Sikap teruja mahu melihat sendiri dunia syaitan yang penuh kejahatan akhirnya membawa malapetaka kepada diri mereka. Di saat hijab mata terkunci kemas, mereka menempah musibah dengan membiarkannya terbuka luas sehingga akhirnya memakan diri mereka sendiri. Tatkala kaki melangkah masuk ke dunia itu, mereka tahu mereka telah membuat keputusan yang salah tetapi semuanya sudah terlambat. Apakah pengakhiran hidup mereka? Dapatkah mereka berpatah balik atau terus terkubur di alam sana?
“Abang harap tak ada di antara kita yang lemah semangat. Kalau ternampak, terdengar atau tercium apa-apa, jangan sesekali tegur.” – Abang Kipli
“Sal nampak perempuan mata putih masa abang Iman dibawa naik tadi,” – Salmi
“Memang sebiji suara kau. Lepas tu pintu terbuka. Mati-mati kita orang ingat kau yang buka pintu,” – Azrul
Sebuah novel seram keluaran Buku Prima yang best, terasa keseraman plotnya. Gambaran dunia ghaib rekaan penulis juga menjadi, nampak misterinya. Cuma, kurang umph sedikit di penghujung cerita. Apa-apapun, tahniah kepada penulis.
Novel ni mengisahkan tentang 6 sekawan (Ayman, Fazrul, Amirul, Iqram, Ganesh, dan Xiao) yg gemar menjalankan aktiviti paranormal. Suatu hari, mereka mengambil keputusan untuk menjelajah alam ghaib dengan perantaraan Abang Kipli. Masalah timbul apabila Ayman yg ketegaq membawa pulang sesuatu dari alam itu. Sejak itu, mereka mula diganggu oleh satu entiti yg menakutkan.
30% dari plot cerita Jeritan Puaka dibina daripada mimpi? Wow 🙌🏻
Jeritan Puaka mengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk masuk ke dunia mistik/dunia makhluk ghaib/ dunia syaitan dengan bantuan Abang Kipli yang merupakan perantara untuk ke dunia tersebut. Namun, Abang Kipli sudah 2 tahun meninggalkan kerja itu. Ada rahsia besar yang tersimpan kemas dalam poket Abang Kipli.
Mereka berenam diingatkan untuk mengikut pantang larang sebelum masuk ke sana. Namun, lain jadinya bila dalam perjalanan tersebut. Ada yang sudah diganggu. Dan bertambah parah bila ada makhluk yang mengikuti mereka pulang. Apa yang terjadi seterusnya? Ada yang melanggar pantang ke?
Tak ada penyakit. Cari penyakit.
Jalan cerita simple. Nak kata predictable. 50-50. Walaupun kita tahu apa yang membuatkan mereka menerima gangguan tanpa henti. Tapi, punca dari akar umbinya apa?. Kita rasa tak puas juga bahagian ending mcm terlalu cepat sangat habis. Kita harap kita dapat tahu banyak lagi pasal Mxlxr. Dan walaupun ada banyak pengulangan scene (rasuk, ditegur iblis & penyamaran) tapi for me okay saja. Kita pun masa baca tidak la letak high expectation sebab kita tahu storyline nya simple dan biasa dah baca & dengar kat mana-mana. Cumanya, kita tetap teruskan sebab nak tahu apa penulis nak bagi dekat pembaca.
Kita okay dengan writing style penulis & olahan cerita. Seronok baca perjalanan mereka bertujuh ke alam lain. Rasa macam kita pun join sekali dieorang ke sana.
Jarang ada watak chinese & indian. Tapi dalam ni ada, so boleh tengok gelagat Ganesh & Xioi. Si Ganesh to at first place lansung tak berminat nak join. Tapi demi nak mengelak dicop sebagai pengecut oleh Ayman. Dia sahut cabaran tu walaupun tak rela. Tapi begitulah. Sepatutnya percaya dengan perasaan tak sedap hati tu dari nak memenuhi perlawaan kawan.
And iblis yang kacau dieorang ni sejenis menegur mangsa. Macam contohnya:
Ha dah tahu ke? Dah tahu ke? Oh dah tahu ya. Memang la dah tahu sebab tu rasa nak chow hshs. 😅 Rasa nak terkencing pun ya kalau betul kena tegur macamtu face to face.
Kita actually kecewa dengan Abang Kipli. Dia tak jujur. Kalau dia jujur dari awal. Kita rasa mati hidup balik pun budak-budak tu tak kan setuju nak ke sana. Tak belajar dari pengalaman & kesilapan. Akhirnya, ada nyawa yang dipertaruhkan.
Bagi saya, penulis sepatutnya kembangkan lagi watak atau cerita berkenaan dengan Melor dan Mak Duyah. Kenapa Melor jadi pendendam dan bagaimana dia terjebak dengan ilmu hitam patut diceritakan dengan lebih lanjut...
Rasa tak puas mengembara dengan cerita jeritan puaka. Bab ke bab penulis berjaya membawa pembaca menelusuri ‘dunia’ yang satu lagi. Tahniah penulis. Double thumbs up 👍!!
Sy baru tahu ada org yg leh jd perantaraan utk berhubung ke alam ghaib. Kira leh wat punca pendptan juga Abg Kipli nie. Bukan sbb sy pun nk ikut lawatan ke sana, cuma x sangka jer. Setakat teruja nk masuk umh hantu tu adalah, tapi.... klu nk g ke alam saner, x perlh x de kekuatan rasanya hahaha, mcm cari penyakit.
Itulah yg dihadapi oleh 6 sekwn dlm nie, bkn setakat mereka shj, org yg x berkenaan pun turut terbabit sehingga melibatkan nyawa. Pertama g saner pun dh mengundang masalah, belum lg kedegilan slh seorg dr mereka yg melanggar pantang larang. Setelah Abg Kifli bersara dr jd perantaraan krn perkara buruk telah berlaku, dia berjaya dipujuk oleh dua org dr 6 sekwn yg dia kenali utk jd perantaraan. Dr situ sejarah berdarah 2thn lepas pun berulang kembali. Apakah yg telah menimpa mereka, kesudahan nasib mereka, mmg sesuatu yg dasyat n menakutkn.
Seram ??? Jeritan Puaka nie mmg seram, sy suka sgt detik2 seram sewaktu mereka diganggu di alam kita spt di rumah, di hptl, di kem, di kelas serta dlm perjlnan. Mmg seriau n seram sgt. Gangguan di alam ghaib sy x rasa seram sgt. Bygknlh ek slh satunya.... "Bukalh pintu nie. Dh tahu ker" ??? Meremang bulu roma diwatnya. Sangat2 seram, itu sebahagian kecil shj tau. Gangguan di umh Hj n umh sewa mereka juga boleh tahan seramnya.
Semuanya bermula dr rasa teruja utk memiliki sebuah patung shj....
Assalam..Daebak..awesome..novel ni mmg terbaik..jalan cerita yg lain dr lain dan kuat..straight forward..perkenalan 5 watak utama yg sempurna..persahabatan yg murni menyedapkan jalan ceritanya(Walaupun nak cepuk kepala Ayman tu)entitinya pun walaupun masih dlm figura perempuan tp lain dr yg kita selalu disajikan..fizikal yg tinggi,lonjong,bermata putih,membayangkan pun dah seram..part yg paling merinding ialah part jeritan waktu nak selamatkan ayman tu..banyak pengajaran yg dpt dlm novel ni..Jeritan puaka paling terbaik setakat tahun 2017 ni..tahniah utk sis ninie,keep it up..saya bagi berbintang2,x terkira bintangnya..⭐..
terdetik dalam hati , cik penulis baca mantera ke semasa menulis karya ? beberapa kali saya terdengar suara orang bercakap semasa membaca naskah ini . beberapa kali saya terpaksa berhenti membaca untuk tenangkan emosi ..
Tahniah Cik Penulis . Hebat ! semoga suksess untuk karya seterusnya .. :)
Buku ini memang menarik — membawa kita menyelusuri perjalanan ke alam lain yang akhirnya meragut nyawa. Tiada siapa yang terlepas.
Apa yang menarik? Kita dibawa ke dunia yang tak pernah terlintas untuk dijejaki. Bukan sekadar menakutkan, tapi aku sendiri terasa seramnya. Tambahan ada orang buat aku geram dan perangainya seperti — sudah terhantuk baru mahu menyesal. Awal-awal lagi mulut bukan main celupar...Mulut memang “puaka” dan menyusahkan orang lain. Yang membuat aku geram, orang lain pula yang menanggung akibatnya — hingga ada yang kehilangan nyawa. Kalau difikirkan, semua ini boleh dielak kalau dari awal dia berfikir sebelum bertindak.
Ceritanya memang seram, ditambah pula dengan elemen voodoo yang benar-benar mengganggu jiwa. Semua bermula apabila mereka beria-ia mencuba aktiviti paranormal, tetapi pulang dengan diikuti roh jahat hasil voodoo manusia durjana yang bersahabat dengan syaitan. Seksanya tiada pengampunan apabila patung itu sudah berada dalam milikmu.
Kesimpulannya — seram yang memuaskan. Plotnya digarap dengan baik dan membuatkan kita benar-benar dapat merasai apa yang ingin disampaikan penulis.
Novel ni mengisahkan 6 orang persabahatan yang sedang menjalani pengajian di Sarawak (Amirul, Iqram, Ganesh, Xiao, Ayman, Fakrul). 2 orang sahabat mereka teringin untuk meneroka dunia mistik bersama seorang pengantara iaitu Abang Kipli.
Kematian Fakrul amat menyedihkan semua kawan- kawan yang lain. Disebabkan Ayman telah mengambil patung kayu kecil dari dunia mistik tu menyebabkan Fakrul telah kerasukan banyak kali dan dalam keadaan parah ketika cuba diselamatkan oleh 2 orang ustaz.
Walaupun mereka telah menghantar balik patung tersebut tetapi rupanya patung tu ada dalam poket seluar Ayman dan jatuh di rumah Haji Hamid. Kemasukan mereka ke dunia mistik hanyalah sia-sia.
Apa yang berlaku sebenarnya juga pernah berlaku 2 tahun lepas.
Pembaca perlu membaca novel ini kerana watak dan jalan ceritanya sangat-sangat menyedihkan dan terdapat keseramannya juga.
As always, buku seram terbitan Buku Prima tak pernah mengecewakan.
1. IMO, this book sangat detail, semua scene diceritakan sangat terperinci dan menarik. Bukan buku prima lah eh kalau tak detail macam ni.
2. I agree cerita Melur/Melor agak pendek, i paham author nak ceritakan asal usul patung tapi macam terlalu rush dan readers tak dapat tahu asal usul patung tu.
3. Phase waktu diorang dalam alam ghaib terlalu lama dan meleret kadang pening nak baca…
4. For me agak seram waktu di pertengahan, mungkin sebab dah lama tak baca buku seram kot… dia punya seram tu sampai i kena bukak mukbang kat utube sambil baca haha but dah nak habis tu tak seram sangat.
Seram dowh Jeritan Puaka nih! Aku tak sangka mula2 sebab kulit buku macam ada iras Tombiruo so sis ingatkan cerita aksi. But content dia boleh buat kau tak sempat pergi tandas nak shishi! Sis bukan jenis nak baca novel hantu ni publicly sebab nanti kang nampak terkejut..orang ejek pula. Jadi seb baik ada versi eBook novel ni di https://www.e-sentral.com/book/info/9... . Takdela sape tahu yang aku tengah menggigil sebab baca cerita hantu nieh ;)
Tahniah Ninie Othman! Satu novel yang mempunyai jalan cerita amat menarik dan begitu seram ya apabila baca buku ni tengah malam. Fuh, gempak la! Rasa seram sejuk je bila baca lagi2 part dalam hutan tu.
Plot cerita yang menarik dan mampu membuat bulu roma pembaca naik.Keseraman novel ini bagi saya agak seram dimana mereka masuk ke alam ghaib dan menjelajah dunia alam ghaib.Dimana kita alam ada seorang watak yang degil yang telah mengambil barang dari alam ghaib yang menyebabkan peristiwa seram berlaku kepada mereka.Bagi saya,cerita ini sangat menarik dan dapat memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengacau makhluk alam ghaib serta mencari kerana buruk akibatnya.Pembaca patut baca novel ini kerana plot cerita yang tersusun dan gambaran tentang peristiwa itu jelas digambarkan oleh penulis.
+ Kisah enam sahabat (Ayman, Fazrul, Iqram, Ikmal, Ganesh & Xiao) yang teruja hendak meneroka dunia ghaib akhirnya bertukar menjadi malapetaka. Abang Kipli menjadi perantara mereka ke alam ghaib. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah ada di antara mereka yang mengingkari larangan. Sejak itu mereka diganggu & nyawa mula menjadi taruhan.
+ Jalan cerita dia menarik 💯 Dari awal hingga akhir jadi tertanya-tanya apa yang akan seterusnya kepada mereka. Tahap keseraman dia tu adalah dalam 3.5/5 (kalau baca waktu siang 🌚)
+ Part mereka pergi balik ke alam ghaib untuk pulang balik "barang" yang terambil agak seram sebab time tu kehadiran mereka seolah-olah disedari oleh penghuni sana. Macam² cabaran yang terjadi bila pergi buat kali kedua. Mujurlah selamat balik tapi adakah "barang" tu selamat dikembalikan ke tempat asal? 🙊
+ Geram ye dengan Ayman ni. Orang kata jangan, dia buat juga. Akhirnya disebabkan dia semua ditimpa masalah. Mujurlah akhir tu dia insaf juga 🤌🏻
+ Watak-watak lain macam Abang Kipli & Haji Hamid memang memainkan peranan yang penting. Kalau takde mereka ni tak tahulah nasib 6 sekawan tu.
+ Abang Kipli ni boleh tahan degil juga ye, padahal dah dilarang masuk ke sana lagi dah selepas peristiwa buri jadi tapi tetap bawa 6 sekawan tu. Akhirnya, pisang berbuah dua kali. Peristiwa 2 tahun yang lalu terjadi lagi & dan kali ni lagi teruk.
+ Paling kesian dekat Salmi. Dia takde kena mengena pun tapi dia yang paling teruk kena. Baru nak baik tiba-tiba kena balik.
+ Pengakhiran dia okaylah tapi semestinya bukanlah happy ending. Cuma, tak jangka lah ending dia macam tu. Ingat semua baik-baik je, tapi tidak. Tapi puas hatilah dengan ending dia. For me, cerita dia tak tergantung sebab semua persoalan terjawab.
+ Sesiapa yang suka baca novel seram & nak try genre yang baru, bolehlah baca novel ni. Tapi jangan baca waktu malam ye 🤭
This entire review has been hidden because of spoilers.