Jump to ratings and reviews
Rate this book

Laksamana Sunan #1

Bagaikan Puteri

Rate this book
' Awan... Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba '

Bagaikan Puteri
" Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran
menujah batu, melekuk tanda waktu beralib, seiring nyawa
menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung,
"

Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta.
Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas
jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal.
Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan
kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan
cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja
cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke
abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan.
Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21.
Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan.
Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Bagaikan Puteri
penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik.
Hanya kerana cinta... manusia sanggup berperang!



Cetakan 1 - 2005
Cetakan 2 , 3 - 2006
Cetakan 4 , 5 - 2007
Cetakan 6 , 7 - 2008
Cetakan 8 , 9 - 2009
Cetakan 10 - 2010
Cetakan 11 , 12 - 2011
Cetakan 13 - 2012
-

578 pages, Paperback

First published November 14, 2005

367 people are currently reading
5621 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,377 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2,110 (67%)
4 stars
675 (21%)
3 stars
205 (6%)
2 stars
61 (1%)
1 star
57 (1%)
Displaying 1 - 30 of 250 reviews
Profile Image for cacinta.
54 reviews8 followers
November 22, 2008
I usually borrow Malay novels from the multitude of friends that read them, and finish with a "Well...it was OK..". But I actually ended up buying 'Bagaikan Puteri'. It has an honoured place on my bookshelf right now.

Firstly, I'm not a big fan of all the different types of romance out there, but I was so love-struck with Laksamana Sunan, I ended up sighing about him with the rest of the girls. I've heard some say that the story was too fantastic, but what's wrong with a little fantasy? It takes a good writer to take something non-existent and make it believable, and RAM managed to do just that. I'm proud that a Malay novel managed to fit in with the rest of the fantasy I've collected over the years, and I'm not embarassed to say I love it. And that's that.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 26, 2016
Plot asal novel ini hanyalah bagaimana Laksamana Sunan ingin membunuh Nyi Burga Kelara. Tetapi plot telah 'dipesongkan' dengan;
1. Bagaimana (kisah) Laksamana Sunan bertarung dengan Hang Tuah.
2. Bagaimana Haryani ingin kembali ke abad 21.

Tuan RAM sangat berprestij untuk menulis naskah sebegini. Rata-rata memang memuji naskahnya. Tuan RAM menyelitkan ketamakkan Sultan Melaka dan 'kebodohan' Hang Tuah – menjadikan jalan cerita begitu segar, walaupun (Laksamana Sunan) hanyalah rekaan, tetapi ada mengenai Hang Tuah dan Sultan Melaka itu memang ada terdapat dalam lipatan sejarah.

Aku tidak merasakan bahawa epik yang berlaku dalam novel ini disebabkan oleh 'huru-hara' diantara abad ke-21 dan abad ke-15 tersebut, tetapi epiknya terletak pada 2 plot yang telah dipesongkan tadi.

(Mungkin RAMians menganggap aku ketinggalan kerana baru ingin membaca siri Laksamana Sunan, tetapi bagiku itu terserah kepada pembaca masing-masing kerana 'buku tak mati')
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
March 24, 2014
Membaca kisah berkaitan ragut, buat Cik Pah trauma. Ya Cik Pah juga mangsa ragut. Apabila melihat parut-parut luka yang hodoh rasa sakit hati dengan peragut yang bertopengkan manusia. Tapi tak sampai la koma macam Haryani watak utama dalam Bagaikan Puteri. Alhamdulillah.

Kisahnya, Haryani dan sahabatnya Rita telah menonton teater Puteri Gunung Ledang. Perbualan mereka masih lagi berkisar mengenai PGL dan Hang Tuah sehinggalah satu tragedi ragut telah membuat Haryani koma dan rohnya telah terlontar ke zaman Pertengahan Kurun ke 15. Disitulah Haryani bertemu Laksamana Sunan(Saifudin) dan Djailuh yang sedang berlayar dari Aceh ke Melaka untuk pulang ke kampung halaman Laksamana Sunan di Punggor. Kerana terbawa-bawa watak Puteri Gunung Ledang yang ditontonnya, hanya nama Gusti Putri Retno Dumilah, Puteri Majapahit sahaja yang terlintas dimindanya. Lalu nama itu diperkenalkan kepada lelaki yang telah menyelamatkannya daripada hanyut di lautan. Dari situlah Haryani mengikuti pelayaran bersama-sama Laksamana Sunan dan menempuh kuasa jahat manusia bertuhankan syaitan. Akhirnya terbit bibit-bibit cinta dihati mereka walaupun tidak pernah terlafaz dibibir.

Di abad 21, Dani buat pertama kalinya melihat Haryani yang terlantar dikatil, telah jatuh hati. Pertemuan bermula apabila Dani, yang mempunyai susur galur Laksamana Sunan dari moyangnya Megat, abang kepada Laksamana Sunan berhajat ingin mendapatkan kembali mushaf tulisan Laksamana Sunan yang berada dirumah Haryani. Yang menjadi misteri, mushaf yang ditulis pada kurun ke 15 itu tertulis nama Haryani dan kata-kata puitis itu seolah-olah ditujukan khas buat Haryani. Sedangkan di abad ke 15, kejadian itu benar-benar terjadi. Laksamana Sunan telah menulis bait-bait puitis itu untuk Haryani yang cantik bagaikan puteri.

Sejak melihat Haryani, Dani berulang-alik melawat Haryani dan menyatakan kesudian melamar Haryani sekiranya Haryani pulih. Suaranya kadang-kadang dapat didengari Haryani di dunia satu lagi, tetapi kerana rasa cinta buat Laksamana Sunan, Haryani tidak ingin pulang ke dunia asal. Walau bagaimanapun, Laksamana Sunan perlu menjalankan amanah daripada gurunya Wali Sufi. Haryani perlu dibunuh untuk memulangkan rohnya kembali ke jasad dan kepangkuan keluarga. Berdebar untuk mengetahui atas alasan apa Laksamana Sunan membunuh Haryani sedangkan dia buat masa itu, turut menyimpan perasaan buat Haryani.

Situasi di Malaysia, hari demi hari berlalu sehinggalah tiada ikhtiar perubatan yang mampu memulihkan kembali Haryani yang koma. Cukup seminggu Doktor terpaksa mengistiharkan kematian Haryani yang selama ini bernafas melalui alat bantuan pernafasan. Saat dikapankan dan ketika jenazah Haryani diliang lahat satu kejadian telah menggemparkan satu Malaysia kerana Haryani yang disahkan mati telah hidup kembali. Dek kerana rasa cinta yang masih kuat buat Laksamana Sunan, Haryani rasa kecewa terputus hubungan dengan dunia Laksamana Sunan apatah lagi dia sedar Laksamana Sunan telah mengembalikannya ke dunia sebenar setelah membunuh dia dengan tangan Laksamana Sunan sendiri.

Patut lah pembaca berkenan sungguh dengan Laksamana Sunan. Budi pekerti dan ilmu agamanya tinggi. Hikmah dia merantau kerana kecewa difitnah dan ketidakadilan bapanya selaku Ketua Kampung menghukum atas kesalahan yang tidak dilakukan. Akhirnya, ditakdirkan Saifuddin diangkat menjadi hero idaman Malaya melawan kejahatan manusia yang bertuhankan syaitan. Membaca kisah ini seakan-akan terasa laksamana ini betul-betul wujud.

Next!
Profile Image for Amal Lee.
276 reviews34 followers
January 11, 2023
'sebagai manusia.. aku sayang padamu' - Laksamana Sunan.

okayyyyy okayyyy okayyy.. senanya tak sabar nak sambung buku kedua.

psppspsp - i can't stand Haryani hshshhshs
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews61 followers
July 25, 2022
Kita faham dah kenapa orang cakap buku ni macam Scarlet Heart Ryeo, persoalan kita adakah buku ni ending dia sedih macam Scarlet Heart jugak (?) idk we’ll see

Plotwise - entah kenapa kita rasa plot dia agak slow dari satu conflict ke conflict yang lain agak lambat. However, idea plot buku ni best! I get it kenapa buku ni top di zaman dia diterbitkan, takbanyak lagi idea time travel ni and author dapat tulis dengan baik sekalii 😮‍💨🤝🏻

Characters - oof, awal awal lagi kita dah judge TT

🪄 Sunan — okie la lelaki yang green flag, perwatakan dia tu buat kita faham kenapa dia sebegitu, character development dia pun naisu! Bijak susun strategi tu yang paling kita suka 🤌🏻✨

🪄 Haryani — oh I have so many comments! Tapi pendek kata bagi kita dia ni gedik 😭 awal awal lagi karakter nya kaki club, tapi bila tercampak ke zaman Sunan, terus minat kat lelaki alim. Dah tercampak tu, suka main peluk peluk pulak ngan Sunan knowing Sunan tu alim huhu. And kalau kita crush kat someone ofc la akan tunjuk kita ni terbaik kan? Tapi ni time Sunan solat ni Haryani boleh cam “oh dah Isyak ke?” tapi tak ikut solat pun padahal dia ada je situ since Maghrib. Period ke entah tak mention pun aaa takleh nak brain si Haryani ni. Idk lah but I dont like this kind of trope huhu.

🪄 Dani — paling kita takfaham. How can someone melawat orang koma tetiba boleh jatuh cinta? Ok lah jatuh cinta still acceptable but ni baru lepas melawat dah bagitahu ayah dia “saya nak kahwin dengan dia” wowowo tak rilek 😭 ✋🏻 takpaham pasepa dia kalut sangat & jobscope dia dalam cerita ni cuma cari buku & bisik bisik kat Haryani tu. Constant gitu la dari awal sampai habis.

Overall, kita lagi invested dengan cerita sampingan atau minor characters dalam buku ni macam Orang Kaya, orang minyak, and kampung tu sendiri. Kisah cinta Sunan & Haryani tu kita tak tertarik nak tahu huhu.

Personally kita tahu karya RAM supposedly should be best and I agree, ada je buku RAM yang best kita dah baca. Buku ni, the plot memang best taktipu tapi the characters? Aaaa harap Sunan ngan orang lain yang lagi better 🫠
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 12, 2016
Sebagai manusia..aku sayang padamu - pg 565


Dalam buku pertama ni diulang 2 kali..ewah! Ewah!
Kenyataan:- aku memang sokong Ratna tanpa berpaling hahaha :P

Full review: 02/07/2014

Misi untuk ulang baca sebab kemunculan prequelnya. Kebetulan, di GR aku masih belum update bukunya selain Sunan Musafir. Jadi apa salahnya aku mencapai naskhah ini semula ;))

Hasilnya -- perasaan yang sama, untuk kesekian kalinya. RAM dan Laksamana Sunan memang ‘serasi’ bersama. Tolak si ‘puteri’ Haryani, aku memang suka sangat dengan naskhah pengenalan si laksamana ini hikhikhik.

Saifudin yang biasa-biasa. Membawa diri dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, dia merantau nun jauh ke Aceh. Siapa tahu takdir membentuk dia yang biasa-biasa menjadi si Laksamana Sunan; pahlawan terbilang di bawah asuhan Wali Sufi.

Haryani. Si koma yang terlontar ke kurun ke-15, menumpang nama Gusti Putri Retno Dumilah, bertemu si Sunan yang menyelamatkannya. Dan, di situlah, cintanya jatuh pada lelaki yang tinggi budi pekertinya.

Dani. Hai! Boleh tahan juga kata-kata pujukannya. Maklumlah, keponakan Sunan juga melalui abangnya; Megat. Sedikit petikan rayuan Dani dalam usahanya memujuk Haryani:-

‘Haryani... bernafaslah atas nama Tuhanmu yang Maha Agung. Pulanglah... kami menanti kepulanganmu ke pangkuan kami semua. Bernafaslah atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.’ – pg 255

‘Aku cintakan kamu, Haryani. Bangunlah... walau kau tak mengenali aku.’- pg 256


Jadi, ini kisah cinta uda dan dara lah? Oh, tidak! Cinta Sunan hanya untuk Ratna hahaha [Tetiba! Campur tangan si tukang komen]. Tapi, memang naskhahnya terselit hal cinta ini, apatah lagi Haryani digambarkan secantik tuan puteri. Malah, Djailuh; sahabat rapat Sunan sendiri sudah terpaut pada Haryani.

Cuma, dimensi masa tidak memungkinkannya. Di abad 21, Haryani yang koma dirintih pilu, diharap nyawanya kembali seperti sedia kala. Dan, di sisi Sunan, Haryani dirasuk iblis durjana. Apa pengakhiran Haryani? Kembali ke zaman asal atau setia di sisi Sunan yang dicinta dalam diam? Jeng jeng jeng...

Edisi pengenalan yang menimbulkan rasa ingin tahu dan mahu lagi. Ditambah pula dengan kemunculan sang Ratu Sulaman di penghujungnya. Ada sesuatu yang tak beres, kan? Oh, ya! Edisi pengenalan inilah yang membuatkan ramai yang jatuh hati dengan karakter Sunan *wink*

Dan ya, kalau dah berniat nak membaca siri Sunan, jangan lupa bersedia untuk sama-sama bermain lompat-lompat-lari-sembunyi-relung-masa. Itu ‘magis’ kebiasaannya, dan, aku kira itu kelebihan RAM.
Profile Image for hydrangea 🪽.
21 reviews4 followers
September 8, 2024
shoutout to the author for pulling me out of my slump! honestly, this book brought a whole rollercoaster of emotions. tells the story of Laksamana Sunan or his original name, Saifudin. seorang hamba Allah yang taat and has immense love for our Prophet, Muhammad SAW. his story really touched me weh! so this book took me straight back to the 15th century. the author made me feel like I was actually there. Laksamana Sunan was such a beast in battle but he’s also just a regular jiwang guy with a heart, falling in love with a woman named Haryani.

haryani, by the way, is actually from the 21st century and somehow gets thrown back into the 15th century. You gotta read to find out why she’s in a whole different dimension! 🤌🏼😀

what I really love about this book is that it’s not 100% pages focused on human love yang melalaikan. dia terus menusuk tentang kasih sayang kita terhadap Allah SWT, our Creator. I legit cried during some chapters. you guys have to read it and let me know which part your tears fell! maybe we cried at the same parts! and don’t let the thick book scare you off guys! once you start reading, before you know it, you’re done!

some parts were a bit slow for me, but it didn’t ruin the experience or make me wanna quit reading. the language is a bit formal, but it’s not boring at all! And if you think there are too many characters and it’ll get confusing, trust me, it won’t. this book gives major scarlet heart ryeo vibes with a dash of demon slayer energy, but in an islamic version! can’t wait to read series 2!
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 12, 2016
4.5* Untuk buku sunan pertama ini!
Nantilah review... :)

27hb March 2014

Bagaikan Puteri... Hmm, rasanya saya orang yang lambat membaca naskah ini dikalangan sahabat-sahabat rapat yang memang gila buku. Maklumlah di kawasan tempat tinggal saya memang kurang didedahkan dengan buku-buku thriller dan sewaktu dengannya melainkan buku-buku cinta yang berlambak. Untuk mencari koleksi RAM yang lama, memang agak sukar kecuali pergi ke Kota Kinabalu. Kat sana pun, memang sangat terhad berbanding di tanah semenanjung Malaysia ini! Kira di sini, satu perubahan drastik minda apabila melihat buku-buku yang kita kehendaki senang dan mudah diperolehi! Kenapa tak guna pesan online? Maaf, tidak berbaloi untuk penduduk Sabah. Oppss Maaf merapu kejap hakakaka...

Ya, saya jatuh cinta dengan naskah ini!

Kisah apabila Haryani masuk ke zaman kurun ke -15 selepas koma memang sangat menarik. Dari situ cerita semakin unik dan pelbagai situasi yang dipamerkan yang sangat mengujakan diri ketika membacanya. Walaupun ketika menghabiskan naskah ini diri dilanda virus 'malas', tapi buku ini sering melambai-lambai minta untuk dihabiskan...

Watak Sunan memang dilambangkan sebagai seorang yang pencegah kejahatan yang bertunjangkan syaitan dan iblis. Sunan juga memang akan mencairkan hati pembaca-pembaca wanita dengan peribadi yang tuan penulis tonjolkan. Patutlah seorang sahabat saya gila dengan Sunan! Hahaha...

Ya, terasa cerita ini betul-betul wujud walaupun tuan penulis pun memperkatakan ini memang rekaan minda sahaja. Buku ini ada kekuatannya sendiri. Terbaik!

Peace!

Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
September 23, 2013
Ini merupakan kali kedua saya membaca novel epik kepahlawanan Melayu Islam ini. Saya perlu mengakui bahawa saya masih menyukainya seperti mana ketika pertama kali saya membacanya beberapa tahun yang lalu.
Sedikit kisah sejarah antara saya dan novel yang bertajuk Bagaikan Puteri (BP) hasil karya penulisnya, Ramlee Awang Murshid (RAM). Saya mula berminat untuk membeli dan membaca BP pada tahun 2010 (jika saya tidak silap). Tidak dinafikan,sebelumnya,terdapat seorang kawan saya yang memperkenalkan novel ini dan mengesyorkannya kepada saya untuk membacanya. Walau bagaimanapun,pada ketika itu,saya tidak begitu berminat membaca novel-novel Melayu. Tambahan pula,apabila melihat tajuknya,saya membuat kesimpulan mudah bahawa novel ini tidak lebih daripada sebuah novel cinta picisan yang membanjiri pasaran buku negara kita. Haha...!
Namun demikian,semua ini berubah apabila saya Like Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC), Ramlee Awang Murshid Books Club dan Ramlee Awang Murshid Followers di laman sosial Facebook. Melalui komen-komen dan ulasan-ulasan yang terdapat di dalam ketiga-tiga kumpulan tersebut,telah mencetuskan minat saya untuk membeli dan membaca BP. Natijahnya,saya menjadi peminat novel BP ini. Malah,bukan BP sahaja yang kini saya miliki. Sebaliknya,keenam-enam buku atau novel yang melengkapkan Saga Laksamana Sunan (SLS) telah saya miliki dan menghiasi rak buku saya!
Setiap orang mungkin mempunyai pendapat masing-masing. Namun,saya beranggapan bahawa BP (dan juga novel-novel sambungannya) merupakan karya yang paling istimewa dan terbaik pernah dihasilkan oleh RAM. Saya tidak menafikan kehebatan karya-karya beliau yang lain. Namun,jika diperhatikan,sebarang novel SLS yang akan dipasarkan,akan mencetuskan suatu fenomena 'histeria' atau 'kegilaan' untuk memilikinya dengan secepat yang mungkin oleh para peminat SLS. Lebih-lebih lagi pada edisi novel yang unik seperti edisi kulit tebal novel terakhir pelengkap SLS,Sunan Musafir.
Apakah yang menyebabkan BP,khususnya dan SLS,amnya,menjadi begitu diminati oleh para peminatnya? Tidak melampau juga jika saya katakan SLS umpama sudah menjadi satu cult di kalangan pencintanya. Sekali lagi,sebabnya mungkin berbeza pada setiap orang. Namun,kekuatan utama novel BP ini adalah watak utamanya,iaitu Laksamana Sunan atau Saifudin. RAM telah berjaya membentuk watak ini dengan baik sekali. Watak yang dimodelkan begitu indah sekali dan memaparkan jati diri sejati seorang Melayu Islam yang beriman kepada Allah S.W.T. dan agama yang diredhai-Nya,Islam. Laksamana Sunan (LS) bukan sahaja hebat di dalam pertempuran,tetapi,juga mempunyai ilmu agama Islam mantap dan mempunyai akhlak yang selayaknya sebagai seorang Muslim sejati,yang mengikuti jejak langkah akhlak terpuji junjungan besar umat Islam,Nabi Muhammad S.A.W. Lantas,tidak menghairankan jika watak ini menjadi igauan dan idaman para peminat SLS dari golongan Hawa! Pada golongan Adam,watak LS ini juga tidak ketinggalan memberikan impaknya yang tersendiri. Ciri-ciri yang ada pada LS amat mengagumkan dan boleh dijadikan sebagai role-model atau teladan yang baik untuk diikuti.
Satu lagi kekuatan novel ini adalah suasana 'Melayu'nya yang kuat. Saya akui,pembacaan saya di dalam novel-novel berbahasa Melayu masih lagi tidak begitu meluas. Namun,jika saya tidak silap,BP merupakan novel fiksyen bersifat popular dan moden pertama yang menampilkan latar belakang dunia Melayu di rantau Nusantara yang pernah saya baca. Malahan,jalan ceritanya juga sememangnya berkait rapat dengan sejarah ketamadunan Melayu yang terdapat di dalam lipatan sejarah. Tambah menarik,watak-watak sejarah popular seperti Hang Tuah juga dimasukkan di dalam penceritaan novel ini.
Selaku seorang berbangsa Melayu,saya berasa 'dekat' apabila membaca BP. Mungkin sekali kerana latar belakang kisah di dalam novel ini yang banyak mengangkat darjat orang Melayu,dengan Islam selaku tunjang utama kepada bangsa tersebut. Sesungguhnya tanpa Islam,Melayu hanya akan menjadi bangsa yang tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Dengan wujudnya watak LS,seolah-olah memberikan nafas baharu atau harapan bahawa bangsa Melayu Islam boleh berjaya di dalam apa juga bidang atau lapangan yang boleh diceburi oleh orang Melayu Islam selagi berpegang kepada tali Allah S.W.T. Insya-Allah. Novel ini juga berjaya memecahkan tanggapan stereotaip dan tipikal saya mengenai novel Melayu. BP berjaya membuktikan bahawa industri perbukuan berbahasa Melayu di negara kita mmapu mempelbagaikan genre atau tema yang boleh dipersembahkan kepada pembaca dan tidak hanya terhad kepada genre cinta semata-mata.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2012
Tajuk buku : Bagaikan Puteri
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 574 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Bagaikan Puteri , kisah fiksyen yang ada dua zaman. Satu kisah di penghujung kurun ke-15 dan satu lagi kisah di abad-21. Kisah yang tak terjangkau akal.

Kisah di penghujung kurun ke-15, dikisahkan seorang laksamana hebat yang digelar Laksama Sunan yang nama sebenarnya adalah Saifudin. Di sebalik kehebatannya sebagai laksama, ada kisah lama yang tersembunyi. Kisah lalu yang menyebabkan dia membawa diri jauh dari kampung Punggor, Tanah Melayu ke Acheh. Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya, kerana kisah lalu yang menemukan dia dengan Wali Sufi dan menjadikan dia laksamana Sunan yang terkenal.

Rindu dengan kampung halaman dan setelah mendapat kebenaran dari Wali Sufi, Saifudin membawa langkah kembali ke Kampung Punggor. Di dalam perjalanan, dia dipertemukan dengan Haryani.

Haryani, gadis abad 21 yang tesesat di penghujung kurun ke-15 setelah koma ekoran kes ragut. Muncul di penghujung kurun ke-15 membuatkan dia buntu, lupa asal-usulnya. Pemakaian dan gaya percakapan yang berbeza membuatkan yang lain menyangka dia puteri dari Majapahit.

Pertemuan dan perkenalan antara Saifudin dengan Haryani membibitkan rasa cinta antara mereka. Namun tiada luahan tetapi mereka seakan faham rasa yang ada dalam diri masing-masing.

Haryani lupa kehidupannya di abad 21 dan makin selesa dengan kehidupannya di kurun 15. Sedangkan keluarga Haryani di abad 21 berduka melihat Haryani koma dan terlantar di hospital. Doktor jujur pada keluarga Haryani dan memberi tempoh seminggu untuk mengawasi keadaan Haryani. Hari makin hari, keadaan Haryani makin merosot.

Dani, keturunan Saifudin di abad 21 telah jatuh hati pandang pertama pada Haryani. Sedangkan pertemuan pertama mereka di saat Haryani koma dan terlantar tidak sedarkan diri. Tiap-tiap hari dia melawat Haryani di hospital, untuk melepaskan rindu di hati. Dan tiap-tiap hari dia membisikkan kata-kata mengharapkan Haryani kembali.

Antara 2 zaman, Haryani perlu membuat pilihan. Tiada 2 kehidupan, apabila memilih salah satu kehidupan, kehidupan lagi satu mestilah mati.


Komen Ain Sabrina :

Membaca novel ini seakan saya membaca buku sejarah lama namun versi fiksyen. Ia seakan membaca cerita hikayat dan membuatkan saya terasa berada benar-benar di zaman kegemilangan Melaka dahulu. Lebih-lebih lagi ada watak Hang Tuah dan watak Sultan Mahmud. Ternyata watak Hang Tuah yang terlalu setia dengan Sultan agak menjengkelkan sehingga ke akhir novel ini. Watak Laksamana Sunan sangat mengkagumkan, dengan sifat kepahlawanan juga sifatnya yang berjuang kerana Allah.

Cerita abad 21 yang diselang-selikan dengan cerita kurun ke-15 membuatkan saya ternanti-nanti pengakhir cerita ini. saya juga seakan keliru. Di suatu pihak, saya berharap Haryani terus kekal di sisi Laksamana Sunan di kurun ke-15 dan kadang-kadang saya berharap dia kembali sedar dari komanya untuk terus hidup di abad-21. Penulis berjaya mebuatkan saya terkeliru dengan pilihan yang ada dan ternanti-nanti sambungannya.

Buku ini adalah rangkaian 3 novel dimana Bagaikan Puteri adalah permulaan kisahnya. Kisah akhirnya tergantung dan memerlukan saya membeli sambungannya. Dan sehingga kini saya dalam keadaan tertanya apakah sambungannya. Tak sabar nak cari buku sambungannya .
Profile Image for Syahira .
665 reviews71 followers
May 29, 2011
It was during 2007 that I picked up this book in Berjaya Megamall Kuantan's Popular bookstore before a ride back to my matric college. While in Rahmat Alam's old and very crowded bus, I began to read.

For the first time in my life, I was suitably impressed that finally Alaf 21 able to publish this enchanting tale of 16th century historical time-travelling fantasy romance. I was captivated and finished the book in record time since I can't put it down!

Every chapter was flowing flawlessly. Every word are carefully edited and rephrased in classical language that are easy to comprehend. The characters were tasteful and well-written. The main focus was Admiral Sunan, well-verse in martial arts and knowledgable in sufism. By fate he found Haryani drifting in the sea and little did he know that she is not what she claim to be.

I was captivated that by chance, I went to KL and found the second book. I was very glad and very very pleased that I have a new favourite Malay author in my list.
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
January 1, 2023
Haryani koma akibat diragut oleh peragut di depan bank. Ajaibnya, Haryani tercampak masuk ke zaman hang tuah. Di situ Haryani mengenali Saifudin atau dikenali sebagai Laksmana Sunan. Di dunia moden, Haryani hanya diberikan tempoh selama 7 hari untuk sedar.

Jika tidak, Haryani akan disahkan mati oleh Doc.

-------------------

Buku ni dimulakan dengan perlawanan antara Sunan dan Beragas.

Genre fantasy bukan genre kegemaran aku. Tapi, apa yang menarik dalam buku ni perlawanan Sunan dengan kuasa jahat, potianak, balan, hang tuah..

Tidak meleret-leret gaya penceritaannya. Ini menyebabkan aku rasa tak bosan. Mungkin juga perlawanan Sunan dengan mereka ini tidak dijadikan fokus utama dalam buku.

Flashback, zaman kurun ke 15 dan zaman moden bergilir-gilir diceritakan dalam buku. Semuanya ada perkaitan.

Tetapi tidak mengelirukan aku sebagai pembaca. Jalan ceritanya jelas dan terang menyebabkan aku faham setiap plot yang disampaikan.

Setiap watak akan diperkenalkan oleh penulis. Jadi pembaca tak akan tercengang-cengang untuk cuba ingat kembali ini dan itu siapa.

Dari segi bahasa, susunannya cantik sekali. Sedap dibaca dan tak bosan langsung! Malahan ada beberapa terjemahan Al-quran diselitkan. Penulis sangat menerapkan pegangan agama Islam dalam penulisan.

Watak Sunan @ Saifudin watak yang lembut tetapi tegas, terutama ketegasannya dalam pegangan agama. Dalam apa tindakannya, hanya redha Allah yang dicari. Bertentangan dengan Hang Tuah yang menjadikan Sultan sebagai paksi. Sanggup membunuh kawan sendiri demi tidak menderhakai Sultan. Perbezaan dua watak ini sangat menarik bagi aku.

Untuk watak Haryani pula bagi aku tiada fungsi melainkan kedatangannya menyebabkan Saifudin terjatuh cinta. Bagi aku, itu sahaja. Kenapa? Sebab Haryani tidak menolong Saifudin apa² dan tak juga mereka banyak bicara bersama.

Tiba-tiba je jatuh cinta. Sama juga dengan Dani. Jatuh cinta pandang pertama dengan Haryani ketika Haryani koma. Tapi perasaan jatuh cinta tu terlalu utuh macam tak masuk akal.

Keseluruhannya, aku bagi 5⭐ sebab buku ni memang sangat menarik kalau korang tak fokus pada romance. Kena check out buku dulu sebelum proceed buku ke 2 😆
Profile Image for Hajar.
284 reviews
June 11, 2014
11-06-2014

Kalau disebut nama Laksamana Sunan, memang pengetahuan Haryani sifar berbanding jika disebut nama Laksamana Hang Tuah lima bersaudara. Sungguh pun kata mereka Laksamana Sunan itu terkenal di Aceh, Haryani tak peduli. Jadi, tak hairanlah jika mushaf yang diberikan oleh salah seorang teman ayahnya hanya dipandang sepi walaupun bait-bait ayat di dalam mushaf yang ditulis oleh Laksamana Sunan itu seolah-olah ditujukan untuk Haryani.

Namun, sesuatu yang ajaib telah berlaku bila Haryani disahkan koma selepas satu kejadian ragut. Roh Haryani telah mengembara ke penghujung kurun ke-15 dan ditakdirkan pula bertemu dengan Laksamana Sunan (Saifudin) bersama Djailuh yang dalam perjalanan dari Aceh menuju ke Melaka untuk pulang ke kampung halaman Laksamana Sunan di Punggor. (Saya siap google okay, lokasi Kampung Punggor ni. Haha) Dek kerana terbawa-bawa dengan kisah Puteri Gunung Ledang yang pernah ditontonnya, Haryani memperkenalkan dirinya sebagai Gusti Putri Retno Dumilah, puteri Majapahit. Bermula saat itu, Haryani mengikuti pelayaran dan pengembaraan Laksamana Sunan termasuk menentang kuasa si makhluk jahat yang bertuhankan syaitan. Hubungan rapat mereka juga turut menumbuhkan rasa indah dalam jiwa masing-masing walaupun tidak diucapkan.

Sementara di abad ke 21 pula, Dani yang merupakan keturunan daripada susur galur Laksamana Sunan, sedang mengumpul tinggalan sejarah keluarganya. Dani cuba untuk mendapatkan kembali mushaf yang telah diberikan kepada Haryani tetapi dipertemukan dengan musibah yang menimpa Haryani dan keluarganya. Pertama kali bertemu Haryani Dani sudah jatuh hati dan kemudian menyatakan kesudiannya untuk melamar Haryani sekiranya Haryani sembuh. Setelah beberapa hari keadaan Haryani masih tidak berubah dan doktor cuma memberi tempoh seminggu untuk melihat perkembangan Haryani sebelum mengisytiharkan kematian Haryani yang hanya bergantung hidup dengan mesin pernafasan.

Sungguh pun keadaan semakin kritikal bagi jasad Haryani, di dunia sebelah sini kadangkala Haryani terdengar bisikan dan kata-kata semangat yang diucapkan oleh Dani kepadanya.
Dek kerana larut dengan rasa cintanya terhadap Laksamana Sunan, Haryani seperti tak ingin kembali ke tempat asalnya. Bagi Laksamana Sunan pula, ada amanah berat yang harus dipikulnya untuk mengembalikan Haryani ke dunia asalnya. Jadi, macam mana agaknya ikhtiar Laksamana Sunan untuk menghantar Haryani pulang?

Komen saya

1. Kata orang; tak kenal maka tak cinta. Kata saya; bila dah cinta sampai tak boleh lupa. Macam mana tu? Hahaha. Bila dah mula mengenali peribadi Saifudin atau Laksamana Sunan ni barulah saya tahu, kenapa ramai yang jatuh hati dengan Laksamana Sunan. Ketinggian ilmu dan keindahan akhlaknya hampir menandingi keperibadian Rasulullah S.A.W. :) (Laksamana Sunan tak perlukan ayat-ayat manis tahap 'potong kaki' untuk buat pembaca cair meleleh. :P)

2. Watak Laksamana Sunan ni mengajar kita bahawa kalau kita yakin dan bertaqwa dengan kekuasaan Allah, tiada satu pun kuasa jahat yang mampu mengatasi kuasa Allah. Yang penting, sebagai seorang muslim, kita kena ingat dan yakin dengan pegangan kita yang satu itu.

3. Kisah yang dilakarkan oleh penulis ni memang padat. Jangan mimpi nak membaca secara 'lompat kijang' semata-mata nak tahu kesudahan cerita. Memang blur jadinya nanti.

4. Ok dah, nanti saya sambung komen dalam siri kedua pula ya? :D

P/s: Terima kasih Cik Pah. :D
Profile Image for Ulya A.K.
69 reviews26 followers
June 28, 2009
Lenggok bahasa yang bersahaja, tapi menyentuh aspek2 islamic yang mendalam dan menonjolkan sifat2 kepahlawanan Melayu yang unggul.. kehalusan budi perkerti dan tatatertib Melayu juga terserlah..

However, i'm not too keen on the fact that Laksamana Sunan, a sufi, could fall for Haryani, a modern girl, who loves the night life. I mean, i'm all for the you-can't-help-who-you-fall-for line, but as a sufi, i would have thought that he would pick a girl based on Islamic conditions - religion over beauty.

Also, i think the book could have elaborated on Dani's part. How did he figured out how to contact Haryani? How did he convinced her parents on the fact that he could contact her? Did she recognised him?

All in all, it was a really good try into this genre. Cant wait to try RAM's other work.
Profile Image for Mali.
210 reviews
July 17, 2019
Fokus utama cerita buku ni adalah tentang Laksamana Sunan, tetapi Sunan berada pada kurun ke-15. Jadi untuk kita explore cerita tersebut, kisah ini bermula dengan seorang perempuan yang bernama Haryani yang mengalami koma. Semasa koma, Haryani 'time-travelled' to kurun ke-15.

Buku ini cerita tentang misi Laksamana Sunan untuk menghapuskan pemuja2 Iblis.

Jujurnya, aku nak bagi buku ni 5 bintang. Tapi... aku tak suka hampir semua watak perempuan yang wujud dalam buku ni. Kalau kita ikut urban term, hampir semua female characters dia adalah THOTS. Haryani lah paling annoying.

Typo count: 7
On page(s): 139, 277, 441, 447, 489, 498
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
June 15, 2025
Agak perlahan. Lelah nak habiskan.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 29, 2014
(4.5 bintang)

“Tidak sehelai daun pun yang gugur ke bumi tanpa pengetahuan Allah.”

Ini kisah epik yang dilatari dua zaman dengan berciri kemistikan serta kependekaran tapi tetap bertunjangkan agama. Dan, ini buku pertama RAM yang hamba benar-benar suka. Gerabak bahasanya lebih bagus dari beberapa buah buku RAM yang hamba baca sebelum ini.

***
Dia bukan bad boy. Dia juga bukan jutawan pewaris syarikat besar. Dia adalah seorang Saifudin di penghujung kurun ke-15. Dia juga seorang Laksamana Sunan yang cukup terbilang handalnya. Seorang laksamana dan hamba Allah yang begitu berpekerti. Oh, ini bukan kepura-puraan. Laksamana Sunan dengan kecantikan peribadinya walau kenampakan ‘out of this world’ namun langsung tidak terasa direka-rekakan. Sungguh hamba merasa inilah contoh terbaik watak protagonis yang tidak dipaksa-paksa untuk jadi atau kelihatan baik.

Sempurna tanpa disempurnakan. Itulah Laksamana Sunan yang seakan satu sosok yang bergerak sendirinya dalam buku ini tanpa diarah atau dipandu sang penulis. Luar biasa! Dan sekarang hamba memahami kenapa laksamana Melayu ini menjadi kesayangan ramai orang (pembaca). :)

***
“Kasihan Saifudin. Hatinya luka lagi.”

Bukan berpisah mati, kasih Laksamana Sunan dan Haryani dihalangi zaman, dibataskan waktu. Kisah putus kasih ini membuat hamba merasa sudah cukup dengan cuma Bagaikan Puteri saja. Hamba sudah selesa dengan pengakhirannya. Hamba hanya ingin mengingat keteguhan cinta Haryani. Hamba hanya mahu mengenang Laksamana Sunan bersama kasih tak kesampaiannya dengan begini saja. Ya, dengan begini saja.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”

Ya, itu sebelum ayat di atas muncul. Jangankan Ratu Sulaman, hamba sendiri berdebar dada, berdetak jantung, bergetar hati dengan kata-kata sang laksamana (bak kata Safiah Aku Keliru!; Cis, tak guna punya perasaan wanita! – haha). Lalu, hamba memutuskan untuk menyambung baca siri kedua kisah laksamana kesayangan ramai ini. Sudah dibeli, menunggu ketibaan. :)




p.s Abaikan siapa dia dan kejahatan orangnya tetapi hamba menyukai nama Purba Hitam itu.
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
April 15, 2009
Ahh.. Saya kini cukup terpana dengan Laksmana Sunan. Hati mana yang tidak terpaut kepada insan yang teguh beragama dan handal pula berpencak melawan musuh?

Namun pada saya yang lebih istimewa adalah latarbelakangnya yang mengambil zaman kegemilangan Melayu. Saya cukup gemar karya-karya sebegini kerana ia mengingatkan diri kepada keagungan dan kekuatan bangsa. Karya-karya FT seperti 1515 turut memberikan impak yang serupa. Ia mengingatkan kepada keindahan budaya, kehalusan santun, adab sopan serta budi bahasa orang-orang Melayu yang makin terkikis pada zaman ini. Peringatan-peringatan sebegini pada saya mampu memantapkan jati diri seorang Melayu.

Kedua yang saya rasakan menarik ialah mesej-mesej Islami yang diselitkan. Di sebalik adegan-adegan pertarungan Laksmana Sunan misalnya, penulis menyentuh tentang riak dan takabur yang boleh memusnahkan diri manusia. Betapa hakikatnya segala kekuatan dan daya upaya hanyalah dengan izin Allah S.W.T. semata. Dan betapa Iblis dan Syaitan itu musuh manusia yang telah bersumpah untuk menyesatkan hingga akhir masa nanti.

Walau bagaimanapun saya tidak berapa gemar dengan watak Haryani. Pada saya adalah tidak logik untuk seorang laksmana berfirasat sufi untuk tertarik kepada seorang spoilt-brat yang mengada-ngada. Ya, soal hati dan perasaan memang tidak perlukan logik akal namun biasa dan mengada-ngadanya Haryani membuatkan karya ini seakan ada suntikan elemen Hindustan.

Mungkin saja penulis mahu kita menerima bahawa insan mengada-ngada seperti Haryani boleh saja terhubung dengan seorang sufi seperti Sunan, jika Allah berkehendak. Kewujudan Melayu mengada seperti Haryani, sebanyak mana pun kita mungkin meluat dengannya, tetap ada dalam masyarakat kita zaman sekarang.

Apa-apa pun tahniah kepada RAM kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang mengingatkan pembacanya terhadap jati diri sebagai Melayu Islam. Usaha 'mengaitkan dan mentautkan kembali' Melayu mengada seperti Haryani, jika betul ada, adalah sesuatu yang saya kira amat bagus sekali.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews41 followers
August 25, 2017
Nak cakap tentang sinopsis, orang lain dah tulis. Jadi saya pilih untuk bercakap tentang satu aspek iaitu Haryani koma. Komen ini disusuli dengan ilmu di universiti, pengalaman dan bacaan dari beberapa buku seperti Islam dan Neurosains dan Al-Qur'an dan Sains: Pemetaan Rintis Penyelidikan.

Muka surat 294 dan 295 katanya otak orang koma biasanya mampu bertahan seminggu. Muka surat 68, Dr. Wong cakap jika tiada perkembangan selepas 7 hari, Haryani akan disahkan mati. Jadi kita faham bahawa keadaan otak menentukan pesakit hidup atau mati. Lain dengan Islam. Organ terpenting dalam Islam ialah jantung atau dalam al-Qur'an dipanggil qalb. Orang kita kadang-kadang tersalah panggil jantung sebagai hati. Saya akan guna perkataan qalb untuk mengelakkan kekeliruan disamping ayuhlah kita hidupkan kembali bahasa Al-Qur'an.

Dalam buku Qur'anic Concept of Human Psyche, qalb ialah organ paling berpengaruh dalam badan manusia. Seperti hadis yang berbunyi lebih kurang "Jagalah seketul daging jika rosak daging ini maka rosaklah seluruh tubuh badannya. Daging itu ialah qalb ". Dalam al-Qur'an banyak mengatakan fungsi "qalb dan berfikir". Tak jumpa pun tentang "otak dan berfikir". Kita juga ada istilah "Purification of Heart" tapi tak ada "Purification of Brain". (Panjang lagi sebenarnya saya nak hurai tentang hati-berfikir-ruh ni tapi tak jadi review la pulak. Jadi ceramah.) Peranan otak untuk mengesahkan kematian Haryani oleh Dr. Wong macam tak kena.

Arwah ayah saya, beliau koma lebih seminggu, dalam 12 hari sebelum meninggal dunia. Ia disahkan bukan oleh otak tetapi oleh keadaan jantung. Ada kes, walaupun otak berhenti berfungsi, jantung masih hidup. Kesian pesakit, sebab otak dia tak berfungsi, dia disahkan mati padahal jantung dia masih hidup cuma on-off. Tak ke nanti kena tanam hidup-hidup si pesakit itu kejap lagi? Meraung dalam keranda sorang-sorang (lepas hidup semula) tapi tak ada yang nak selamatkan dia sebab orang kampung ingat itu hantu.

RAM tahu kot tentang ini. Sebab dalam muka surat 428:

"Kita telah silap menikammu, Nyi. Kita terlupa... nyawamu sebenarnya berada di jantung," kata Saifuddin sambil hatinya tidak berhenti-henti berzikir.


Jadi nak cakapnya, ada clash of understanding between Dr. Wong yang Western educated dengan Saifuddin yang tak ada pendidikan formal tentang medik tapi tahu ya dia tentang nyawa dalam hati. Bijak bijak. Bijak Ramlee Awang Murshid. Buat saya mengaitkan kisah dalam novel ini dengan apa yang saya telah belajar.

Kalau terjemah ke Bahasa Inggeris, agaknya mesti ada pembaca luar negara yang berminat dengan pengajian alam melayu dan epik melayu akan beli. Bukan setakat pembaca, ahli akademik khususnya dalam bidang sejarah, sosiologi dan bahasa pun akan beli. Setakat ini, karya melayu yang saya tahu laris ialah 1511 karya Faisal Tehrani. Novel 1511 dijadikan buku teks di Universiti Cologne, Germany kalau tak silap saya. Tak pasti sama ada mereka masih kekalkan 1511.

Plot novel Bagaikan Puteri ini tersusun, dianyam dengan sejarah Melaka, menggunakan bahasa yang indah (namun tidaklah terlampau indah/puitis sampai orang biasa macam kita tak faham). Satu benda yang saya suka tentang cara RAM menulis, tak kiralah betapa banyaknya bilangan watak dan latar tempat dan masa, saya masih boleh keep up. Tersusun. Ada penulis yang letak banyak watak tapi berakhir dengan kecelaruan. "Pening aku dengan jalan cerita! Berterabur!". Kita membaca nak hilang stress tapi berakhir dengan bertambah stress. Huhuhu.
Profile Image for Hariz S. H..
78 reviews18 followers
January 12, 2019
okey, where to start? (Tulis ala-ala Haryani--annoying nak matey)

Selalu nampak kengkawan share dekat fb, few years back. Tiada rasa terdetik nak baca, I'm not the type to jump on the bandwagon, lagi-lagi bab novel. So.. back to present, saw someone selling his pre-loved set of sunan trilogy, so I bought it for a bargain. Lagi pun dah lama tak sentuh novel Melayu.

I just mention the parts which really ticked me off.. jeng3



Tak selalu tulis lagu ni.. affected by the novel perhaps?

Okey, next Cinta Sang Ratu :)
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
October 31, 2021
This is his first book that I read since everyone kata thriller books written by him memang best dan rata-rata memberi rating tinggi. Sebelum ni saya lebih memilih untuk baca novel English untuk bergenre fantasi dan thriller.

Thus i decided myself to grab this book and read.

I try to give my honest review dari sudut pandang seorang pembaca. Btw, this is my first review in Goodreads.

Jalan cerita memang tidak dinafikan menarik dan buat diri ini tertanya-tanya what is going to happen next tapi...

Saya merasakan awalan cerita ini sangat sangat lambat dan meleret-leret sampai saya rasa tak sanggup nak teruskan baca. I mean tak boleh buat saya fokus dan ada semangat untuk teruskan. Disebabkan dah beli, saya terus baca dan baca akhirnya di pertengahan cerita, baru saya rasa seronok.

I know this is fiction, anything can be possible but saya tetap terganggu dengan fakta Dani jatuh cinta dengan Haryani sewaktu waktu pertama kali melihatkan gadis itu koma? Saya cuba faham yang penulis mungkin mahu membawa maksud yang mereka ada perkaitan. Tapi, mungkin tak kena dengan jiwa saya, saya tetap rasa pengolahan dekat sini macam tiba2. I’m sorry.

Gaya bahasa memang bagus dan baku. Sesuatu yang patut dipuji. Cuma mungkin saya rasa janggal dengan kisah percintaan yang diselitkan dalam kisah ini. Termasuk kisah cinta antara Saifudin dan Haryani. Rasa macam terlalu tiba-tiba.


Sekian. Maaf di atas kata-kata ini. I will look forward to read next book sbb ending tergantung.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Faiz • فائز.
357 reviews3 followers
March 25, 2022
Bagaikan Puteri, permulaan kepada sebuah pengisahan yang panjang. Tiada resensi berkaitan jalan cerita, tapi lebih gemar untuk berkongsi mengenai satu-dua manfaat yang diperoleh.

• Cinta yang agung itu, cinta kepada yang selayaknya. Rabb yang Maha Berkuasa, Nabi dan Rasul, kemudian keluarga. InsyaAllah, cinta yang selebihnya akan menyusul jua.

• Lebih baik tersalah ampun dari tersilap hukum. Maafkanlah, nescaya hatimu akan menjadi lapang.
Profile Image for Nadhirah Idris.
30 reviews
September 8, 2024
Novel RAM tak pernah mengecewakan.

Kisah 2 alam berlainan zaman yang dipertemukan. Tidak berlandaskan unsur romantik tapi bila membaca, kita tahu ianya ada.

Ok Next; Cinta Sang Ratu !
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
June 6, 2023
Walaupun sy agak terlambat buku ni,tak dinafikan sy agak ralit membaca siri ini.Sangat padat dengan ilmu agama dan pedoman kepada kita semua.
Laksaman Sunan - dari seorang budak kampung yang biasa sahaja seperti orang lain tk sy sangka boleh berubah menjadi seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah SWT hasil merantau ke negeri Acheh,belajar agama dengan sy lupa dh nama tok guru tersebut hehe.
Haryani - Engkau cantik bagaikan puteri tk silap saya itu yang dicatatkan pada sebuah mashaf lama yang dihadiahkan kepadanya oleh kawan ayahnya yg gemar mengumpul barangan antik.Sejujurnya,dia tk sepadan dengan Sunan yg tinggi ilmu agamanya.Haryani ni macam typical orang bandar yg culas mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim.Erm dh la..

Agak menarik bila ada cerita termasuk ke zaman dahulu versi melayu,biasa kita tengok dlm drama korea je.Banyak jugak lagenda melayu dimasukkan dlm cerita ini seperti Laksamna Hang Tuah,kesetiannya kepada Sultan Mahmud sehingga sanggup menculik Tun Teja dari Pahang dibawakan ke Melaka kepada sultan.Silat pun handal gila bukan calang-calang orang boleh kalahkan dia.Dalam ni,banyak menceritakan perjalanan Laksaman Sunan membateras kejahatan di muka bumi ini.
Agak sedih jugak cara mengembalikan Haryani ke zaman dia semula huhu.
Eh terlupa Dani yang dikatakan keturunan Laksaman Sunan tapi dari susur galur keturunan Megat dapat berkomunikasi dengan Haryani yang koma ke Haryani yg berada di kurun abad ke-15.
Profile Image for ALIA.
33 reviews
December 24, 2016
"Sebagai manusia... aku sayang padamu..." -Laksamana Sunan. Ayat paling 'berhantu' dalam novel ni! Seperti Ratu Sulaman, hatiku juga bergetar bila membacanya. Hahaha...

Originality & plot memang superb. First time baca cerita macam ni. Tapi mungkin cara penulisan bukan my cup of tea. Ada sesetengah ayat (banyak rasanya) yg sukar utk dihadam. Jadi bila tak faham kenalah ulang baca ayat yang sama 2-3 kali utk memahamkan apa yg hendak disampaikan. So agak penat disitu. Yup.. Memang penat nak habiskan naskah ni. Tapi overall still okay. Definitely akan sambung ke buku yg kedua.
Profile Image for Nur.
45 reviews4 followers
October 28, 2017
Omg i cant even begin to express how good of a book this is! Dah try nak slow slow baca since the next book is still otw dan xsampai2 lg!!! This is the beginning of Laksamana Sunan’s story, dan dia berkisar tentang hero melayu di kurun ke-15. I can’t put this book down. I am now waiting for the next 7 books from kinokuniya. Please arrive on Monday.... tak tahan tunggu. Tahniah abang RAM. I prefer sunan’s series compare to Tombiruo. Love love love!
Profile Image for hazel reannez.
3 reviews2 followers
October 18, 2012
Fall in love with the main character Laksamana Sunan! Love this story, it brought me to the time & places in local history in such a beautiful & memorable way. R.A.M is the best Malay fantasy writer! :)
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
October 29, 2014
masih ada lagikah orang seperti Sunan? Subhanallah! tertarik sungguh dengan watak Laksamana Sunan. He inspires me to be a better person! insya Allah
Profile Image for Yana.
37 reviews39 followers
November 10, 2015
Buku pertama dalam siri Sunan..harapan Yana nak memenuhkan rak di Mini Pustaka dengan 8 siri Sunan yang lain..
Displaying 1 - 30 of 250 reviews

Join the discussion

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.