Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya!
Keadaan ekonomi akan lebih mencabar. Wang atau pendapatan yang kita bakal raih mungkin akan naik atau turun. Namun, ia tidak begitu penting berbanding CARA PENGURUSAN KEWANGAN kita. Jika cara kita menguruskannya tidak berubah, hasilnya sama sahaja.
Muhasabahlah cara pengurusan kewangan kita dengan setelus-telusnya. Janjilah pada diri dan keluarga untuk berubah ke arah yang lebih bernilai, berhemah dan bertanggungjawab.
Buku ini akan memberi panduan bagi anda yang mahukan petunjuk mencapai kehidupan kewangan yang lebih teratur dan selesa. Ia satu rujukan mudah untuk menyelesaikan isu kewangan yang anda sedang hadapi.
Anda perlu miliki buku ini jika anda mahu:
■ Bebas daripada masalah kewangan ■ Bebas daripada belenggu hutang ■ Menambah pendapatan keluarga ■ Belajar mengawal perbelanjaan ■ Merancang kewangan keluarga
Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.
Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.
Beliau telah menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.
Ada apa dengan RM? Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Sedia maklum, asas urus duit cuma dua, tambah pendapatan dan kurangkan perbelanjaan.
Kalau kita faham dua hal ini dan pandai mengimbangi keduanya maka insyaallah kewangan kita akan baik-baik sahaja.
"Ada apa dengan RM" dipecahkan kepada 6 bahagian. Awalnya dimulakan Rancang Wang, kemudian Menguruskan Perbelanjaan. Seterusnya Pelaburan Untuk Anak-anak, jadi buku ni sesuai juga untuk bacaan mak-mak dan bapak-bapak diluar sana.
Bahagian 4, dibincangkan tentang Hidup Selesa Tanpa Hutang, diikuti Peluang Tingkatkan Pendapatan dan akhir sekali Persediaan Masa Depan.
Kalau dah biasa baca buku kewangan, mungkin kita boleh agak apa isi perbincangan bagi setiap tajuk. Tapi yang pasti, setiap penulis pasti punya sudut pandang yang sedikit berbeza dengan yang lain, maka terus membaca dan kelebihan kita sebagai pembaca, lebih banyak buku kewangan yang kita baca, lebih banyak jugalah pilihan dan keputusan yang kita boleh buat ke atas kewangan kita.
Buku ni elok dibaca untuk semua orang. Lebih-lebih lagi buat yang kesempitan wang setiap masa. Hutang keliling pinggang. Hutang dengan bank yang kalau dikira-kira mungkin sampai mati pun tak habis bayar. Buku ini memberikan tips dan cara-cara bagaimana menguruskan sekecil-kecil pendapatan wang sampailah sebesar-besar wang. Bukan saja untuk diri sendiri (bujang) bahkan untuk keluarga dan anak-anak buat yang berkahwin. Walaupun sekarang kau mungkin berhutang banyak, tetapi tidak ada istilah terlambat selagi mana masih hidup. Tidak dapat ubah banyak, sikit pun cukup. Yang penting ada. Begitulah. Buku ni bapak aku yang suruh baca. Duit aku tak banyak pun tapi manfaat buku ini banyak.
For a first timer to read her book its kinda refreshing and to think back that I could finish reading it less than a day is quiet an avhievement! Alhamdulillah.
A really clear, concise, practical and very helpful piece. Especially for those who are struggling with their financial management. It helps with how to manage your finance, debts, even how to get extra income. It emphasises at some points repeatedly in the book about pelaburan and takaful. Concepts which are also worth to look into and consider. For those who already are having family of their own, this book is definite aid to your financial planning!
I would recommend this book to newcomers too. point is, start as early as possible about financial planning!