Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sherlock Holmes (PTS 2008-2010) #4-5

Sherlock Holmes: A Study in Scarlet dan The Sign of Four

Rate this book
Penyiasat genius eksentrik yang ikonik, Sherlock Holmes dan sahabatnya, Dr. John H. Watson mula diperkenalkan dalam majalah Beeton's Christmas Annual pada tahun 1887. Dan hingga kini, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Sherlock Holmes adalah watak fiksyen paling terkenal dan telah muncul dalam pelbagai bahasa dan medium. Buku ini mengandungi dua novel terawal, A Study in Scarlet, tentang misteri pembunuhan yang memeningkan dan tulisan Rache berdarah pada dinding, dan The Sign of Four, memperkenalkan watak Mary Morstan, wanita muda yang meminta bantuan Holmes dan Dr. Watson merungkai misteri mutiara yang diterimanya setiap tahun, beberapa tahun selepas kematian ayahnya.

408 pages, Paperback

First published February 8, 2017

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Arthur Conan Doyle

15.8k books24.4k followers
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.

Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (50%)
4 stars
14 (38%)
3 stars
2 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
July 26, 2017
Nama Sir Arthur Conan Doyle cukup dikenali dengan watak fiksyennya iaitu Sherlock Holmes, seorang penyiasat yang beribawa, sehinggakan ramai yang menganggap Sherlock Holmes hidup di dunia nyata. Novel Sherlock Holmes: A Study in Scarlet dan The Sign of Four merupakan novel klasik yang diterbitkan pada tahun 1887 dan 1890, antara empat novel yang ditulis oleh Arthur Conan Doyle selain daripada The Hound of Baskervilles dan The Valley of Fear. Selain daripada itu, penulis juga menghasilkan 56 cerita pendek.

Novel Sherlock Holmes edisi Penerbit X, merupakan novel terjemahan Bahasa Melayu dan mempunyai sebanyak 398 muka surat. Di dalamnya terkandung dua buah novel iaitu A Study in Scarlet dan The Sign of Four yang telah digabungkan. Bahasanya mudah difahami dan terjemahannya juga bagus, tidak terlalu 'direct'.

Bahagian pertama, A Study in Scarlet lebih kepada pengenalan Dr Watson yang tercedera semasa perang di Afghanistan, lalu bertemu dengan Sherlock Holmes semasa pencarian rumah sewanya. Daripada situlah bermulalah penceritaan dan pengamatan Dr Watson pada sikap Sherlock Holmes yang pelik tetapi genius.

Gandingan mereka berdua dalam menyelesaikan satu pembunuhan misteri yang digelar oleh Sherlock sebagai 'A Study in Scarlet', sangat memeningkan iaitu dengan penemuan mayat berserta tulisan berdarah 'Rache'. Hubungan mereka berdua menampakkan keserasian, sementelah Sherlock dengan ideanya yang genius, manakala Dr. Watson lebih kepada pembantu dan pemerhati.

Bahagian kedua, The Sign of Four pula menceritakan tentang penyiasatan Sherlock dan Dr. Watson terhadap misteri mutiara yang diterima oleh Mary Morstan setiap tahun selepas kematian ayahnya. Misteri kehadiran mutiara tersebut membawa kepada penemuan yang lain sehinggakan berlaku tragedi tragis.

Secara umumnya, kedua novel ini tidaklah terlalu berat tetapi memerlukan pembaca untuk berfikir cara 'detektif' dan daya imaginasi yang tinggi. Ini disebabkan kita perlu berada dalam kawasan berlakunya jenayah tersebut untuk memahami apa yang berlaku serta memerhati bukti-bukti yang ada. Secara tidak langsung, pembuktian ini akan membawa kepada rumusan atau kesimpulan dalam mencari pesalah, seperti yang diajar oleh Sherlock sendiri.

Bagi sesiapa yang berminat dengan bacaan yang bertemakan penyiasatan, maka aku sarankan untuk membaca novel siri Sherlock Holmes. Dan untuk alternatif lain, aku cadangkan untuk menonton siri televisyen Sherlock yang sudah memasuki musim keempat. Walaupun siri tersebut telah diubah suai dengan menggunakan teknologi moden dalam penyiasatan, tetapi secara keseluruhannya bagi aku tidak mengecewakan.
Profile Image for Norhasiah Akhir.
32 reviews
March 26, 2022
Saya suka sangat Sherlock Holmes. Selepas selesai baca buku ni, saya terus ikuti drama bersiri Sherlock di Netflix lakonan Benedict Cumberbatch (Dr Strange). Memang amat sama perangai pelik, menjengkelkan, tapi genius. Walaupun latar masa berbeza. Ianya memberi kepuasan kpd saya since this is my first novel Sherlock yang saya baca. Kepada yang kali pertama baca, saya syorkan novel ini. Sebab ianya adalah pengenalan kpd siapa Sherlock, bagaimana boleh kenal dengan Dr Watson. Saya akan baca lagi siri novel ini yang lain, insya Allah.
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
July 5, 2017
Sains penekaan/ deduksi. Apa yang kita faham? Sherlock mengajar untuk mentafsir dan menganalisa bahan-bahan bukti di tempat jenayah dengan cara tekaan terbalik. Bagaimana langkah seseorang boleh menentukan ketinggian . Tetapi, semestinya orang yang teliti dan mempunyai pemerhatian dan pembacaan yang bagus untuk membuat hasil analisa yang tepat.
17 reviews
December 25, 2024
Pernah baca 2 cerita ni dulu dalam versi asal. Cumanya dah lama sangat sampai tak ingat langsung jalan cerita dia.

Bila baca balik dalam versi bahasa ibunda rasa seronok pula. Lebih suka cerita pertama sebab lebih mudah nak faham, tapi cerita kedua pun menarik juga.

Cerita penyiasatan Sherlock Holmes memang kena baca masa minda segar dan tidak kusut. Sebab kena fokus betul-betul untuk dapatkan dan faham klu-klu yang ada.
Profile Image for Shafiqahsamin.
209 reviews4 followers
July 19, 2024
Lagi sekali impress dengan Sherlock Holmes. Buku kedua lagi menarik. Lebih fokus pada cara penyiasatan Holmes.

Kalau nak dibandingkan dengan A Study in Scarlet, yang separuh daripadanya cerita pasal asal-usul si penjenayah. Bukan setakat asal usul si penjenayah, tapi asal usul kepada ayah kepada perempuan yang dia cintai. Jauh betul perginya.

Tapi tak apa, aku tetap sukaaaa. Tapi tu lah sebab aku baru je baca buku first, jadi aku skip terus lah. Aku terus ke buku kedua.

Suka suka. Seronok seronok. Nak baca lagi 😭
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
June 24, 2024
Buku ini merupakan kompilasi dua novel Sherlock Holmes yang terawal oleh Sir Athur Conan Doyle. IBDE juga ada terbitan versi Bahasa Melayu untuk novel “A Study in Scarlet” dengan tajuk; Jejak Berdarah. Walaupun ini versi terjemahan, ia diterjemah dengan baik, saya masih teruja!

Dalam saya melungsuri pengembaraan dalam novel beliau, saya juga seringkali mengagumi keluasan ilmu pengetahuan penulis. Tak mudah untuk kita kaitkan, sulamkan ilmu daripada pelbagai bidang untuk menjadi suatu novel lengkap dan menarik!

Panggung di buka dari sudut pandangan Dr John Watson sesudah beliau kembali ke London setelah bersara daripada khidmat beliau di Afghanistan. Dan bagaimana beliau akhirnya tinggal bersama-sama Sherlock dan bekerjasama dengan beliau dalam penyiasatan. A Study in Scarlet ada 2 bahagian. Bahagian pertama bermula dengan mengisahkan mayat yang dijumpai dalam dalam satu bilik tanpa trauma kecederaan yang jelas yang menyebabkan kematian. Dan diakhiri dengan si pembunuh ditahan. Pembukaan bahagian kedua pula seperti kita membaca kisah lain awalnya, kerana kita di”teleport’kan terus ke bumi Amerika Syarikat. Makin lama kita baca, kita dapat agak, “oh ni mesti latar belakang si mati atau si pembunuh tu!”

The Sign of Four pula memperkenalkan sisi gelap seorang Sherlock Holmes. Juga, latar belakang sejarah yang diketengahkan adalah, hubungan penjajahan British di India. Misteri yang perlu dirungkai adalah pembunuhan bilik tertutup dan “harta karun”. Boleh juga kita lihat pandangan stereotype orang barat terhadap orang Asia dalam kisah ini.

Tak bosan, cuma novel tebal ni kan, kadang-kadang penat je baca. Sangat menarik sebab banyak ilmu pengetahuan umum yang kita dapat. Lebih-lebih lagi para pembaca yang minat sejarah, memang tak rugilah baca novel-novel Sherlock Holmes! Kompilasi novel ini wajib dibaca oleh orang yang minat novel penyiasatan dan baru mahu kenal siapakah Sherlock Holmes dan orang-orang di sekeliling beliau. Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
August 13, 2021
Kenapa aku baca? Sebab tertengok anime Moriarty...
Entah kenapa aku jadi teratrik nak tahu tentang Sherlock Holmes. Lagi-lagi haritu ada sales buku ni murah, aku borong semua..
Tapi susah aku nak fahamkan sebab bahasa Melayu yang baku. Aku jadi perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan sambungkan pembacaan.
Tapi kalau nak beli, aku lebih sarankan beli yang Bahasa Inggeris punya. Mungkin sebab karya dalam bahasa asal lebih memberi kesan mendalam.

Kita teruskan dengan penceritaan buku ni. Aku rasa ceritanya tak meleret-leret. Semuanya ada plot yang padat dan best. Lagipun sebab aku dah tgk Moriarty, aku dah tahu siapa pembunuh. Cuma dalam novel, penulis terangkan sebab dan motif pembunuhan lebih mendalam. Jadi aku faham kisah disebalik pembunuhan yang berlaku.

Kesimpulannya, aku puas baca cerita ni.
Profile Image for Syahir.
6 reviews
March 24, 2024
Cerita pertama "A Study in Scarlet" mengisahkan dendam seseorang terhadap dua orang kaya yang membunuh wanita yang dicintainya dan ayah tirinya. Cerita kedua "The Sign of Four" bercerita tentang empat orang yang planning untuk mendapatkan harta karun dari seorang raja, tapi ditangkap setelah membunuh pembantunya. Mereka berdendam ketika polis yang bekerja sama dengannya membelot dan mengambil semua harta karun yang disimpannya.

Buku pertama dalam siri Sherlock Holmes yang aku baca, yang memang dah lama teringin nak baca, akhirnya tercapai jugak. Cerita dia memang menarik gila. Plot twist sikit je tapi jalan cerita dan cara dia menyelesaikan kes-kes dia agak kompleks dan out of the box, so tak bosan langsung. Susah nak teka apa yang akan jadi next. Lepas habis baca, memang rasa puas habis. Itu yang aku suka, bila buku boleh bagi satisfaction yang betul-betul puas.
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
April 30, 2018
Buku ini memuatkan 2 kisah iaitu the study in scrlet.. Kisah yg telah penerbit x buku kn... sy dh beli dan baca.. Tp terpaksa beli lg utk tajuk the sign of four.... Apa ni penerbit X?????
sy terpaksa membayar apa yg telah sy ada.. Jd sy mulakan bacaan sy pd muka 200.
Dr watson bercerita lagi mengenai pengalaman beliau bersama sherlock holmes dlm mencari pembunuh yeng merebut harta karun agra... Ada sedikit kisah cinta...
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
October 30, 2018
Cerita penyiasat paling best pernah baca..
Cara Sherlock holmes penyiasat kes bunuh dan menangkap penjenayah tu memang sangat licik.maka tak pelik ini menjadi inpirasi penulis yang menulis decetive conan..siapa yang minat genre misteri saya rasa kena baca buku ini..😅😅
Profile Image for Danielhaz.
5 reviews
April 24, 2023
The deductions is Very smart....very love story from Sherlock Holmes Franchise
Profile Image for DEE HIDAYAH.
15 reviews
February 3, 2024
Saya suka sangat dengan Sherlock Holmes...mungkin disebabkan penulisnya atau wataknya..huhu..
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.