Jump to ratings and reviews
Rate this book

Survey Calon Jodoh

Rate this book
Apabila usia menginjak dua puluh lapan tahun, Nadrah sedar soalan ‘bila nak kahwin’ memang masuk dalam skop soalan wajib tanya bagi rakyat Malaysia. Apa mereka ingat jodoh itu seperti trofi yang harus dimenangi? Siapa cepat dapat, dia menang!

Berhadapan pula dengan isteri Dato Fahmi yang menuduhnya sebagai isteri kedua membuatkan Nadrah terperangkap bersama Naqi. Lelaki yang mengubah hidupnya yang landai menjadi huru hara.

“Hobi awak memang suka menyakitkan hati orang ke?”~ Nadrah
“Tak. Hobi saya mencuri.” ~ Naqi.
“Mencuri?” Terbeliak biji mata Nadrah.
“Yup. Curi senyum awak. Curi fikiran awak. Curi perhatian awak.
Dan skop jenayah yang paling unggul ialah, curi hati awak. Tangkaplah saya Nad, penjarakan saya di dalam hati awak!” Nakal Naqi membalas.

Pertemuan secara tak langsung dengan rakan lama telah menyingkap rahsia yang selama ini kemas disimpan oleh Nadrah. Rahsia yang membuatkan Naqi bertekad untuk membahagiakan si gadis.

“Kalau ya dia kecewakan awak dengan terlalu banyak, awak tak
seharusnya dera diri awak sendiri. Kenapa awak larang diri awak untuk bahagia?” ~ Naqi

Dulu Nadrah yakin untuk sendiri sampai ke tua? Namun dia sedar yang dia perlukan seseorang untuk teman dia sampai bila-bila. Tapi adakah Naqi orangnya?

312 pages, Paperback

First published February 1, 2017

3 people are currently reading
72 people want to read

About the author

Ezza Mysara

25 books273 followers
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (31%)
4 stars
22 (37%)
3 stars
15 (25%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,044 reviews378 followers
March 18, 2017
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

After loving Tiada Arah Jodoh Kita way too much, N rasa N letak harapan terlalu tinggi pada novel ini.

It's not that this is bad.

It is just my personal pet-peeve yang N tak suka watak lelaki yang macam lalat. Annoying tahap gaban. Dah kata tak berminat, tapi sangat persistent tahap melemaskan. Itulah perwatakan Naqi pada pendapat N.

Disebabkan itulah N baca novel ni laju-laju so that I could put this behind me.

So allow me to reiterate, dengan harapan tiada siapa yang akan mencela N kerana review ini, memandangkan ramai yang memberi rating tinggi.

I didn't enjoy this, not because ada kekurangan pada jalan cerita mahupun kekurangan pada pihak penulis.

I didn't enjoy this because secara peribadi, N tak suka dengan perwatakan Naqi yang melemaskan.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
March 6, 2017
Suka sebab kisah heronya yang jadi pemain bola sepak yang mewakili negeri Pahang. Ehh! Ahahahaha.

Cumanya, ada beberapa bahagian yang kurang suka sikit la sebab gurauan kasar si Nadrah dan Naqi tu macam over sikit tapi mungkin normal la kot jika ia ada kaitan dengan cha ya nun ta alif. :D

Jujurnya, masa dapat tau yang si Naqi tu muda dari Nadrah, aku dah mengeluh sikit dah. Sebab? Sebab aku ni kurang suka hero/suami yang muda dari heroin/isteri. Sekurang-kurangnya hero tu biarlah tua sikit dari heroin. Tua dua tiga bulanpun takpe. Tapi kalau hero tua macam pangkat bapak tu pun aku tak berapa suka jugak. Hahaha.

Tapi disebabkan cerita ni ada turun naik dia, ada emosi yang tertentu masa membaca, aku teruskan juga pembacaan sampailah kepada perkataan TAMAT.

p/s: Dah, ni je review aku. Malas ahh nak tulis review panjang berjela. ;)
286 reviews52 followers
March 2, 2017
sempoi, light, sweet....best sgt.....enjoy je bc kisah naqi dan nadrah ni....
Profile Image for matchataro.
180 reviews29 followers
September 24, 2023
nak ngakak dengan ayat ayat mengusik Naqi boleh baca😂✊🏻
Profile Image for azila syarudin.
59 reviews1 follower
March 7, 2017
1* untuk Naqi yang sewel giler plus sweet.
1* untuk Nadrah yang garang tapi minta disayang.
1* untuk semua metafora Naqi. serius ah kalau nadrah tak cair lagi x tahulah.
1* untuk olahan yang mudah dihadam disaat kebisian membelah hidup.
1* untuk penulis sebab kali ni saya tak perlu menangis bc cerita beliau. haha

sebenarnya pernah baca versi di blog zaman dahulu kala. 2-3 tahun lepas kot. Tapi untuk versi printed ni lebih kemas dan lebih best.

betullah kadang2 kita perlukan karya santai sebegini untuk melegakan 'sakit otak' dengan masalah ekonomi yang makin membengkakkan otak.

papepun, congrats EM!
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
August 2, 2017
tengok pada tajuk terfikir, wahh ni mesti lebih kurang macam kisah musang berjanggut. mesti banyak watak dan mesti banyak adegan luar jangka...selak helai demi helai, lain yang akak jumpa. Jauh sangat dari jangkauan pastu dok tenung tajuk balik, hmm... betullah, dia survey sorang jer calon paling berdedikasi dan berkaki lebar.. ehh.. berkaliber.. tapi kesian kat calon asyik terkena. nasib baik jenis hati kering..

penyakit yang normal, suka tanya bila nak kahwin walhal tu semua rahsia Allah. kali ni nadrah jadi mangsa soalan ceputimah nih. umur dah 28 tahun tapi masih belum kahwin. bezanya, watak nadrah ni dibangunkan dalam keadaan diri yang amat pasif. berhenti waktu belajar, hidup sekadar dirumah dan tempat kerja. yang paling menyayat hati, segala bentuk media sosial pun dia tak involve! Instagram pun tak kenal.. dasat betul tahap batu nadrah. kawan? pun macam takde..

bekerja sebagai PA dato fahmi amat besar cabaran bila datin azlina amatlah cemburu orangnya dan paling kritikal bila dia dituduh isteri kedua dato oleh datin. penyelamat muncul, naqi anak buah dato paksa rela jadi kekasih hati nadrah. nadrah tak kenal naqi tapi naqi kenal nadrah, seniornya di sekolah suatu ketika dahulu. Tapi yang naqi kenal adalah nadrah yang amat berlainan dengan nadrah sekarang. Naqi mencari punca dalam masa yang sama dia sering mahu berjumpa nadrah. Adakah itu cinta?

lain pula bagi nadrah. naqi baginya gangguan dalam hidupnya yang amat kelam. walaupun begitu, orang sekeliling nadrah perasan dengan perubahan diri nadrah. Adakah naqi yang membawa sinar dalam hidup nadrah?.. Apakah yang membuatkan nadrah menjadi sebeku ais dan seperti manusia yang tak punya hati?? suka gaya olahan puan penulis Nur Ezzah Maisarah Mokhtar nih. Macam baca novel yang kena rendam air gula. Sweet sangat dengan pelbagai jenis kuih tradisional pun ya, dengan ayat manis naqi pun ya. pemain bola sepak memang pandai mengorat ya?.. Hehe.. Jangan marah.. banyak pengajaran di sebalik kisah cinta nih. Kalau boleh, jangan terus menuduh. Dengar penjelasan sebaiknya jika berlaku suatu perkara. Paling utama, lepaskan... Lepaskan, bebaskan hati dari menyimpan rasa negatif. Sesuatu yang berlaku ada sebabnya dan ada hikmahnya.. Redha dan tabahlah... tahniah puan penulis untuk novel yang amat menarik nih..
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
February 27, 2021
Cerita yang sengal dan buat aku gelak je. Dan ada jugak part sedih jugak tapi tak sampai mengalir air mata. Kisah antara Naqi dan Nadrah yang mencuit hati.

Takdelah mcm survey sangat Nad ni, macam jumpa 10 orang calon ke dulu, tapi dia terus dapat calon yang elok. Pemain bola sepak lak tu. Untunglahkan. Tapi kena tahan dengan netizen jelah. 😂 Kalau Naqi tak perform elok, kena hentam. Biasalah dalam dunia realiti memang selalu akan jadi gitu pun.

Overall, citer ni best.
Profile Image for Eta My.
79 reviews1 follower
March 27, 2017
Jauh bawa buku ni tuk dibaca..sampai ke bumi Aussie..ingatkan nk baca dlm flight tp tido lagi best kot..hehehe...after 3 days baru berkesempatan nk buka 1st page..overall sgt santai..tergelak2 membacanya..cuma perangai Naqi yg irritating tur buat saya menyampah ckit..apa pun tahniah penulis berjaya buat saya tertanya2 apa masalah nadrah sampai takut benar dijodohkan dgn sepupunya..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews69 followers
June 28, 2017
#36#2017

Done reading Survey Calon Jodoh by Ezza Mysara. I likeeee....

Cerita yang santai, simple dan straight forward. (Ada la part flash back sikit).

Saya suka olahan penulis yang bijak grab our attention. Konflik dalam ni boleh dikatakan sesuatu yang biasa, tapi cara olahan tu, buatkan kita tertanya tanya.

Saya suka dialog yang fresh dengan ayat pickup line yang menarik. Pick up line dalam ni tak buatkan saya annoyed. Plus, ada banyak ayat metafora yang menarik.

Of course, ada part sweet. Tapi, sekadar manis manis buah. Kalau manis sangat, boleh dapat diabetes.

Sesungguhnya saya suka olahan penulis. Saya pernah kecewa dengan LUZ, so, this one is much more better. Tahniah.

HIGHLY RECOMMENDED for those who loves light reading. Cerita ni boleh buat kita gelak.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 4, 2018
Novel yg sempoi, light, sweet, and best sgt2 ☺ Baca kisah Naqi & Nadrah ni....will keep u smiling!! Tersengih2 wei baca 😅😅

Naqi yg Sewel & Gila2 tapi Sweet sgt2!!
Nadrah yg Pemarah & Garang tapi mintak disayang 🤔

Ape akan jadi bila mamat umur 25thn ni fall in love dengan minah umur 28thn? Mamat yg 25thn ni nampak aje giler2... tapi very matang.
Well, age is just a number kan.... Jom baca kisah Naqi & Nadrah.

"Mesti dlm luka yg awak rasa tu sampai awak hilang percaya pada org di keliling awak. Mesti rasa sakit tu mcm tak terubat, kan? Sebab tu awak mcm prejudis dengan semua..."

"Yang pertama tak semetisnya yg terakhir. Lagipun angka pertama, kedua, ketiga does not mean anything...."

Izyan Nadrah, a 28years old gal. Biasa lah, umur da mcm tu tk akan lepas dengan soalan "Bila nak Kahwin..?" Well, age is just a number kn...🤣 Nadrah ni anti-sosial. Tak pernah keluar dengan kwn2...sepupu sepapat... keluar cuma dengan adik dia Naufal, and her parents. Hidupnya hanya dia rumah & tempat kerja. Nak senyum pun susah ok. Kalau senyum pun, senyuman yg ibarat "tk bergula"
Nadrah ni tk bosan ke? Tkmu kenal dunia luar? Atau Nadrah tkde keyakinan diri? Tapi, kalau tkde keyakinan, tkkan dia jadi pembantu peribadi kesayangan Dato Fahmi 🤔

Mohd Naqiuddin aka Naqi bertemu kembali dengan seniornya, Nadrah setelah lebih 10 tahun berlalu di pejabat Pak Ngah nya, Dato Fahmi. Tapi, Nadrah tak ingat ke siapa Naqi ni? Selamba aje Nadrah ni.... Naqi tak puas hati sebab Nadrah tak ingat dia. Selamba aje Naqi tanya Nadrah... "Dah Kahwin..? "Bukan ke umur awak da masuk 28 tahun...?"
Nadrah terperanjat wei! Mana si mamat ni tau umur dia... Nadrah tanya lah kan... si Naqi ni leh jwb "Saya kira kedut kat muka awaklah..." 🤣🤣
Tapi kan.. seronok giler baca part Naqi ngan Nadrah ni... Will make u smile 😅

Naqi, pemain bola sepak mewakili negeri Pahang. Striker tempatan yg ohsem 😅Naqi ni makin baca kan...makin cute! Bukan tu aje, Naqi ni Pencinta Kuih Melayu..Ayat2 PickUp line pun... semua pakai nama2 kuih!!
"Kalau Kuih Seri Muka ~ Boleh jadikan kita org yg suka bermuka-muka...
Kuih Seri Ayu ~ For sure lepas ni awak akan ayu, tk garang2 lagi...
Kuih Puteri Mandi ~ Untuk yg da "mandi"...
Kuih Bangkit ~ Untuk buat awak bangkit dari rasa sakit...." hahahaha mcm2 lagi

Nadrah... ntah nape dengan dia. "Satu beban" besar dia simpan dlm diri dia. Kawan, mmg tak ada... bukan tk ada, tapi Nadrah "Buang". Marah sgt ke Nadrah dengan silamnya! Nadrah halang dirinya sendiri dari bahagia... Dia sembunyikan diri & melarang diri dari bahagia kerana kisah silamnya 😔 Nadrah... menyalahkan diri sendiri kerana jatuh cinta kepada seorang lelaki yg tak patut dia cinta!! Siapa??? Nadrah... siapa yg akan faham perasaan dia. Kawan baik sendiri kahwin dengan lelaki yg Nadrah cinta... Kahwin dlm diam pulak tu. Nadrah tak akan tau kalau Amy tak muntah2 & pengsan... sebab dah mengandung 2 bulan! Tapi... bukan itu sebenarnya yg terjadi.... Nadrah kena tau cerita sebenar!!

Irsyad kembali. Siapa Irsyad? Yg penting... Amy pinangkan Nadrah untuk Irsyad. Terima ke Nadrah? Naqi mcm mana? Dia mengalah ke bila tau Irsyad, cinta pertama Nadrah kembali?

Ok bai... Kalau nak tau.. baca ok!!
#SurveyCalonJodoh
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
March 24, 2017
Sukaaa dengan jalan cerita pada novel ni. Serius best sampai tersengih2 bila baca part Naqi ngorat Nadrah. Nadrah yg sejuk beku dengan org sekeliling disebabkan peristiwa lampau, bertemu dengan juniornya waktu sekolah menengah. Walaupun berbeza umur, Naqi terus-terusan mengayat Nadrah yg tak ingat pun Naqi tu junior dia. Memang sangat santai jalan ceritanya.
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
March 16, 2017
Santai & best. Patutla cepat ja sold out.
Profile Image for Cthajarronaldo.
48 reviews5 followers
September 13, 2017
huhuhu....suka nye baca pasal pemain bola...cter yg menarik utk dibaca...ada part2 yg boleh buat kita gelak...heroin hati beku disebabkan cinta lama...
Profile Image for Nor Afizah.
12 reviews1 follower
April 14, 2019
Assalamualaikum ,hai selamat malam,meh nak review sikit novel Survey Calon Jodoh novelis ezza mysara ni.

⚽ S- Suka suka suka,suka sangat dgn penceritaan yg santai dan kelakar tapi dalam masa yg sama terselit mesej yg berguna.Antaranya ,Jodoh itu rahsia Allah lari macam mana pun jika itu jodoh yg sudah Allah tulis pasti akan berlaku juga,persahabatan yg sebenarnya adalah bila sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya ,part ni la tadi jenuh tahan mata dari berpeluh satgi org dlm ktm pelik pulak tgk kejap senyum kejap muram,kejap cam nak nangis hahaha.Kadang² masalah hanya akan selesai bila kita berani berhadapan dgn masalah itu sendiri.

⚽ C- Cubaan untuk dapatkan novel ni berjaya juga,semangat cari buku ni sbb baca review ramai komen best.watak utama novel ni gadis bernama nadrah yg sentiasa didesak mengenai jodoh ,bertemu semula dgn junior satu sekolah dgnnya yg kini merupakan pemain bola sepak terkenal.pelbagai situasi dan ayat y membuatkan saya tersenyum.penulis mmg pandai bermain kata menyebakan pembaca asyik dgn kisah y disampaikan.sengal² si naqi dgn peel nya ,dia tetap ada aura seorg hero y tersendiri hahaha.

⚽ J- Jadi,rating saya utk novel ni 4.9/5 bintang.hehehe byk nk tulis td masa atas ktm,tapi sbb badan dah penat lupa dah idea tadi hehehe.TQVM pada yg baca entri ni.
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
May 6, 2017
Just ok. huhu.. Ada bbrp kelemahan dan cacatny cerita ni mbuatkn cerita ni biasa2 sj.
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.