Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu.
Seorang kru dirasuk. dan seorang kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat.
Karya-karya #IlyaAbdullah memang jarang menghampakan. Aku follow juga writer ni dalam genre #novelcinta mahu pun #novelseram. Mungkin betul, kisah novel ni terlalu simple, straight forward dan endingnya satu plot twist yang mengingatkan aku pada filem Dukun.
Namun, tidak dapat dinafikan, keintelektualan penulis terzahir juga melalui watak dan konflik yang dihadapi mereka. Melalui persoalan dendam, aku sebenarnya tak terkejut dengan ego, penting diri dan perasan betul watak Zaitun yang cuba memusnahkan keturunan bekas kekasihnya. Secara halus, inilah sikap yang wujud dalam dunia kini. Manusia sering cuba menegakkan benang yang basah dan sentiasa beralasan dengan melihat diri sendiri sebagai mangsa. Hal ini dijadikan sandaran untuk membenarkan penganiayaannya terhadap orang lain.
Aku fikir terlalu banyak lapisan unsur suspens seperti melalui rahsia, agak menjengkelkan pembaca. Tambahan pula ianya kelihatan terlalu 'malas' dan mudah. Rahsia yang enggan Mak Wan beritahu tentang siapa sebenar Melissa,berapa anak Zaitun, hubungan Zaitun dengan keluarga Hero,hubungan Ibu Salimah dengan keluarga Raziman, identiti sebenarnya dan beberapa lagi lapis rahsia yang di repitasi menyebabkan kesan dramatik terhadap pembacaan itu, sedikit terjejas.
Tapi bagaimana pun, novel tentang bomoh yang menggunakan sihir untuk menghidupkan patung dengan pemujaan dan pembantaian manusia ni, memang menakutkan dan membuatkan aku hilang selera tengok daging mentah.Makanya,teknik deskriptif penulis sangat baik sampai merangsang imaginasi pembaca dengan membacanya saja(tanpa melihat secara langsung!).Satu novel seram yang baik dan memberi pengajaran.Disarankan baca, tak menyesal😉 #fatimahmanaf #timahbacaapa #malaysiamembaca #kaki baca #kakibuku #ulatbuku
Buku ini penuh dengan unsur dendam dan gore, jadi siap sedia mental sebelum baca! Bahagian paling ngeri tentulah bila kebenaran terbongkar – memang rasa seram dan jijik, terutamanya saat hiris, potong, patung-patung itu mula bergerak. Dah macam main survival horror game pula, sebab kita dibawa ikut suasana lari dari patung-patung yang hidup.
Kisah bermula dengan sebuah produksi filem yang dijalankan di sebuah rumah puaka. Dalam rumah itu terdapat banyak patung, dan di situlah bermulanya siri kematian serta kehilangan yang menimpa mereka yang pernah berada di situ.
Yang paling menyeramkan—bila kita tahu apa sebenarnya isi dalam patung-patung itu 🤮. Semua berpunca daripada dendam seorang wanita bernama Zaitun yang kecewa dengan hidupnya lalu menyalahkan orang lain sebagai punca kesengsaraannya. Geram juga dengan Zaitun sebenarnya—dia sepatutnya bangkit dan berjuang, bukan menyerah pada nasib sampai menjerumuskan orang lain dalam kegelapannya.
Melalui kisah ini, kita dapat belajar bahawa bila kita hanyut dengan kesilapan dan dendam, bukan saja diri kita hancur, malah orang sekeliling terutama anak-anak kecil turut menjadi mangsa. Kalau mereka mampu lepaskan dendam dan move on, mungkin sudah ada kebahagiaan menanti. Tetapi kerana dendam jugalah, jiwa mereka terus dimakan kegelapan.
Plot Twist - double. Sampai ke ending penulis tidak mensia-siakan ruang yang ada.😆
Keseluruhannya, Mannequin memang seronok dibaca kerana ada kelainan dari novel seram biasa. Jalan ceritanya menarik, penuh dengan adegan gore yang buat mental kena betul-betul kuat untuk hadapinya 😅.
Best la. Kisah Adam yang menyiasat ttg kematian Melisa. Apa sebenarnya jadi pada dia. Kenapa ada org brdendam degn diorang.
Melisa seorang pelakon terkenal. Diambil utk berlakon filem seram. Tapi tak lama pun shooting, Melisa hilang.Tak tau ke mana. So Adam pun bertanggungjawab la nak cri Melisa ke mana. Setiap org yg ada kaitan dgn Adam akan jadi mangsa. Dendam apa sebenarnya yy orang simpan kat diorang ni?
Setiap sorang jadi mangsa dan dibunuh dengan kejam. Kejam mcm mana? Kenalah baca kan. Hehe. Manusia yg lupa dan percaya dgn takdir akhirnyaa mmakan diri sndri bila dorang tempah mannequin ni jdi teman hidup. Apa jadi pada dorang, ada dalam buku ni. So boleh la baca, siapa yg mnat novel seram.
Karya Mannequin ini sangat menakjubkan! Aku harap novel ini akan diadaptasi menjadi filem ataupun drama! Kalau novel Mannequin ni diangkat menjadi drama ataupun filem, memang boleh masuk pasaran antarabangsa. So overall memang seronok baca novel begini :) Aku baca novel ni dalam versi eBook di https://www.e-sentral.com/book/info/9... . Korang pun jangan lepaskan peluang untuk join sama baca eBook dia!
Aku suka idea buku ni.l, seni mannequin. Tapi yg haram tetap haram ye. Sesat tetap sesat. Jalan cerita senang nk visualise kan, seram dan misteri. Plot twist dia? korang kena baca sampai last page baru tahu betapa mind-blown dia! Aku pun tak expect. 🤣
Cuma… jujur ye ayat dia kadang buat otak buffering. Banyak ejaan salah, dan ada part tu kena baca dua tiga kali pun still tak faham. So I just skipped to the juicy dialogues
Follow cerita Mannequin ni dari Ilham Karangkraf lagi. Bila writter kata cerita ni akan dinovelkan memang rasa teruja sangat sebab nak tahu apa jadi pada Zaiton. Pada saya novel ni best cuma kena baca betul-betul sebab ada parts yang agak mengelirukan sikit. Tapi saya sangat suka plot twist dia. Memang tak terfikir dan diluar jangkaan.
(13/1/2025)✓ Melissa yang hilang telah mencetuskan banyak persoalan dan tidak dapat di jejaki oleh sesiapa. Adam yang merupakan polis mencari tahu dan menyiasat dimana keberadaan Melissa. Dari situ satu persatu dapat diungkap tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Buku ni sangat menarik dan best untuk dibaca pada masa lapang.
Best!! Berlainan dengan novel Melayu lain. Kebiasaannya baca mukasurat pertama dah boleh teka jalan cerita dan pengakhirannya. Yang ni lain, dah start baca tak boleh berhenti.
Sebuah novel yang patut dimiliki. Saya amat suka dengan jalan ceritanya. Plot ok! Boleh dikatakan setiap bab pasti ada unsur seram, suspens dan meremang saja bila baca. Kisah ini bukan kisah seram kosong tetapi membawa mesej dan moral yang cukup tinggi kepada kita. Saya tak rugi memilikinya. Serius! Saya terhibur sangat.
Hmmm... rasa nak bagi 5★ sebab jalan cerita memang menarik, best, i love it even the ending was really really sad.. kesian Adam tinggal sorang2.....
but...
i'm so sorry mr. writer. i gave you 3★ for this book because of the spelling, grammar... erggghh banyaknya salah!!! its really ruined my mood to read this novel. kalau satu dua error boleh terima lagi. ni in one page pun ada 5+++ error. idea memang terbaik. mungkin mr. writer nak cepat siapkan novel ni. okay. ejaan dan bahasa pun memainkan peranan untuk tarik orang baca novel/buku.
serius I betul2 hilang mood bila kita tetengah feeling baca ni then terjumpa salah eja lah, duplicate word lah, ayat tak berapa betul lah... banyak tau banyakkk...ㅜ.ㅜ
tapi ku gigihkan jua baca sampai habis sebab nak tau endingnya... ok. nasib berbaloi..
Memang tak rugi.. Terbaik.. Novel yang membuatkan jiwa bergetaran penuh debaran.. Sungguh tak disangka dalangnya sangat dekat dan pandai bermuka-muka.. Ngeri kala membaca bagaimana mangsa disiat kulitnya.. Adoi..
Hanya kerana dendam yg membara, Zaitun sanggup bersahabat dengan syaitan. Zaitun merupakan pengamal ilmu hitam, beliau menghasilkan mannequin bernyawa sebagai koleksi dan juga untuk kepentingan peribadi beliau iaitu membalas dendam lama salah satu cthnya. Habis org yg x bersalah menjd mangsa hanya utk menghapuskan semua keturunan yg didendamnya. Kekejaman demi kekejaman meragut nyawa org menjd permainan beliau tanpa pihak berkuasa dpt mengesan angkara siapa. Murahnya harga sebuah nyawa.
Yang menjd persoalan utamanya skrg, setelah kematian beliau dan ank ppuan beliau, manakala ank llaki pula dimasukkan ke hptl mental, kegilaan itu masih berterusan, siapakah pengamal selain Zaitun krn ilmu yg dituntut beliau hanya boleh diwarisi oleh keturunan beliau shj. Sedangkan keturunan beliau sudah mati n yg hidup x berkemampuan mengamalkan kerana kecacatan. Di sini mmg menarik apabila penulis pandai bermain teka teki sepanjang cerita disampaikan. Cubalah wlupun dalang tu ada dlm senarai suspek sy, tp sygnya sy x dpt meneka dgn tepat.
Mengapa Zaitun boleh terlibat dgn ilmu hitam, kenapa Zaitun berdendam ??? Siapakah dalang selepas beliau ? Semuanya akan terjwp dgn kejutan yg x disangka2. Apakah dendam beliau akan berakhir ??? Saya rasa novel sulong penulis kali nie mmg sangat memuaskan hati, wow banyak kejutan mcm novel beliau juga. Tahniah kpd penulis.
Sy fikir semuanya dh selamat, yg bersalah sudah terima balasan wlupun x dpt menghidupkan nyawa yg telah beliau ragut. Syg seribu kali sayang dlm kita bergembira, semuanya belum berakhir, tamat. Erkkkk....
Ok byk unsur2 suspen n seriau yg diketengahkan, plg x leh lupa waktu Bella menapak ke kereta selepas keluar dr butik, dgr tapak kasut.....last bila bahu ditepuk, fuhhh kering darah sy yg membaca hahaha. Ini cuma slh satu babak, byk lg sebenarnya. Harap karya penulis yg akan dtg pun lg hebat hendaknya, aminnn