Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pena & Picagari

Rate this book
Dengar nama doktor, orang teringat picagari. Tetapi doktor tak hanya perlukan picagari untuk ubati orang. Dia juga perlukan pen(a).

Tak. Dia bukannya perlukan pena hanya untuk tulis MC. Dia perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati.

Buku Pena dan Picagari adalah himpunan melawan mitos, suka duka seorang doktor, dan pelbagai lagi warna-warni daripada pengasas MedtweetMy.

240 pages, Paperback

First published January 27, 2017

10 people are currently reading
37 people want to read

About the author

Khairul Hafidz

2 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (20%)
4 stars
32 (39%)
3 stars
26 (32%)
2 stars
6 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
August 31, 2020
Lama nak beli Pena & Picagari. Finally. Disebabkan ika layan twitter Med Tweet MY. So dari situlah dapat tahu pasal buku & penulis ni. Buku ni bagus dibaca bagi sesiapa yang terlalu mempercayai mitos mitos perubatan. Dan terselit juga beberapa bab mengenai cerita seorang doktor, media social, housemanship dan mahasiswa.

Penjelasan mengenai setiap mitos popular itu dijelaskan dengan mudah. Disertakan sekali dengan gambar rajah. Dan kesimpulan bagi setiap mitos. Ika suka bagaimana penulis sampaikan mesej. Setiap kajian juga disertakan dengan hasil kajian dari mana. Bukan sebarangan tembak.

Apa mitos paling famous pernah kita dengar atau baca? Mitos Mandi Malam? Mitos Lumpuh: Air Tulang Belakang. Ini antaranya la. Ada banyak lagi. Pengisiannya bagus dan boleh la dibaca oleh semua peringkat umur. Tak kira tua muda. Ilmu. walaupun kita bukan dari dunia perubatan, at least boleh la dapat serba sedikit.
Profile Image for Norliyana.
59 reviews35 followers
May 29, 2017
3.8 ⋆

An informative book about myth on medical & health, modern vs alternative medicine. Ada juga pada akhir buku diselitkan secara pendek pengalaman pengarang sebagai houseman. Saya suka bahagian ini.

Mungkin pengarang boleh memperbaiki gaya penulisan pada masa akan datang kerana terdapat beberapa frasa/nota yang berulang (saya faham penulis bukanlah penulis sepenuh masa, but he can improve on that).

Side note: Jika ada buku kedua Pena & Picagari, saya akan beli :)
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews3 followers
August 9, 2018
Buku yang baik bagi menangkis mitos-mitos yang kerap dimomokkan dalam budaya masyarakat Melayu. Turut disertakan kisah pengalaman penulis dalam merawat pesakit. Kemudian ada beberapa tips dan nasihat bagi Pegawai Perubatan Siswazah.

Cumanya, buku ini agak lama untuk dihabiskan, mungkin kerana isu yang kurang menarik perhatian dan lenggok bahasa yang digunakan belum cukup puitis dan gramatis bagi saya yang dah baca buku karya pegawai perubatan yang lain. Tetapi kesungguhan dan kemurnian penulis dalam memberikan penerangan dan pencerahan kepada orang awam memang tidak dapat disangkal lagi.

Dari segi font dan warna latar belakang (baca: background) bagi beberapa helaian agak menggangu proses bacaan. (Mungkin juga jadi faktor habiskan buku ini dalam masa yang lama). Dan saya tak suka bila ada helaian yang hanya menggunakan beberapa perenggan kemudian ada banyak bahagian kosong di bawahnya sebab kisah seterusnya di helaian lain. (Save the environment, please).
Profile Image for Fuka-chan.
146 reviews
February 4, 2018
Info yang menarik, susunan cerita yang kemas, pembaca tak confused dan kupasan mitos yang penting.

TAPI!!

KENAPA LETAK BACKGROUND WARNA WARNI? Apa ingat ni buku budak sekolah rendah ke? Spoil gila mood aku nak baca. Background warna biru pekat, fond warna hitam. Berpinar aku nak baca wei~ sape la approve buku print gini. Sumpah dah halfway aku jadi malas nak baca dah. Kau letak buku penuh infomasi, penuh terms medic, laymen macam ni nak baca nak tahu, background paper letak warna pink warna kuning warna purple. Aduhaiii apemendeeeee la weeiiiiiiiiiiiii

Terus jatuh 2 bintang je
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
July 2, 2017
Melawan mitos dengan fakta. Lebih kepada pengalaman sebenar penulis. Lebih baik baca buku ini yang memang ditulis oleh seorang doktor daripada membaca artikel dari keyboard warriors. Ringkas tetapi padat. Cuma dah nak pengakhiran buku ini lebih kepada madah kata-kata maka lambat sikit nak habis baca bila dah nak sampai pengakhirannya.
Profile Image for Noor Maizan.
85 reviews9 followers
April 1, 2020
Content bagus. Tapi....Tulisan nipis halus dan pudar. Sakit mata.
Profile Image for Abdul Muhaimin Suhaimi.
20 reviews1 follower
May 11, 2020
A semi-factual 230 pages book with elaboration framework very similar to the built-in Pseudoscience Watch book by Ahli Medik dan Para Saintis Gila, but the language not as harsh-more to soft sarcastic jokes. Pretty much use of medical jargon but not too much for laypeople to digest. I do consider it reliable due to proper citation from journals et cetera as he is a medical officer.

Divided into five parts; medical pseudoscience debunking (39 topics), a doctor's story(49 topics), the enthusiasm in the profession (17 topics), social media as a platform for debunking pseudoscience (9 topics), and bits of advice for undergraduates and houseman officers (6 topics).

I love the way he approaches, persuades, and convincing his patients. He stressed so much the importance of consulting the right individuals to get the right diagnosis and treatments.

On the other side, the writings quite repetitive, (it's informative but quite dry, soulless), no vocabulary variation, font, and background (too colorful make it look unprofessional) sometimes hard to read, however. Still, it's worth-reading literature.
Profile Image for Nur Aqilah.
11 reviews1 follower
August 16, 2023
Buku yang santai dan ringkas tapi informatif.
Mendedahkan isu-isu dan mitos kesihatan yang selalu disalah fahami oleh masyarakat.
Turut menceritakan tentang realiti kehidupan seorang doktor dan pengalamannya sebagai HO.
Oleh itu buku ini sesuai untuk dibaca oleh masyarakat awam yang mahu tahu pendapat doktor mengenai mitos yang berlegar dalam masyarakat.
Buku ini juga sesuai buat para pelajar perubatan yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia perubatan.

Sidenote:
- Membaca buku ini seolah-olah seperti membaca artikel di Facebook. Mungkin ada yang suka atau tak suka dengan stail penulisan begini.
- Sesetengah muka surat sukar dibaca kerana warna background gelap dan hampir sama dengan warna tulisan. Terasa sedikit seksa nak menghabiskan buku ini.
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
May 16, 2017
Berdoa semoga banyak lagi doktor kat luar sana yg mempunyai attitude sama mcm penulis. Kadang, org taknak jumpa doktor sbb trauma (kot?) dgn doktor yg tak mesra. Mungkin beliau penat sampai terlupa nak senyum. Kepada penulis, teruskan menulis demi membanteras kejahilan di kalangan masyarakat dlm bidang kesihatan.
Profile Image for Michelle Kee.
59 reviews
May 24, 2018
A relatively good book to read with many interesting facts and great advices. I would definitely recommend people especially doctors to be to indulge in this book. However, there are some minor spelling errors in the texts. Also, the writers sometimes "complains" too much and hence lowered my interest on finishing this book at a regular pace.
Profile Image for IU_read.
376 reviews
November 17, 2023
This is a nice book except for the "gray pages". I borrowed this book from libby apps and my eyes had suffered to read this ebook. Keep continue due to an interesting content. The content is about "melawan mitos, kepercayaan orang kita mengenai perubatan". Do i recommend this? Yes. I laugh at "cakar hello kitty" part. Fun & light reading.
Profile Image for Nabilah Abdul.
3 reviews
April 6, 2018
Buku yang memberi informasi berguna. Penerangan yang kemas dan contoh-contoh yang cun! Ade juga terselit jenaka-jenaka yang bole buat aku tergelak atau tersenyum. Yang penting contoh tentang mitos! 👍
Profile Image for Sammesul.
18 reviews
August 21, 2019
Banyak penggunaan jargon perubatan yang pening nak faham tapi banyak mesej yang disampaikan tentang realiti masyarakat di Malaysia.
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
February 26, 2017
Penulisan yang dapat menghapuskan banyak mitos tentang kesihatan. Sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat bukan sahaja untuk mendapatkan fakta yang benar tetapi untuk menyedarkan masyarakat untuk banyak membaca tentang kesihatan dan bertanya pada yang pakar.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
April 17, 2017
Pena & Picagari tulisan Dr. Khairul Hafidz ini merupakan sebuah buku yang wajib dimiliki oleh setiap individu. Tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua... semua boleh baca dan memanfaatkannya. Aku tak kan suggest kalau buku ni tak bagus. Kenapa aku suggest kan buku ini kepada semua?

Selain dari cover dia yang memang menjadi simbol kepada penceritaan dan pengalaman seorang pegawai perubatan, buku ini juga memiliki beberapa subtopik yang boleh relate dengan kehidupan kita seharian.

Membongkar mitos, adalah bahagian yang aku paling suka. Suka sebab, mitos-mitos yang aku dengar sebelum ini akhirnya terjawab dengan penjelasan dari ahli yang betul -betul ahli, bukan baca dekat internet terus percaya bulat-bulat. lepas itu semua rasa serba tak kena. Bagi aku, penjelasan yang ditulis oleh Dr. Khairul Hafidz ni umum dan disampaikan dengan bahasa yang santai dan tidak terlalu berat. Ialah, kalau kita bukan belajar bidang perubatan, harus lah kita krik-krik sikit kan bab term-term perubatan. Tapi insya-Allah, selepas membaca bahagian membongkar mitos, kita akan rasa sedikit cerdik dalam bidang doktor-doktor ini (Haha)

Selain membongkar mitos, ada juga bahagian-bahagian lain yang boleh memberikan kau rasa nak ketawa, tercuit hati, geleng kepala, bila baca bahagian cerita seorang doktor, dan bila kau (aku yang tgh down, disebabkan kerja aku sekarang, bila baca bab semangat profesi, terus rasa macam bersemangat balik. Serius tak rugi, kalau korang masih ada rasa teragak-agak untuk beli Pena & Picagari ini. Ada juga diselitkan part media sosial dan mahasiswa & housemanship.
November 8, 2019
Buku ni buat saya sedar beberapa perkara.
1. Nak jadi doktor ni tak senang. Banyak benda nak kena tahu.

2. Kerja doktor bukanlah mudah. Perlu berhadapan dengan nyawa manusia.

3. Walaupun tak jadi doktor. Sekurang-kurangnya kita perlu cakna antara mitos dan fakta.

4. Jangan jadi masyarakat yang taqlid buta. Parah.

5. Kalau ada orang tegur, jangan cepat melatah. Kaji lah terlebih dahulu. Mungkin ada betulnya.

Doktor dan masyarakat main peranan yang penting dalam memastikan masyarakat hidup sejahtera dan tidak dibohongi oleh mitos-mitos yang mengarut.

Saya suka cara penulisan Dr yang mudah untuk difahami okeh orang luar yang tidak mempunyai latar belakang perubatan.

Cumanya saya sedikit terganggu dengan warna muka surat dan tulisan. Kadang-kadang tak nampak apa yang hendak ditulis.😅
Profile Image for Nur Hafizzah.
34 reviews
April 18, 2017
Buku ni lucu, terutamanya part Cakar hello kitty tu hahaha! Saya memang suka baca buku genre medik walaupun saya aliran agama, membumi dan berfakta.
Profile Image for Syafiqah Zable.
64 reviews7 followers
May 1, 2017
Buku ni dikarang oleh penulis iaitu seorang doktor perubatan yang cuba membincangkan isu-isu tentang mitos perubatan yang menular di laman sosial khususnya. Eceh ayat. Antaranya- tentang ubat tradisional yang boleh menyembuhkan 1001 penyakit, ubat hospital yang dikaitkan dengan kegagalan buah pinggang, isu vaksin, tentang cakaran syaitan dalam rahim perempuan sewaktu period, posisi ideal semasa melahirkan bayi dan lain-lain. Turut diselitkan pengalaman penulis sebagai seorang doktor berhadapan dengan pesakit-pesakitnya contohnya bomoh patah nak tengok x-ray (senang dia nak buat open reduction tapi cara batin), tentang sifat empathy yang perlu ada bila berhadapan dengan pesakit dan lain-lain lagi. Tolak 2 bintang sebab 'fefeling' macam buku teks medikal haha dan banyak 'redundant notes' nak penuhkan muka surat.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.