Jump to ratings and reviews
Rate this book

Minda Muslim Super

Rate this book
Mengikut Merriam-Webster’s Online Dictionary di perkataan super dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud, “Over, above… over and higher in quantity, quality, or degree than… : exceeding or so as to exceed a norm… : surpassing all or most others of its kind… : superior in status, title, or position.” Mengikut The Pocket Oxford Dictionary (Oxford University Press), super bermaksud, “1- above, beyond, or over (superstructure; supernormal). 2- to an extreme degree (superabundant). 3- extra good or large of its kind (supertanker). 4- of a higher kind.”

First published January 1, 2008

1 person is currently reading
48 people want to read

About the author

Danial Zainal Abidin

13 books64 followers
Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

Pengalaman beliau amat luas kerana sering kali dijemput menjadi penceramah serta pemudah cara bagi program-program di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003 beliau menjadi penceramah khas bagi Petronas Carigali membincangkan tajuk Quality Principles di Terengganu, Sabah, Sarawak, KL dan Vietnam. Pada tahun 2004 pula beliau dijemput memberi ceramah khas kepada Kerabat di Raja Negeri Perak, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan dif-dif jemputan bertajuk ‘Quran dan Sains’.

Di samping itu beliau juga di undang menyampaikan ceramah di luar negara, antaranya, di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bergiat cergas dalam pertubuhan dakwah dan kebajikan. Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) bermula tahun 2005. Beliau pernah menjadi Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, dari tahun 1992-2001. Dari tahun 1996-2000 pula beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Dalam bidang penulisan, beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang telah beliau hasilkan setakat ini berjumlah sepuluh buah iaitu, Konsep Perubatan Islam, Islam The Misunderstood Religion, Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, Kit Kombat Islam, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., Empayar Minda Muslim, 7 Formula Individu Cemerlang, Tip-tip Cemerlang Daripada Quran dan Quran Saintifik. Lima daripada buku-buku ini telah mencapai status terlaris atau bestseller di Malaysia. Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden pula menjadi Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006. Setakat ini empat buah buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu, Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Individu Cemerlang dan Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.

Di sudut kekeluargaan, beliau mempunyai dua orang isteri. Isteri pertama beliau ialah seorang doktor perubatan dan isteri kedua beliau ialah seorang pengurus syarikat. Beliau dikurniakan dengan lapan orang cahaya mata. Anak pertama beliau memperoleh ijazah dalam bidang Bio-Teknologi, anak kedua dalam bidang Kimia Analisis, anak ketiga dalam bidang Teknologi Persekitaran dan anak keempat sedang menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia. Anak-anak yang lain masih bersekolah.

(http://www.danialzainalabidin.com/siapa/)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (32%)
4 stars
24 (52%)
3 stars
6 (13%)
2 stars
1 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
December 14, 2008
Ulasan untuk Minda Super Muslim telah ditulis kepada 3 bahagian.

Minda Super Muslim 1

Minda Super Muslim 2

Minda Super Muslim 3

Ini adalah sebahagian yang saya petik daripada 3 ulasan tersebut.

Minda Super Muslim mengandungi 13 bab kesemuanya dan saya cuba-cuba 'membaca' apa yang penulis mahu sampaikan berdasarkan bab-bab itu supaya jelas saya memahami jalan cerita buku ini.

Saya kira perkataan SUPER pada buku ini yang membuatkan saya begitu teruja mahu memilikinya. Saya seolah-olah tergamam dengan perkataan itu dan mahu mengetahui apakah dan bagaimanakah yang dikatakan super itu. Penjelasan tentang ini, awal-awal lagi penulis sudah memperincikannya pada Bab 1. Nasihat saya, kalau anda mahu 'membaca sikit-sikit' Minda Super Muslim, jangan lupa baca Bab 1. Ini kerana, penulis sudah menggambarkan secara keseluruhannya isi Minda Super Muslim melalui Bab 1. Bab-bab yang seterusnya adalah huraian lengkap kepada persoalan dan isu yang dilontarkan pada Bab 1.

Penulis memberi makna Super sebagai "sesuatu yang lebih tinggi mutu, darjat, taraf kedudukannya serta sesuatu yang unggul" dan umat Islam adalah umat super. Allah menggelarkan kita sebagai Khaira Ummatin atau sebaik-baik ummat dan Ummatan wasatha yang menurut Tafsir Quran Al-Azim sebagai yang terbaik lagi gemilang.

Sejarah mencatatkan dunia Islam suatu ketika dahulu adalah dunia rujukan barat. Mereka menjadi guru kepada tokoh-tokoh Barat dan tempat mereka menjadi tempat pengunjung pencinta ilmu. Mereka menjadikan setiap situasi sebagai sumber untuk meledakkan kejayaan. Mereka mengusai dunia dan menumpaskan kuasa-kuasa penindas. Dunia menyaksikan kemenangan berpihak kepada Islam walaupun kekuatan musuh melebih mereka dalam beberapa siri peperangan seperti Perang Badar ( 313 orang lwn 1000orang), Perang Khandak (3000 orang lwn 10 000), Perang Yarmuk (39000 orang lwn 240000).

Ini bukan sandiwara atau mahu menceritakan tentang keajaiban tetapi mahu melahirkan persoalan apakah rahsia umat Islam yang asalnya adalah zero tetapi akhirnya menjadi hero.

Melalui persoalan itu, penulis menerangkan bahawa semua itu kerana ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap dan sempurna. Islam menjadikan penganutnya sebagai umat yang super, umat yang terbaik, umat yang gemilang. Namun begitu, slam tidak dapat dihayati tanpa kefahaman yang betul. Justeru itu, pembentukan umat super haruslah bermula dengan ilmu dan kefahaman atau dengan erti kata lain minda. Minda yang betul akan melahirkan cara berfikir serta kefahaman betul dan seterusnya tindakan yang betul.

Minda Super Muslim adalah sebuah buku yang hebat dan seiring dengan kata-kata Prof. Dr Mohd Yusof dalam ruangan pengantar, buku ini sesuai untuk perbincangan dan digunakan sebagai modul usrah. Mesej untuk setiap orang yang sentiasa membaca buku berunsur pembangunan diri, saya syorkan anda miliki Minda Super Muslim. Memang pada mulanya, pada Bab 1-Bab 5, buku ini nampak lebih statik. Tetapi apabila anda mula membaca Bab 6-Bab 11, anda akan berasa Islam adalah agama yang begitu hebat.

Secara kasar resensi Bahagian 1 memberi penjelasan kepada pembaca definisi super dan ajaran serta kepercayaan Islam. Resensi Bahagian 2 pula membawa pembaca untuk melihat diri di mana penulis menghuraikan rukun iman satu persatu, siap dengan penjelasan menggunakan kaedah perbandingan agama, sains dan isu semasa.

Pada resensi Bahagian 3 pula ia lebih kepada contoh-contoh umat super dan saya menganggap ia sebagai resolusi, atau 'post mortem' .
59 reviews2 followers
February 7, 2019
Minda merupakan organ yang paling penting dalam anggota badan seseorang individu. Cara minda berfikir berbeza bagi setiap manusia. Namun begitu, pemikiran kelas pertama adalah yang dicari dalam setiap sektor dalam kehidupan masa kini. Buku Minda Muslim Super ini amat bagus bagi membentuk muslim ke arah berfikir dengan minda kelas pertama. Penulisnya, Danial Zainal Abidin juga terkenal dengan ceramah agamanya yang sangat membuka minda dan hati. Oleh itu terbuktilah, buku ini harus menjadi bacaan setiap muslim serta manusia yang mahu mengubah cara pemikiran kearah yang lebih baik. Boleh baca buku ini dalam versi eBook di link berikut:- https://www.e-sentral.com/book/info/4...
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
December 27, 2008
Sungguh, buku ini memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang dinyatakan di awal buku. Siapakah Muslim Super? Bagaimana mereka dapat menjadi Muslim Super? Bolehkah saya menjadi Muslim Super seperti mereka dan apakah kelebihan menjadi Muslim Super?.

Super diertikan sebagai sesuatu yang tinggi ataupun baik, mutu, darjat, taraf kedudukan serta sesuatu yang unggul. Keunggulan umat yang super bermula dengan islam. Islam bermaksud ‘salima’ yang membawa erti kesejahteraan. Islam merangkumi segenap penjuru kehidupan. Penulis menerangkan ciri-ciri keunggulan islam yang merangkumi rabbaniyah, syumuliah, universal menentang jahiliah, menentang khurafat dan tahayul, mengutamakan akhirat tanpa mengabaikan dunia, mengutamakan akal dan ilmu, mementingkan teknologi sms dan mudah dan sederhana.

Saya sangat suka bab 4 :Sistem amal yang membawa kepada keunggulan. Penulis menerangkan lebih terperinci rukun islam dengan membawa banyak fakta dan contoh serta cerita-cerita yang mengukuhkan kepercayaan dan insyaAllah membuka minda kita sebagai muslim. Ucapan syahadah ‘aku naik saksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah pesuruh Allah’ dapat melahirkan umat yang mempunyai misi. Daripada syahadah, seorang muslim wajib mematuhi Al-Quran dan Sunnah, tunduk kepada segala hukum, mampu menilai sesuatu secara betul dan dapat menjadikan diri seorang yang berprinsip.

Ibadah yang diperintahkan kepada kita untuk dilakukan melahirkan pengurus masa yang baik. Kita dapat lihat contoh ini dalam menunaikan solat dan puasa. Kita terikat dengan waktu-waktu tertentu untuk solat. Seseorang muslim juga perlu peka dengan waktu solat supaya tidak terlepas dan melakukan solat di luar waktu dengan sengaja. Dalam surah Maryam ayat 59, Allah berfirman mafhumnya ‘Maka datanglah selepas mereka pengganti(yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka menemui kesesatan.”. Menurut Abdullah bin Abbas, beliau berkata” maksud ayat mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkan dari waktunya”.

Dalam puasa, kita dituntut supaya peka dengan tarikh 1 Ramadhan dan mengetahui waktu bermula puasa dari masuk waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib setiap hari selama 1 bulan. Begitu juga dengan zakat dan haji. Kita perlu mengetahui bilakah masa yang diwajibkan mengeluarkan zakat di samping mengemaskini rekod perniagaan dan harta benda.

Ibadah turut melahirkan insan yang efisien dan efektif. Hal ini disebabkan ibadah yang dilakukan mempunyai syarat sah dan rukun. Maka ini melatih kita supaya menjadi peka terhadap prosedur yang ada. Taqwa dan iman dapat dipertingkatkan lagi. Selain daripada itu, ilmu dapat melonjakkan akal dan ilmu. Sebagai contoh pengharaman arak adalah bertujuan memelihara kesihatan akal dan mental. Dalam pemilihan imam bagi solat berjemaah juga menuntut kelebihan ilmu sebagai salah satu ciri utama seseorang dilantik memimpin jemaah solat.

Kelebihan hati menentukan kesahihan ibadah seseorang. Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin menyatakan enam unsur ibadah hati iaitu kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu. Ibadah seperti zakat dan menunaikan haji sebenarnya menggalakkan umat islam menjadi produktif dan berusaha meningkatkan diri dalam ekonomi. Untuk melaksanakan kedua-dua tuntutan ini sudah pasti memerlukan harta.

Bab-bab seterusnya menerangkan bagaimana caranya beriman dengan rukun-rukun iman. Dan di akhirnya, disertakan contoh umat yang super dan 10 sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga. Semoga Allah merahmati mereka. Saya mendapat kepuasan hasil pembacaan ini dan mendorong saya melakukan sesuatu! Insya Allah akan saya kotakan azam ini (“,)
Profile Image for Assyafiah.
11 reviews8 followers
Read
January 22, 2010
Buku ini berjaya membuka satu lembaran pemikiran yang baru. Membongkar dunia sejarah lampau dan menghidupkan dengan realiti hari ini... Recommend to everyone who try to find a new dimension of thinking :)
Profile Image for Saudagar.
15 reviews
January 31, 2013
Menjelaskan dengan terperinci apa itu Islam yang sedang dianuti, tujuan dan panduan hidup sebagai seorang Islam, bukti kebenaran dan cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan identiti Islam. Penuh dengan fakta dan rekod.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.