Danial Putra, seorang vokalis merangkap gitaris sebuah band Indie di Jepun. Hidup sebagai mahasiswa di sana mempertemukan dia dengan Ayumi Takashi, lantas cinta berputik. Mereka diibaratkan seperti John Lennon dengan Yoko Ono oleh kawan-kawan. Hidup penuh dengan cinta.
“Sebab Nona Manis cantik macam Snow White.” – Danial Putra
Namun, bahagia yang didamba berakhir dengan sebuah tragedi ngeri. Ayumi pergi buat selama-lamanya dan pintu hati Danial Putra terus tertutup rapat untuk bercinta lagi. Dia ada badi, pembawa nasib malang… Itu fikirnya. Sehinggalah pertemuan semula Danial Putra dengan Dhea Azlina, wanita yang telah lama menyimpan cinta terhadapnya.
“Aku masih mencintai dirimu. Sungguh!” – Dhea Azlina
Dan dengan tiba-tiba hati Danial Putra bergetar untuk Dhea Azlina tetapi cintanya kepada Ayumi Takashi terlalu besar dan tiada ganti. Danial Putra pencinta setia. Dia tak mungkin curang, nekadnya. Tapi, apakah mungkin dia dapat meneruskan hidup tanpa cinta?
“Ya takdir! Siapakah peneman hatiku sebenarnya?” – Danial Putra
Danial Putra keliru. Dia buntu… Mungkinkah dia mampu untuk bercinta lagi? Dan Dhea Azlina… Sanggupkah menunggu cinta Danial Putra yang sekian lama dinantikannya? Kalau Danial Putra menerimanya, apakah mungkin badi itu akan hilang?
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
This is one of those books di mana the sinopsis is far, far more interesting than the actual story.
Rasanya cerita ni lebih sesuai diberi tajuk 'Dani and his girlfriends'.
Bila baca sinopsis, I got the impression yang Dani akan trauma nak jatuh cinta sekali lagi selepas kematian Ayumi kerana menyangka dirinya membawa malang, atau kata lain, mempunyai Badi.
But nope.
On the contrary.
Cepat jer dia suka dengan June. Lepas tu dengan Liyana (I think. Or was it Lia? Elly?) Selepas tu suka pulak dengan Dhea walaupun time tu dia bersama dengan Liyana (Or was it Lia? Seriously, I couldn't remember her name.)
Honestly, tajuk novel memang menyimpang dari jalan cerita. So that pretty much where my disappointment came from. N beli novel ini kerana tertarik dengan tajuk dan sinopsis cerita, only for me to realize that I was completely duped.
Aihh... mengeluh panjang aku lepas 'baca' (sebenarnya lebih dekat ngan scan) buku ni, keluhan pasal aku rasa buku ini berpotensi jadi lebih baik - cuma perlu touch up yang lebih pro (IMHO)...
Cara penceritaan tak konsisten - ada part solid (hobi, kerjaya, personaliti hero), tapi ada jugak part yang macam tak patut - crook seorang Ustaz? really? ke pasal penulis nak kritik/kondem/balas sakit hati kat sesetengah pendakwah yang agak keras attitude mereka dengan anak2 seni?
lagi satu part epilog/ending yang memeningkan kepala, nape tak pilih je satu dari dua ending - hero reunite ngan heroin kat pulau tu dah cukup cantik dah takyah diserabutkan dengan kisah balas-dendam (dengan Ustaz) yang tak habis2
Watak-watak heroin pulak lemau lagi sangat-sangat 1-Dimensi - cantik, pakai/tak pakai tudung. ada lesung pipit bla-bla - sapa tak terpikat, kan? Kena jugak dengan watak hero yang macam hero manga shonen jiwang yang stereotipikal - pemalu, kreatif, indecisive -urghh...
So far i read cerita dia not bad and cerita dia agak detail untuk certain part yang I ada skip. I kurang suka part yang character jenis yang okay untuk sentuh each other as perempuan and lelaki.
Kalau baca sinopsis, kita biasanya tahu dengan siapa diorg mungkin end up, but dalam cerita ni nak tunggu diorg end up together tu mcm lama je nak sampai. Sebab dia ada kisah yang berlaku dulu before diorg together. I attracted sebab baca sinopsis dia actually but the storyline tak kene dengan sinopsis.
Ada certain part yang cringe and the hero in this story i tak suka part which di senang untuk terima orang lain after that Japanese girl tu dh takde. And ade watak yang annoying which macam bengong bengong gitu which i tak sanggup nak baca.
Cover dah menarik.. tajuk dah menarik.. tapi jalan cerita tak tau nak cakap macam mana. Beli sebab rasa tertarik dengan sinopsis alang alang ada sale beli jela terus tapi nampak je perkataan nona manis tu macam turn off gila. Like cringe betul baru sampai bab5 dah tak sanggup nak habiskan. Rasa macam baca penulisan kanak kanak. Maaf.
I love the storyline but I really hate the ending cuz the ending just like that after a long time for dhea and danial to be together? but seriously i hate ustaz johari but it can be reality also I seriously stress over how lamanya danial and dhea gonna be together. not achieve my expectations but it's still good:)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sebuah cerita yang lain daripada yang lain. Pendek kata, boleh tahan. Untuk penulis baru seperti Marki Miharbi, teruskan menulis. Saya menantikan karya anda yang seterusnya! Tahniah untuk penghasilan Badi Buddy! Sepanjang pembacaan, ada perasaan naik dan turun.
Gaya penulisan seorang lelaki jelas dapat dirasa ketika saya membaca buku ini. Lain daripada kebiasaan biarpun unsur dan rasa cinta watak utama terhadap Nona Manis yang telah tiada itu. Tak sia-sia beli buku ini di Popular!
lari dari tajuk. sinopsis di belakang buku tak sama mcm jalan cerita. dari sinopsis saya membayangkan novel ini berkisah tentang konflik antara dani n dhea dan pengorbanan/kesetiaan dhea dalam cuba utk memulihkn dani dari trauma dan kepercayaan dani membawa badi. tapi sgt lah menyimpang dari sinopsis dan tajuk. lebih separuh dari cerita hanya berkisahkn perubahan hidup dani sahaja, bagaimana dia move on dan kisah2 cinta baru dia. cerita nya tidaklah teruk, cuma agak kecewa kerana tak seperti yg.diharapkan (yg membuat saya beli novel ini pada mulanya). kisah dalam sinopsis hanyai di"cramp" secara tergesa2 pada akhir2 novel. perkara positif dari novel ini ialah penulisan yg baik dan ada "character development" walaupun masih kecewa kerana kisah spertimana dlm novel ini sebenarnya bukan minat saya kerana saya mengharap kisah seperti sinopsis..harap pihak publisher dan penulis pada masa depan dpt review betul2 sinopsis agar bersesuaian dgn jalan cerita sebenar.