Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kutemui Sinar Itu

Rate this book
Mengisahkan perjuangan dakwah Ummu Salamah yang berusaha gigih untuk mengimarahkan Masjid An-Nur dengan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat. Namun, usahanya mendapat tentangan beberapa orang petugas masjid yang diketuai Zaki, yang berasa iri hati dan tidak dapat menerima kehadiran Ummu Salamah sebagai ketua mereka di Masjid An-Nur. Zaki sering mensabotaj kerja-kerja yang dilakukan oleh Ummu Salamah. Tindakannya telah mencipta permusuhan antara mereka berdua. Konflik yang lebih hebat wujud apabila Zaki bersekongkol dengan pemaju hartanah yang ingin membeli tanah Masjid An-Nur untuk membangunkan pusat beli-belah. Bebanan kerja dan masalah masjid juga sering menjadi punca perbalahan antara Ummu Salamah dengan ibu mentuanya. Namun, sifat sabar, penyayang, toleransi dan baik hati yang dimiliki Ummu Salamah akhirnya membaca sinar harapan yang dicari-cari selama ini.

327 pages, Paperback

First published January 1, 2017

2 people want to read

About the author

Asmah Hashim

14 books14 followers
KARYA YANG TELAH DITERBITKAN:

Apakah Dosanya: Amazon/ Kindle Direct Publishing (ebook & Paperbook) 2025

Warisan Di Hujung Denai: Amazon/Kindle Direct Publishing(ebook & Paperbook) 2025


Memadam Titik Hitam: Terbitan Pekan Ilmu Publication-2024(remaja)

Qasidah Untuk Emak-Dewan Bahasa dan Pustaka(kanak-kanak)-2025

Keris Bersepuh Emas: PENA -2025 (kanak-kanak)

NERACA NISA' : Terbitan DBP 2018

ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK TERIMA KASIH IBU : Terbitan DBP 2018

ANTOLOGI CERPEN DI BAWAH TULIP MERAH : Terbita ITBM/Yayasan Usman Awang 2018

KUTEMUI SINAR ITU : Terbitan DBP 2017 ( Novel )
BIOGRAFI SITI JASMINA : E- Klik DBP 2016 ( Ruangan Bakat)

CABARAN DUNIA PENULISAN HARI INI : E- Klik DBP 2016 ( Ruangan Berita)

ADUH, PENING! : Alaf 21 2016 ( Novel )
Kolaborasi Cerpen 49 penulis : Komplot Penulis – Antologi cerpen (2015)
Kolaborasi Cerpen 50 penulis : KAPUR KASUT VS KAPUR TULIS -
Antologi cerpen (2015)
CERITA KEHIDUPAN : Memenangi tempat kedua sayembara menulis NOVEL REMAJA DAN KANAK-KANAK KOPERASI DBP ( 2014)
TOLONG CARI SUAMIKU : Alaf 21 ( 2014)
AKU TURUT BAHAGIA : Alaf 21 ( 2013)
MAAFKAN RINA : CERPEN –MINGGUAN WANITA (2015)

IMPIAN SEGUNUNG INTAN – CERPEN – MAJALAH WADAH SISWA (2014)
DOA DAN AIR MATA ( FARDHU AIN- EDISI 15-2012)
RAHSIA MALAM PENGANTIN ( CERPEN) - MAJALAH WANITA 1999 ~ ( UTUSAN)
AKHIRNYA DIA KE TANAH SUCI ( CERPEN)- AL-ISLAM 1999 ( UTUSAN)
BIARLAH DIA PERGI (CERPEN)- SURATKHABAR UTUSAN MELAYU 2002 (JAWI)
KALAU DAH JODOH (CERPEN) – URTV 1999 (UTUSAN)
WARKAH UNTUK MAMA (CERPEN) – URTV (UTUSAN)
RELA BERMADU (CERPEN) – 2002 URTV ( UTUSAN)
AYAH OH AYAH (CERPEN) –SURATKHABAR UTUSAN MELAYU 2002 (JAWI)
MASIH ADA BAHAGIA ( CERPEN)- 2000 URTV (UTUSAN)
GILIRAN BALIK RAYA (CERPEN)- 2000 WANITA ( UTUSAN)
RINDU EMAK (CERPEN) –WANITA 1999 ( UTUSAN)
KERANA CINTA ( CERPEN) – 2000 URTV (UTUSAN)


Boleh juga lawati Blog saya : https://pnasmahhashim.blogspot.my/201...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (66%)
4 stars
1 (33%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
1 review1 follower
April 17, 2017
Novel ini berbentuk Islamic santai pada saya. Jalan ceritanya menghiburkan disamping penulis berjaya menyelitkan mesej sinis kepada masyarakat. Isu mengimarahkan masjid jarang sekali dipertengahkan dalam novel. Masjid bukan saja tempat untuk kita menunaikan solat 5 waktu sehari. Tapi masjid juga adalah tempat untuk kita melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Masjid bukan tempat yang perlu ditakuti.
Terselit jugak isu dengki dalam novel ini. Dengki dengan kebolehan orang lain sehingga sanggup menganiaya orang adalah sifat yang harus dibendung. Watak Zaki digarap sempurna. Membuatkan saya benci dengan watak itu. Kalau ada depan mata mau saya seligi kepala dia...hihihi
Antara isu lain adalah isu mak mertua yang tak suka menantu yang bekerja. Namun watak Halimahton tidaklah sekejam watak Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku...hihihi
Isu2 yang dibangkitkan membuatkan novel ini selain menghiburkan terselit jugak mesej dalam bentuk tersirat. Antaranya berkaitan tentang kepercayaan baik dalam pekerjaan mahupun dalam rumahtangga. Berkaitan sikap saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina. So tahniah buat Kak Asmah Hashim untuk novel yang indah ini.
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
December 16, 2017
saya kagum dengan gaya bahasa penulis,yang menggunakan Bahasa Malaysia yang standard. ceritanya ringkas tetapi penuh dengan pengajaran.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.