TO TAMPIN KAN ADA!!! X pun naik Grab je.....
Thats All Bye!!! Happy Reading!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni overrated. Di Kedai Fixi atau mana-mana kedai buku, Lendu wajib ada di carta bestseller. Okey buku bestseller tak semestinya best. Tapi keluaran Buku Fixi kalau ada di carta bestseller, terus terang aku kata: aku nak baca ini buku.
Aku tak faham kenapa ramai yang kata buku ni best. Bagi aku tak best. Sori Blue si penulis misteri. Aku perlu jujur dengan diri sendiri. Aku beli sebab covernya yang ada elemen seram dan ceritanya based on true story which is di UiTM Lendu yang sangat dekat dengan diri aku sendiri.
Tapi lepas baca buku nipis ni aku frust. Tak seram langsung. Aku faham penulis cuba nak tulis dalam bentuk nota harian tapi at some point aku rasa macam nota ni direka atas nama fiksyen. Maybe gunakan 'based on true story' untuk laku di kedai buku? Aku tak tahu.
And maybe kalau Lendu ni rilis under mainstream publisher or mana-mana publisher selain Buku Fixi aku tak frust sampai tahap ni. Typo dalam buku ni pun banyak. Agak mengejutkan bagi aku yang suka Buku Fixi.
Seram Lendu juga tak menjadi. Macam filem Munafik. Dia dah sama di level 'acah-acah seram'. Jumpa hantu-Kena rasuk-Berubat-Ulang. Itulah dari awal sampai habis. Aku juga skeptikal manuskrip Lendu ni pass untuk diterbitkan Buku Fixi. Ini saja yang mampu aku tulis secara ringkas. Kalau nak tulis panjang-panjang teruk buku ni kena kutuk. Lagipun aku malas.
By the way, Goodreads tak boleh rate setengah. Niat asal aku nak rate setengah bintang je. Blue, cakap terima kaseh pada aku, okey?
Berdasarkan rata² review kat Goodreads, semua complain buku ni macam takde plot atau alur jalan cerita dia tidak teratur/berterabur.
Tapi bagi saya, buku ibarat kau masuk dalam bilik kau kat kolej lama, sekali masa tengah kemas barang, kau jumpa DIARI dekat bawah tilam kau dan kau decide untuk baca.
Buku ni adalah himpunan diari, jadi saya fahamlah kalau isi dalamannya berterabur dan misteri disebalik kes hantu macam terbantut di situ jer. Pada pendapat saya, buku ni macam nak bagi kau rasa perasaan gerun, ibarat kau yang jumpa buku diari lama kat kolej.
Make sense ah kalau aku tulis diari pun, mesti macam² benda aku tulis kat dalam tu, pasal assignment bertimbun, pasal konflik dengan kawan and pasal kelab dan lain².
Dan cerita seram dia macam repetitif dan tidak menarik. Namanya pun diari haha lainlah kalau buku ni kisah pasal someone baca diari Blue ni macam buku Entiti oleh Syafiq Aizat. Tu lain citer ah.
Buku ni adalah diari, sekadar himpunan kisah Blue setiap hari menetap sebagai pelajar di UiTM Lendu. Buku ni juga ada terangkan behind the scene daripada hashtag #PrayforUiTMLendu. Sungguh menarik.
Mungkin lakaran dalam diari tu lagi bagus kalau semua lakaran adalah lukisan tangan dan bukan ganbar. Susah nak nampak bai. Kabur noh gambarnya.
Jadinya, bagi saya buku ni okaylah. And saya ada jumpa website blog penulis ni. Sangat menarik and real. Memang rasa macam based on real story diari ni.
Buku ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Blue dan pengalamannya sepanjang belajar di Uitm Lendu. Berkonsepkan sebuah diari, di dalam buku ini mengumpulkan kisah harian Blue dari semester pertama hingga semester terakhir. Dan kebanyakannya mengisahkan tentang pengalaman mistik dia dirasuk di Uitm Lendu yang dia sendiri tidak tahu bagaimana dan mengapa dia dirasuk. Semuanya secara tiba-tiba.
Pada awalnya, aku cuba menyangkal dakwaan pembaca yang mengatakan buku ini tidak menaikkan semangat mereka kerana jalan ceritanya yang berterabur dan entah apa-apa. Dan aku tak bersetuju dengan pendapat itu kerana mana ada orang menulis diari dengan jalan cerita yang tersusun seolah-olah jalan hidup kau dirancang seperti dalam drama.
Pada mulanya, aku beranggapan buku ni menempatkan koleksi cerita-cerita seram yang pernah berlaku di Uitm Lendu, tapi jangkaan aku meleset. Namun begitu, penulis berjaya bawakan 'vibes' seolah-olah kau tengah baca diari seseorang tu. Jadi secara keseluruhannya, aku bagi 3 bintang untuk jalan cerita yang bagi aku agak tergantung, meleret hingga isu politik (sampai aku rasa penulis ni tengah melobi atau mencanang nama Uitm?) Dan agak kurang jelas.
Ada lagi yang baru nak baca Lendu macam aku? Tak salah kalau korang nak beli dan jangan lupa kongsikan pandangan korang dengan pembaca lain yang baru nak baca Lendu!
UiTM Lendu memang terkenal dengan cerita hantu sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Jadi, bila Fixi keluarkan Lendu, sudah tentu ramai yang tak sabar untuk menyingkap misteri yang ada di Melaka itu. Lebih-lebih lagi Lendu ini berdasarkan kisah benar. Nama penulis juga dirahsiakan. Kiranya dari segi first impression bila nampak kulit buku ni di kedai buku memang Fixi dah berjaya.
Lendu memang nipis. Kali terakhir buku Fixi senipis ini yang aku beli ialah Cekik. Untuk harga RM20, membaca Lendu memang tak berbaloi langsung. Dalam hidup aku, tak terkira berapa banyak masa yang dah aku buang dan aku tak kisah, tapi masa sewaktu aku baca novel ni tiba-tiba aku jadi seorang yang berkira. Lendu ialah novel seram yang tak seram langsung. Secara jujurnya, takde apa pun yang hendak disampaikan. Nota-nota dalam novel ini kadang-kadang rasa seperti dibuat-buat. Ada yang kata Lendu ni buku buat duit Fixi. Mungkin ya, mungkin tak. Aku tak tahu. Aku bukannya kerja dekat Fixi. Wallahualam.
seakan2 paranormal activity ataupun blair witch project, tapi versi buku - raw marterial dibukukan terus tanpa sebarang edit, katanya la.
seperti membaca sebuah jurnal (memang diari pun) seorang pelajar di Uitm Lendu. Secara jujur, ketika kes ni trending dulu aku baca sekali imbas je, tak la sampai ke blog sume bagai tu. So, dari sudut tu kira bagus gak la menambahkan pengetahuan aku mengenai hal itu, dari sudut yang berbeza.
namun, hanya itu.
beberapa kejadian seram yang direkodkan, boleh jadi lagi seram andai diolah sedikit.. namun mungkin untuk mengekalkan originaliti ia dibiarkan begitu. beberapa tempat berhantu di melaka turut diselitkan dihujung cerita, pada aku kalau dipanjangkan sedikit mungkin lebih menarik - tapi mungkin da lari dari tajuk asal.
Kecewa. Barangkali sebab terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam buku ini. Gaya diari dan bahasa boleh dimaafkan. Tapi disebabkan ia dibukukan dan dijual sebagai naskah, yang mana ramai mengharapkan intipati diari ini padat, itu yang mengecewakan. Tiada keseraman yang dirasai. Sampai separuh cerita pun aku masih mencari dan berfikiran positif yang diari ini akan lebih bagus pada 3/4 cerita. Namun, masih tidak.
Mungkin disebabkan itu aku perlu habiskan naskah Penghuni by Endie Shazlie untuk mengubat kekecewaan. Seram pun seramlah janji bagus.
Jangan risau, aku tetap akan sokong buku-buku terbitan Buku Fixi seperti selalu.
Tahniah Blue kerana terpilih untuk diterbitkan diari ini.
Rasanya ni buku fixi yang paling nipis yang pernah ada. Buku ini merupakan diari seorang student UiTM Lendu yang gelarkan dirinya Blue. Blue menulis pengalaman belajar di lendu selama 3 tahun. Pengalaman mistik dan misteri. Mungkin sebab buku ni berbentuk diari, plot cerita tak nampak dengan jelas. Setiap kejadian di Lendu tak diceritakan dengan jelas dan agak mengelirukan. Watak Blue tiada perkembangan. Kena rasuk, handle program and repeat! Okay maybe, dia student uni tapi plot tu boleh dikembangkan lagi. Anyway ada part yang seram ada yang kurang.
Mostly cerita memang hantu dalam ni. Jalan cerita yang menarik sebab dia cerita real tentang feelings seseorang tu mengalaminya. Ye, nama penulis ni letak Blue je sebab ni adalah diari seorang mahasiswa di sebuah universiti. Diari ni dijumpai dan terus diajadikan novel. Tak sure siapa penulis sebenar. Based story ni adalah penulis ni..dia memang dah pernah kene ganggu sejak dia kecik lagi. Jadi, bila start dia msuk uni.. gangguan tu jadi semakin teruk. Latar belakang family dia pun tak okay sangat so itu menambahkan lagi dia punya rasa lonely tu.
A very interesting take in literature. Claim to be extracted from a diary which was found in a university. It gives you goosebumps and definitely played with your imagination. I had to watch youtube for an hour to distract my mind from remembering the vivid depiction of this author's haunting experience
Menarik di Semester 1 dan 2 sahaja bagi aku. Dan mula mendatar bila kes dirasuk berulang-ulanh sehingga semester terakhir..mungkin dikatakan diari sebenar, buatkan buku ni hanya mendatar penceritaannya.. Hanya pendapat aku sahaja. Peace no war. ✌🏻️
okay i love this book so much !!! sebab apa ? sebab layout buku dia lawa weh + ada gambar hihi, lepastu kan tak rasa macam buku pon sebab theme dia mmg diari. Even though ada several part i tak faham tapi i love it though!!!