Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bercakap Dengan Quran

Rate this book
"Kesilapan besar masyarakat Melayu Muslim (kelompok penghafal Quran khususnya) hari ini adalah masih melihat Quran sebagai kitab yang mesti dibaca, dihafal, diulang, dibaca, dihafal, dan diulang sahaja!"

136 pages, Paperback

Published January 1, 2017

14 people are currently reading
69 people want to read

About the author

Mohd Syazreen Abdullah

7 books14 followers
Mohd Syazreen Abdullah mendapat pendidikan al-Qur’an di Darul Quran, kemudian melengkapkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk Jordan dan menyambung Sarjana di Universiti Malaya

Aktif dalam mengamati isu sosial dan silang agama. Pernah Terlibat sebagai felo Lingkaran Islam Tradisional (LIT) sebuah kumpulan pengkaji khazanah Keilmuan serta kebudayaan Islam di Nusantara, juga terbabit dengan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) dan Felo Penyelidik, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF).

Antara karya beliau, Wacana Pemikiran Reformis (2014), Alif Lam Lam Ha (2014), Bercakap Dengan Quran (2016), Hadis Kemasyarakatan (2018), dan Membebaskan Allah dari Islam (2018)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (20%)
4 stars
20 (46%)
3 stars
13 (30%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 13, 2017
Aku 'mengenali' Mohd Syazreen melalui buku Wacana Pemikiran Reformis. Dan tulisannya memang mantap dan padu. Kadang-kadang ada ayat yang perlu ulang baca sebab ayatnya yang panjang dan agak kompleks.

Syazreen menggemburkan isi dalam buku ini bertepatan dengan tajuknya, Bercakap Dengan Quran. Nukilan Syazreen sangat janggal jika kita ingin membandingkan dengan buku-buku agama yang ada pada hari ini. Penafsiran Nazreen kepada Quran sangat humanis dan sangat-sangat pluralis.

Sewaktu dulu di zaman kesesatan aku, aku menjumpai satu buku Indonesia yang menyangkal hujah pluralis. Dan aku beriman kepada buku tu. Tetapi selepas membaca karya-karya tokoh-tokoh Syiah yang membawa aku kepada satu Islam versi toleran, aku menjumpai "Islam rahmatan lil 'alamin".

Buku Syazreen ini seumpama buku-buku sebelum ini yang aku baca. Penulis banyak menukilkan idea dari tokoh lain, memetik dan berhujah menggunakan tafsiran-tafsiran Quran yang progresif. Aku tiada masalah dengan buku ini walaupun buku ini ada potensi untuk 'mencari pasal' dengan badan agama Islam. Tetapi jika ada, bedah buku atau ada wacana bersama Syazreen, pelbagai persoalan lain yang mengunjungi benak fikiranku.

Dalam GoodReads, ada review yang tidak bersetuju dengan padangan Syazreen. Pendapat aku, mungkin buku ini agak berat dan ada ada yang masih tidak familiar lagi dengan tafsiran tokoh-tokoh reformis Islam.

Aku rate buku ini 5/5 bintang.
Dan dari skala 1-10, aku letak skala 10 untuk kau membaca buku ini. Bahan bacaan ini wajib dibaca!
Profile Image for 'Izzat Radzi.
149 reviews65 followers
November 28, 2018
Saya perhatikan, lantaran dari latar-belakangnya dari bidang Usuluddin, dan juga saya kira keterlibatannya dalam Abduh Study Group, IRF banyak ditelurkan ideanya itu disini.
Lihat sahaja pembawakan dan guru yang beliau rujuk, tidak kurang juga kepakarannya dalam bidangnya membuahkan karya yang satu ini.
Saya belum mencermati tulisannya dalam Wacana Pemikiran Reformis mahupun Alif Lam Lam Ha dan saya kira, dari situ dapat lebih ditekuni gagasan idea yang didokong dan dibawa beliau.

Kalau lebih panjang huraian sesetengah idea, saya kira lebih baik.
Namun, cukup seperti kata penulis, ia sekadar cuba mempermasalahkan wacana Islam semasa.
Profile Image for Juliyana Junaidi.
28 reviews9 followers
June 9, 2017
Kontroversi. Berani. Menongkah arus.
Ada beberapa perkara yang saya tak bersetuju dengan penulis terutamanya dalam bahagian pendidikan. Namun buku ini bagus untuk mengetahui dimensi pemahaman yang berbeza.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
February 16, 2017
Buku yang bagus untuk dibaca bagi umat Islam hari ini, khususnya Muslim Melayu. Quran adalah sebuah kitab yang perlukan tafsiran mengikut kesesuaian zaman. Penulis juga mengkritik bagaimana masyarakat kita obses untuk menghantar anak ke tahfiz, padahal Quran bukan sekadar untuk dibaca dan dihafal, tapi perlu difahami untuk dibawa ke tengah masyarakat pluralistik hari ini.

Penulis juga turut memberi penjelasan tentang beberapa ayat Al Quran yang sering disalah tafsirkan, atau tafsirannya tidak berasaskan ashabun nuzul/ konteks ayat yang sebenar. Secara peribadi, saya ada rasa bercampur baur ketika membaca hujah penulis dalam buku ini, kerana ada persoalan yang dah lama saya fikir tapi tak dapat diluahkan kerana akan disalah anggap.

Terima kasih buat penulis kerana telah menulis buku sebagus ini. Cuma saya harap sekiranya ada cetakan baru, pihak penerbit dapat mengubah saiz font supaya lebih besar sedikit. Lebih selesa untuk dibaca.
Profile Image for Khairul Muhammad.
Author 15 books68 followers
March 14, 2017
Masa saya tanya kenapa fontnya begitu, mereka jawab "supaya orang tua tak boleh baca buku begini". Haha.

Jujurnya memang ya, orang tua akan terasa dengan kritikan dan pedas-pedas ayat yang disusun di dalam naskhah ini. Namun, untuk generasi hari ini, ia memerlukan teguran dan nasihat yang sebegitu.

Saya tabik atas keberanian kalian. Tahniah.
Profile Image for Zaid Hussain.
7 reviews
July 3, 2017
fuhhh....

berat jugak buku ni. agak susah nak hadam. kadang, banyak kali ulang baru boleh faham. memang agak mencabar. yup, font dan content dia macam tengah baca thesis. haha

bagus buku ni kita boleh lihat dimensi yang berbeza berkenaan alQuran. bagi aku sisi pandang penulis (bukan calang2 jugak orangnya) ni maybe ada 1 dalam seribu. sebab sisi yang selalu kita lihat adalah sisi yang terlalu mainstream.

banyak kritikan yang menjentik. banyak juga benda yang susah nak diterima, tapi hakikatnya itu realiti dan perlu ditelan. dan ada benda yang aku tak sependapat, tapi tak menentang, raikan.

aku rasa kritikan ni elok sangat kalau pak ostad, budak tahfiz dan budak2 agama baca. cuma tu la, risau diorang tak sempat nak baca ja. atau baca 4 muka dah lentok. aku pun puas gagahkan diri ni.

btw, tahniah penulis dan Thukul untuk buku ni.

*so, sempena hari raya ni, aku nak bagi Buku Raya (buku ni) kepada siapa yang cepat. terbuka kepada semua. terhad untuk dua buah sahaja. siapa cepat dia dapat. do DM me. :D
Profile Image for Nur Hafizzah.
34 reviews
March 14, 2017
Buku ni best, isinya memang menjurus ke arah yang sama seperti buku terbitan Thukul Cetak yang lain. Tapi tulah, font tulisan memang buat saya makin gigih membaca haha
Profile Image for Oi Rijal.
25 reviews
May 26, 2017
Buku yang menarik tentang kumpulan kajian2 serta pandangan mengenai Quran dari sudut yang lebih mendalam. Secara umumnya tafsiran ayat2 berubah konteksnya mengikut kesesuaian zaman.
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
May 18, 2017
Al Quran adalah kitab suci yang apabila dibaca dikira sebagai ibadah malahan dianggap sebagai sumber spritual bagi masyarakat muslim. Namun begitu Al Quran ini bukanlah semata-mata untuk dibaca dan dihafal tanpa menelusuri makna disebalik apa yang tertulis dalam kitab suci ini. Kebiasaan ibu bapa yang cenderung menghantar anak-anak nakal dan lemah akademik ke pusat tahfiz untuk menghafal al Quran ini dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerosakkan institusi tahfiz itu sendiri.

Retorik masyarakat yang percaya bahawa anak-anak tahfiz ini adalah jaminan syurga yang mampu membantu ahli keluarga dari azab neraka memberi impak kepada lambakan institusi-institusi tahfiz dalam negara. Hakikatnya lambakan budaya ini menjadi barah dalam masyarakat yang merosakkan pemahaman terhadap isi kandungan al Quran yang sebenar.

***
Maka apa yang lagi merunsingkan apabila lahirnya golongan-golongan penghafal yang mentafsirkan jihad hanya untuk peperangan. Menghalalkan darah yang bukan sealiran dengan mereka serta darah orang kafir sebagai tiket untuk ke syurga. Ideologi kekerasan jihadis atas nama agama ini merosakkan pemikiran masyarakat serta mencetuskan pergolakkan yang membusukkan nama Islam itu sendiri.

***
Sistem institusi tahfiz ini perlu diubah. Sampai bilakah kita ingin melihat para penghafal Quran ini hanya menjadi jemputan untuk memenuhkan masjid terutamanya pada bulan puasa sebagai imam ? Sampai bilakah kita ingin mengeji sebilangan daripada mereka ini yang menjadi penunggang agama yang menjual agama untuk menyara hidup ?

*****
Terima kasih Syazreen Mohd di atas kritikan-kritikan pedas ini. Diharapkan buku ini sampai ke tangan orang tua dan juga ibu bapa yang masih gigih memenuhkan pusat tahfiz dengan anak-anak yang nakal !
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
May 5, 2017
Ada beberapa hal baharu yang membuka minda aku, lalu membuatkan aku berasa lega dan berlapang dada. Aku seru rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam untuk baca naskhah ini. Terima kasih.
Profile Image for asmaatj_.
36 reviews
March 14, 2023
Bought this book in 2017 to only started reading it last week and to finish reading it today.

The first third of the book is quite mundane, as it discusses common issues such as the orthodoxy of authorities limiting intellectual discourse to ensure control over the public narrative. This part of the book may seem repetitive and less engaging.

However, the book becomes more intriguing in its second part, where the author delves into the right way of interacting with al-Quran from his perspective as a reformist/neo-traditionalist. The author addresses the paranoia of the Muslim community in Malaysia regarding intellectual discussions of the Quran, as they hold firmly to the understanding that the knowledge of the Quran is already completed by the traditionalists, and no new branch of knowledge should emerge from later generations. The author refers to this mindset as the "official closed corpus," a term introduced by Arkoun.

The author then differentiates between Tafsir and Ta'wil, and offers a glimpse of contextual research by neo-traditionalists. The author's approach advocates for openness towards pluralism, stating that all Samawi religions are the same in Allah's eyes, and that those who put their obedience in their respective scriptures will also be granted Jannah.

This prerogative has left me with many questions, such as what the purpose of preaching is. Isn't preaching the biggest sunnah of the Prophet? Why were all the battles during the Prophet's time fought if not to spread Islam to the masses? We all know Islam is stricter than other religions, so why should non-Muslims be compensated the same as Muslims, who struggle more battling their Nafs in this worldly life? For me, having a moderate mindset does not necessarily mean we need to embrace an extremely secular opinion. We can still advocate for harmony within plural societies and the true meaning of justice while having faith that our end is not the same as that of non-Muslims.

Overall, putting aside my disagreements with a few parts of his piece, the book is good in the sense that it provides another angle of understanding the Quran, just as the author advocates for the propagation of the culture of intellectual discourse among the public to move mujtama' towards thinking about humanism and justice irrespective of religious beliefs. The author’s lingo is quite sophisticated that I sometimes need to re-read them before arriving at the right meaning.
Profile Image for Nur.
12 reviews
May 31, 2017
naskah ini boleh dilabel sebagai naskah pencerahan. ianya membincangkan sesuatu yang serik kita denga tapi sayup-sayup sahaja.

seruan utama buku ini adalah keperluan mendesak untuk kita kembali menekuni alquran mengikut konteks semasa. kegagalan memahami peranan alquran yang satu ini menimbulkan kemunduran ummah hari ini. lebih kurang begitulah isinya . perbincangan ini membuahkan lagi perbincangan lain iaitu kesan-kesan kegagalan memahami tuntutan alquran seperti kerosakan institusi tahfiz.

ianya juga membentangkan bagaimana sesetengah golongan mendapat manfaat daripada kegagalan ini. iaitu membantu kuasa mengawal fikiran rakyat.

masalah saya ketika membaca buku ini ialah fikiran saya menggambarkan pas sebagai puak konservatif. sebagai seseorang yang pernah berada dalam pas, ada perkara yang benar dan ada pula yang perlu diteliti kembali.

masalah buku ini bagi saya ialah laras bahasa buku ini adalah tinggi dengan pelbagai terma berkaitan isme. juga pemilihan kata kata penulis kadangkala berbelit belit. jujur saya katakan saya tidak mencapai kepuasan ketika membaca buku ini sebagaimana membaca agong tanpa tengkolok atau masharakat melawan mahasiswa dan ada wacana dalam buku ini gagal difahami oleh saya. contohnya ialah objektivsme vs subjektivisme. sehingga saya turut merasakan pembaca buku ini perlu mempunyai asas dalam bidang tertentu. lalu buku ini untuk siapa sebenarnya? bagaimana ianya dapat difahami masyarakat biasa? hal ini saya kira perlu diambil perhatian oleh penulis dan penerbig jika benar mahu wacana ini sampai kepada kumpulan sasaran.

saya mengharapkan buku ini sampai kepada pendokong idea konservatif. saya mahu lihat bagaimana reaksi mereka.

buku ini juga bagi saya perlu diimbangi dengan bacaan alternatif lain untuk mengimbangi pendapat penulis dan membentuk pendirian sendiri.
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
June 1, 2021
Buku ini sebuah buku yang tidak mudah untuk dibaca. Bukan kerana rumitnya topik yang cuba diangkat tetapi bagaimana ia ditulis.

Penulis banyak menggunakan ayat yang panjang-panjang, jargon yang boleh dielakkan, dan saiz tulisan yang teramatlah kecil.

Namun, mesej yang terkandung dalam buku ini penting.

Di dalam buku ini penulis cuba membawa pembaca untuk menilai semula bagaimana kita melihat Al-Quran dan bagaimana seharusnya mesej Al-Quran diterjemahkan ke dalam realiti masa kini.

Adakah wajar untuk terus berpegang kepada tafsiran ulama' silam atau perlunya ulama' kini meneruskan kajian dan melakukan reformasi dalam pentafsiran teks Al-Quran yang lebih meraikan konteks semasa?

Adakah kefahaman ulama' dari ratusan tahun dahulu masih boleh diguna pakai untuk memberikan solusi kepada pelbagai permasalahan dunia hari ini?

Membaca buku ini mencabar apa yang kita rasa kita faham tentang agama ini.

Adakah apa yang disumbatkan kepada kita selama ini adalah satu-satunya kefahaman yang boleh diterima? (atau hanya salah satu kefahaman dari pelbagai lagi kefahaman yang ada)

Saya tiada autoriti untuk mengatakan sejauh mana pendapat penulis tepat atau sebaliknya.

Tetapi apa yang boleh saya katakan membaca buku ini membuka minda kita untuk melihat agama ini dalam pandangan yang lebih luas dan inklusif.

Ajaran agama Islam seharusnya membawa kedamaian dan keadilan kepada manusia, tetapi mengapa ada pejuang/pengikut agama yang menindas dan sering menimbulkan permusuhan?

Kesimpulan: Sebuah buku yang mengajak kita berfikir dan mengkaji sumber dalam beragama, bukan sekadar taqlid buta.

Wallahu'alam.

Rating: 3.5/5
Profile Image for Incek Akim.
83 reviews9 followers
May 30, 2017
Buku ini memang menongkah arus. Banyak kritikan ditujukan kepada masyarakat masa kini yang lebih sibuk menghafaz dan menghafal ayat-ayat suci berbanding memahami, mengamalkan dan menjiwai ajaran yang disampaikan Rasulullah.

Cuma, halusnya font cetakan ini amatlah menguji kesabaran dan ketabahan para pembaca. Cis...

*Khabarnya, cetakan kedua ni saiz font dah besar sikit. Untunglah...
Profile Image for Nona.
100 reviews
March 4, 2022
Q U O T E


"Quran adalah kunci bagi manusia yang berfikir mengikut kehendak ruang dan zaman yang mereka tempuhi bukanlah mengikut apa yang diperlukan pada zaman Nabi dan para sahabat."
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
Read
August 1, 2017
Apa yang kuat mendorong saya membaca buku ini sesudah mengkhatamkan biografi Gus Dur dan lingkungan intelektual - kalaupun bukan teman akrab - beliau di Indonesia. Menyelak halaman-halaman awal, dengan prakata oleh Dr. Azhar Ibrahim membuatkan saya beranggapan buku ini satu bacaan yang berat. Ternyata saya silap.

Penulis cuba mempermasalahkan satu hal, bagaimana satu kitab suci yakni Al-Quran berupaya berinteraksi dan kekal relevan dengan masyarakat, terutamanya pada zaman moden ini. Idea utama yang beliau cuba ketengahkan ialah perlunya membugar semula tradisi keilmuan Quran khususnya berkaitan bidang tafsir. Dalam tulisan-tulisan ini, beliau menyelitkan kritik kepada kebergantungan nostalgia umat kepada tafsir klasikal, di samping budaya yang terlalu menyanjung aspek hafalan sehingga mengkesampingkan aspek tafsiran Al-Quran itu sendiri.

Lebih mudah untuk kita telusuri idea yang cuba disampaikan penulis sekiranya penulis membuat rumusan atau komentar terhadap beberapa tokoh yang sering diulang rujuk olehnya, seperti Arkoun, Hasan Hanafi serta Nasr Abu Zayd. Hanya seorang tokoh, iaitu Muhammad Syahrur diberikan rumusan mengenai idea-idea penting yang cuba dibawa oleh rujukan penulis. Tulisan ini ialah satu projek budaya, yang diharap akan menarik lingkungan yang serius untuk mengusahakan usul-usul yang diketengahkan oleh penulisnya.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.