Di masa hadapan, di bawah Revolusi Islam dan pemerintahan Parti Kesatuan Agama di Malaysia, satu undang-undang dan enakmen baru yang dinamakan Praktis Solat Muslim (PSM) diperkenalkan. Dalam PSM setiap Muslim diiwajibkan kerajaan untuk bersolat dan setiap solat mereka akan direkod dengan menggunakan mesin yang dinamakan e-Sejadah.
Amin, 17 tahun seorang yang bercita-cita tinggi tetapi bukanlah manusia yang rajin bersembahyang. Untuk masuk ke universiti tempatan, dia perlu rekod solat yang tinggi. Satu hari dia bertemu dengan seorang lelaki yang boleh membantu mengubah rekod solatnya dengan bayaran yang mahal. Semenjak itu kehidupan Amin berubah...
Idea dan tema Sejadah ini sangat unik dan lain dari yang lain. Kau fikir FIXI nak terbitkan cerita yang bergenre hampir kepada Saifai jika ianya tidak mengujakan dan luar biasa?
Laras bahasa SO tidak perlu dipertikaikan. Ia bertambah baik dan membuatkan kita rasa lancar dan tenang ketika membaca cerita ini.
Cuma aku tertanya-tanya, adakah E-Sejadah ini hanya fokus pada para pelajar dan institut pelajaran saja? Bagaimana pula dengan yang bukan pelajar? Atau aku ada terlepas pandang perihal ini disebabkan aku tidak fokus menelaah kisah ini? Entahlah.
Aku rasa meluat dengan sikap dan kebodohan Amin. Betullah cakap orang, bila kita meluat dengan watak utama, ia akan menyebabkan kita hampir membenci kesemua hal dan jalan cerita itu walaupun naskah ini baik sebenarnya.
Aku lagi suka Santet berbanding Sejadah ini tapi Sejadah ini lagi seronok berbanding buku Seronok.
Kalian tak nak baca Sejadah ni? Ia bukanlah kisah yang terlalu berat, ia masih menghiburkan. Mungkin saja aku baca tidak kena pada masanya.
SEJADAH Terbitan Fixi cetakan 2017 Genre: SOSIAL – futuristik. Penulis: SAAT OMAR
Cemerlang adalah pujian peribadi buat novel ini. Novel hebat permulaan tahun 2017. Penulis memilih untuk tidak terlalu bercita cita tentang tahun 2028, tidak digambarkan kereta terbang atau gadjet gadjet aneh, malah lebih bertumpu pada fiksyen Sistem Teknoloji
Pemerintahan. Digabungkan khilaf manusia dan E-Sejadah yang menjadi tunggak penceritaan. Pertemuan watak utama Amin dengan Johari penggodam sistem memulakan segala simpang siur penceritaan kerana watak utama malas untuk mengerjakan sembahyang secara rigid dan paksa demi pencapaian ECGPA yang ditetapkan oleh PSM. Sehingga muka surat 73 Amin masih malas mahu bersembahyang.
Bertolak dari situ pembaca akan mula mengerti bahawa ini bukan fiksyen biasa biasa. Ia melibatkan sifat manusia dan resah mereka menghadapi kemelut hidup yang berada di bawah pemerintahan baru yang sangat bersistem. Sistem yang hadir dari sifat manusia juga. Penulis bijak menyusun kisah secara dewasa dan matang bila diutarakan hal hal pemulihan akhlak sekiranya ECGPA berada di bawah paras 2.50. Sangat menarik dan mengundang persoalan dari pembaca. Penulis tidak lupa bersoal pandangan non Muslim terhadap sistem, urutan perilaku ketika bersembahyang yang dikupas secara intelek. Kenapa berdiri tegak, rukuk, sujud dan lain lain.
Watak watak selitan diberikan penekanan yang seimbang dari setiakawan yang menjurus pada seksyen 375 kes rogol sebelum diperkenalkan lagi pada pertikaian dan konflik bijak terhadap sistem elektronik kawalan ibadah manusia Muslim oleh Pemerintah PSM.
Babak babak keresahan menanti keputusan godaman sistem dan beberapa situasi cemas lain digambarkan dengan begitu bersahaja, lambang kematangan penulis yang tahu bahawa jalan ceritanya sudah kuat dalam setiap bab novel ini. Saat Omar tidak teringin sekalipun bersifat klise dalam penceritaan, ini adalah satu kekaguman, kerana aliran penceritaannya tidak terganggu langsung.
Membaca SEJADAH akan membuatkan kamu mahu atau tidak terfikir pada sebarang sistem pemerintahan. Digambarkan kekeliruan perasaan manusia walau bagaiman moden sekalipun mereka di penghujung cerita. Novel ini sangat saya sarankan pada para remaja yang mahu berfikir dan berimaginasi, ada unsur unusr Sains Politik pada beberapa bahagiannya. Bagaimana kamu menilai kesetiaan palsu, tamak, sifat kemanusia yang tidak mati dan reaksi manusia apabila menangani sistem negara.
Dibahagikan kepada 3 bahagian bagi menyatakan kesukaran watak utama Amin menentang sistem demi hidup, pengenalan bagaimana E Sejadah dihasilkan, pembentukan sistem baru negara secara jelas lengkap bercita cita (PM dan unsur unsur lain yang berkepentingan) dan kembali pada masakini watak utama sambil sambil menilai diri dan sekeliling setelah semua kejadian.
Penulis yang sinis dan matang tidak bersifat jengkel dan mendesak sepanjang penceritaan. Sifat bijak watak watak yang difiksyenkan dirasakan seimbang, peralihan hidup watak utama yang tidak menggelirukan bermula dari Johari, Alia, Zainal, Rozzan, Dr Saneeta dan Isnin. Sebagai pembaca saya terpikat pada dua tiga babak novel ini. Antaranya suasana dikaunter masjid dan tawar menawar bayaran untuk 2 farhdu. Kalau ambil dua ada diskaun pada tahun 2050/2048.
Novel ini seharusnya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.
“Apa sahaja yang aku baca makmum pasti akan mengaminkannya,” bisik Amin di dalam hati sewaktu berdebar debar mahu mengimamkan Jemaah di kampus universiti.
SEJADAH. Kalau dimanipulasikan jadilah ia se-jadah. Novel ni aku rekomenkan semua orang baca tak kira umur, status, matang tak matang, fahaman politik, fahaman gender, islamis tak islamis, opportunis, optimis, pesimis, gerimis eh semualah (novel aku sendiri pun aku tak rekomenkan semua jenis orang membacanya).
Aku nak cakap pasal tema novel ini. Kalau pasal ceritanya, kau bacalah sendiri. Bagi aku, ianya sebuah novel saifai. Lebih tepat lagi, islamik saifai (haha). Seperti yang aku bilang sama si Winston Smith sewaktu aku tersesat di 1984, salah satu cara untuk menarik orang membaca saifai - yang kita sedia maklum bahawa orang kita memang kurang gemar membaca saifai, ialah dengan mengarang sebuah kisah yang betul-betul dekat dengan pembaca. Dekat dari segi jarak kilometernya dan juga jarak masanya. Sebab kalau jauh, orang kadang-kadang malas dan liat nak pergi tengok. Sekarang ni minyak mahal, isi RM10 tak sampai lima liter. Biarlah dekat sedekat dua-tiga saat dan rapat serapat dalam hati gitoh.
secara peribadi, aku suka dengan isu2 yang cuba diketengahkan dalam novel ini. memanipulasikan agama demi kepentingan politik, isu2 politik semasa yang disampaikan secara sinikal, dan isu2 berkaitan remaja itu sendiri.
buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian, bahagian pertama mengenai amin dan pengenalan kepada sistem e-Sejadan, MIS & PSM. sedikit mendatar dan agak lambat, aku kira cerita mula menambat perhantian ketika dipertengahan, selepas Amin berjaya menipu data.
bahagian kedua, asal usul permulaan bagaimana sistem tersebut diwujudkan, idea siapa dan dalang2 yang terlibat. pendek saja, namun begitu berkesan dan padat dengan segala kekusutan dibahagaian pertama.
diakhiri dengan peleraian dibahagian ketiga, yakni selepas 20 tahun dan segalanya berubah.
namun, seperti biasa- sedikit tergesa2 mengakhiri buku ini. isu mengenai Alia dirogol tidak dirungkaikan sebaiknya, namun sedikit sebanyak dapat meneka.
bagimanapun, mesej yang dibawakan begitu mendalam, terutama mengenai kewajiban menunaikan solat.
tahniah untuk saat omar!
ps - secara peribadi, #seronok merupakan fav saya.
idea utk buku ini sgt menarik sebenarnya. takde apa2 yg perlu aku pertikaikan utk jln ceritanya, krn semuanya dijelaskan penulis dgn teliti dan baik.
cuma permulaannya agak mendatar dan agak membosankan bagi aku. bila dah baca separuh buku baru aku jadi semangat nak baca.
sepanjang aku baca buku ini dari muka surat pertama hingga akhir, jujurnya aku rasa buku ini langsung tidak bermain dengan emosi. aku tak dapat rasa perasaan sedih, happy, kelakar, dan marah sekali pun dlm menghayati watak2 dlm buku ini. watak2nya agak kaku.
utk SEJADAH, tiada seorg watak pun layak jd watak kegemaran aku.
jd aku berbalik pd point utama ; idea. krn ideanya yg menarik, aku rasa buku ini layak mendpt 4☆ drp aku.
Speechless...sukar aku nak huraikan kisah dlm novel ini..sedikit sebanyak tersentap juga di sudut hatiku ttg kewajipan solat sbg seorang muslim yang mengaku dirinya Islam..... :
"Aku berdiri di belakang melihat mereka semua khusyuk bersolat. Ini wajah-wajah yang ikhlas menyembah Tuhan mereka. Mereka tak memerlukan pengiraan manusia dan calculatornya untuk menentukan dosa-pahala mereka kerana tahu Tuhan the Almighty sedang memerhatikan mereka. Hanya Tuhan yang mampu mengira dosa dan pahala manusia kerana tiada yang lebih handal dan mahir dalam matematik dan kira-kira selain DIA."
"Ada nombor yang wujud, yang hanya Tuhan sahaja yang mampu mengiranya" = UMUR / MAUT
Idea yang sangat original walaupun ada unsur-unsur karya totalitarian macam 1984. Buku ni rasanya underated tak macam buku Fixi yang lain. Ada sindiran dan gurauan kasar. Kerana tiada yang lebih handal dan mahir dalam matematik dan kira-kira selain Dia.
Apabila aku membaca sesebuah naskah novel, aku akan sentiasa membayangkan kalau ceritanya dijadikan wayang gambar. Sejadah benar-benar buat aku rasakan kita bakal memiliki sebuah filem yang gempak lagi menarik. Ideanya sangat fresh. Penulisan yang mudah difahami dan senang untuk kita sebagai pembaca menyelusuri kehidupan Amin.
Sejadah berkisarkan tentang Malaysia pada tahun 2028 di mana pada ketika itu sejenis peranti mudah alih diperkenalkan. Lebih kurang macam IC bagi umat Islam di mana peranti tersebut digunakan untuk merekod kuantiti solat setiap individu Islam di Malaysia dan setiap hujung tahun, markah mereka akan dikira dan diberi gred dalam bentuk CGPA. CGPA ini penting terutamanya bagi pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Peranti ini wajib dibawa ke mana sahaja. Satu jabatan baru ditubuhkan ibarat Polis untuk menyemak peranti para penduduk dari semasa ke semasa dan memastikan dibawa ke mana sahaja tak ubah seperti IC.
Kisahnya bermula apabila Amin, seorang yang malas solat, mengupah seorang hacker untuk menukar CGPA nya. Penipuan demi penipuan, konflik demi konflik, membawa kepada terbongkarnya penipuan yang Amin lakukan.
Tak perlu aku ceritakan lebih panjang. Sememangnya buku ini sangat menarik dan worth your penny. Keluar dari genre seram dan thriller yang sering dimainkan oleh Fixi. Tak perlu aku kedekut untuk bagi 5 bintang. Syabas Saat Omar! You just gave us a good novel.
I think this book carries great messages in a great way. Banyak yang pembaca boleh belajar daripada quotes dalam buku ni. Ini membuatkan kita ingat kembali - adakah solat kita tu ikhlas kerananya, Tanya untuk pahala, takutkan ganjaran Allah atau dalam kes buku ni, kerana dambakan sanjungan dan penghormatan manusia?
Saya dari dulu selalu teringatkan kata2 Nabi Muhammad s.a.w untuk menjawab soalan Aisyah r.a - kenapa baginda begitu susah2 solat sedangkan sudah confirm masuk syurga? Jawab Rasululah yang buat saya teringat2:- "Salahkah Aku menjadi hamba yang bersyukur?"
Sedangkan Rasulullah pun rasa macam tu, apatah lagi kita. Apatah lagi saya.
Saya beli buku ini di MPH Bangi Gateway pada 9 Mac 2017.
Cerita dengan latar zaman 2028, mengisahkan perjuangan remaja bernama Amin. Ketika kerajaan mementingkan prestasi sembahyang dalam mendapatkan tempat ke pusat pengajian tinggi, Amin berjuang dengan cara tersendiri.
Sayang, dia memilih bertekad memulakan hidup baru dengan cara yang salah. Sudahnya, Amin terikat dengan tanggungjawab berat yang menguji kekuatan jiwa seorang anak muda. Tidak cukup dengan itu, dia terpaksa memilih antara dua pilihan dan kedua-duanya menuntut harga yang sangat mahal - maruah dan jiwa.
Paling utama, saya suka mesej yang mahu disampaikan mengenai solat. Apabila sembahyang tidak lagi berpaksikan kepada meminta pengampunan dan kasih Tuhan, bagaimana pegangan kita? Selesai membaca naskhah ini, saya tidak berhenti berfikir. Bagaimana solatku, ya Allah?
Plot cerita suspen! Entah berapa kali saya tukar tempat duduk, seka peluh sebelum sampai noktah akhir.
Jika tuan puan mencari bahan bacaan bercorak baru dan segar dengan jalan cerita yang tidak disangka-sangka, saya cadangkan supaya cari buku ini.
Jujurnya, idea untuk buku ni memang unik dan agak menarik. Watak Amin tu memang macam remaja zaman sekarang yg malas berusaha tapi mahukan hasil yg luar biasa...(heheehe macam siapalah tuu🙄😑🧐)
Permulaan kisah SEJADAH ni agak mendatar dan hampir buat aku putus asa untuk meneruskan bacaan..
Namun, pertengahan kisah ni melonjak naik sampaikan sebaik sahaja aku aku baca tak boleh berhenti sampailah aku habiskan novel ni.😂😂😁
Pengakhiran yg okeylah bagi aku. Sebab sekurang²nya kisah ni tak tergantung macam sesetengah kisah yg buat aku rasa macam nak baling jer buku tu....(sebenarnya, teruk macam mana pun buku tu, tak sanggup aku nak baling coz aku beli pun dgn duit ayah aku...susah payah aku merayu suruh belikan.....hahaah😂🤣🤣😎
Secara jujur saya memang suka buku fixi karya Saat Omar, suka idea2 dalam buku dia, bagi saya isu yang dikupas dalam Sejadah sangat menarik, tahniah penulis kerana menghasilkan content yang bagus yg mana secara tak langsung memaparkan realiti kehidupan kita
Konsep yang didatangkan dalam cerita ini sangat unik dan berbeza dengan cerita-cerita lain. Idea yang dibawakan menarik sehingga mendatangkan persoalan kepada diri pembaca. Adakah relevan jika idea e-sejadah dilaksanakan dalam kehidupan realiti kita? Dalam cerita ini juga terdapat banyak hal yang hendak dibawa oleh penulis agar pembaca dapat mengambil sebagai iktibar dan pengajaran. Buku ini sangat mengetuk hati aku. Setiap kali berlaku peristiwa, aku akan bertanya pada diri aku. Apa yang aku nak sampaikan ialah penceritaannya akan berkomunikasi dengan diri pembaca membuatkan pembaca berfikir sejenak. Apa-apa pun aku salute idea penulis ini kerana mampu mendatangkan konsep cerita yang unik. Tak terlintas dek akal aku selama ini walaupun sebenarnya aku pernah merasai konsep cerita ini (tetapi berlainan sedikit) yang mana pelajar yang tak berjemaah di surau disaman.
Genre Saifai Islamik daripada Saat Omar dan Fixi. Membawa pembaca ke masa hadapan pada tahun 2028. Penceritaan Saat Omar kali ini aku rasa lebih teratur dan tidak berjela-jela seperti Santet. Sejadah lebih mudah dihabiskan dalam sekali hadap tanpa benda-benda yang tak perlu. Tidak melibatkan watak yang banyak dan beberapa masalah diwujudkan kepada beberapa karekter untuk menghidupkan keseluruhan cerita ini, dan menjadi lebih menarik untuk di baca sehingga habis. Walaupun bersifat futuristik, tidaklah ke tahap mind-blown.
Tenang dan mengkagumkan.Tbh, it hs been a while aku baca buku fixi yang tak try hard sangat penceritaan dia. Idea kecik je , logik tp tak terfikir. sape je woi penah fikir nak solat kerajaan kena pantau and kena bayorr , yang free pun mengular. Watak tak banyak jadi tak kusut. Pengajaran ada dan tak berat. Kalau ia nya secawan kopi , ia yang sedang sedang sahaja tapi ada hmmmmph. Sesuai la dgn otak aku yang nak baca buku tapi tak nak beban otak, kehkeh. minum lah kopi ini ya kawan kawan.
1 star for interesting idea/concept 4 stars because I finished in one sitting
Interesting concept. The year is 2028, Amin adalah seorang pelajar SPM living in a futuristic Malaysia di mana sistem pemerintahan lebih kepada teokrasi. (Pemerintahan agama).
Pada zaman ini, semua orang memiliki e-Sejadah yang merekod setiap solat. e-Sejadah kemudiannya akan mengira solat2 tersebut dan generate pointer for how much solat you do. Tak pernah tinggal; dpt ECGPA 4.0.
Our antihero, Amin, memang malas solat and because of that, dia dapat pointer rendah. Tapi sebab nak fulfill impian mak dia untuk melihat dia sambung belajar di universiti tempatan, dia mengupah seseorang untuk menggodam data solatnya. Sama ada data dia diubah, ataupun dia dihantar ke kem pemulihan kerana pointernya yang rendah.
The book uses first person point of view of writing; penggunaan 'Aku'.
Sy suka sangat cara penulis wujudkan sebuah dunia fiksyen yg seolah-olah ia betul2 wujud. Sangat detailed. Great writing.
Buku ni suspenseful, thrilling and writing memang nice lah.
Buku ni ada banyak sentuh psl politik, tentang penyokong dan pembangkang, etc.
Papepon, pada awal buku ni, watak utama agak menjengkelkan. Sudahlah tinggal dekat ngan masjid, hidup dalam suasana where it's okay utk solat anywhere, even kt tmpt parking. Tu pon malas gak nak solat, walaupun sentiasa diajak orang utk solat berjemaah di masjid. Drpd aku yg azan pon kdg2 x dengar sbb masjid jauh.
Buku ni sebenarnya berkait rapat ngan legal matters. Sbb ada melibatkan peguam, kes rogol etc. Drpd writing, aku syak yang penulis mungkin ada pengalaman mengambil law as a student.
Amin ditempatkan di universiti Islamik. Tapi for me, suasana 'Islamik' di uni tersebut agak hipokritikal. Sbb kt uni tu ada sorg budak bertudung labuh tapi ikhtilat jgn citer la, ke longkang punya. Mungkin itu mesej yg ingin disampaikan oleh penulis; pd masa akan dtg, sumorang brlagak islamik dgn brtudung labuh, berjubah tp akhlak x ubah cam org jahiliah. that or penulis tiada pengalaman berada dalam suasana Islamik.
Papepon, writing is amazing. Penulis siap citer bagaimana revolusi PSM bangun dan jatuh serta kesan2 drpd pembangunan dan kejatuhan revolusi tersebut.
Dlm buku ni ada citer gak pasal ayah2 yg cuba mendidik anak2 mereka dgn memaksa mereka utk solat. Satu part tu sorg ayah ni paksa anak dia utk solat dgn ugutan merotan. Which is agak confusing bagi aku, because.... haven't you people ever heard of solat berjemaah??? drpd memaksa anak utk solat dgn merotan or biarkan anak2 solat dlm bilik masing2 dgn pintu tertutup and x sure samade anak2 solat or not, apa kata just wajibkan the whole family utk solat berjemaah?
SEJADAH is definitely something different. Dystopian, but with religion as its main manipulation. Interesting? Very. But there's a few issues that really bothers me:
[ CONTAIN SPOILERS OK HUHU ]
1. The World Building: I think it's a bit poorly executed. Set in the 2028, right up until 2050, the world hasn't changed much except for Revolusi Islam implemented by the government and the compulsory use of e-Sejadah Other than that? Not much. Not what's explained in the book anyway. Maybe the point is to focus on e-Sejadah alone because it's really a crazy idea. Could've been a better though.
2. Rape issue: What troubled me is how the issue is handled - and this book, well, it was very frustrating. Maybe it's the author's way to show that rape culture and the society's reaction towards it haven't changed at all even in the future - but it's just. I'm pissed. And the victim... married...who??? Haih. Ya Allah.
3. The characters: Mostly boring, with bland conversations.
However I do like the second half of the book very much. The Prime Minister, unexpectedly, becomes my favourite character. I could imagine this being on the silver screen one day (if Malaysia's film industry is brave enough lah) which says a lot about the potential of this book.
Overall it's not a bad book at all. Ramai je bagi 5-stars rating hehe so pick it up if you want to read something refreshing and challenges your beliefs and thoughts!
The next fevret fixi author after nadia khan & hasrul rizwan.
Simple but mindblown (or maybe mindfuck too).
Saat tell the ordinary story about ordinary man but with a brilliant idea and storyline. Tell me if i wrong but i think it got many diss and sarcasm of what is really going on in our country and society.
That's why some people said if you want to do kindness,better do before your ego knew it. Because once kindness come with ego,it have the power to turn down a country
Nampaknya Encik Saat telah menunjukkan sisi didikan seorang bapa dalam menentukan hal psikologi seseorang anak. Berlatar sci-fi realism yang ringan menjadikan buku bacaan santai dan dekat dengan kita di samping penciptaan watak yang tidak melebih-lebih. Sangat suka dengan idea e-sejadah tu.. Tahniah!! <3
Sinopsis yang sedikit misleading, kerana tertulis "Masa hadapan" tetapi hanyalah tahun 2018. Mungkin bagi penulis tahun hadapan adalah masa hadapan tetapi agak tak realistik; sesetengah orang membayangkan masa hadapan sebagai satu era dalam tahun kira-kira 2030an begitu.
Jalan cerita yang menarik & moden, tak pening dan senang faham. I'd love to see more of these Islamic revolution ideas ☺️
TERBAIIIKKK. Saya sangat suka statement "KERAJAAN BUKAN TUHAN". Saya juga sangat gemarkan idea yang dikemukan oleh penulis di mana beliau menggunakan sistem pointer yang kita ada sekarang di universiti untuk diaplikasikan dalam sistem ibadah solat. Maknanya kalau banyak solat banyaklah pointernya. Tapi itulah setiap sistem pasti ada kepincangan. Selamat Membaca!
Tulisan yang baik dan aku suka pengakhirannya. Dengan jelas cerita ini memberi mesej dan moral kepada pembaca. Cuma secara peribadi, belum dapat menandingi karya penulisnya sebelum ini iaitu Seronok dan Rebel.
Aku terbayangkan gagasan Islam Hadhari di zaman Pak Lah, wajah wajah Azmin Ali, Rafizi Ramli, Nuor Berahim masa baca buku ni. Tak boring membacanya. Cubalah.
Bagi aku Saat Omar ni penulis yang underrated. Tulisan dia bagus, tapi kurang sambutan. Dan Sejadah antara buku kegemaran aku utk tahun ni. Keep me thinking a while. Tahniah, Saat!
Ceritanya berkisar seorang pelajar yang malas dan mahukan jalan pintas untuk ke pusat pengajian tinggi. Ada dua cara untuk itu – satu, sudah semestinya belajar dengan rajin supaya mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang. Kedua, ialah dengan mengumpul mata e-sejadah melebihi 3.5, dengan melaksanakan solat seberapa banyak yang mungkin. Dan watak utama dalam cerita ini mengupah seseorang untuk memasuki pangkalan data dan mengubah keputusan mata e-sejadahnya supaya dia layak ke universiti.
Idea tentang e-sejadah yang diketengahkan buku inilah yang membuat buku ini sangat unik dan menarik, malah mencetuskan pelbagai persoalan yang boleh dibahaskan. Patutkah kerajaan memantau dan memaksa warga negara Muslimnya untuk solat lima waktu? Apakah kesannya jika perkara itu benar-benar menjadi realiti? Di mana terletaknya kepentingan roh solat itu sendiri, jika pemuda-pemudi melakukannya untuk mendapatkan mata?
Namun buku ini tidak menepati citarasa saya sebagai pembaca kerana banyak menggunakan perkataan Inggeris yang mudah sahaja diterjemahkan ke bahasa Melayu. Satu lagi perkara yang saya tidak suka tentang buku ini ialah banyaknya stereotaip yang saya rasa sudah lapuk, seperti anggapan bahawa mereka yang tidak masuk menara gading tidak ada masa depan, penampilan seorang remaja ‘Islamik’, jalan penyelesaian bagi mangsa rogol, dan macam-macam lagi yang saya tidak boleh perincikan tanpa mendedahkan jalan ceritanya.
Mungkin juga kerana ini bukan buku bertemakan Islam, oleh itu, sayang sekali peluang-peluang mendidik pembaca tidak dimanfaatkan. Jalan ceritanya berkisar tentang solat, tetapi di akhir cerita, solat tetap sesuatu yang kaku, dikerjakan sebagai adat, tanpa penghayatan mendalam terhadap solat itu sendiri oleh mana-mana watak dalam cerita.
Saya tidak menyesal membaca buku ini, tetapi saya tidak akan membacanya berulang kali. Apapun, penulis harus dipuji kerana ideanya tentang e-sejadah yang tidak pernah terfikir untuk dijadikan satu cerita bertemakan konspirasi yang menarik.
Saya bukanlah seorang yang membaca buku bahasa Melayu. Bukan kerana menganggap bahasa Inggeris lebih bagus, tapi kerana kurang pendedahan. Dari kecil telah didedahkan dengan buku bahasa Inggeris saja. Bila ada kawan recommend buku yang bagus macam ni, rasa terpanggil nak baca.
Bagi saya buku ini membawa idea yang besar walaupun agak pendek kandungannya. Buku ini membawa persoalan utama mengenai negara totalitarian yang mahu menyekat hak asasi orang Islam dari segi mengawal aktiviti solat harian. Kerajaan mahu berlagak seperti Tuhan, mengukur sejauh mana cemerlangnya rakyat dengan berapa banyak bilangan mereka solat.
Akhirnya, solat mereka sekadar mahu mendapatkan ECGPA tertinggi, mahu masuk universiti, mahu dapatkan habuan. Tidak semua mahu solat kerana niat ingin dekat dengan Tuhan.
Semua ini hanyalah agenda kerajaan yang mencipta sistem yang korup dan bias untuk mengongkong rakyat, terutama golongan muda.
Amin, watak utama dalam buku ini sanggup menipu kerana ingin membanggakan ibu ayahnya, namun dia seorang yang malas utk solat. Dia sanggup menipu untuk masuk ke universiti sedangkan dia tidak pernah solat seumur hidupnya. Kerana dia menipu pada awalnya, dia terpaksa menipu lebih lagi selepas itu untuk menutup pembohongannya.
Hanya apabila seseorang melakukan sesuatu tanpa terpaksa, ikhlas dari hati, barulah mereka dapat rasa kemanisan melakukan sesuatu, seperti solat. Bukan kerja manusia untuk menjadi Tuhan, dan menggantikan malaikat.
Kesimpulannya, idea daripada buku ini sangat original, tetapi bagi saya yg paling menarik ialah bagaimana setiap revolusi itu tidak akan bertahan lama. Golongan tua pasti akan menentang setiap yang baru kerana telah selesa di takuk lama. Jadi target setiap perubahan baru perlu bermula dari golongan anak2 muda kerana mereka masih lagi boleh dipengaruhi.
Terbaik! Buku yang patut kau baca daripada habiskan duit dengan buku Awek Chuck Taylor.
Cerita yang original, dan yang bestnya, idea-idea yang dibawa penulis sangat kontemporari dan relevan. Apa ideanya? Kau kena baca sendiri and I promise you, it's totally worth your money.
Cuma, yang aku tak suka, ada plot yang tak selari dan kadang-kadang tak masuk dek akal sikit. And ada a few characters yang bagi aku tak ada guna pun dalam penceritaan. Boleh dibuang saja dan still tak kacau penceritaan sampaikan kau jadi macam, apa guna mamat-mamat ni, keluar pun berapa page je. Baik tak payah. Ending pun a bit rushed, but overall, okaylah. Still a good book to read. So go buy it. GO GO GO!