Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kumpulan Cerpen Remaja: Fiksi Buat Marquez

Rate this book
Celoteh dan pengalaman penulis, Ruhaini Matdarin dalam kumpulan cerpen ini digarap dengan begitu bersahaja. Tetapi nilai estetikanya tetap ada. Lenggok penulisannya menggamit perasaan pembaca. Hayati dan kongsilah pengalaman dengan mata hati dan jiwa untuk mendapatkan pencarian yang bermakna.

334 pages, Paperback

First published January 1, 2017

9 people want to read

About the author

Ruhaini Matdarin

36 books37 followers
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
June 16, 2018
Buku ini dibaca dalam sela perjalanan ke rumah sanak saudara sewaktu raya ke 2 dan ke 3
Profile Image for Ira Nadhirah.
606 reviews
June 29, 2025
Masih lagi dalam misi menghabiskan buku buku Ruhaini Mat Darin yang terdapat dalam koleksi saya.

Setiap kali membaca koleksi cerpen Ruhaini, habis sahaja cerpen yang terakhir, saya pasti akan berfikir 'dari mana Ruhaini dapat idea menulis cerita cerita ni?'.

Naskhah kali ini disajikan dengan 23 cerpen yang pelbagai. Tiada premis yang tetap. Semua cerpen berubah ubah. Ada yang punya good ending, ada yang bad ending. Sisi lucu nya masih ada, terutamanya watak watak diberikan nama penulis seperi Paulo, Salman, Marquez, Tolstoy. Setiap cerpen juga mempunyai pengajaran. Yang paling saya ingat mungkin cerpen tentang kemaafan yang tertangguh. Dan juga entah kenapa ada beberapa cerpen yanh wataknya dapat melihat roh dan hantu, tapi not in a spooky way. More to roh tersebut membantu manusia yang masih hidup.

Ruhaini dan ayat teratur, saya kira mungkin sebab itu buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi bila difikirkan balik, kesemua buku Ruhaini tidak kira diterbitkan oleh rumah penerbitan yang mana sekalipun susunan ayatnya tetap bagus dan teratur.

Jika anak anda suka membaca, dan anda mencari buku bahasa Melayu yang bagus (kurang cinta cinta semata mata, atau bahasa yang tidak elok), carilah koleksi cerpen Ruhaini.
Profile Image for Ema.
1,124 reviews
April 5, 2018
Cerpennya membuat kita berfikir-fikir.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.