Jump to ratings and reviews
Rate this book

Moving Out: Kisah Anak-beranak Yang Berhijrah Ke Bumi Kanggaru

Rate this book
"Agak-agak selepas lima, 10 atau 15 tahun lagi, kita di mana dan buat apa?" Suami saya selalu menjentik soalan ini ke dalam minda saya.

"Entah!" respons saya tanpa berfikir panjang. Malas memikirkan benda yang tidak nampak.

"Ermm.... bosan juga, kan? Rutin, rutin, dan rutin," tanpa sedar saya mengeluh kebosanan.

Saya mengakui, sejak lebih lapan tahun kami pulang dari luar negara, kamj menjalani rutin hidup yang sama. Namun satu soalan daripada suami saya merungkai sebuah harapan untuk saya dan anak-anak. Bertitik tolak daripada satu soalan itu, maka itulah detik permulaan perjalanan hijrah kami ke Australia.

192 pages, Paperback

First published January 1, 2017

1 person is currently reading
15 people want to read

About the author

Anie-Alja

5 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (22%)
4 stars
17 (54%)
3 stars
7 (22%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 6, 2017
1) Saya sebenarnya mengharapkan lebih banyak cerita proses migrasi, tetapi yang lebih banyak dikongsikan adalah kehidupan selepas migrasi.

2) Saya tetap suka dengan perbandingan sistem pendidikan awal di Australia yang sangat meraikan kemahiran di luar akademik. Ini yang menjadi faktor utama perpindahan keluarga ini.

3) Sedikit terkilan dengan perbandingan yang kelihatan melebih-lebihkan negara luar berbanding Malaysia. Orang Malaysia tak mahu senyum (ms 170)? Bukan sekali? Maaflah, saya tak tahu bahagian Malaysia yang mana manusianya begitu. Pengalaman peribadi saya, rakyat Malaysia masih ramai yang mengekalkan budaya cantik beradab. Tidak berterima kasih? Aduh! Entahlah. Mungkin saya lebih bernasib baik.

4) Penulis meraikan penuh semangat perbezaan sistem pendidikan awal di sana, tetapi kembali menjadi "Asia" apabila membincangkan hal pendidikan tinggi. Jadi keliru juga.

5) Apapun, saya beri tabik hormat dengan kecekalan mereka sekeluarga untuk keluar dari zon selesa demi kebaikan masa depan. Bukan semua orang ada keberanian sebegitu, apatah lagi jika sudah berkeluarga.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
March 20, 2018
Buku yang menarik & penuh dengan maklumat bagi mengenali dengan lebih dekat berkenaan cara hidup masyarakat di negara Australia.

Jika anda berkeinginan untuk berhijrah kesana bukan kerana kerjaya yang utamanya, tetapi untuk cuba menetap disana, inilah dia buku rujukannya. Buku yang lebih sesuai untuk dijadikan rujukan jika anda bermula dari kosong disana, bukannya untuk penghijrah yang ditaja serba-serbi perbelanjaannya oleh pihak syarikat.

Antara perkara yang banyak diperincikan oleh penulis di dalam buku ini adalah berkaitan sistem pendidikan sekolah rendah di sana, perihal sewa dan jual beli rumah, perihal kejiranan setempat, perihal pengangkutan awam, isu kitar semula sisa buangan dan sebagainya.

Apa yang dapat disimpulkan sejurus selesai membaca buku ini adalah; walau bagaimana baik pun sesuatu sistem itu di negara luar, namun ianya tetap tidak dapat menyamai rasa keseluruhannya apabila hidup di negara sendiri. Tidak dapat dinafikan banyak perkara yang mereka usahakan lebih baik dari segi ajaran serta pelaksanaannya disana, malahan adakalanya lebih elok dari yang disini. Ini jelas dapat dirasai dari gaya nukilan penulis.

Namun mengadaptasi kata-kata yang tersemat di salah satu panji yang dibawa penyokong bolasepak Malaysia suatu ketika dahulu, 'Busuk-busuk macam mana pun, tetap negara kita juga'.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
December 25, 2022
Sebuah memoir catatan penulis tentang penghijrahan beliau ke bumi kanggaru bersama keluarga kecilnya.

Bacaan ini sememangnya sangat santai dan banyak pengetahuan tentang selok belok dunia luar yang boleh kita ketahui. Penulis juga ada memberikan beberapa tips di setiap catatan beliau untuk memudahkan pembaca sekiranya berhajat untuk berhijrah ke bumi ini.

Paling saya suka apabila masuk bab pendidikan anak-anak dan bagaimana anak-anak menyesuaikan diri di bumi asing ini.

Saya suka perwatakan anak beliau iaitu Dina di mana beliau seorang yang sangat aktif, berimaginasi tinggi dan pandai berdikari. Saya rasa, kalau dicampakkan Dina ke tempat lain juga, dia manpu untuk hidup kerana kebijaksanaannya digunakan sebaik mungkin. Cara penulis mendidik anak-anak juga tidak terlalu berlembut mahupun tidak terlalu menggunakan kekerasan. Oleh sebab itulah, mereka mampu menyesuaikan diri dengan suasana baru dengan tidak mengambil masa yang lama.

Sistem pendidikan di sini tidak memgambil kira siapa pencapaian murid dari segi akademik semata-mata bahkan juga mereka meraikan setiap kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh murid lain hatta murid tersebut tidak berapa perform dalam akademik. Pelbagai anugerah diberikan seperti anugerah murid pembersih dan sopan-santun.

Selain itu, sistem pendidikan di sana juga mesra ibu bapa. Jika sekolah mengadakan apa2 event, perjalanan ibu bapa akan ditanggung dgn menaiki teksi secara percuma jika tidak mempunyai kenderaan. Ibu bapa juga bebas berjumpa guru mengikut jadual untuk membincangkan perihal anak mereka bukan setakat berjumpa untuk mengambil rekod pelajar sahaja ketika hari terbuka.

Banyak lagi yang boleh kita ambil tahu dengan membaca buku ini bukan sahaja sistem pendidikan semata-mata bahkan juga cara hidup, budaya, makanan dan lain-lain. Terima kasih Puan @alja.anie kerana hasilkan memoir yang bermanfaat ini buat pembaca!
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
July 4, 2019
Terbaik laaa..

Segala yang dikongsikan benar berlaka.

Hidup dibumi asing berbeza dengan datang sebagai pelancong.
Segala-galanya perlu dilakukan sendiri.
Bila ada jiran berbangsa senegara kita dibumi asing, lega la sedikit tetapi jika tiada kenalah pandai membawa diri dalam bermasyarakat dinegara orang.

"Hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri"

Ya! memang benar, secantik dan sehebat mana pun negara orang,
lebih baik negara sendiri..
Itulah peribahasa yang selalu didengari di cuping telinga.

Bak kata penulis, duduk dinegara orang jangan mimpi nak makan kedai mamak,
jangan mimpi nak ke pasar malam ke, pasar siang ke, pasar pagi.
Memang tak ada. Teringin sesuatu makanan masaklah sendiri.
Yang ada diluar hanyalah kedai kebab arab sahaja. tu memang benar.

Tapi kebaikannya tetap ada bila kita berada dinegara orang.
Kita dapat lihat corak kehidupan mereka
cara mendidik anak-anak, bagaimana kanak-kanak disana suka ke sekolah.
Bagaimana mereka tidak bergantung kepada tenaga buruh dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang kecil yang pada mereka boleh buat sendiri.

Tahniah buat penulis, tidak rugi membacanya.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
January 24, 2023
Teringin nak tiru,tinggal dan stay dekat negara luar. Best juga penulis ni dan suaminya,dua pernah travel selain aussie. Tapi buku ni lebih fokus pengalaman penulis stay dekat aussie,dan dalam masa yang sama nak anak mereka dapat pendidikan yang rare dan berbeza dengan malaysia. Tapi point yang aku suka ialah,tak mudah tinggal di luar negara, penulis sendiri lalui,antaranya ialah nak sewa rumah, kalau rumah ada masalah macam paip bocor ke apa ke kena diy sendiri,sebab kos kat sana sedikit mahal kadang cecah ribuan. Dan aku suka juga, sebab penulis juga ada cerita macam mana perangai orang sana bila tetamu dari negara lain datang dilayan dengan mesra.apapun buku ni dah lama,aku jelah yang terlepas bas, tapi masih menarik untuk dibaca.
4 reviews
March 2, 2021
Very RARE book to find...😂😅

An interesting memoir of migrating overseas eg. Aussie land...

Quite informative with tips, do's & dont's, etc...

Also details the Author's journey "Moving Out" of her native land eg. M'sia to Aussie land...

Has lots of nice visuals eg. Pictures of that journey made - adds to the excitement of the migration...Full of useful information if one wishes to know about Aussie land in a nutshell...🤔

Author ends by saying - although she has migrated, her heart is still with M'sia & that added a touching & poignant reflection on her part...🤗😊
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
September 14, 2022
Secebis curahan dari Pesta Buku Bangi

Buku acik Anie Alja is the best. Reality part that we should know.
Berhijrah memang digalakkan dalam agama tapi harus ada perancangan teliti terutama apabila sudah mempunyai komitmen berkeluarga.

Tepuk dada tanya iman, apa yang kita mahukan. 😌
Profile Image for CikguKaykayAlkhair.
87 reviews1 follower
May 26, 2017
Pro and cons in migrating and the experience there. 2/3 of the book talk about a but of the educating system in Australia. So brave to take the leap. Thanks for sharing.
Profile Image for Niena Aniesza.
200 reviews7 followers
April 2, 2017
Hijrah itu payah. Ternyata di atas niat yang dibina, pasti ada pengalaman dan pengajaran yang berharga untuk dibawa pulang.

Hidup di negara orang, pasti ada perbezaan nilai yang boleh dicontohi.

Moving out, ia adalah satu pilihan.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.