Korang ada masalah untuk tinggalkan dosa atau mungkin korang sendiri tak tahu yang perkara tu dosa?
Korang sedar tak, dosa bukan saja dilakukan melalui mata, telinga, mulut, tangan, kaki, tapi boleh juga melalui hati?
Korang tengah usaha untuk perbaiki diri dan jadi manusia yang lebih baik pada setiap hari, dengan cara kurangkan dosa-dosa seperti mengumpat, suka menunjuk, bangga diri, panas baran, pandang rendah orang lain, dengki, sangka buruk dan lain-lain?
Maka, buku LARI DARI NERAKA terbitan Tarbiah Sentap oleh Aizuddin Hamid ditulis khas untuk anda! Ya, anda! Termasuk orang di sekeliling anda.
Bacaan yang santai dan sarat dengan teguran menusuk kalbu. Topik yang paling saya gemari ada menyentuh perihal solat, ghibah, dan sangkaan buruk serta beberapa lagi.
Walaubagaimanapun, saya tidak berapa gemar dengan penggunaan bahasa rojak dan campuran bahasa melayu dan inggeris dalam penulisan seperti ini. Penggunaan perkataan "korang" lebih baik digantikan dengan anda. Walaupun buku ini adalah bacaan santai, penggunaan gaya bahasa yang lebih formal adalah lebih baik dan lebih mudah untuk mendekati pembaca. Justeru saya beri 3 ⭐
Buku ini memberi saya banyak kesedaran dan pengetahuan baharu. Kesan daripada buku ini menjadikan saya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik selepas ini. Terutama dalam pergaulan dan komunikasi sesama manusia setiap hari. Buku ini banyak menyentuh mengenai cara kita menangani sesuatu perkara sama ada berkaitan isi hati mahupun perbuatan/tuturcara dalam Islam bersandarkan kepada hadis.
Penggunaan bahasa dalan penulisan buku ini adalah santai dan tidak berat. Mudah difahami dan straight forward kepada pembaca. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Alhamdulillah , selesai sudah buku ini dibaca. Sebuah buku yang seolah-olah menjadi teman kepada kita dalam urusan seharian. Diselangi dengan contoh dan nasihat serta bagaimana mengatasi masalah hati . Setiap manusia itu berbeza. Bagaimana caranya untuk menghalang atau mencegah semua nya terpulang pada kita .Betulnya niat kita, maka betul la hati kita. Insyallah
Isi kandungan dia memang best sebab itu antara persoalan dan situasi yang berlaku sekarang ni.
Anis ingat tajuk disebabkan tajuk dia "Lari Dari Neraka", penulis cerita tentang cara untuk lari daripada buat dosa atau jauhkan diri dari maksiat. Rupanya tak!
Tapi bagi Anis, itu bukanlah cacat cela buku ni. Penulis nyatakan perkara yang kita tak tahu pun sebenarnya tu dosa dan soalan-soalan yang sering ditanya.
Jadi, dengan persoalan dan situasi itulah penulis lengkapkan dengan dalil serta cara untuk mengelakkan diri dan motivasi buat kita (pendosa).
Kita pendosa, dia pendosa, mereka pendosa. Apa yang membezakan antara kita hanyalah kesedaran dan kekuatan untuk bertaubat.
Apa yang Anis suka lagi tetang buku ini ialah, cara penyampaian isi.
Penulis gunakan bahasa yang santai dan ringan. Sehinggakan Anis berasa seolah-olah sedang bersembang dengan penulis. Masya Allah!
Buku ni bergenre motivasi jadi sudah tentu ada kata-kata motivasi untuk kita lari dari neraka dan menuju ke syurga.
Jap. Korang tahu tak, apa beza antara fitnah dan mengumpat?
"Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Adakah kalian tahu apa itu mengumpat?' Mereka menjawab, 'Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.'
Baginda bersabda, 'Iaitu kamu menyebutkan sesuatu tentang saudaramu yang tidak disukainya.' Seseorang bertanya, 'Apa pendapat tuan jika apa yang saya sebutkan itu memang ada pada dia?'
Baginda menjawab, 'Jika apa yang kamu sebutkan itu ada padanya, maka kamu telah mengumpatnya. Jika apa yang kamu sebutkan itu tidak ada padanya, maka kamu telah melontarkan suatu tuduhan dusta kepadanya.'" _(Hadith Riwayat Muslim)
Fitnah ialah kita cakap benda tak betul tentang seseorang. Mengumpat ialah kita cakap benda betul tentang seseorang, tapi orang tu tak suka sebab mungkin aib bagi dirinya.
Contoh fitnah? Kawan kita tak ada kurap di belakang badannya, tapi kita reka cerita yang dia ada kurap supaya orang lain jauhkan diri daripadanya.
Contoh mengumpat? Kawan kita memang ada kurap di belakang badannya, lepas tu kita cerita pada orang lain sehingga orang lain jauhkan diri daripadanya. _Aizuddin Hamid