Jump to ratings and reviews
Rate this book

Julai

Rate this book
Di gurun tanpa batas, kukehilangan jiwaku lalu menemukan mawar ini. Mekar-kuncup ia sering termalu-yakin antara sedar dan mati. Apa pun jua yang mereka kata- fikirkan, kutetap di dalammu kerana aku adalah dirimu. Tidak akan wujud seorang pun dapat memahami perihal ini, hinggakan dia mampu melampaui relung fikirannya yang sunyi.

Sirat antara surat kadang diperlu-jelas bagi lara tampak bahagian menongkah kelim-kelim lapis yang terputus-carik mengoyak kanvas mengubat bingitnya kolong hati. Perkecilkanlah dirimu kasih, maka kau akan tumbuh lebih gah daripada dunia. Tiadakan durimu hingga nilai jadi sahabat akrab, maka nanti, jati dirimu akan terus terungkap, jenguk seraya menebar tanpa kata-kata.

188 pages, Paperback

Published January 15, 2017

1 person is currently reading
17 people want to read

About the author

M. Faiz Syahmi

9 books20 followers
Lahir dalam keadaan masih memeluk diri-sendiri, dia menjengah dunia dalam keadaan terpinga-pinga. Punya kuriositi yang sangat dalam akan hal-hal yang berlaku di dunia dan setiap saat semakin membenci diri-sendiri yang menimbulkan perasaan suisaidal setiap hari.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (11%)
4 stars
5 (29%)
3 stars
6 (35%)
2 stars
4 (23%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
August 8, 2017
2.35* untuk buku Julai!

Aku tak tahu nak review buku ni macam mana. Hurmm...

Buku ni memang masuk dalam list buku yang dicari. Tapi, isi kandungan naskah ini, tidak mampu pun bagi keterujaan yang aku harapkan. Aku tak tahu kenapa. Nama penulis dah boleh tahan gah, kaver pun lawa dan tambahan lagi dua tiga menjak ni Terfaktab banyak hasilkan buku yang boleh tahan sedap. Tapi buku ni...

Buku Jun lagi best!

Hanya beberapa buah cerpen/puisi yang melekat dalam minda. Selebihnya lepas baca, ia terus hilang dari kepala. Rasanya artikel yang ada tu, tak payah bagi masuk dalam buku ni pun, ok rasanya. Ia semacam mengganggu.

Aku tak tahu siapa yang tulis setiap karya yang ada. Sebab aku tak follow sangat hasil tulisan Faiz dan Embun ni walaupun nama dorang selalu gak menjadi sebutan pembaca. Tapi aku syak, tulisan Embun lebih lembut sikit berbanding Faiz (mungkin). Yang kasar tu Faiz yang tulis.

Apa-apa pun, moga kalian(penulis) terus sukses!

Korang tak nak baca? Aku tak suka, tak semestinya korang pun tak suka kan?

Peace!
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
April 14, 2017
Terima kasih Terfaktab for this free book in exchange for an honest review.

Sejujurnya, saya tak begitu minat dengan edisi Terfaktab yang bertemakan bulan ini (Julai, Ogos, September). Mungkin disebabkan saya bukan lah seorang yang begitu abstrak and would have preferred jika tajuknya diberi makna melalui penulisan yang ada.

Buku ini sesuai untuk si gadis atau jejaka yang baru putus cinta dan inginkan penjelasan. Untuk saya yang lebih suka tenggelamkan diri dengan fiksyen yang akan distract me from my own feelings, it would not work.

Antara semua karya yang ada di dalam buku ini, saya lebih sukakan cerpen yang ada instead of the articles dan luahan dari si penulis. POV yang ditulis dalam cerpen-cerpen pelbagai dan memberi perspektif yang berbeza, walaupun mungkin plot ceritanya agak biasa.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
August 31, 2021
Ada antaranya yang saya suka tapi banyak yang saya tak gemar. Awal buku ini, entah kenapa saya macam tak dapat nak tangkap apa yang saya baca dan langsung tak masuk otak. Bahasanya macam serabut sangat. Banyak sangat benda yang tak payah ulang, tapi diulang even dengan bahasa yang agak sedap. Apa pun, mungkin buku ni lebih elok untuk mereka yang baru putus cinta atau baru nak belajar bercinta.
Profile Image for Suny Krlhzdr.
11 reviews
July 25, 2017
~dia ada mcam2 feel
~combination kedua-dua writers ni sometimes macam kena, sometimes macm tak
~kita kena move on n benda ni tak pernah berenti dipesan-pesan pada semua
~n seriously saya confess saya beli sebb saya crush dengan embunkerina
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.