Kesinambungan kisah Siv dan Aken diteruskan di dalam Under 18 - Fear No More yang dibawakan khas oleh komikus tanah air, Zint. Kali ini mereka telah dikhabarkan oleh satu berita yang sekonyong-konyongnya menghancurkan impian mereka - bapa A.D, telah mengarahkan mereka supaya membubarkan Kelab Kaunseling kerana menganggap semua kerja mereka itu sia-sia sahaja. Dapatkah mereka mempertahankan segala usaha dan impi murni mereka untuk membantu teman-teman yang dilanda badai masalah?
Dalam buku kedua ini; Siv, Aken, dan ahli Kelab Kaunseling yang lain meneruskan misi kelab mereka untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Tetapi, ada sahaja masalah yang berlaku sehingga menyebabkan kelab mereka mungkin akan dibubarkan. Seperti buku pertama, sekuel ini penuh dengan aksi, komedi, dan drama... Best!