Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rakus #2

Kesumat

Rate this book
Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan ujian sihir yang amat hebat oleh sekumpulan bekas orang kanan Karim. Lalu ia dihidupkan semula! Kali ini lebih hebat dan bernafsu besar!

Sejak itu, kegelapan mengganas lagi. Ia mara bagaikan api menjilat hutan kering. Dendam, tipu daya, darah dan rawan seolah-olah tidak mampu dibendung. Umpan-umpan ditabur dan pembunuhan demi pembunuhan dilaksanakan. Negara menjadi huru-hara.

Mampukah Azlan bertahan dengan ujian yang lebih runcing itu? Dapatkah Azlan dan ulamak-ulamak yang masih tinggal di tanah bertuah ini menghalang kemaraan kegelapan itu? Dapatkah mereka menyelamatkan negara ini dari dikuasai oleh hamba-hamba manusia syaitan itu?
Mungkinkah kali ini kebenaran akan ditewaskan oleh kebatilan?

“Datanglah padaku wahai roh yang tenang…” - Lelaki Misteri
“Tolong aku. Bebaskan aku daripada mereka. Buat seperti apa yang disuruh!” –Karim
“Tolong aku…” Soraya.
“Abang tak mahu hidup tanpa kepastian begini…” – Azlan.

400 pages, Paperback

First published February 28, 2017

6 people are currently reading
55 people want to read

About the author

Fitri Hussin

17 books18 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (50%)
4 stars
28 (38%)
3 stars
7 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Shimah Basri.
14 reviews9 followers
March 12, 2017
11 2017

Kesumat
Fitri Hussin
389ms
Buku prima
⭐⭐⭐⭐⭐

Kemungkaran dan kebatilan merajai bila soraya mula menghidupkan kembali ajaran sesat kumpulan panji hitam yang suatu ketika dahulu dipimpin oleh karim. Kematian karim di tali gantung membuatkan soraya semakin berdendam dengan Azlan kerana pada hematnya kematian karim semua adalah kerana salah azlan. Kemunculan lelaki misteri yang telah berjanji akan menjadikan soraya lebih hebat dari Karim membuatkan soraya semakin yakin akan dapat menewaskan Azlan. Dendam soraya telah berjaya memporak perandakan rumahtangga azlan, kematian halimah ibu azlan sangat menyayat hati, kehilangan isterinya mastura dan anaknya mengundang fitnah orang kampung. Azlan telah terkena santau dan sihir dari soraya menyebabkan dia sakit tidak sedarkan diri. Kematian para ulama angkara perancangan soraya juga membongkar semua misteri yang melanda azlan. Azlan mendapat bantuan dari ulama-ulama yang masih ada untuk menghapuskan soraya yang semakin jauh tersesat.

Apakah nasib isteri dan anaknya yang hilang? Apakah haq dapat menewaskan kebatilan? Siapakah Nyayi Lorokidul dan Sabdo Palon?
Segeralah dapatkan buku ini, sungguh kalian takkan rugi. Membacanya seperti kalian sedang menonton wayang kisah mistik. 60% kisah di dalam ini adalah aksi. Biasanya santau digunakan untuk menganiaya orang. Dan pukau digunakan untuk merompak atau mencuri. Di dalam buku ini kedua-dua ilmu in banyak diketengahkan.

Buku ini tentang sihir, serius aku bukan disihirkan oleh kuasa lain, tapi aku disihir oleh encik penulis supaya larut dalam pembacaanku... Sihir ampuh yang membuatkan aku tidak bisa berganjak dari terus tenggelam dalam medan penceritaan penulis ini. Cheese cake lazat lemak berkrim.. Kalah rasa new york cheese cake kegemaranku.....

Ps: Walaupun ada kesilapan penggunaan nama tapi ianya tidak menganggu pembacaanku... Sepatutnya kak mastura tapi jadi kak raudhah.... Tak ingat ms berapa.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews42 followers
June 7, 2023
Soraya mengambil tampuk kepimpinan Kumpulan Panji Hitam setelah kematian Karim. Dengan kebangkitan kembali kumpulan ajaran sesat tersebut Azlan kembali diuji. Dan kali ini dengan cara lebih licik dan halus.

Babak pembunuhan ulama secara beramai-ramai di dalam naskah ini sangat memberi impak kepada SH. Andai itu benar-benar terjadi di dunia nyata, tiada lagi tempat rujukan untuk kita. Kematian mereka sememangnya satu kehilangan. Orang-orang biasa yang kurang kuat ilmu agamanya akan semakin terumbang-ambing. Tiada guru untuk bertanya dan belajar. Dan itu sememangnya cara yang ampuh untuk semakin menyesatkan lebih ramai umat manusia.

Cara Soraya dalam menewaskan Azlan semakin licik. Kerana dia tahu andai secara berdepan dia bakal kalah lagi. Jadi Soraya menggunakan segala jenis muslihat untuk melemahkan sekaligus menumpaskan musuhnya itu. SH sempat curiga dengan Mastura. Sangka SH Mastura adalah pengikut Soraya tetapi ia lebih dari itu.

Walaupun naskah kali ini kurang aksi yang menegangkan dan lebih santai tapi tetap menarik dibaca. Jalan ceritanya menarik dan plot twist dia memang tidak menghampakan. Permulaan yang agak perlahan namun semakin menarik menuju ke penghujung cerita.

Cuma ada beberapa kesalahan percetakan di mana ada terdapat kesalahan watak. Patutnya orang lain tapi ditulis lain. Hingga SH terpaksa ulang baca ayat atau babak tersebut untuk memastikan dan memahamkan cerita.

SH suka bagaimana penulis memaparkan kelicikan syaitan dalam mengelabui mata Soraya serta pengikutnya. Semua fakta diputarbelitkan dan terpesong dari kenyataannya. Itulah dia syaitan musuh utama manusia. Apa sahaja cara akan digunakan untuk menyesatkan manusia. Andai kita sendiri kurang ilmu maka lebih mudahlah tugasnya menyesatkan manusia. Baru dibisikkan kalimah Arab yang entah apa maksudnya, kita sudah tersungkur. Sangat menakutkan tipu helahnya andai kita tidak punya persediaan.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
May 29, 2018
#30

Kesumat (Fitri Hussin)

Merupakan kesinambungan novel Rakus, novel Kesumat masih mengekalkan elemen yang sama dengan novel pertama. Penulis menggerakkan perjalanan cerita disulami dengan ayat-ayat al-Quran dan nilai keIslaman menjadikan karya ini semakin menarik!

Secara keseluruhannya, novel ini merupakan kesinambungan yang baik bagi saya. Ketelitian penulis dalam melakar setiap babak terutama pertarungan baik jahat wajar dipuji. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Ridzuan.
1 review1 follower
March 22, 2017
Quite simply put, Kesumat are fantastic and mind blowing novel.

Fitri Hussin has proven himself as a marvel, groundbreaking author again ( I read his novel, Rakus).

This novel recommended to anyone who craves to be thrilled while reading. It’s everything you need in a thriller or horror novel.

Magnum opus!
Profile Image for Nur Fatehah.
12 reviews2 followers
March 14, 2017
Assalamualaikum.
Ok..terima kasih untuk saudara fitri hussin hasilkan novel hebat ni.
Siapa yg nak baca Kesumat,aku syorkan baca Rakus dulu,supaya hangpa faham asal usul watak utama dan kemunculan kumpulan panji hitam.
Kesumat berbeza dgn rakus walaupun masih pasal ajaran sesat dan black magic tp dlm rakus lebih menceritakan asal usul panji hitam dan ilmu hitam,manakala kesumat lebih kepada dendam,dan lebih banyak aksi dan suspen.
Kalau hangpa nak cari banyak hantu dlm novel ni mmg x ada sebab novel ni pasal ajaran sesat dan ilmu hitam.
Apa yg aku dpt dr novel ni,penulis nak tekankan bahayanya ajaran sesat dan pentingnya Ulama2 dlm kehidupan kita waktu ni dgn dunia yg penuh dgn fitnah dan tipu daya syaitan.
Novel ni cukup rencah,buat emosi bertukar2,sekejap aku rasa menyampah,sekejap aku rasa sweet,sekejap aku rasa sedih.
Aku sebak bila ustaz Idris menenangkan ustaz Zakaria yg resah dgn pesanan pasal kematian.
Menitik airmata bila ustaz Idris meninggal dan cara kematian mastura.
Aku suka bila penulis banyak masukkan potongan ayat2 Quran,hadis dan nasihat.
Aku bangkang bila org ckp novel seram ni sampah,sampah ni la aku dpt sedikit ilmu dan pesanan.
Aku x pasti pasal kewujudan Nyayi lorokidul dan sabdo palon tp yg pasti dlm dunia ni bukan hanya manusia yg mendiami nya,Wallahualam.
Selepas habis baca Kesumat ni,aku termenung panjang pasal org2 kanan soraya dan juga soraya sendiri yg mati dlm kesesatan,Ya Allah.
Jauhkan la diri kita dgn tipu daya syaitan.
Dan aku gembira serta bersyukur Karim mati dlm beriman kepada Allah.
Aku bagi berbintang2.
Tahniah Fitri Hussin.
Profile Image for Hamidah Effendi.
357 reviews4 followers
July 27, 2025
Kesumat karya Fitri Hussain mengisahkan tentang seorang anak yang mewarisi ajaran sesat ayahnya. Dia tenggelam dalam mainan syaitan hingga menjadi ketua sebuah kumpulan sesat yang tidak teragak-agak membunuh sesiapa yang menghalang tujuannya.

Apa yang menarik?
Gabungan elemen moden dan tradisional menjadikan kisah ini sarat dengan aksi dan penuh misteri. Ada pertembungan antara ilmu hak dan ilmu sesat, termasuk kisah ilmu persilatan menyimpang yang ingin menguasai politik dunia. Unsur ilmu santau, fitnah, dan kuasa menjadikan jalan cerita ini makin gelap dan mendebarkan.

Watak Azlan membawa pembaca menyelami pencarian kebenaran tentang isterinya. Paling menyayat hati — kisah Mastura. Seorang wanita baik yang akhirnya menjadi mangsa fitnah dan ilmu hitam. Tragedi yang menimpa Mastura dan ibu Azlan betul-betul menyentuh emosi.

Buku ini buat pembaca geram dengan watak-watak yang mudah percaya fitnah. Siap ada yang sempat tawar orang lain jadi pengganti isteri Azlan — makcik oi, memang layak kena cili mulut! 😅🌶🌶🌶🌶

Pendek kata, Kesumat bukan sekadar novel aksi, tapi juga membawa mesej tentang bahaya fitnah, kepercayaan membuta tuli, dan kesan ajaran sesat yang menghancurkan kehidupan.
1 review
Read
March 11, 2017
1stly tq kepada penulis sbb buat novel ni bnyak yg kita bole belajar srsly dkt sni pun dia selitkkan cara2 berubat dlm Islam.. bnyak pengajaran yg kite dpt contohnya tipu daya syaitan. bnyak cara syaitan utk sesatkan kita contohnya dia memanipulasikan sesuatu keadaan seperti karim yg dipenjara bertaubat kpd Allah tetapi pada penglihatan soraya karim tetap pada ajaran mereka yg dianggap benar..kalau nk ditulis semuannya mmg panjang la so korg kena baca sendiri baru korg tahu.. srsly best gila x menyesal beli. kisah dunia batil dan hak akhirnya yg benar akan mng semoga novel ni dpt memberi kita ilmu dan teladan
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 24, 2017
cerakin...mesti ramai yang faham maksud cerakin tersebut. banyak pengertian tapi di sini cerakin yang dimaksudkan ialah pecahan bahagian.. macam kita belajar pecahan kat sekolah dulu, cerakin pecahan... haa... buat novel kesumat ni, ada beberapa pecahan kisah. tak seperti RAKUS, novel terdahulu tuan Fitri Hussin yang harus pembaca baca sebelum KESUMAT ini. kalau RAKUS lebih kepada pengenalan kepada banyak watak, KESUMAT ini lebih kepada agenda pihak jahat yang bertuhankan syaitan iblis.

pecahan pertama menjurus pada soraya, anak kepada karim. haa.. tu sebab akak kata kena baca RAKUS supaya pembaca tahu siapa karim yang sebenarnya dan kenapa soraya menjadi pendendam. soraya mahu bangkitkan kembali kumpulan panji hitam dan dia terpedaya dengan syaitan yang menyatakan karim diangkat seperti nabi isa di sisi Allah. nampak tak betapa jahatnya syaitan memperdaya insan yang kurang ilmu agama. mereka ini, macam soraya sendiri tahu isi kandungan Al-Quran tapi disebabkan terlalu taksub dan ego dia sendiri mampu menggunakan ayat-ayat Al-Quran tetapi dalam usaha menyesatkan dan memesongkan fikiran manusia yang lemah. semua diporak perandakan dan diselewengkan. dekat sini nampak yang syaitan iblis ini memperkudakan manusia yang jahil bagi menyesatkan manusia yang lain yang mudah terpengaruh...

pecahan kedua pula pada azlan. azlan ini sepupu kepada soraya yang percaya bapa saudaranya karim sememangnya telah taubat nasuha. azlan dijodohkan dengan mastura oleh ibunya halimah. halimah percaya mastura adalah jodoh yang terbaik buat azlan dan azlan pula anak yang mendengar kata menurut saja kata ibunya. setelah berkahwin dia sambung pengajian yang tinggal lagi beberapa bulan dan kemudian sekembalinya ke tanah air dia menjadi ustaz dan menyebarkan ajaran Islam. peroleh anak yang bernama yusuf dan rumahtangganya bersama mastura memang bahagia..

cantuman cerakin bermula.... dendam KESUMAT yang beraja di hati soraya berdentum-dentum marak. dia mula melancarkan serangan satu demi satu. rupanya banyak agenda yang tersembunyi. tak sangka juga kisah novel ini BESAR sebenarnya. ancaman bukan saja pada azlan tapi pada negara secara keseluruhan. bersembunyi di bawah naungan pertubuhan yang berjiwa murni, dalam pada menyampaikan ajaran silat hakikat soraya sekali harung membina kubu dengan menyelinap masuk dalam tampuk pemerintahan negara.. dasat tuan penulis, akak pun rasa gerun kalau betul perkara ni berlaku.. manusia berhati syaitan nak memerintah negara? jauhkanlah... mereka ini menganggap yang beragama Islam itu kafir dan merekalah penganut agama sejati.. nampak tak bahaya pesongan mereka itu?

azlan pula, cabaran hebat buat dirinya. bermula dengan kematian ibunya. mastura juga cuba membunuhnya. adakah itu sebenar tujuan mastura berkahwin dengannya?.. pertarungan antara soraya dan azlan di penghujung kisah lebih hebat dari yang diceritakan dalam RAKUS. tak dapat tidak, sememangnya akan ada perbandingan untuk kedua-dua buah novel ini. walaupun akak rasa sebenarnya novel ni nipis jer, tapi isinya amat padat. tuan penulis tidak berlengah-lengah dalam penyampaian cerita dan buat pembaca teruja dari awal sehingga akhir mukasurat. mungkin ada sedikit kesilapan tapi bila baca kisah yang hebat sebegini, kesilapan itu bolehla diterima. cuma berharap lebih berhati-hati kalau kesilapan mengenai agama nih. apakah pengakhiran soraya?.. adakah betul dakwaannya yang karim sekadar berpura-pura bertaubat?. mampukah azlan menghadapi segala tohmahan berkenaan isterinya yang konon melarikan diri dengan lelaki lain? mampukah bayi sekecil yusuf bertahan dengan perilaku ibunya? mampukah pemerintahan negara berhadapan dengan manusia syaitan ini?... apa-apa pun tunjang agama harus kuat dalam diri. jangan mudah terpedaya. harus berguru untuk mendalami ilmu agama tapi guru juga haruslah yang betul-betul bertauliah. fitnah juga amat bahaya dan boleh memakan diri. moga kita semua terpelihara dari syaitan durjana...
Profile Image for Lady Sofea.
40 reviews
April 28, 2017
Tahniah en. Fitri Hussin. kalau blh nk bg 10 bintang. Sejujurnya sekuel Rakus ni adalah yg terbaik. Recomended pd yg sukakan aksi, mendebarkan dan dlm ms yg sama geram dgn kerakusan serta ketaksuban pd ajaran yg sesat lg menyesatkan. Soraya yg disangkakan telah insaf rupanya hanya berpura². Saat sejurus keluar dr pusat bimbingan akhlak sikap Soraya semakin sesat dr sebelumnya. Azlan menghadapu byk rinta gan dan dugaan dlm menentang kebatilan.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
June 8, 2017
Kesumat membawa kisah Azlan dan juga Soraya..
Soraya yang taksub dengan Panji Hitam..
Berusaha menghidupkan Panji Hitam..
Malah ingin membalas dendam kepada Azlan..
Azlan pula meneruskan hidup selepas membantu Karim..
Namun cabara datang lagi..
Malah lebih berat dan menyesakkan..
Azlan kehilangan...
Kesudahan kesumat ini best tapi rasa macam akan ada trilogi je..
66 reviews3 followers
March 4, 2019
Kesumat merupakan satu karya yang sangat lain dari yang lain tetapi sangat mengasyikkan para pembacanya! Sungguh aku takboleh nak berhenti baca novel ni :) Dengan adanya versi eBook novel ni aku lagi bertambah semangat nak baca and tup2 dah habis dah aku baca dalam sehari tu. Link eBook novel ni ada di sini:- https://www.e-sentral.com/book/info/9...
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
December 28, 2018
Hasil yang bagus tetapi daya imaginasi yang agak tinggi menjadikan bahagian cerita tertentu seperti di alam fantasi.
Profile Image for Farhana Esa.
9 reviews
February 17, 2025
Penulis put in too much details on the wrong stuff. Part sesat kemain details tulis, rasa tak perlu kot. Aku suka scene lawan dalam cerita ni. Would I recommend this book? Maybe
Profile Image for Beverley.
33 reviews
June 4, 2025
cerita dia bagus, saya suka cerita tentang berlawan ilmu dan bagaimana mereka berjuang bersama
Profile Image for Zaim .
3 reviews1 follower
March 14, 2017
Aku nak ulas ringkas saje. Semua ciri-ciri untuk novel terbaik ada pada novel ni. Memang mengasyikkan bila sudah tenggelam ke dalam cerita yang dipersembahkan oleh penulis. Ada dua perkara di dalam novel ini yang blew my mind. Pertama berkaitan 'Mastura' Aku sangka sepanjang masa dia kena pukau tetapi rupa-rupanya... Kedua, betul ke tidak Karim tidak bertaubat dan berada di sisi Tuhan?

Fitri Hussin penulis yang berbakat dan ada masa depan yang cerah. Satu hari nanti mungkin akan sebaris RAM.

Akan sentiasa tertunggu-tunggu karya penulis.
Profile Image for Beelah.
312 reviews18 followers
December 24, 2025
Ya ampun! Awal2 bab sudah tertipu dengan pengakhiran novel Rakus. Ku ingat kau dah insaf Karim! Naya Pak Karim! Tapi sebenarnya yang mana satu yang benar? Betul ke Pak Karim sudah insaf atau menipu orang lain yang diri sendiri sudah insaf? Sama2 lah rungkaikan misteri di bahagian akhir novel.

Ada kemunculan Nyi Roro Kidul dan Sabdo Palon dalam novel ni. Setakat ni, saya pernah jumpa dalam novel Kersani dan Sang Purba. Ye lah, mereka kan watak jahat legenda. Jadi bila jumpa dalam novel ni, saya berasa teruja sebab kehadiran watak2 legenda. Tak kisahlah watak jahat ke watak baik, asalkan legenda. Saya suka penggunaan watak2 legenda dalam mana2 novel.

Maaf ye, ada teguran sikit, sususan cerita agak mengelirukan semasa pertempuran Azlan, Iman Zakaria dan Ustaz Idris dengan Barisan Pemuda Mahdi di mukasurat 256-258. Agak berterabur. Itu saja, sekian.

Akhir kata, terima kasih penulis untuk naskah sambungan Rakus ini.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
March 25, 2017
KESUMAT - Fitri Hussin

Kesumat nie sebenarnya sambungan dr Rakus. Klu dlm rakus dulu kita dibawa mengenali Karim yg mengajak org menyertai skim cepat kaya, kemudian jd jutawan, bomoh handal, mahaguru Silat 44 & akhir sekali menjd pengasas Pasukan Panji Hitam sebuah kumpulan ajaran sesat dgn gelaran Tok Guru Karim yg mengaku jd nabi. Tp nasibnya mmg baik sbb sempat bertaubat di saat2 akhir nyawa setelah diberkas sewaktu kump tu diserbu pihak polis.

Dlm kesumat plak watak utamanya adalah Soraya, masih ngat dgn Soraya ??? Satu2 ank Karim yg slmt setelah yg lain dibunuh olehnya. Soraya yg juga menjd isteri serta pembantu Karim dahulu berpura2 teranaiya dan dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah. Setelah keluar dr pusat tersebut Soraya sebenarnya tidak pernah berubah kerana dendamnya terhadap Azlan yg menyebabkan kematian bapanya. Di sinilh bermulanya tipu daya syaitan yg menghantar seorg lelaki misteri menghasut Soraya (setelah gagal memperdayakan Karim semula), utk menghidupkn kembali kump Panji Hitam n memutar belitkan kematian Karim utk memperdayakan Soraya.

Soraya berjaya menghidupkn semula kump Panji Hitam dgn lebih kuat, lebih ramai pengikut dan semakin berkembang. Ini semua dilakukan sebagai pertukaran utk beliau memperolehi kuasa utk membalas dendam kpd Azlan. Hanya kerana sebuah dendam utk seseorg sehingga merasuk Soraya bertindak giler. Pelbagai cara digunakan, byk nyawa dikorban. Tipu daya berleluasan, fitnah disebar, ilmu hitam diamalkan hanya utk satu matlamat tanpa disedari diri dipergunakan. Berjayakah beliau menghapuskan Azlan demi sebuah dendam kesumat ???

Hayatilh detik perjalanan cerita dlm nie yg penuh mainan perasaan (suka, duka terkilan semuanya ada) yg memukau kita sebagai pembaca utk turut serta bersama watak2 yg dicipta. Banyak ilmu dan pengajaran yg boleh kita cedok sebagai pedoman dlm kita menjalani kehidupan. Tahniah kpd penulis, semenjak sy baca novel penulis btajuk Katarak sampai skrg semuanya memenuhi citarasa. Tak sabar tunggu hasil tangan penulis yg akan datang.

#bukuprima
#kesumat
#fitrihussin
#seramlicious
Profile Image for Amar Zakuan.
1 review
March 29, 2017
Aku cerna Rakus bulan januari. Bila diberitahu novel lazat tu ada sekuel, harapan aku supaya sekuel tu lebih lazat daripada Rakus. Isu yang dibawa harus lebih besar. Tidak terus berlegar-legar di kampung. Harapan aku itu dipenuhi penulis yang secara bijak dapat mengaitkan Kesumat dengan politik tanah air. Babak-babak cubaan Kumpulan Panji Hitam hendak menguasai Putrajaya melalui barua-barua mereka itu sesuatu yang brilliant. Walaupun babak-babak politik sepintas lalu tetapi memberi kesan mendalam dan membikin Kesumat totally different from other malay horror novel.
Plot pace Kesumat perfect. Plot-plot dibangunkan dengan teliti dan kemas. Dua twistnya absolutely mind blowing.
Baru aku dapat alami sebuah novel seram atau thriller boleh saja hebat tanpa onomatopoeia (setakat ayang aku perasan, tiada. Kalau ada tentunya paling minima sehingga aku tak perasan) Perkara itu berlaku kerna penulis berjaya mengarang babak seram atau aksi dengan cemerlang. Sehingga ia terbit dan terbentang di dalam fikiran pembaca. Contohnya, pertempuran di antara Haji Ahmad dan Safwan. Sekadar meletakkan perkataan ‘denting’ apabila parang bertemu tekpi cukup membuatkan bunyi dua senjata tempur besi itu bila berlaga berdentingan di dalam kepala pembaca.
Overall, Kesumat is worth reading because dipersembahkan dengan cukup sempurna. 99.9/100 for this novel.

Catatan santai : Kalau Rakus dan Kesumat ni bawah label Fixi, diubah penyampaiannya mengikut house style Fixi, aku pasti dua novel ni boleh jadi antara lima ‘best seller’ Fixi sepanjang zaman. Aku pembaca tegar Fixi.
Profile Image for NorHazren Mohd.
47 reviews
March 31, 2017
Kagum dengan pengetahuan dan imaginasi penulis.. plot yang menarik.. penceritaan yang detail.. Tahniah buat penulis!!
Profile Image for Wan Sunan.
14 reviews
August 14, 2017
Bermula dari Rakus di mana kebatilan ingin bermaharajalela namun pada penghujungnya ia tunduk pada yg yg haq dan Karim pun meninggal dalam keadaan dia sempat bertaubat. Kemudian dunia kebatilan disambung pula dalam Kesumat oleh anaknya Soraya yang ingin menuntut bela pada Azlan atas kematian ayahnya Karim. Manakala Azlan pula telah mendirikan rumah Tangga dengan Mastura dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf. Bermacam dugaan dan rintangan yang mendatangi Azlan dari sepupunya Soraya dan dalam pada masa sama Soraya juga menghidupkan kembali kumpulan Panji Hitam dan mengumpulkan semula orang² kanan ayahnya dulu.

Seperti mana Rakus seperti itu jugalah Kesumat. jalan cerita dan aksi yang padat dan perlukan imaginasi yang tinggi apabila membaca terutama pada bab pertarungan. Saya suka cara penulis memberi penerangan terutama penerangan tentang Nyi Rorokidul. Sungguh tak sangka Soraya boleh pergi jauh dan tidak salah saya katakan Soraya telah melebihi ayahnya. Antara novel yang berkualiti dan patut pembaca miliki tapi sebelum itu bagi yang belum baca Rakus kenalah beli dan baca Rakus dulu. Tahniah buat penulis Fitri Hussin kerana telah menghasilkan sebuah lagi novel yang hebat dan berkualiti.

P/s: Novel pertama yang saya beli terus dari penulis. ;)
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
November 9, 2017
sekual dari novel Rakus.
Memuaskan hati...
Pertarungan antara yang batil dan benar..
Profile Image for waceed.
111 reviews
June 14, 2018
Okey👌🏻 Cuma jalan cerita yang sedikit mengelirukan🤒 Tapi still menarik sebab diselitkan isu-isu agama yang menjadi hangat sekarang ini.Endingnya tak disangka dibiarkan begitu sahaja🤔 And cerita mengajar kita supaya sentiasa bersabar dalam menegakkan agama Islam walau banyak cabaran dan dugaan yang diletak di hadapan jalan dakwah kita☺️.Walaupun storyline-nya confuse but still dapat menarik perhatian untuk teruskan pembacaan😅.

Sekian.
😘
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.