Jump to ratings and reviews
Rate this book

JELITA

Rate this book

449 pages, Paperback

Published December 1, 2016

2 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Hash Aulia

102 books305 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (41%)
4 stars
10 (34%)
3 stars
5 (17%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 11, 2017
3.7*
Ok..3 kali terjadi..penat nak type..apapun this novel is the best among her 3 novels that Ive read.

Berkisahkan tentang Jelita (Elly) yg ada low self esteem setelah cinta hatinya merangkap suami tak jadi menolak untuk memperisterikannya setelah di lamar oleh keluarga Adam sendiri hanya kerana penampilan Jelita tidak lagi memenuhi citarasa. 40/40/40 dan dark skin colours. She was considered fat and ugly. Jelita tidak sejelita namanya lagi. But to Jelita she was only chubby not fat tapi bukan tahap obese. Muka tidak cantik like model tapi manisnya tetap ada..ini saya setuju..siapa lagi nak puji diri kita kalau tidak diri sendiri kan? Bersyukur tu namanya.

Mungkin jodoh kuat bertemu pula di KL. Penghinaan bertali arus diberikan oleh Adam agar Jelita tidak bekerja sebumbung lagi dengannya. Hero kedua Ryan Daniel jadi seorang pencinta yg setia dan melindung dia saat dia diperlukan. Namun demi persahabatan, dia juga terpaksa melakukan yg sama kepada Jelita agar dia dapat lihat sahabatnya bahagia..Malah his treatment dan kata cacian lebih teruk impactnya terhadap Jelita.

Boleh expect the following :

1. Lelaki yg ego bertukar menjadi lelaki yg sedar diri namun tetap pentingkan diri asal matlamat tercapai.

2. Lelaki yg hidup ibarat lilin membakar diri asal orang yg di sayangi bahagia.

3. Ibu2 yg terlalu berharap agar hubungan Adam/Jelita dapat diselamatkan. Anak dah kena hina dan caci teruk pun suruh bertahan konon itu bukan diri Adam yg sebenarnya..Kerana marah, si ibu juga sanggup mengeluarkan kata2 yg sama.

4. Fairytale like story..Ugly duckling turned into a beautiful swan.

4. Jual mahal. Then voila..back together again and happy ending.

Apa yg saya tak suka :

1. Senangnya dia jumpa kawan lelaki whom happened to be her ex beau without notifying her husband. Not once but multiple times.

2. Khairan kenapa mudah memaafkan Adam but not husband.

3. Anti climatic. All 3 novels are like that..Maybe it was meant to be that way sebab dah biasa disajikan dengan heavy stuff, saya rasa mungkin author kurangkan impactnya dengan plot yg simple. Ingat apalah yg merantai Ryan hingga sebegitu sekali. Maybe I dont understand these type of friendship..Terhutang kasih sayang dengan Adam..Like even sanggup jaga makan minum Adam di luar negara waktu further studies. Then anything lebihkan kepentingan Adam hingga ke Msia. Tetap begitu.
Kata tak sanggup melukakan hati isteri dan jika harus memilih dia memilih korbankan perasaan diri sendiri. Actually the casualty was Jelita not the men. As Jelita said..alasan tidak menghalalkan cara. Yes, this statement Jelita shd preach on herself too.

4. Typo on the character's name. Adam and Ryan.

Pendapat saya tentang obesity/fat
Benarlah paras rupa tu penting..tak kira bagi lelaki ke perempuan asal sejuk mata memandang dan mempunyaj hati baik, mmg kita akan tertarik. Namun for Jelita, dgn that kind of measurement pun dia tak rasa diri dia gemuk. Malah sedang2 saja katanya..I put on 10kg within the last two weeks..and now Im paying the brunt of it from gorging foods non stopped. Mcm mana dia boleh bertahan. Tak jaga penampilan tu secondary tapi kesihatan haruslah jaga..Im not saying fat people tak cantik..malah ada yg terlalu cantik bila berisi but...hmm..

Penat2 pun panjang juga.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 5, 2017
#94#2017

Done reading Jelita by Hash Aulia. .

Jelita ialah seorang gadis yang berbadan besar. Ditolak dan dihina oleh Adam kerana kehodohan dan kegemukannya. Hadirnya Ryan memberikan kebahagiaan dalam hidup Jelita. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama. Mampukah Jelita menerima dan memaafkan suaminya setelah dirinya sekali lagi dihina dan dipukul?

Jelita mengetengahkan isu kecantikan yang wanita idam-idamkan. Orang yang bertubuh besar juga berhak mencari bahagia masing-masing. (I'm wondering the BMI of Jelita. Sebab dalam novel ni, dikatakan Jelita ni chubby, tapi takde la obese. Tapi, Adam pernah kutuk Jelita 40-40-40. So, tetiba terfikir, sebesar manakah Jelita ni?) .

Dalam ni jugak, ku sangat kagum dengan persahabatan Ryan dan Adam. Ketika ditanya, antara Adam dan Jelita, siapakah yang akan dipilih oleh Ryan? Ryan memilih untuk mengorbankan dirinya sendiri. Apabila Adam kembali dan ingin memiliki Jelita, Ryan berundur. Kesian Jelita. Ya, pada masa tu, Ryan mungkin dalam dilema. Tapi, ku bersetuju dengan Jelita. Andai Ryan terlebih dahulu berbincang dengan Jelita, solution mereka adalah sama-sama menjaga Adam, tanpa mengorbankan perasaan masing-masing. .

Ku suka novel ni. Ni salah satu novel HA yang berbaloi dibaca. Tahniah! .
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 4, 2018
I LOVE THIS NOVEL! Addictive!! Once u start baca... u cant stop... n buktinya, my eyes ada "Prada Bag..." not "EyeBag" ok 🤣🤣

Cantik itu subjektif. Menjadi kesalahan ke bagi perempuan yg tak cantik?? Bukan ke kecantikkan penyedap mata?? Seorg wanita dinikahi kerana empat perkara... Kerana Hartanya, Keturunannya, Kecantikkannya & kerana Agamanya. Maka pilihlah kerana Agamanya nescaya kamu beruntunh. HR. An-nabawi

"Mcm mana ko boleh membesar jadi buruk mcm ni? Dulu kemain cantik... Sekarang aku nak rasa menyesal suka ko masa kecik2 dulu. Even berkawan pun aku tak sanggup...!!" 😣😣

Nur Jelita... rupa tak "seindah" tak "secantik" namanya. Berbadan sedikit gempal, kulit berwajah sedikit gelap... Jelita, dia tk buruk mana pun tapi dia jgk tk cantik mana pun... Sedap mata memandang tapi bukan pada si DIA 🙄

Adam Harris, cinta sejati Jelita merangkap suami tak jadi pulang dari luar negara untuk memutuskan pertunangan dia & Jelita dengan alasan 'Masih Belum Sedia' 😤 (WakLu ler Adam...masa tunang dulu, ok aje da siap sedia...ko kot yg terhegeh2 ajak kahwin) Adam yg beria2 sukakan Jelita, masa kanak2 lagi Adam da suruh parents dia pinangkan Jelita bila mereka da dewasa... but now??? Adam cuma ada perasaan Menyampah terhadap Jelita. Yup, Adam & Jelita USED TO BE CLOSE... too close sampai keluarga pun tk dpt pisahkan mereka 😅

Adam, dulu, setiap kali pandang Jelita, dlm hati mcm ada taman... but now, penuh kebencian, sampai nak pandang sebelah mata pun tak boleh 😏 Yelah, Adam kan now segak...hensem but Jelita.... Jelita tak secantik seperti ape Adam bayangkan, Jelita bukan wanita idamannya.... sekali pandang mcm Janda anak 5 😣

Membawa hati yg luka, sakit... Jelita ingin memulakan hidup baru di KL. Dia nak kerja disana. Ingatkan da kat KL hidup aman dan damai... sape sangka... kecik sgt dunia ni... Adam Harris bos Jelita di Gala Holdings 😱 Diherdik, dimarah, Jelita masih boleh tahan...tapi kalau dihina...Hati mana yg mampu tahan? Mcm2 tomaham yg Jelita dpt. Teruk Jelita kena "bully" dengan Adam. Selalu saja Adam pedajal Jelita.
Sedih baca pasal Jelita ni....it will make u cry 😭

Salah ke jadi gemuk? Salah ke dilahirkan tk cantik? Walaupun gemuk, tak cantik & bodoh, Jelita tetap mcm manusia lain... ada hati & perasaan, reti menangis, reti sakit hati 😔

Ada sesuata dlm diri Jelita yg buat Ryan Daniel, kwn baik Adam tertarik dengan Jelita.. mcm magnet 😅 Baik Ryan ni... selalu ada bila Jelita susah, jatuh, menangis... menjadi penyelamat setiap kali dikasari Adam. Mmg mereka kawan baik, tapi Ape yg Jelita tak tau, Ryan ni bos Adam jgk. Adam & Ryan hampir bergaduh kerana Jelita. Bukan sebab Ryan pilih Jelita berbanding Adam... but Ryan cuma nasihatkan ape yg perlu Adam tau. Menghina fizikal seseorang bukanlah amalan yg patut dipraktikan! Ryan tk suka Adam hina Jelita. Ryan rasa Ryan suka Jelita 😋 Jelita bukan sesiapa bagi Adam tapi dia segalanya pada Ryan. Adam menilai Jelita melalui fizikal, tapi Ryan, melalui hati 😅

Bila Ryan ckp nak melamar Jelita jadi isteri, Adam bungkam. Bila Ryan ckp dia sukakan Jelita, Adam rasa sesuatu. Sesuatu yg dia sendiri tidak faham... hati pun tk mampu tafsirkan. Ntah kena semenjak dua menjak ni hati Adam rasa serba tk kena, penat mencari punca...tapi tk jumpa.

Hadirnya tanpa diduga... membawa seribu perasaan. Memberi semangat tatkala dia lemah... menghulurkan tangan ketika dia jatuh. Kalau nak kira budi Ryan... dah tak mampu dia balas sebenarnya... 😰

Jelita menjadi isteri kepada Ryan Daniel. Ikhlas ke Ryan mengahwini dia... atau ada sesuatu yg Jelita tk tahu? "Rahsia" yg sebenarnya Ryan Daniel Bos Besar Gala Holding kantoi 3 hari selepas bergelar isteri Ryan.

Ryan yg buat Jelita kembali tersenyum, Ryan yg buat Jelita yakin bila bersamanya...walaupun sebenarnya dia bnyk kekurangan berbandinh kelebihan... tapi, kebahagiaan yg Jelita dpt sementara saja 😩

"Andai kata satu hari Ryan terpaksa memilih antara cinta & persahabatan, yg mana Ryan pilih?"
"Diri sendiri...Kalau terpaksa berkorban salah satu, abang akan korbankan diri abang..."

Adam... "kembali" meluahkan permintaan luar kotak fikirannya... merayu kepada Ryan. Bila fikir permintaan Adam, Ryan jadi kusut, sedih, kecewa & serabut...tapi Ryan tak ada pilihan selain menurutkannya.

Jelita makin pelik. Adam semakin mesra... Ryan semakin jauh... kenapa? Ryan berubah 200% 😞 Tiada lagi sayang2 dengan Jelita... yg ada hanya Aku..Kau..😟 Ditengking, diherdik suami sendiri. Selama berkahwin dengan Jelita... Ryan cuma ingin permainkannya... Cinta? Huh... Cinta yg boleh Go To Hell!! Ryan jadi ringan tangan. Ditarik rambut Jelita... ditampar... ditolak tubuh Jelita kuat ke dinding... Ryan yg tak pernah menyakitinya kini mula menyakitinya 😰 Darah yg melekat di jemari dia, Jelita tk terkejut... malah sakit di hati yg paling menyakitkan.

"Ko Gemuk, ko Hodoh... ko fikir aku kahwin dengan ko sebab cinta ke? Sebab sayangkan ko? Hell, NO...! Diri ko dengan pelacur tak ada beza. Dan aku tak suka pelacur cuba2 sentuh aku walaupun pakaian aku..." 😭

Adam meninggal dunia, mengejutkan ramai org & Jelita digantung tak bertali oleh Ryan... Ape sebenarnya yg terjadi antara merela bertiga? Kenapa masing2 berubah? Ryan... betul ke dia tak ikhlas kahwin dengan Jelita? Dan Adam, sakit ke? Accident ke?

"Bila saya kata Cinta,maka saya memang Cinta kecuali dipaksa oleh waktu & keadaan yg membuat saya terpaksa nafikan cinta..."
(Siapa yg ungkap ayat2 ni? Adam atau Ryan...?)

Ooppsss!! Review Terpanjang pulak 🤣🤣 Kalau nak tau ape jadi.....
Semua terjawab dlm novel JELITA. Superb, Ohsem novel!! Da baca tak boleh nak letak... boleh tak kasi berbintang-bintang untuk novel ni??
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
#Jelita
82 reviews36 followers
March 19, 2017
JELITA -HASH AULIA

#AdamHarris
#Jelita
#RyanDaniel

Jelita dan Adam Harris berkawan sejak kecil. Perhubungan yang baik diimpikan berterusan sampai ikatan perkahwinan namun apabila Adam balik dari luar negeri , dia berubah hati melihatkan perubahan Jelita. Jelita tidak seperti yang dibayangkan. Baginya Jelita tidak sepadan dengan dirinya yang kacak dan berkelulusan luar negeri. Bukan hanya setakat menolak jodoh yang ditentukan oleh ibubapa masing-masing , Adam turut menghina Jelita sehingga melukakan hati kawan sepermainan nya itu.
Disebabkan kecewa, Jelita membawa diri ke KL untuk melupakan kisah ditolak oleh Adam. Di KL berjumpa juga dgn Adam yang merupakan bos di tempat dia bekerja. Adam tetap melayan Jelita dgn buruk malah semakin teruk. Kehadiran Ryan Daniel yang merupakan sahabat baik Adam menjadi penyelamat Jelita. Layanan Ryan membuai perasaan Jelita. Tetapi hanya untuk seketika.
Mengapakah Ryan berubah . Dimana Adam pulak di masa tu.
Kisah yang menyelami hakikat masyarakat yang memandang paras rupa seseorang. Persahabatan yang tulus yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan sahabat baik. Cinta yang ikhlas melihat lebih daripada fizikal seseorang

Penulisan yang menggamit emosi , perasaan rendah diri Jelita disebabkan kekurangan pada dirinya namun adanya sokongan keluarga, kawan dan yang tersayang memberi keyakinan kepadanya.
Cerita yang senang difahami , diselit dgn pengajaran yang boleh diambil untuk realiti hidup bermasyarakat
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.