Seorang gadis kaya bernama Chika yang baru sedar daripada koma mendakwa dirinya adalah seorang pelakon yang meningkat naik bernama Azira Khidir. Persoalannya, gadis bernama Azira Khidir telah mati dipercayai dibunuh di apartmentnya. Polis masih menyiasat kes pembunuhannya.
Ibubapa Azira kemudian terpana bila mendapati perwatakan dan kelakuan Chika memang mirip benar dengan mendiang anak mereka.
Apakah sebenarnya yang berlaku pada Chika?
Adakah hal ini dapat dikaitkan secara saintifik atau ada sesuatu yang terselindung di sebalik sebuah pembohongan? Wujudkah sebuah reinkarnasi atau kelahiran semula? Dan apakah kaitannya dengan sebuah JANJI?
Walaupun aku cerewet dalam memilih buku yang aku suka, aku jarang sangat bagi buku rating satu bintang. Sebab aku tahu kerja menulis bukan kerja yang senang. Tapi, buku ni... *mengeluh*
Novel Janji ini, tak menepati cita rasa aku. Langsung. Dan aku baru tahu FIXI baru-baru ini benarkan versi e-booknya dimuat turun secara percuma. Lagilah aku baran. Kalaulah aku tunggu sedikit masa lagi sebelum membeli...
Blurb buku ini bila dibaca sekali imbas memang menarik. Tentang reinkarnasi. Chika atau Tengku Syafiqa yang sedar daripada koma tiba-tiba mengaku dirinya Azira Khidir, seorang pelakon/model muda yang telah setahun meninggal dunia akibat dibunuh. Plot misteri yang menarik untuk diteroka.
Namun begitu, cara penulisannya sangatlah simplistik, bersahaja dan terlalu amatur sehingga padaku tak menarik langsung. Mungkin untuk meraikan semangat urban FIXI agaknya tapi membuatkan buku ini terus jadi tak sedap.
Bila tak sedap, segala-galanya jadi menjengkelkan. Tak tahulah apa masalah penulis sampai dia asyik eja perkataan perempuan sebagai 'pompuan'. Kalau perkataan tu dalam perbualan atau dialog, boleh diterima lagi. Tapi merata-ratalah ejaan pompuan. Eh, sakit pulak mata kita ni. Sama juga dengan quitick. It's CUTEX-lah.
Watak dalam novel ini terlalu ramai tapi tiada seorang pun yang aku sukai. Bila aku dah tak suka watak, aku tak boleh nak menyelami watak dan secara tak langsung aku jadi tak suka buku ni. Akhirnya aku membaca sebab nak tahu pengakhiran misteri reinkarnasi tu sahaja.
Penulis juga macam tak buat homework langsung, tak tahu macam mana polis dan PI bekerja. Kalau sesiapa baca siri novel yang ditulis oleh Rozlan Mohd Noor seorang bekas anggota polis, kita dapat menyelami kesibukan watak utamanya, Inspektor Mislan yang sampai nak luangkan masa untuk anak dia pun tak sempat. Tapi Inspektor Farris dalam novel ni siap ada masa main kayu tiga (kalau skandal dia sesama polis aku boleh terima lagi, mungkin sebab selalu bekerja bersama sampai berselingkuh di tempat kerja.) Patutlah kes pembunuhan Azira tu tak selesai walaupun dah setahun berlalu sebab polis lagi sibuk bercengkerama.
Adegan-adegan romantik(?) Khai-Jed tu sangat menggeli dan menjengkelkan ya, tuan-tuan dan puan-puan. Cringe nak mampus.
Sejak awal sehingga separuh buku, hati aku meluap-meluap nak bagi satu bintang pada buku ni tapi aku bersabar dulu kerana aku fikir mungkin aku akan berubah fikiran pada pengakhirannya. Tenyata sehingga ke noktah terakhir aku langsung tak berpuas hati dengan buku ini. Makin banyak persoalan dan benda yang tak logik. Salah satu contohnya, Chika yang tak pernah masuk dapur pegang sudip tiba-tiba boleh masak mi goreng rasa macam sejibik sejibon Azira masak. Logik?
Macam biasa, kesalahan tatabahasa tetaplah ada, merata-rata. Sebenarnya aku kecil hati tau dengan FIXI ni. Kalau ayat-ayat dalam bahasa Inggeris, aku tak jumpa pun kesalahan grammar, tapi bahasa Melayunya...
Aku suka cover buku Janji ini yang nampak sangat lembut dan comel.
Idea yang digunakan oleh NA juga boleh tahan. Aku sangat teruja dengan isu Reinkarnasi yang cuba diketengahkan. Yalah, macam penulis selalu/berterusan cakap dalam narasinya, mana ada kepercayaan Reinkarnasi dalam agama Islam. Jadi, aku nak tahu apa yang NA nak cuba sampaikan. Ya, aku teruja giler!
Aku tak baca lagi Comey, jadi aku tak boleh nak bandingkan antara Comey dan Janji. Tapi ramai juga yang cakap, Janji lagi baik dari buku sebelumnya. Maka, moga NA akan terus maju lagi!
Tapi...
Watak di dalam naskah ini sangat-sangat-sangat ramai. Meriah. Macam nak sambut hari raya. Kekadang nampak serabut. Seolah-olah NA pun rasa pening nak fokus pada siapa di setiap jalan cerita yang ingin disampaikan. Memang setiap watak ada fungsi (ada juga yang sekadar tempelan), tapi merimaskan. Pembaca yang dah tua macam aku ni, kekadang pandai lupa watak tu, watak yang mana satu.
OMG, kenapa perlu ada cerita drama petang dalam buku ni dan euwkk, boleh tahan menggelikan. Aku harap lepas ni, takdelah penulis-penulis asyik nak bash buku-buku Romantik melayu, cakap itu-ini tapi dalam tak sedar tulis juga babak macam tu. Eh ini bukan ditujukan untuk NA tau sebab aku kenal NA ni. Dia sangat hormat penulis lain. tapi untuk semua penulis. Ada beberapa penulis macam tu, dia tulis konon-konon novel indie, tapi dia tak sedar dia tulis juga babak macam tu. Ada satu kes ni pulak, dia tulis novel cinta, dan suka benar nak hentam buku indie yang konon bagi isu yang melebih-lebih, terbuka dan melalaikan, padahal dia tak baca pun apa isi yang nak disampaikan. Makanya, bacalah mana buku yang korang rasa bagus. Jangan main hentam saja dan acah-acah tulisan kau paling bagus! (ok ini lari topik!)
Aku tak suka cara penyampaian naratif cerita naskah ini. NA seperti ingin masuk campur di dalam narasi cerita. Mungkin juga boleh dikategorikan dalam Tell Not Show. Ada beberapa perkataan dan ayat, kerap kali diulang untuk membuktikan apa yang ditulis itu, ada betulnya. Cukuplah sekali saja bagitahu, biar pembaca berfikir dengan sendiri.
Apasal ramai suka bab akhir/kesimpulan Janji ni ya? Aku sakit hati je. Bukan macam yang aku jangkakan. Memang kesimpulan tu nampak boleh tahan, tapi takkan disebabkan janji kau dengan orang yang kau tak kenal, kau menyusahkan hampir semua orang yang ada di sekeliling kau. Owhh man, betul-betul menjengkelkan.
Ok next!
Apa-apa pun moga NA makin sukses lagi di dalam dunia penulisan! Moga keluar banyak buku lagi.
kerana ingin menunaikan janji, 'dia' sanggup lakukan apa saja!
plot twist memang menjadi lumrah dalam buku2 fixi, namun untuk naskhah #janji, ending nya agak sempurna kerana dapat mengungkapkan keseluruhan cerita dengan begitu baik. 1 bintang untuk penulis! ending yanga mudah, padat dan berkesan.
apa yang aku kurang suka dalam buku ni :
1. banyak watak2 sampingan, walaupun end up ada perhubungannya namun adakalanya menganggu pembacaan ditengah2 cerita. ditambah pula dengan pelbagai sub plot, sedikit berceleru. namun, nasib baik penulis bijak menyusun plot agar pembacaan lebih teratur.
2. klise novel melayu, jed-irfan-tasha! kenapa ada?? hahahah.. entah, hanya aku yang tak boleh terima kot.. memang part diorang agak annoying, skip jer..
3. ada beberapa bahagian agak tidak logik dengan ending, namun masih boleh diterima.
apa pun, naskhah kali ini digarap lebih baik berbanding #comey.
Buku Janji ni lansung tiada dalam list untuk dibaca pada bulan ini. Tapi mengapakah boleh terbaca? Sebab baca mukasurat pertama, rasa menarik dengan konsep yang dibawa oleh penulis iaitu reinkarnasi. Menarik kan? :) Reinkarnasi tu bahasa ringkasnya ialah seperti dilahirkan semula tapi dala jasad orang lain dan kepercayaan ini tiada lansung dalam agama Islam ya.
Mengisahkan tentang Chika yang terjaga dari koma dan dia mengaku yang dirinya bukan Chika tetapi Azira. Siapa Azira? Seorang pelakon/model yang mati setahun lepas di apartmentnya. Dikatakan Azira telah dirompak. Dan Chika, dia telah bikin huru hara keadaan. Ingatkan dia bohong. Tapi semua pasal Azira dan apa yang dia katakan memang benar.
Ikutkan, masa mula baca tu okay. Sebab tertanya-tanya betul ke si Chika ni. Atau dia gebang buat-buat lupa dekat keluarga asal dia. Lagi-lagi mak dia yang macam Dato Vida tu haha. Annoyed kot! Mungkin itulah sebab dia pura-pura lupa mak dia haha tapi itulah, dia bermati-matian nak jumpa dengan keluarga Azira. Dan mak Chika sebab sayangkan anak dia. Dia minta keluarga Azira jaga sementara Chika.
•Banyak watak sampingan. Kalau korang skip page, confirm lost. Sebab semuanya akan saling berkait rapat. • Konflik rumahtangga yang paling dibenci. Curang! Kenapa kena curang kalau isteri atau suami dah cukup baik. Ada anak. Kehidupan pun bukanlah papa kedana teruk sangat. Pelik manusia sekarang. Curang itu pilihan. • Dalam Janji ni, kita dapat lihat. Duit boleh buat manusia lupa diri. Disogok wang terus boleh buat kerja yang hina. Halal haram belakang kira dah. • For me personally, kisah cintan cintun Jed & Irfan okay. Sebab pernah baca lagi teruk dari kisah dieorang ni berkasih sayang. Haha • Ending dia buatkan saya rasa di pertengahan rasa. Suka dan tak suka haha. Tapi apa yang saya tahu. Hanya disebabkan janji. Semuanya terjadi.
Kalau lewat buku pertama penulis Noor Azlin menulis secara bersama dengan Nur Farahida, kali ini beliau memberanikan diri merangka kisah dan plot Janji secara bersendirian. Janji yang diperkenalkan melalui blurb fixi merupakan antara yang paling menarik sekali. Chika yang terbangun dari koma menjadi orang lain. Bukan calang calang orang, dia bangun sebagai Azira Khidir pelakon yang sudah terbunuh. Bertolak dari situ pembaca diperkenalkan dengan watak watak yang boleh tahan ramainya bagi mewarnai penceritaan Janji. ¾ naskah janji berpusar pada keluh kesah Jed atau Azizah yang keliru jantina berperan sebagai penyiasat terhadap kes Inkarnasi yang dianggap mustahil oleh masyarakat Muslim. Penulis melihat Jed dari sudut prespektif peribadi beliau, bagaimana Jed yang ada waktunya feminin dan maskulin, Chika yang selesa menjadi Azira untuk mewarnai naskah janji. Watak watak yang lain membaca karekter masing masing juga memberi nafas pada naskah Janji. Simpang siur hubungan mereka dan perasaan mereka ada menyumbang pada jalan cerita yang ada waktunya lucu ini. Membaca novel santai ini menjadikan kamu teruja mahu tahu apakah rahsia seterusnya. Namun disarankan kamu hati hati kerana banyak watak watak yang bersimpang siur sepanjang penceritaan. Mungkin penulis mahu pembaca menaruh syak pada setiap watak yang ada termasuk Datin ibu Chika sendiri yang merupakan pengasas produk kecantikan yang agak flamboyan sifatnya. Janji dimulakan dengan prolog yang baik agar pembaca dipancing secara berterusan. Kosa kosa kata yang santai seperti Tak, Konfius, transform, driver dan dua tiga pinjaman dari Bahasa Inggeris banyak diguna pakai bagi memudahkan pembacaan yang santai. Pembaca akan merasa seperti penulis duduk di hadapan dan bercerita secara langsung. Buku yang tidak mengecewakan, penamat yang mengejutkan akan menjadikan kamu lebih teruja untuk memiliki garapan ke dua Noor Azlin. Saranan saya beli satu sekiranya kamu dalam perjalanan yang jauh… ianya pasti akan menghiburkan kamu sekiranya tersadai menanti penerbangan atau sewaktu naik keretapi ke destinasi masing masing.
Dah habis buku ni sebelum ni lagi. Lambat sikit reviewnya hahahaha.
Overall buku ni bagus. Rasanya lebih bagus daripada Comey. Sebab Comey saya baca sikit terus nak letak kat shelf balik. Kemungkinan besar sebab tak faham bahasa Kelate. Tapi dengan Janji, saya boleh straight je baca kalau tak ada kerja lain. Tapi disebabkan ada tuntutan lain, maka sebab tu lambat. Oh ya, lambat sikit sebab nak devour the book sebab bagi saya, saya suka penulisan Kak Noor dalam buku ni.
WRITING Sarkastik dan sesuai untuk bacaan santai lepas otak penat bekerja.
CHARACTER Karakter dalam novel ni banyak macam novel Comey. Walaupun tak keliru dengan nama depan 'Mek', tapi tetap saya keliru jugak. Which one is speaking... etc. Saya suka watak utama, Chika. Part Datin, Dr, Puan dll tu saya suka. Cuma part cinta tiga segi tu macam tak berapa suka.. Ni sebab saya sendiri yang tak baca novel cinta hahaha. Penulis bagus membezakan karakter setiap watak walaupun Chika dan si tomboy tu sama2 ada monolog sarkastik. Tak taulah mungkin saya saja. Tapi saya nak part Chika tu diceritakan lebih sikit. Sebab part drama si tomboy tu banyak pulak dan tak ada kaitan dengan Janji. Kalau part Chika dikembangkan lagi, InsyaAllah lagi best!
PLOT Banyak pulak pasangan curang dalam novel ni. Temanya curang la kot smpai hampir semua watak curang. Kalau tak curang, menggatal hmm. Mungkin ini realiti kehidupan sekarang. Dah akhir zaman, kan. Di 70% cerita penulis ada bagi klu rahsia sebenar novel ni. Apa yang saya teka hampir betul dan bila saya pm penulis, barulah tau ada slack tekaan tu haha. Apapun, ending tentang 'rahsia sebenar' dalam buku ni macam terkejut sikit. Yang ni ada dua pendapat : sesetengah orang boleh terima, sesetengah prefer revelation tu slow sikit.
Terima kasih dan tahniah buat Kak Noor atas novel ni. Naskhah ini adalah antara naskhah FIXI yang tidak kurang baiknya! All the best untuk novel akan datang. Chaiyok!!!
Keseluruhannya buku ni berjaya aku habiskan ketika aku dalam process ‘reading block’. Cuma terasa macam puzzle yang perlu melengkapkan setiap satu cerita biar semu itu berkait antara satu sama lain. Aku hampir lost dan hampir juga lupa nama-nama watak tapi nasib baik masih ingat.
Permulaan crita agak menarik namun bila jalan crita diperkenalkan dgn watak Jed dgn adegan2 beliau bersama dgn bos Khai..agak meluat dan geli geleman sbb byk sgt adegan konon2 romantik dan meleret2..lps tu plak aku agak pening ngn munculnya byk watak2 tambahan yg melompat2..kbyknnya isu suami org yg ada skandal..mmg realiti zmn skrg kot...tp aku tak puas hati sbb ending agak rushing...tup2 Chika accident trus 'ingat' kembali siapa diri dia dan aku mmg x sangka lgsg bila dpt tau siapa pembunuh Azira..ternganga jap la mulut ni..huhu
Secara jujurnya saya suka buku ni. Penulis pandai menulis dan kekalkan tahap kuriositi kita sampai kalau boleh taknak lepas buku ni. Tapi ada beberapa perkara saya sedikit agak kecewa. Terutamanya part ending. Plot twist dia seolah-olah mematikan cerita macam tu saja, alasan untuk karakter berkelakuan demikian tak berapa nak kukuh, terutamanya Jed. Karakter nurse tu pun macam out of nowhere, muncul 2 kali saja sebelum akhir sekali rupanya dia dalang juga. Entahlah noks. Semua berlaku atas sebab JANJI tapi tak nampak macam tu alasan yang kuat sampai perlu membunuh.
Apa-apa pun, saya tak serik dengan penulisan dari penulis ini. Saya berharap next time kalau ada terbit buku lain dengan fixi lagi, ending perlu diperkemaskan lagi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
At first, excited nak baca buku ni sebab sinopsis dia menarik. Tapi bila dah mula baca... :/
1. Buku ni ada terlalu banyak sangat watak. And penulis banyak ceritakan tentang watak-watak secondary ni walaupun cerita diorang tak penting sangat to the main storyline. Like I know the sort of main theme of the story is...perempuan rampas laki orang? But rasanya tak perlu kot nak cerita pasal skandal Dr. Ameera dengan Dr. Azlan. And skandal Datin Hartini dengan Dr Azlan. And Farris and Amelia. Watak Tasha pun macam so extra kalau dia tak ada pun lebih bagus. Like aku rasa subplot ni semua tak begitu penting to the story jadi tak perlu nak cerita sangat. Lebih baik kalau penulis boleh focus on the main character instead.
2. Ini sepatutnya buku misteri kan? Tapi kenapa bab menyiasat tu macam tak sangat? Paling banyak pun Jed baca diari and search online. Si Khai pulak apa sangat lah yang dia buat. Satu benda pun tak buat.
3. The ending is kinda rushed? Tak tahu lah tapi bila dah habis buku ni rasa macam what's the point of the whole thing....? woops Like serious tak faham. *SPOILER*
Chika bunuh Azira sebab nak tolong Afiq since Azira ada scandal dengan bapak Afiq aka Inspektor Farris. Tapi kenapa nak kena pura-pura jadi Azira? Part tu aku tak faham sangat. Apa motif dia? Macam buang masa je. Especially since lepas dah berbulan-bulan dia pura-pura jadi Azira lepas tu dia accident lagi and terus jadi Chika balik. I don't get the point of the whole thing....?
4. Some things are not explained. At the end, diorang explain plan Chika tapi masih ada benda yang tak explain macam siapa yang bunuh Amelia? Chika yang bunuh juga ke?????? I'm confused.
Lastly, aku tak suka the fact that perempuan yang kena blame. The author's note literally says "Janji juga adalah nasihat untuk mana-mana wanita yang mempunyai niat untuk merampas suami orang supaya melupakan niat mereka". "Perempuan rampas lelaki orang" tapi kalau lelaki tu tak berminat mana boleh perempuan rampas dia kan? Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Macam yang ditunjukkan dalam buku ni, walaupun dah bunuh Azira pun, si Farris tu masih tak learn his lesson. Ada ke dia kisah bekas kekasih dia kena bunuh? Memang tak, perangai masih sama je. Nak ada skandal dengan si Amelia pula. Nampak sah masalah dia ni bukan perempuan yang "rampas laki orang" tapi laki tu sendiri. Membunuh Azira tu tidak menyelesaikan masalah langsung. What was the moral of the story? Jangan rampas lelaki orang sebab kau akan kena musibah walaupun bukan salah kau sorang, lelaki tu pun bersalah, but we're just gonna pretend yang ini semua berlaku sebab perempuan yang gatal nak menggoda lelaki yang iman senipis tisu?? 🥴🥴
Aku lost kat tengah tengah. mungkin sebab banyak watak, tp hujunh hujung pun aku takboleh relate apa kaitan janji dia ngan afiq dan penyamaran reinkarnasi tu?takpaham takpaham.
Apa yang special tentang novel ni adalah penulis masukkan idea tentang reinkernasi. Buatkan pembaca nak tahu ada ke isu reinkernasi dalam Islam dan betul ke perkara tu memang benar-benar wujud?
Apa yang saya tak suka dalam novel ni adalah terlalu banyak watak dan karakter. Berselerak habis. Kadang tak tahu nak fokus yang mana tapi nasib baik semua watak nampak hidup dan ada fuction. Second, saya tak suka babak cinta dalam novel ni. Meluat teruk. Jed dengan Khai? Paling benci 😣😣😣 Tapi tahan juga baca novel ni sebab jalan ceritanya yang agak menarik. Mostly cerita ni berkait dengan perosak rumahtangga orang. Ending? Tak berapa gemar. Rasa macam tak patut pun Chika buat keputusan macam tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Setelah sekian lama dekat berbulan jugak nak habiskan, maybe sebab life aku busy sangat kot.
Mula mula excited lah jugak baca buku ni tapi lama lama jadi slow and bercelaru plot dia buatkan aku banyak kali menguap kalau nak baca ended up tertidur, tambah pula dengan ayat yang memeningkan sedikit and terlalu ringkas.
Tapi okey lah jugak sebab ada unsur kelakar sikit. And of course ada unsur plot twist, cumanya aku dah dapat jangka so macam tak feel sangat.
And ending dia seriusly macam eh?? Hah sebab punca terjadi semua benda dalam buku ni rupanya sebab itu je? macam tak logik and lari lah mood nak menghayati novel ni.
Bila free sikit masa lunch hour, aku suka muat turun bab awal buku-buku fixi. Isnin haritu salah satu bab awal buku yang aku muat turn -- Janji. Serius menarik. So balik kerja terus singgah mph dan beli buku Janji.
Jalan cerita menarik dan padu. Setiap perkataan aku hayati betui2 sebab taknak terlepas pandang any hint. Almaklumlah genre penyiasatan kan. Jadi aku kasi 4 bintang. Tapi, bila sampai ke ending macam, "eh gini ja ending dia?" So terpaksa tolak satu bintang ☹️
Aku expect something more thriller. Tak sangka pulak yang sebenarnya....
Agak turn off sikit bahagian ejaan. Dan mudahnya watak-watak kena sogok dengan wang untuk selesaikan masalah, banyak kali pulak tu 🤣
Aku suka plan asal dia. Epilog membuatkan aku ubah fikiran untuk kasi 4 bintang, dan baca epilog barulah faham cerita mengenai 'Janji' dan apa yang terjadi dengan semua watak yang diceritakan walaupun sebelumnya, dah baca lebih separuh cerita pun masih lagi bingung dengan apa yang terjadi.
(Jarang penulis FIXI diberi banyak bintang, tapi kali ni aku puji! Dan terima kasih untuk ebook free)
Sangat tak faham. Terlalu byk plot cerita yang tak berapa berkaitan. Paling tak faham, sebenarnya Chika yang bunuh Azira. Tapi tak pulak diceritakan bagaimana dibunuh. Katanya, Azira mati dibunuh sebab ada rompakan di apartment dia. Tapi kes ditutup begitu je. Untuk apa Jed sibuk siasat pasal Azira, kalau dah tau Chika yang membunuh Azira? Banyak lagi ruang tulisan yang boleh diperbaiki. Seriously, buku ni tak recommended untuk dibaca.
Tahniah penulis sebab berjaya buat aku percaya dengan 'reinkarnasi' dalam novel ni. Haha. Watak banyak sangat tapi boleh faham la jalan ceritanya. Memang style penulis eh prolog dah bagi hint tapi pembaca tak perasan sampailah epilog baru melopong...oooo... Gitu rupanya... Haha. Btw, Jed & Khai sweet nokrom hahahahahah teringat drama Sindarela lakonan Syarifah Amani dulu.
Pada mulanya agak keliru juga dengan watak2 yang ada. Tapi bila nak sampai ke hujung, barulah faham twistnya. Semuanya hanya kerana sudah terlanjur berjanji dan janji itu harus dilunasi dengan apa cara sekalipun.
Twist yang baik, cuma watak tu kadang kala mengelirukan. Mungkin nama yang dekat2.
saya sangat suka buka ni , walaupun saya masih remaja , tetapi minat saya dalam membaca sangatlah tinggi , dan inilah buku kegemaran saya ....tq akak azlin
Buku ini antara yang paling aku puas hati baca. Buku bertemakan penyiasatan. Kisah Chika yang sedar dari koma tetapi mengakui bahawa dia bukan Chika tetapi Azira, seorang pelakon yang baru sahaja mati. Teori Reincarnation diketengahkan oleh penulis.
Ramai yang merungut tentang ending sebab ending dia macam terlalu tiba-tiba. Tapi, bagi aku, aku boleh terima.
Apa yang menarik dalam buku ini adalah, setiap watak dalam ceritanya memainkan peranan yang penting. Tidak ada watak yang hanya tempelan termasuklah watak budak tadika bernama Afiq dan Akmal. Penulis juga pandai membuatkan kita susah nak syak siapa dalang kematian Azira.
Di penghujung cerita barulah kita akan faham kenapa buku ini diberi tajuk JANJI. Tak perlu kedekut untuk aku bagi 5 bintang.
jarang2 baca novel melayu..sbb kurang gemar dgn gaya bahasa yg terlalu bersahaja, tapi mngkin mmg mcm tu la novel skrg. ending dia dah boleh agak..memula tak berapa teruja (nak bg 2 bintang je) tapi epilog akhir tu "menyelamat"kn novel ni dari bad review sbb ia menjelaskn kewujudan scene2 dan watak2 yg pd mulanya saya rasa tak perlu n saja ditokok tmbah utk drama tambahan. jd sy tambah 1 bintang utk epilog yg padu. not bad!