Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bicara Cinta

Rate this book
Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?

Paperback

First published February 1, 2017

35 people are currently reading
282 people want to read

About the author

Missa J

1 book6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (51%)
4 stars
13 (27%)
3 stars
5 (10%)
2 stars
2 (4%)
1 star
3 (6%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for SS.
539 reviews6 followers
July 2, 2019
Sebenarnya, tak berapa nak gemar baca buku yang ada dialek Sabah & Sarawak. Walaupun ayat tu akan ditranslate kan. Tetap rasa mcm ah payahnya sbb nak kena baca dua benda. Haha. Tapi utk novel Bicara Cinta. Mengejutkan sebab dpt baca sampai habis okay. So proud of myself! Keh.

Ika suka dgn mood ika bila baca buku ni. Kalau dlm sehari boleh habis baca maknanya bukunya seronok la utk dibaca. Haha

Bermula dgn Anis. Seorang gadis berumur 16 tahun yang boleh dikatakan 'social' utk umur semuda tu. Ada bf mcm si Zairee tak guna tu. Fuh. Diuji dgn kehilangan parents dia. Dan dibuang oleh keluarga belah ayah dia, hilang tempat tinggal & segala kemewahan. Yang menjadi lagi best is mcm mana adventurenya life dia lepas tu. Dia kena cari keluarga mama dia di Sarawak. Cantiknya flow cerita ni sebab bdk seusia tu. Yang selama ni dimanjakan berubah sekelip mata jadi seorang yg tabah, berdikari, pandai bawa diri, belajar utk improve diri dia.

Dari situ dia kenal atuk & nenek belah mama dia dan juga Adee. Ihiks. Adee ni kalau mengikut gambaran dlm buku. Muka cam Remy Ishak. Haha. So, cm okay ah kan. Nak jadikan cerita, korang tahu ah kan. Mesti la kena kahwin paksa. Taknak ckp psl isu kahwin paksa ni sbb tolak tepi la yg ni. And taknak jadi spoiler. Korang kena baca la yang lain. Adee ni walaupun sebaya dgn mama Anis. Tapi sebabkan dia bujang. Boleh la nak brain otak ni. Yang okay not bad la nak dikenenkan dgn Anis.

Main point dlm novel ni ialah mcm mana kita nak org terima kekurangan dalam diri kita. Macam tu juga la kita kena terima kekurangan diri dia. Simple as that! Jrg org blh nak terapkan dlm diri benda mcmni. Tapi utk Anis & Adee. Ika kasi credit dekat dieorang.

Cumanya, ika rasa cam not nice sikit bila Anis ni dia share pasal hal antara dia dgn Adee dkt member dia, Safiyyah. Bukannya apa. Tak semua benda kita blh cerita dkt org. Ingat! Kadang tu, simpan la utk diri sendiri. Ada baiknya, ada manisnya.

Tu je ah nak komen. Pendek kan? Haha. Pendek la sangat 💆🏻‍♀️
Profile Image for Humaira James.
1 review
January 13, 2018
Best! Tangis dalam tawa. Anis gadis metropolitan berubah 360' hidupnya dengan penuh kemiskinan. Dipaksa kawin dgn org yg x dicintai, namun cinta itu hadir jua. Tapi diduga Allah. Namun setianya pada cinta tak pernah berbelah.
Dalam sedih ada juga lucunya semasa dia mula jatuh cinta pada Adee. Kelakar.
Terbaiklah... susah nak cari novel yang cuba ketengahkan bahasa dari Sabah & Sarawak. Walaupun sikit tapi menyeronokkan.
Profile Image for Nurul Hazwani.
7 reviews
October 17, 2018
*4.5

Best tak novel ni?Best la! Buku yang aku akan simpan dalam koleksi aku. Bila dah start baca memang dah tak boleh lepas. Selagi tak habis baca aku tak leh tido. Keseluruhan novel dari segi cerita, watak dan gaya bahasa penulisan dia memang secukup rasa. Cuma yg kurang maybe tak banyak part-part sweet dan romantik je.

Apa yg menarik ?

Plot Cerita : Jalan cerita best, tak cliche (cuma part kawin paksa tu cliche la, tp dia cliche yang tak cliche...haha..sebab jalan cerita dia bagus). Then suka sbb lokasi cirita ni mostly kat Sarawak, so dia mcm lain skit la.

Watak : Suka watak Anis & Adee. Especially Anis. Kita dapat merasai perjalanan hidup seorang gadis (which is Anis) yang dulunya dilimpahi dengan kesenangan, agak manja dan sosial berubah setelah dirinya ditimpa musibah. Pasangan Adee dan Anis ni walaupun tak la sweet dan romantik sangat. Tapi, kita dapat rasa yang dorang sayangkan satu sama lain.

Bahasa/gaya penulisan: Mudah dah senang nak hadam. Walaupun dia ade tulis dialek percakapan orang Sarawak, tapi ade terjemahan bahasa , so boleh la paham. Skit2 dpt belajar bahasa Sarawak.
Profile Image for Isyia Anuar.
27 reviews
October 11, 2022
SUMPAH BARAI!!!! Dh nk bab² akhir tu asyik nangis je kerjanya... tk sempat kering berderai lagi... SERIOUSLY THE BEST 😭😭😭👍👍👍
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
September 17, 2020
Saya pasti ini naskhah pertama Missa J, penulis baru SR Publication sebab saya tidak jumpa novel lain oleh penulis. Syabas dan tahniah kerana memberi kelainan.
Satu cerita yang agak berat juga tapi ada cliffhanger buat saya tidak mahu hentikan pembacaan.
Penulis ketengahkan hidup sosial pelajar Anis yang bukan saja cantik tapi bijak. Hidup Anis terus berubah setelah kematian kedua ibu bapanya. Kekasih hati Zairee yang kaya, menyepi tidak ambil peduli.
Semuda usia 16 tahun, Anis jadi anak yatim piatu yang dipulaukan keluarga sebelah arwah Encik Zainuddin kerana papanya berkahwin tanpa restu keluarga. Tekad Anis ke Kuching pula untuk mencari keluarga arwah mamanya.
Tok Ali dan Nenek Humairah, tempat Anis bergantung harap walaupun hidup dalam serba serbi kekurangan. Dengan desakan mereka Anis berkahwin dengan pak cik Adee, kawan sekampung arwah Puan Zaleha, mama Anis.
Tanpa rasa cinta dan perbezaan 20 tahun umur antara Anis dan Adee, memang sukar untuk terus hidup sebumbung. Namun baru terasa bibit cinta dan kasih, Adee hilang di hutan dan tidak pulang. Anis derita lagi yang tidak tertanggung olehnya, apa lagi dengan kelahiran Hanim. Zairee pula muncul selepas tiga tahun dan minta Anis kembali padanya.
Novel yang cukup perencah dan rempah ratus dengan pengisian yang tidak menghampakan pembaca. Bahasa Melayu Sarawak ada distraction sikit but ok aje sebab ada alih Bahasa Melayu Semenanjung.
Saya rasa tak puas dengan pengakhiran cerita walaupun happy ending. Nak tahu bagaimana keadaan hidup Adee yang dah cacat dan Anis serta anak kecil mereka Hanim. Best kan gitu!
Siapa yang belum baca, jangan tunggu lagi sebab pasti tak menyesal. Saya harap penulis Missa J terus berjaya menghasilkan karya yang bagus lagi selepas ini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews