Banyak quotes yang tak original. Maksudnya yang pernah saya baca di laman-laman lain. Hanya diubah sedikit dalam susunan ayat. Ada juga kata-kata yang saya rasa langsung tak bermanfaat di bahagian terakhir. Dan saya tak faham, kalau penulis dah putuskan untuk menulis tri-bahasa, kenapa tak teruskan saja? Ada bahagian yang dwi-bahasa.
Buku ni saya beli di laman web carousell tahun lepas, tapi baru dibaca tahun ini. Jadi, harganya murah sahaja dan berbaloi. Diterbitkan 2017, dan saya rasa, kalau manuskrip ini dihantar sekitar 2019-2020, editor mungkin akan meminta penulis untuk menambahbaik karyanya sebelum diterbitkan.
Walaubagaimanapun, saya suka buku berkulit keras. Dan buku ini adalah buku pertama yang saya habiskan pembacaan di bulan februari. Ianya buku "boleh habis dalam sekali duduk". Ada juga beberapa kata mutiara yang saya kira boleh dibaca semula bila diperlukan di masa hadapan.
Koleksi quotes Budak Tomato. Tapi yang buat 'tak sedap', ada masukkan quotes syok sendiri yang tak beri manfaat langsung kepada pembaca. Bukan satu dua tapi banyak. Tak berbaloi untuk dibeli. Ada banyak lagi nak komen, tapi malas nak tulis panjang-panjang. But I learned something valuable related to my research from this book.
Buku tri-bahasa (English/Malay/Arabic) yang menampilkan random quotes and scribbles. Entahlah, I don’t get it. Some were not even original. Probably meaningful if you’re a fan of Budak Tomato.
1) Ini merupakan buku kedua Budak Tomato selepas Esc.
2) Buku ini berkulit tebal & sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk semua. 😁
3) Baca buku ini ibarat membaca luahan hati Budak Tomato.
4) Luahan hati yang disampaikan dari hati melalui tangan yang menari insyaa allah mampu menyentuh hati.
5) Kalau Tuhan berbicara denganmu melalui ujian, maka penulis berbicara denganmu melalui tulisan. Dan, aku di sini berbicara denganmu dengan sepenuh ketulusan.
6) Semoga terus mendapat inspirasi bila membaca buku ini.
7) Oh ya! Kat muka depan buku ini ada teka silangkata yang perlu diselesaikan.
8) Macam mana nak selesaikan?
9) Kenalah baca buku ni sampai habis. Kah! Kah ! Kah!
10) Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberi Tuhan.
Rasa macam pernah baca beberapa quote Budak Tomato kat tempat lain. Lepas tu, quote lain tu menyampaikan mesej sama mcm quote di luar sana yg lain. Yang bezanya, penulis ubah perkataan dan ayat. Yang paling saya tak suka, pembaziran kertas. Satu quote sepanjang satu status Twitter ditulis atas satu page. Sangatlah membazir pokok-pokok di luar sana. Dah la harga RM30.00. . Bahagian depan, sebelah kanan Bahasa Melayu, sebelah kiri terjemah Bahasa Inggeris. Adoiii... Mudah nau buat duit. Compile status Twitter. Satu status atas satu muka surat. Dan jual RM30.00.
Saya baca sebab nampak adik beli buku ni. Saya tak nafikan yang ramai remaja sukakan quotes. Tapi saya kurang gemar pada ayat-ayat bahasa Arab yang digunakan. Kebanyakannya nampak sangat direct translation atau seperti guna google translate. Bahasa Arab pun ada tatabahasa yang perlu dijaga. Sekiranya penulis kurang penguasaan bahasa Arab tetapi tetap ingin memasukkannya dalam karya, seeloknya dapatkan pandangan dan semakan oleh pakar, barulah dapat membantu dalam penulisan khususnya pelajar remaja yang minat buku sebegini
🔖Ini buku ke 2 Mato selepas Ecs. Tapi Untuk aku buku ke 3 beliau yang di baca. Jangan dulu jangka yang sempurna dan setingginya. Sebab yang lain dari semua buku lepas adalah kali ini, himpunan kata² motivasi. Terdiri daripada 3 bahasa-Melayu,Inggeris dan Arab.
🔖Buku yang menjemput kita masuk dalam dunia Mato, dunia yang dekat dengan hati dan fikirannya. Aku merasa setiap kata² dalam ini satu² melompat dari hati dan benaknya diwujudkan dalam cetakan. Misalnya, perkongsian dari pengalaman sendiri dan sekelilinglah membentuk kata² ini terwujud.
🔖Percaya, tiap apa termaktub di dalam semestinya sedikit sebanyak kena dengan diri aku atau setidaknya ada sesetengah, satu waktu nanti akan mengena.Kerna kita mendewasa dengan pengalaman dan segala kesakitan.
🔖Aku banyak termenung setiap kali baca bila ia terkena zuppp 🏹ke hati❤️
🔖Buku ini manfaatnya dijumpa pada hati² yang mahu ambil satu kata, sebentar fikir dan selaminya. Tak tahu kenapa mudah sangat tersentuh ayat (Leret Gambar ke 2) Menangis baca ayat tu. Adakah sebab fikiran itu jua bermain² kini diusia ini tentang masa depan?
🔖Ayatnya ringkas saja seakan baca qoutes dari Twitter/Tik Tok pula. Pada yang minat lukisan gandingan fonts dan ilustrasi buku, ini sangat ringkas seperti kata² ringkas namun berbekas.Insya Allah pada hati yang mahu masuk ke dalam kata² beliau.
This second physical book of Budak Tomato is really vivid and clear. I mean, you could just randomly split it open in front of you, read and then bam! You got the message (or can I say the quote) that is there. And man, in three languages?! That is damn cool. It is not specifically about religion, but can be apply generally too. Which is a good thing. I can probably bring this book anywhere I go. Of course, one of the cons of this book is actually, it is quite big in size rather than any quote books out there. And, yeah hardcover! On the other hand, it is full of illustrations which I loved. That could make up for the size, I guess.
A totally different style of writing from his previous book 'esc'. Those who loved quotes would love wor(l)d. As for me, i prefer 'esc'. And im hoping for more 'esc' in the future. Nway, Nice try and well done Tomato!
Words in three languages perfectly put to express the emotions and describe the situations we have been or we are being through. Every time I go to a bookstore, this is a must book that I open and read a page although I've one at home.
a book about motivational quotes; 3 languages. creative design inside there. at first i thought it was a fiction book, (silly me for not getting the right info first). anyway, for those who loves quotes, this is for you!
Basically buku ni is a compilation of motivational quotes. Bukan biasa2 la sbb most of them mcm kena dgn diri sndiri. Design tulisan n gmbar2 cantik. Sesuai la untuk koleksi peribadi. Tapi harga agak mahal la, tapi sy pnjam library so takde masalah hehe. Penulis santai, quotes dia x bosan, ada mix english n malay. Apapon sy enjoy baca buku ni🤗
Ini kali pertama baca buku quote dalam hidup. Dapat secara tidak disengajakan.
Saya agak kagum dengan penulis yang menguasai 3 bahasa. Buku ni sesuai kalau baru nak belajar bahasa Arab, sebab ayatnya pendek-pendek, senang nak faham. I wish I found this book earlier. Senang sikit nak dapat A dalam Bahasa Arab SPM. Hehe
Anyway, buku-buku quote macam ni sesuai untuk 25 tahun ke bawah & juga yang minat art/seni. Kalau sejenis yang suka ayat panjang-panjang, fakta, memang idoklah sesuainya.
Sekitar 10 minit digunakan untuk habiskan pembacaan. Saya baca kerana adik saya keluarkan daripada rak buku saya. Banyak buku-buku lama yang saya sendiri sudah lupa isinya dan buku ini salah satu daripadanya. Mata yang enggan tutup memaksakan saya untuk membelek semula buku ini.
Buku lama. Dibeli pada tahun 2016-2017? Entahlah, saya sendiri pun lupa. Sebelum mengulas mengenai buku, molek andai kita berkenalan dengan tuan penulis dahulu. Budak Tomato, atau Mato. Masyhur kerana penulisan beliau di blog. Zaman dahulu, blog sahajalah tempat manusia membaca dan bercerita. Seronok pula bila teringat zaman kegemilangan blog. Mato antara blogger kegemaran saya dahulu. Tulisan-tulisan beliau -waktu ketika saya muda- mampu menyentuh hati. Tidak ingin mengulas identiti sebenar Mato. Dia lelaki atau perempuan, antara dia dan Tuhan.
Rentetan itu, tidak adil rasanya untuk menilai Mato hanya daripada sebuah buku beliau. Barangkali buku ini ialah sebahagian daripada ruang-ruang kebebasan daripada sifat tulisan kebiasaan beliau. Wallahua'lam.
Walau bagaimanapun, saya sendiri tidak berapa gemar dengan buku ini. Barangkali cocok andai dibaca oleh golongan "healing" kerana (1) ayat-ayat ringkas (qoutes) berkenaan kehidupan dan (2) reka bentuk serta gambar yang menarik. Golongan yang disasarkan? Mestilah perempuan. Bukan pukul rata, tapi pemerhatian saya adalah pada bahagian ulasan buku di Goodreads sendiri yang rata-ratanya perempuan.
Qoutes yang terlalu biasa. Penggunaan Bahasa Arab pula kurang baik. Entahlah bagaimana penulis menterjemah. Saya sendiri kurang arif berbahasa Arab, tapi barangkali kerana sering baca terjemahan puisi dan syair cinta Arab, Parsi dan Urdu, saya merasakan terlalu teruk Arab-nya.
Pendapat saya ini juga barangkali kerana usia saya yang semakin bertambah. Teringat kalam Ustaz Saiful Aqil bahawa tidak semua buku wajar ditulis dan tidak semua yang ditulis wajar dibaca. Sekian, panjang pula ulasan saya.
Disappointed. Saya beli buku ni masa awal awal publish, tak perasan atau tak tahu Budak Tomato pernah mention buku ni adalah quotes semata. Unoriginal, most quotes have been read somewhere. Extra point for the trilingual.