Saya rasa buku ni banyak ulang ayat seperti, "Saya struggle" tapi tak pernah digambarkan perasaan 'struggle' tu.
Pada pendapat saya, ayat tersebut boleh dikembangkan dengan memberitahu secara lebih lanjut apa, bila dan mengapa watak itu berasa demikian. Penulis juga boleh menceritakan secara lebih dalam bagaimana watak berusaha memperbaiki diri agar para pembaca dapat merasa dan lebih memahami betapa sukarnya merubah diri ke arah kebaikan. Selain itu, penulis juga boleh menambah peribahasa atau metafora supaya lebih menarik.
Pertama kali baca karya Aiman Banna. Tulisan yang mudah difahami. Terkesan dengan kisah peribadi penulis. Agak terganggu dengan cerita yg meleret dan typo dalam buku ni. Saya bagi 4 bintang atas semangat penulis dan pengajaran yg boleh didapati dari buku ini.
Perkara yang baik dalam buku cuma pengakhirannya kerana ada pengajaran yang diberi. Cerita tentang kesukaran hijrah banyak dragging di tengah. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang boleh di ambil iktibar.
Pertama kali sebetulnya membaca buku tulisan Aiman Banna dan agak terkeliru dengan bahagian tengah buku. kerana ia seolah olah hanyalah omelan dan imaginasi yang terbawa-bawa. Hanya part penghujung yang menarik dan kesimpulan yang bagus. Cuma agak dragging dan panjang di bahagian tengah itu membuatkan penceritaan seperti hanya memenuhi ruang. Namun masih menghormati pengalaman dan kisah penghijrahan Aiman Banna yang cukup menyayat hati. Saya bagi 2 bintang kerana isinya yang agaj dragging di pertengahan. Overall bagi pembaca pemula eloklah baca dahulu bukunya Henshin yang pertama agar lebih faham kisah Aiman banna. Katanya ini adalah kisah sebenar yang dikembangkan dari buku Henshin yang cuma teori.