KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA : Rungkai Misteri Dunia yang disembunyikan.
Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno lampau. Kebangkitannya disebut ribuan tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di dalam sangkar tahanan Tuhan.
Dia menggelarkan dirinya sebagai “Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran setiap Ummat. ‘The Power of God’ bakal dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.
Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA terus berlari. Rotasinya berputar pantas, bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan magnerik Bumi tidak selari. Matahari terbenam, terbit dari ufuk misteri.
Disana, ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya mencetus ledakkan pertembungan. Al-Mahadi dan Isa Ibn Maryam, pemusnah dogengan kehebatan. Di belakangnya gah tentera pembawa panji destini ketauhidan dan keamanan.
Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada ummat penutup peradaban kehidupan.
Percubaan yang bagus untuk mem-fiksyen-kan hadis dan tanda-tanda kiamat. Permulaan novel memang menarik. Ia tentang Prof. Dr. Fayyadh seorang atheist, pakar astronomi yang mengkaji satu bintang telah tersasar dari landasan yang sepatutnya bintang itu berada. Galaksi huru-hara. Aurora yang kebiasaannya hanya terdapat di Kutub Utara dan Selatan boleh dilihat di garisan khatulistiwa. Kesannya, gelombang besar tsunami dan gempa bumi di sana-sini. Kemuncaknya ialah kemunculan Dajjal. Idea itu ada dan ia menarik.
TAPI!
Buku ini perlukan serious editing. Kesilapan ejaan, struktur ayat Bahasa Inggeris dan pembubuh tanda bacaan yang bersimpang-siur. Contoh:
1. M/s 31: "Fadh, we are in dangerous.. I warn u.."
Komen: Sepatutnya, "Fadh, we are in danger. I warn you."
2. M/s 32: " Oh My God, Apakah yang berlaku..?"
Komen: Ayat ini macam ayat kawan aku yang kalut taip mesej WhatsApp. Habis tanda baca entah ke mana.
3 M/s 58: "Hey Mr, Im Done".
Komen: Ya rabbi ejaan dia. Huruf besar, huruf kecil entah ke mana. Ayat bahasa asing tak italicize
4. M/s 64: Nombor jiran sebelah, Luqman di dial.
Komen: Perkataan asing dia tak italicize
5. M/s 197: ...kami memasuki pesawat Malaysia Air Lines MH 378..
Komen: Bukankah Malaysia Airlines?
6. M/s 243: Bayangkan bagaimana dia boleh memakai baju yang putih bersih sedangkan kami melalui "jouney" yang panjang.
Komen: "jouney"? Seriously??
7. M/s 95: ".. Er,, Hai Bro .. Ammar ... waaahhh...
Komen: Ya Allah... tanda bacaan... A mess!
8. dan banyak lagi
Mungkin ada yang berpendapat, "Tak payah lah fokus dekat tanda baca, fokus dekat jalan cerita tu." You see... Tanda baca itu menunjukkan ketelitian penulis, penerbit dan editor. Tanda baca dan bahasa yang bersimpang siur menunjukkan mereka tidak berapa teliti. Mencerminkan peribadi penulis Melayu-Islam yang tak teliti. Kita orang Islam tak boleh buat kerja cincai-cincai (Prof. Faridah, 2015). Kalau satu - dua boleh juga tutup mata, tapi dalam novel ini banyak. Kenapa tak apply teknik menulis yang digunakan masa jawab peperiksaan PMR dan SPM subjek Bahasa Melayu? Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.
Plot holes. Plot holes everywhere.
1. Muka surat 64, Prof. Dr. Fayyadh bermonolog "Entahlah, itulah kali pertama aku mendengar azan,..." Eh? Selama ini dia duduk di Malaysia tak pernah dengar azan ke? Dalam buku ini penulis cakap Fayyadh dan berpuluh tahun jadi profesor. Takkan tak pernah dengar azan di Malaysia?
2. Setelah bintang di angkasa tersasar, Kuala Lumpur tidak seindah biasa. Terdapat berita Apocalypse Wave. Gempa bumi dan mega tsunami telah meragut 1 juta nyawa. Amerika kerugian 50 billion dan negaranya kehilangan 35 ribu nyawa. Tapi muka surat 78, sewaktu Prof. Fayyadh melawat rumah ustaz untuk bertanyakan tentang Al-Qur'an, aman damai sahaja rumah ustaz dan suasana di rumah itu. Siap boleh bergurau biawak dengan mak cik rumah itu. Macam tak ada kesan huru-hara, risau, bergegas tolong orang ke apa.
3. Muka surat 95, macam tak logik seorang profesor berusia berpuluh-puluh tahun untuk bertegur sapa begini, ".. Er,, Hai Bro .. Ammar ... waaahhh...", "Kau apa khabar bro ?". Muka surat 100 pula "Broo!!... haha.. siap pun aku wehh.." Ini dah macam perbualan remaja bukan profesor yang mempunyai berpuluh tahun pengalaman. Dah la tanda baca huru-hara.
4. Muka surat 144, kata Fayyadh.. "Aku telah mengambil keputusan untuk pergi bercuti. Pulau Perhentian di Terengganu adalah destinasi percutianku." Ehh... bukan ke ada mega tsunami sampai meragut nyawa berjuta orang? Elok sahaja dia pergi ke Pulau Perhentian.
Itulah penyebab aku tak bagi lima bintang walaupun tajuk novel dan cover macam gempak.
Novel ni overrated aku rasa. Rasanya tak berdosa aku bagi 2 bintang pada novel religious ini kerna aku alhamdulillah masih mengimani akan ketibaan Imam Mahdi, Isa putra Maryam alaihissalam & Dajjal laknatullah! Permulaannya agak boring, tapi aku paksakan jua diriku untuk habiskan sebab tak mungkin buku yg x best dpt bestseller (atau mungkin bukan taste aku?). Apa yg sgt kureng dgn novel ni ialah gaya bahasa & tatabahasa yg x betul, pemilihan2 ayat yg x sedap, cerita yg biasa2 je. Rasanya Hadi Fayyadh kena byk membaca novel2 sasterawan negara yg religious karya Azizi Abdullah or Shanon Ahmad utk study cara penulisan. Awak dah ada idea tp fail kat grammar. K bai.
Aduh, entah kenapa banyak perkara negatif yang ingin diluahkan walaupun buku ini membawa mesej yang positif. Sayang betul, memandangkan buku ini menceritakan tentang tanda-tanda Hari Kiamat melalui penceritaan yang mudah, namun mood membaca tenggelam timbul dek kerana isu di bahagian editorial.
Kesalahan ejaan, tanda baca, bahasa Inggeris. Terus saya lihat siapa editornya. Oh... Penulis beliau, editor pun beliau. Sepatutnya, novel-novel Islamik seperti ini mestilah disemak dengan teliti sebelum diterbitkan memandangkan ianya akan membawa kepada perspektif buruk pembaca jika kesalahan yang dijumpai dalam buku terlalu jelas. Paling kecewa bila sudah memasuki cetakan kesepuluh, tapi kesalahan tidak langsung diperbaiki?
Saya percaya ini antara novel terawal nukilan penulis, yang bermaksud mungkin isu seperti edit ini tidak diberi penekanan utama. Biasalah, semangat untuk menerbit karya itu lebih tinggi. Namun, diharapkan untuk karya yang selepasnya itu akan diberi tumpuan yang lebih terutama dalam penggunaan ejaan dan tanda baca.
Kita tidak mahu isu "Mejar Qayyum" akan terjadi pada Hadi Fayyadh memandangkan beliau antara penulis yang bagus dalam membawa genre Islamik. Okay, itu saja. Sudahlah ada beberapa lagi buku beliau yang belum dibaca di rak buku. Hahaha. 😂😂😂
Olahan setaraf majalah Mastika era 90-an. Perincian Semiramis, Statue of Liberty, perihal Hollywood, keluarga Rothschild dan sebagainya ketara jelas diplagiat daripada koleksi ceramah Ustaz Auni Mohamed. I can’t be the only one who realized this?
Naratif bajet puitis yang hampir setiap satunya langsung tak masuk akal. “Aku bertafakur di alam penglipur lara, sepi.” What the hell does that even mean?!
Dialog hambar dan juvenil tahap budak sekolah. Di sebalik kekalutan kiamat, rata-rata watak penting (secara kebetulan semuanya intelektual) suka bergurau tak kena tempat. Hatta ketika dikejar tentera Dajjal.
Plot melompat-lompat dan kelam-kabut. Bahasa bercelaru. Kualiti ejaan, ya ampun! Silent mode telefon bimbit jadi ‘silence mood’. Tidak menghairankan sebab menurut halaman hakcipta, manuskrip disunting oleh penulis sendiri yang obses dengan huruf ‘K’. Ugh! Pening baca. Jahanam sungguh. Jika anda berniat merencatkan IQ sendiri, dapatkan buku ini.
Buku karya Hadi Fayyadh memang tak pernah mengecewakan.. Jalan cerita yang digarap dalam novelnya sangat menginsafkan.. Sebuah cerita yang membuatkan kite terfikir dan mengingati kita sebagai pendosa di atas muka bumi tuhan ni.. Sangat menginsafkan.. Semua orang harus baca buku ni.. Buku terbaik yang ada di pasaran...
Buku ketiga dari penulis yg aku baca ini berbeza dari semusim di mahsyar dan semusim di barzakh.So aku kasi 5bintang.
Buku ni menyajikan tentang gambaran akhir zaman tentang dajjal,imam mahdi dan nabi isa..Best buku ni sebab buatkan kita tertanya tanya tentang apa pula yang akan berlaku selepas ni.Aku harap ada sambungan kisah Prof Fayyadh ni😁
Cumanya,ada satu perkara yg aku x puas hati. BANYAK sangat kesalahan ejaan.Ada la beberapa kesalahan yang menganggu pembacaan aku.Spoil mood ja.😤Harapnya perkara ni dapat diatasi lah.
Apapun tahniah penulis untuk naskah yang cukup bermanfaat ini.😉
Memang betullah, *speechless* bila baca karya penulis Hadi Fayyadh. Ni bukan karya tapi kisah benar yang akan berlaku. Diolah menjadi sebuah cerita supaya kita yang lagha ni buka mata besar2. Kalau hangpa fikir pasal kemunculan Dajjal dan saat2 masa itu yang kita akan lalui, memang ibu segala hiburan hangpa tak pandang lagi. Nak ambil tahu psl orang lain, ngumpat pun dah tak lalu lagi. Allahu... Serius.. Menggigil baca. Dada berdebar. Siapalah kita masa tu nanti? Ya Allah... Sungguh aku takut. *Kena baca untuk kesedaran!* aku tak fokus sangat masalah ejaan ke apa. Aku lebih suka pada isinya dan mesej yang hendak disampaikan. Dan aku akui buku ini memang buat kita rasa gerun. Apa2pun, Penulis dan Penerbit take noted tentang teguran yang ada berkenaan kesilapan tatabahasa.
That was an amazing reading. Selalunya kita cuma dpt dgr and bygkan bagaimana keadaan hari kiamat tapi buku ini akan membuatkan pembacanya MERASAI suasana hari kiamat.
Alhamdulillah, I really like this book! I thought, if non-muslims read this book, they'll be convinced with Islam. In Shaa Allah. Visualisation : 100%. Membaca buku ini seperti menonton movie hahaha, serious. Also i loooove the fact that setiap hujah-hujah are supported by ayat Al-Qur'an dan juga Hadith. Sains tanpa Al-Qur'an, maka nampaklah kelemahan. Bacaan ilmiah + fantasi yang sangat sangat bermanfaat. Mantap! Barakallahufeek~
Satu lagi karya Hadi Fayyadh yang saya baca, idea dibentangkan dengan baik dan bermanfaat pastinya.
The final quarter of the book saya rasa paling bermakna dan exciting. Kisah pengembaraan sekumpulan 100 orang yang berniat menjalankan misi kemanusiaan di Syria. Selepas plane crash tinggal 53 orang. Selepas dimakan oleh zombie tinggal 23. Selepas mati akibat kebuluran dan ada juga yang hilang atau lari menyertai tentera Dajjal, tinggal 7 orang.
Antara yang menarik minat saya adalah "Pelan persediaan unit-unit tiruan oleh Dajjal". Saya kongsi sikit.
"... memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa satu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.
"Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat nenipu (menfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti."
"... objektifnya adalah 'Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan', suatu bentuk eksperimen peelu dijalankan secara kecilan (pilot project)."
"...lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih yang menjadi syurga manusia. Kita sedia maklum siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Zionis yang ekstremis."
Lepas baca part ni, saya google pasal boss Hollywood tu, memang dia Jewish. Dan dari situ, terjumpa pula cerita konspirasi tragedi Paul Walker yang dikatakan dibunuh oleh iluminati / kelab pemuja syaitan 'the skulls' kerana Walker "wants out".
Sikit komen membina; tajuk macam kurang sesuai menyokong dan diserlahkan melalui cerita ni.
Buku ini memberikan satu gambaran imaginasi dari Ustaz Hadi Fayyadh, disulami dengan ayat-ayat suci Al-Quran bersama dengan hadis-hadis berkenaan kedatangan Dajjal, Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Membaca buku ini membawa minda kita untuk ke tahun-tahun yang kedepan entah bila, entah kita akan dapat melaluinya atau tidak.. Sungguh menggerunkan namun buku ini memberikan kesedaran akan betapa pentingnya kita sebagai orang Muslim untuk menguatkan aqidah kita, umat Muslimin dan Muslimat yang berada di akhir zaman. Betapa dekatnya kita dengan Hari Kiamat...
Disaat iman kita semakin kering kontang akibat dihisap oleh ilusi dunia, ditambah lagi dengan godaan Iblis dan Syaitan dan hawa nafsu yang menggila, buku ini akan bisa menolong membuka hati dan minda kita untuk kembali kepada tuhan. Kembali kepada tuhan... Itulah panggilan utama Ustaz dalam setiap karya beliau yang telah saya baca dan dapati...
Buku yang sungguh menginsafkan dan memberikan kesedaran. Jalan cerita yang sangat mantap, Alhamdulillah. Cuma satu saja yang saya rasa buku ini perlu diperbaiki, iaitu dari segi tatabahasa terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Mohon ada 'proofreader' dan juga editor untuk menyemak buku ini untuk edisi yang seterusnya. I believe once the book is checked and edited thoroughly, it will improve the quality of the book, inshaAllah.
Kisah sworg professor kaji bintang yang athies, dan cerita ini adalah sangat advance, pada 20 tahun akan datang. Professor hadi mendapati 7 bintang yang sepatutnya selaras pada hari tersebut tidak berlaku seperti yang dijangkakan para kaji bintang seluruh dunia. Terdapat satu bintang terakhir yang terkeluar dari landasan dan ini menyebabkan kumpulan kaji bintang tersebut merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku pada cakerawala dan juga bumi. Pada masa yang sama pula berlaku gegaran pada gunung kinabalu, tempat mereka berkumpul untuk menyaksikan fenomena bintang tersebut.
Serentak itu, berita tentang berlakunya tsunami di asia tenggara tersebar. Semua negara yang berada di laut china selatan terkena tsunami hingga 20 km ke darat menyebabkan korban lebih 100 ribu rakyat setiap negeri.
Inibmenyebabkan professor hadi hairan bagaimana boleh peristiwa ini berlaku dan dia mula mengkaji semula dengan meneliti beberapa kitab lama dan akhirnya bertemu satu penyelesaian lalu membawanya kembali ke jalan kebenaran..
Panjang lagi kisahnya termasuk perjalanan prof menuju ke mekah dan menyaksikan dajjal serta tenteranya sewaktu slm perjalanan...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ini dibeli kerana ada diskaun di Popular. Tertarik dengan sinopsis dan jumlah buku yang telah dijual. Bacaan sebelum saya tidur. Saya suka dengan konsep cerita, menggambarkan kehidupan manusia pada akhir zaman. Diselitkan dengan apa yang diperjelaskan dalam hadith dan Al Quran. Setiap babak digambarkan dengan baik, walaupun saya rasa ada ketika babak melompat dari satu tempat ke satu tempat dan ada ketika ada babak yang tidak diterangkan dengan mendalam. Bahasa yang digunakan mudah untuk difahami. Cuma ada banyak kesalahan tanda baca yang menyakitkan mata saya, seolah-olah tiada proofreader. Tapi ini hanya kesilapan kecil dan tidak mengganggu perjalanan cerita (Sorry, I cannot ignore it since I've been trained to check punctuation/format. No offense to anybody). Teruskan menulis buku sebegini. Banyak yang saya belajar dan mengingatkan saya kepada Yang Maha Esa. Terima kasih.
Buku ni menarik. Lama bacaan tertangguh sebab mula baca buku pinjam. Dah lepas ambil sendiri punya dari rumah, terus habis dalam masa 2 hari. Kalau cukup masa, sebenarnya setengah hari pun boleh habis buku ni. Konten sebenarnya tak banyak, cuma banyak selang baris je.
3 bintang sebab aku cuma suka mesej yang cuba disampaikan. Elemen lain semua kelaut. Ada masanya gelak2 aku baca 😆 Punyalah sedap hati je bercerita, naskah ni jadi fiksyen kaw2. Terhibur aku baca 😂
Memandangkan aku suka baca tentang iblis, dewa2 dan untuk naskah ni, tarikannya pada Azazil, aku beli jugak dia ni dengan buku2 adik-bradiknya. Melompat baca dia dulu plak. Edisi sebelumnya belum baca lagi.
Kalau takde polis, iblis pun bolehlah. So akhirnya aku tetaplah suka buku ni regardless of kualiti penulisan yang memang orang kata; Ya Rabb 😂
3 bintang untuk jalan cerita yang menarik serta kreativiti yang digunakan dalam memberikan bayangan apa yg disebutkan dalam hadis² sebagai satu bentuk penceritaan (novel).
Keguguran 2 bintang kerana kesalahan tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya. Mungkin tuan Hadi Fayyadh boleh cuba untuk buat proofreading dulu sebelum cetakan. Buku yang saya baca sudah cetakan yg ke-10. Seharusnya kesalahan seperti ini sudah dibaiki. Harap akan dibaiki untuk cetakan akan datang.
Pendapat saya, tuan Hadi Fayyadh mempunyai bakat menulis yg baik. Idea menterjemahkan fakta² dalam bentuk penceritaan bukanlah suatu yg mudah. Namun, penggunaan bahasa dan tanda baca yang lemah sedikit sebanyak mengakibatkan kerencatan kepada kami, para pembaca, dalam menghayati jalan cerita.
Penaklukan Baitul Maqdis sekarang buat diri tersentak dengan gaya penceritaan yg hampir. Cukup hanya bayangan dalam pembacaan buat kita tidak lagi berani untuk berilusi ke zaman itu. Zaman yg 1400 tahun dulu Rasulullah telah diceritakan. Sedari akidah yang dipegang ini mampukah bertahan hingga ke titisan terakhir? 3 tahun tanpa makanan 3 tahun hujan tak turun. Bila digarapkan ke logik akal dengan keadaan dunia ini dan jika kita berada di watak itu. Menggerunkan. Tanpa iman kecundang jua. Novel ilmiah menggabungkan Sains,Al quran, Hadis,Geologi, Astronomi dan teori Iluminati serta Freemanson dlm bentuk ruang lingkup konspirasi dunia akhir zaman. Kajian dan penelitian yg padu habis. A big applause for you Mr.Writer.👏
Jalan cerita yang menarik dan boleh dijadikan peringatan untuk diri sendiri.
Dr. Fayyadh yang tidak mempunyai kepercayaan terhadap pencipta, hanya percaya pada sains. Dia mengkaji alam yang dirasakan hukumnya bertentangan dengan yang sepatutnya berlaku. Dari seorang ateis menjadi seorang Islam sejati berkat Al quran. Cerita ini bermula berlatarbelakangkan tahun sebelum kedatangan Imam Mahdi, Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s.
Cara pengolahan ayat agak berlainan dengan buku Semusim Di Alam Barzakh (SDAB) yang aku rasa SDAB lagi memberi penghayatan yang lebih mendalam.
Ini hanyalah pengalaman sendiri. Mungkin penghayatan kita tak sama.
Saya suka akan coretan penulis ini sehingga mampu meningkatkan adrelina saya. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi dimana saya pelajari dalam pembacaan ini.
Namun, harus saya akui terdapat banyak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca yang ada dalam penulisan ini. Susunan kata atau monolog jelas sekali membuat saya keliru. Saya berharap juga penulis menggunakan"slow-paced" dengan sewajarnya kerana perjalanan cerita terlalu laju untuk diamati.
Saya tidak akan cadangkan buku ini untuk dibaca oleh sesiapa. Terdapat terlalu banyak kesilapan tatabahasa sehingga mengganggu bacaan. Dialognya tidak natural dan garapan ceritanya tidak kemas. Seharusnya kisah yang diangkat boleh menjadi novel yang hebat. Nasihat saya kepada penulis, jangan menjadi editor untuk tulisan sendiri.
Dari pembacaan buku ini, saya tahu penulis berusaha bersungguh2x untuk menjayakan buku ini. Walau bagai mana pun, saya merasakan sedikit kekurangan di buku ini berbanding karya yang lain. keep it up .
Kisah mengenai Atheis. Bagaimana boleh memilih Atheis sedangkan pelbagai bukti kewujudan Allah. Pengolahan cerita yang memberi kebebasan pembaca berimaginasi keadaan kritikal kedatangan Dajal dan turunnya Imam Mahdi. Sebuah buku yang berbaloi dibeli dan dibaca.
Such a good book! storyline yg mantap, disesuaikan dengan kisah benar (i mean penceritaan akhir zaman). Terasa macam real sebab melibatkan Malaysia walaupun hanyalah rekaan. Terasa macam betul-betul dah ada di zaman dajjal. Good Job, author!