Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0

Rate this book
Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala?

Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan.

Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya!

DIAGNOSIS: Sakit Hati

RAWATAN:
1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.
2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.
3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.

Dan paling penting…

4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.

Mudah-mudahan hati anda terubat!

242 pages, Paperback

Published February 1, 2017

3 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Fahmi Hassan

8 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (28%)
4 stars
25 (43%)
3 stars
13 (22%)
2 stars
1 (1%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 27, 2018
Jarang buku bersiri sebegini yang dapat mengekalkan "keseronokan" membaca dari mukasurat satu sampai ke penamat. Barangkali kerana penulis-penulisnya memang berbakat menyampaikan cerita.

Perkongsian dalam buku ini bukan sekadar cerita "adu domba" doktor. Ianya kisah yang benar-benar berlaku dan sangat banyak yang boleh kita pelajari. Sama ada hal perubatan, mahupun karenah manusia yang pelbagai. Ada pengajaran hidup.

Harapnya buku ketiga masih mengekalkan momentum.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
January 2, 2018
Random : -
~ kisah penyakit kencing manis
~ Tips untuk HO (Housemanship)
~ Tips pemakanan
~ Tips nak ambil hati Doktor (especially yang datang semata2 nak MC)
~ Bahaya merokok

"Ada masa mementingkan diri sendiri lebih mulia daripada mengutamakan orang lain."

p/s Disebalik tabir hidup seorang pengamal perubatan. Suasana dalam wad kecemasan. Keadaan di mana maut menjemput.

Lubb Dupp!
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
November 15, 2018
Suka duka kehidupan enam orang doktor dalam melayari kehidupan seharian dipaparkan dalam naskhah kali ini. Menjadi seorang doktor bukanlah suatu yang mudah tetapi sebaliknya menuntut komitmen yang tidak berbelah bahagi. Malah dalam segenap hal kebanyakan tuntutan tugas menyebabkan rutin dan keluarga sendiri seakan terabai. Kata-kata yang ditulis menunjukkan kejujuran dan lahir dari sanubari seorang pejuang yang sentiada berkorban demi kemaslahatan masyarakat itu sendiri. Sarat dengan pengajaran !
Profile Image for Fadhilah Hasbullah.
2 reviews1 follower
September 1, 2017
Gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang awam dan penuh dengan perkongsian pengalaman klinikal warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pembaca telah diberikan gambaran mengenai cabaran-cabaran seharian warga KKM yang mungkin tidak disedari oleh orang awam. Walau bagaimanapun, perkongsian pengalaman mungkin boleh dijelaskan secara lebih terperinci dan diluaskan kepada bidang-bidang perkhidmatan lain di KKM juga.
Profile Image for Zahidatul Ali.
4 reviews
May 7, 2019
Lebih suka penulis dalam buku ni yang dapat selitkan info medik / kesihatan di samping cerita2 yang menarik.

Santai tapi berinfo
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.