Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setia

Rate this book
‘Mohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!’

DUA potong ayat itu membunuh rasa. Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian. Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepalsuan. Sangkanya, kisah si palsu itu telah tamat dan tak akan pernah punya sambungan lagi di saat dia berpegang pada realiti. Namun, mereka bertemu…

“But life ain’t a fairy tale. Prince charming tak wujud,” ujar Rania dengan nada kecewa.
“Sebelah you ni bukan prince charming, ke?”
Rania mencebik. Tak kelakar langsung lawak Zafrill. “Perasannya.”
Zafrill ketawa lagi. “Well, except for status I yang bukan kerabat diraja, I rasa I seorang yang charming. Charming enough for you.”
“Mana-mana I pergi, you ada je. You tak ada kerja lain ke Rill?”
Zafrill ketawa. “I kan bayang-bayang you.”

APABILA realiti dan fantasi bergabung menjadi satu, dia keliru. Cuma yang pasti, dia tak akan biarkan dirinya tertipu lagi. Namun Rania tersepit jua…

“Nia, abang I sangat cintakan you.”
Rania angkat muka memandang Zafira. Lama dia memandang adik Zafrill ini sebelum dia bersuara. Teringatkan WhatsApp Iskandar, waktu sama teringatkan juga wajah sayu Zafrill yang pertama kali dimaklumkan berita tentang perkahwinannya.
“Iskandar juga sangat cintakan I.”
Zafira sedikit merengus. Geram sangat dia apabila asyik nama lelaki bermulut puaka itu yang disebut.
“Tapi you cintakan abang.”
“Bila masa I cakap I cintakan dia? Kalau you minta I kahwin dengan dia sekarang ini hanya disebabkan dia sakit nak mati, bukankah itu bermakna apa yang I lakukan hanyalah atas dasar simpati, bukan atas dasar cinta.”

Siapakah pilihan Rania? Masihkah dia menjunjung ego kerana kisah silam keluarganya atau merealisasikan kesetiaan antaranya dengan Zafrill yang melukakannya dahulu?

Paperback

First published February 1, 2017

1 person is currently reading
13 people want to read

About the author

Reen Syazreena

9 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (27%)
4 stars
5 (45%)
3 stars
2 (18%)
2 stars
1 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
March 10, 2017


Episod2 duka kehilangan satu persatu org2 yg tersayang, meninggalkan kesan yg sgt mendalam kepada Rania Qaisara (Nia).

Dituduh menjadi punca musibah yg melanda keluarganya, Nia dipinggirkan oleh ayahanda tercinta.

Berkenalan dgn lelaki misteri, Zafrill Rayyan (Rill) di alam maya telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun Rill juga berlalu pergi dari hidupnya... berlalu ketika di hati telah terbersit rasa... pergi ketika di jiwa telah bertunas putik cinta. Apakah dia memang tidak layak untuk bahagia?

6 tahun berlalu. Kekecewaan demi kekecewaan menjadikan Nia sekeras kerikil. Demi menjaga hatinya dari terus dilukai, dia menjadi degil. Tiba2 Rill menjelma kembali, mahu menyambung semula apa yg pernah terputus antara mereka....mahu menjernihkan kekeruhan yg telah dia tinggalkan. Sesungguhnya Nia tiada sedetik pun hilang dari ingatannya. Kepergiannya dulu kerana dia menyangka yg dia sudah tak punya kesempatan. Selebihnya dia tidak mahu meninggalkan kelukaan di hati insan yg dia sayang apabila bahagia tidak mampu dijanjikan.

Namun Nia menutup segala ruang untuk penjelasan. Baginya segalanya tidak bermakna apa2 lg. Yang dia tahu, dia tak mahu dikecewakan lg. Yang dia tak tahu... kedegilannya memamah jiwanya sendiri.

Peliknya tautan hati antara Nia & Rill. Ego mengaburi kesetiaan mereka. Kedegilan sendiri menjadi penafian cinta mereka.
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 29, 2017
Her first book better than this. Tak suka Nia. Period.
286 reviews52 followers
February 20, 2017
adesssss.....sgt2 bt hati sy skt and gerammmmm sgt2.....x suka nia...x suka nia..x suka nia....kesian kat rill....huwaaaaaa
10 reviews
September 13, 2017
2 star. Bole sakit jiwa aku baca sebabkan perangai si Rania. Geram sangat-sangat!! Kesiankan Zafrill tapi kenapa lama sangat nak bagi penjelasan. Dah dapat jumpa just get to the main reason of the meeting please! Penat aku bila baca ni... >:/
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.