Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Selewengkan Sejarah Melayu #1

Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

Rate this book
Dunia Melayu hari ini telah diserang dari pelbagai arah. Terdapat musuh yang mahu menundukkan bangsa yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Dari agamanya, politiknya, raja-rajanya, kesemuanya hendak diserang dan diperkotak-katikkan.

Dewasa ini sejarahnya telah ditohmah dan dihina oleh golongan pembenci dan oportunis. Terdapat banyak cubaan yang menidakkan tamadun serta daya berpencak. Kami The Patriots sentiasa bersedia menjadi perisai untuk melindungi sejarah agung bangsa ini.

Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.

214 pages, Paperback

First published January 1, 2016

14 people are currently reading
117 people want to read

About the author

Helmi Effendy

25 books171 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
58 (52%)
4 stars
38 (34%)
3 stars
9 (8%)
2 stars
2 (1%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
September 16, 2019
Sempena Hari Malaysia 2019, dan sempena kempen "Tanah Melayu Kembali Bertanjak" yang digerakkan oleh beberapa pihak tertentu pada hari ini; walaupun saya tidak mengenakan tanjak asbab tidak memilikinya, namun saya memilih untuk mengulas buku "Jangan Selewengkan Sejarah Melayu" karangan Saudara Helmi Effendy dengan reka bentuk kulit bukunya memaparkan ilustrasi seorang Melayu bertanjak sedang menghunus sebilah keris sambil menciumnya. Boleh kot noh?

Buku ini menghimpunkan beberapa makalah dan penulisan berkenaan kesalahfahaman masyarakat awam terhadap sejarah bangsa Melayu yang banyak sekali berlegar di sekeliling kita. Sayang sekali, salah faham ini bukan hanya melanda bangsa selain bangsa Melayu sahaja, malah juga terpalit terhadap mereka yang menggelarkan diri sebagai orang Melayu itu sendiri!

Antara salah faham popular yang didedahkan oleh Saudara Helmi adalah seperti berikut:
1. Kesultanan Melayu Melaka merupakan tamadun atau kerajaan Melayu yang pertama.
2. Kerajaan Hindu-Buddha di alam Melayu merupakan milik orang Tamil kerana namanya berbaur Sanskrit.
3. Melayu juga merupakan bangsa pendatang. Hanya orang Asli merupakan penduduk asal.
4. Budaya Melayu mempunyai kaitan dengan agama atau ajaran Hindu-Buddha.
5. Tamadun Melayu merupakan tamadun yang kolot dan tidak ada kemajuan teknologi.

Menariknya, kesemua salah faham yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu yang dimuatkan dalam naskhah ini dijawab oleh penulis dengan begitu baik berserta hujah-hujah daripada sumber yang berautoriti.

Sesungguhnya, setelah sekian lama, kita begitu banyak sekali dimomokkan oleh sama ada pihak luar mahupun orang kita sendiri bahawa bangsa atau orang Melayu itu merupakan bangsa yang sungguh lemah jati diri, tiada harga diri, tidak berdaya saing, dan pelbagai lagi labelan negatif yang amat menjengkelkan.

Jadi, kepada sahabat-sahabat Melayu saya di luar sana yang mungkin tercari-cari apakah bahan bacaan yang baik sebagai pemula untuk kembali memaknai jati diri dan harga diri sebagai seorang Melayu sejati, karya ini boleh menjadi sebagai salah satu bahan bacaan yang wajib kalian miliki dan hadami.

Insya-Allah, sepertimana diri saya, kalian juga akan dapati bahawa kalian pasti amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Melayu dan akan begitu berbangga sekali dengan warisan dan budaya yang telah kita semai dan pertahankan sejak sekian lama.

Bak kata Saudara Helmi Effendy dalam bahagian dedikasi, "kepada pejuang bangsa Melayu sekalian, jangan sesekali gentar mencium keris." Selamat Hari Malaysia 2019!
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
January 12, 2020
Pendapat saya tentang buku ..... Wajib dibaca oleh setiap warganegara Malaysia terutamanya generasi muda bangsa Melayu yang berfikiran liberal.

Buku ni bukan buku rasis tapi menerangkan sejarah Melayu sebelum memeluk agama Islam. Sebelum Islam datang ke Tanah Melayu, semua sudah sedia maklum kebanyakan penduduk Melayu memeluk agama Hindu atau Buddha. Walaupun apa pun agama mereka, mereka masih berbangsa Melayu.

Kalau kata Parameswara tu keturunan India, tu fakta dah basi sangat. Parameswara seorang orang Melayu beragama Hindu dan kemudian memeluk agama Islam dan telah tukar namanya.

Melayu bukan bangsa yang mundur seperti katak dibawah tempurung. Bangsa Melayu lebih maju dari bangsa lain seperti orang Cina atau orang Barat sendiri. Saya baru tahu beberapa negeri menjadi pembekal meriam dan menghasilkan meriam terbaik. Meriam-meriam tersebut dibekalkan kepada Kerajaan Melaka. Dalam buku sejarah masa sekolah tak dinyatakan.

Malah menghasilkan kapal perang lebih besar dan lebih kukuh berbanding kapal perang Portugis. Kapal perang yang tak menggunakan paku dan Jong kapal yang tebal dan tinggi. Ditembak dengan peluru meriam tidak akan berlubang. Tambah lagi Melaka mempunyai pahlawan hebat Hang Tuah.

Berbanggalah dengan bangsa kita, Bangsa Melayu beragama Islam. Dan kita bukan bangsa pendatang, kita adalah perantau yang merantau di gugusan kepulauan Melayu. Zaman dulu tiada negara Indonesia bagai .. hanya bangsa Melayu keturunan Bugis, Acheh, Minang dan sebagainya.

Seperti kata penulis buku ini baca buku ini dalam keadaan tenang dan pada masa yang sama buka minda seluasnya.

Pertahankan ABATA - Agama, Bangsa dan Tanah Air. Jangan biar tanah air dijajah semula secara tidak langsung dan menjadi pengemis di tanah sendiri.
Profile Image for Roslina Roslan.
66 reviews
September 14, 2020
Ada beberapa corak penyampaian penulis dalam buku ini, salah satu adalah gaya seorang pendebat yang mematah hujah lawan. Tapi memang kebanyakkan kenyataan yang didebatkan dalam buku ini, kenyataan merepek yang dibuat bukan dengan ilmu, tetapi dengan perasaan. Mungkin untuk orang yang cakna dan tahu tentang sejarah akan ketawa dengan kenyataan tersebut, tetapi bagi orang yang tak tahu, apatah lagi kenyataan itu diviralkan, kesannya besar, paling senang bangsa melayu akan hilang harga diri, malu jadi orang melayu. Buku ini bukan menyemai benih rasis atau semangat asobiyah, pada saya ia adalah buku untuk memupuk semangat jati diri dalam diri anak melayu khasnya. Saya puas hati dengan segala hujahnya.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
March 31, 2020
Banyak cubaan untuk menyembunyi dan menenggelamkan sejarah Melayu. Adapun dalam buku teks sekolah, saya rasa sekitar 50-60% sahaja sejarah yang diceritakan, itupun diolah agar dapat memuaskan hati semua pihak.
.
Hari ini, generasi muda hampir lebih daripada 50% gagal memahami sejarah. Keputusan SPM tahun 2019, 15% (dibundarkan) gagal sejarah. Prestasi mata pelajaran sejarah juga jatuh. Rujukan https://www.permohonan.my/analisis-ke...
.
Muncul pula golongan yang bukan ahli dalam sejarah, berbicara dan berbincang mengenai sejarah. Golongan agamawan mula membidaahkan dan mengharamkan adat istiadat Melayu yang pada nya tidak bertepatan dengan sunnah pada pemahaman dia bukan agama. Golongan politikus pula, gunakan sejarah untuk survival politik nya, ada yang membenamkan kebenaran ada yang cuba kemuka kan fakta baharu. Entah dari mana dia dapat.
.
Para sejarawan pula ibarat anjing kepala buruk. Dituduh dengan pelbagai tohmahan, dikata rasis, sikit-sikit Melayu, semua nya Melayu. Namun kelompok ini, lebih suka mati bertimbun bunga, daripada hidup bergelumang tahi. Perkara Haq itu adakalanya pahit untuk ditelan.
.
Bagi mereka yang masih keliru dengan sejarah bangsa sendiri, buku ini akan menjawab 1001 persoalan dalam otak anda. Jika tidak 1001 pun, saya yakin buku ini mampu menguraikan kekusutan dalam hati sanubari anda.
.
Membaca lah, kerana membaca itu perintah pertama tuhan kepada baginda nabi saw.
.
"...kebangkitan semula bangsa tidak berlaku dengan bangsa X meniru bangsa Y, kebangkitan semula bangsa hanya akan berlaku apabila sesebuah bangsa itu membina semula jati diri yang telah hilang dimamah penjajah 'Petikan Dig into the past to find the future' ialah suatu ilham dan proses bagi mana-mana bangsa untuk bangkit semula..."
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
May 30, 2020
Sedap baca buku ni, walaupun ada la 1-2 bab yang macam bosan sikit. Cuma aku terkejut bila ada kritikan terhadap Malaiur Manikam karya Uthaya Sankar S.B. Sebabnya kerana aku suka buku tersebut yang aku sudah baca beberapa tahun yang lepas. Mungkin ketika itu aku agak jahil mengenai bangsa sendiri lalu aku tak perasan pun tentang kenyataan2 En. Uthaya yang menyinggung.

Bila aku belek semula Malaiur Manikam, aku dapati tulisan Uthaya agak bersahaja, santai dan aku rasa kumpulan The Patriots boleh belajar gaya penulisan beliau. Mungkin sebab itu dulu2 aku tak rasa pun kenyataan2 Uthaya ni macam mengarut, lebih kepada sembang "palatau" berilmiah gaya santai. Dan memang Uthaya pun bukan ahli sejarah, itu pun dah cukup untuk meragui "tekaan2" beliau. Tapi orang boleh bentes dengan mengatakan perkara yang sama kepada Helmi Effendy juga. Sekurang2nya belakang buku ni ada senarai sumber rujukan untuk kita belajar dengan lebih mendalam.

p/s: aku peminat sejarah tetapi lebih kepada sejarah islam, nak berjinak2 dengan sejarah bangsa sendiri pulak, takkan asyik modal melaka 1511 dan merdeka 1957 je.
2 reviews
April 24, 2019
Segala hujah yg dikemukakan adalah berfakta.. Penulis membawa bangsa Melayu untuk mengenal dengan lebih rapat tentang asal usul, kehebatan dan kebijaksanaan orang2 Melayu dahulu sehingga berjaya menjadi bangsa pelaut yg hebat.

Bagi Melayu yang dah hilang/hampir hilang jati diri eloklah baca buku ni, barulah kau rasa betapa hebatnya sejarah bangsa kau.
Profile Image for Syafiq Ashraf.
7 reviews
June 23, 2019
Saya boleh katakan sekiranya buku ini dimiliki oleh para pelajar menengah atas, tentu tiada yang mengatakan bahawa sejarah ini bosan dan susah difahami. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh segenap lapisan umur dan semua golongan level masyarakat 👍🏻
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
January 3, 2021
Sesuai untuk para pecinta
sejarah. Buku ini sarat dengan fakta
sejarah dari pelbagai aspek dan tempat.
Namun begitu, mungkin saya rasa buku ini
terlalu 'heavy sejarah', saya berasa kurang
minat apabila di tengah buku. Komen
saya cuma susunan artikel mungkin
boleh diperbaiki kerana saya nampak ada
bahagian utk membidas hujah, ada juga
yg menerangkan Melaka sahaja, ada tang
budaya saja. Tidak lah terlalu berterabur,
tetapi adalah lebih baik untuk menyusun
mengikut kategori yang sesuai.
Profile Image for Nurul Huda.
20 reviews
July 25, 2021
"Sekurang-kurangnya 11,000 manuskrip Melayu masih di simpan penjajah sehingga ke hari ini." Cukup untuk kita fikirkan, kalau kita ini bangsa yang tiada apa-apa, kenapa perlu mereka simpan?

Terima kasih kepada penulis yang menjawab banyak persoalan yg biasa kita dengar, dan yang selalu rakan sebangsa kita sendiri yang lantang mengutuk bangsa sendiri ucapkan di media sosial.

Kalau bukan kita yg memahami dan belajar sejarah sendiri, siapa lagi? Harapkan bangsa lain?
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
April 7, 2019
Buku tulisan Helmi effendy ini adalah untuk membidas mereka-mereka Yang mengatakan melayu itu pendatang. Setiap apa Yang mereka perkatakan tentang bangsa melayu dibalas dengan hujah Dan fakta sejarah. Buku ini membuka Minda bangsa melayu untuk kenali jati diri mereka Dan sedar diri Bahawa mereka bukan pendatang seperti apa Yang disebut-sebut Oleh mereka Yang kononnya tahu sejarah bangsa melayu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Abu Hurairah.
21 reviews1 follower
October 12, 2020
Aku taknak apologetik dalam memberikan komen untuk buku ini. Aku pun bukan beli buku ni, hanya pinjam dari seorang kawan.

Aku tak tahu nak komen apa, terlalu cringey. Aku boleh faham tujuan penulis adalah untuk membalas kenyataan-kenyataan sekitar perkara berkaitan sejarah-sejarah dan fakta tentang kaum melayu.

Cuma setiap perenggan bagi penulisan beliau sangatlah cringey. Bagi aku, kalau kita nak menegakkan sesuatu fakta, biarlah dengan fakta, dan fakta bagi aku perlu dalam facts and figures. Aku hanya mampu membelek beberapa bab dalam buku ini dan aku tak berjumpa dengan apa-apa rujukan pun yang digunakan penulis. Kalau ada pun (aku harap memang ada dan aku silaplah), ia sangat longgar.

Kau nak lawan hujah, dengan hujah jugalah. Bahasa yang digunakan pun nampak lebih kepada bahasa seorang yang meroyan dan jauh dari profesionalisme.

Aku rasa benda macam ini perlu diambil kira oleh penulis dan juga penerbit dalam nak mengeluarkan buku jugalah. Nampak terlalu semberono.

Tak perlulah terlalu nak mengejar status 'pop sejarah' sampai kita nak mengorbankan profesionalisme dalam menulis.

Nampak sangat lekeh. Aku rasa aku lagi banyak mengisi masa dengan membaca buku komik dari buku ini.

Ulang suara, aku takkan apologetik untuk komen aku sebab aku rasa membaca buku ini merugikan masa aku.
Profile Image for SyaMimi.
151 reviews12 followers
July 10, 2019
Buku yang menjelaskan kekeliruan dan membidas fakta palsu berkenaan sejarah melayu.

Memetik komen atau hantaran daripada individu dari facebook dan mungkin juga di platform lain, penulis menyangkal pelbagai kenyataan tentang sejarah, yang pada aku bodoh bodoh. Ada satu yang buat aku tergelak besar, individu yang cuba 'claim' baju kurung berasal daripada bangsa individu tersebut. Sedangkan pakaian tradisional dia pun jarang nak pakai, inikan pula baju kurung..sehingga kini aku masih tergelak. Haha!

Wajar dibaca oleh semua lapisan rakyat malaysia terutama masyarakat melayu agar kita cakna dengan sejarah bangsa sendiri.

4.7/5.0
Profile Image for Mazliza.
73 reviews5 followers
December 22, 2018
Buku ini menjelaskan banyak kekeliruuan yang sengaja disebar mengenai sejarah Melayu
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
March 2, 2020
Buku yg pd aku spt artikel yg dibukukan.Membidas n mengkritik orang2 merendahkan bangsa, bahasa serta sejarah Melayu. Tdk kira drpd golongan mana yg mengeluarkan fakta bercanggah serta tak selari dgn sejarah sbnr.Jadi dijelaskan penceritaannya berdasarkan rujukan dr buku, surat lama, dokumen, jurnal dll.
**
Ini menekankan soal kemelayuan yg sering jd pendebatan dan mempersoalkan berkaitan bahasa, budaya, warisan dan sejarah orang Melayu itu sendiri.
**
Antara yg dikupas dan dirincikan:
• Asal usul bahasa Melayu - pljr stpm ambil BM & pelajar Linguistik Melayu pasti tahu apa itu kata 'keluarga bhsa austronesia' dlm mengenal BM+ bljr ttg BM, bhsa yg berprestij di zmn kesultanan Melayu Melaka.
• Hang Tuah- penulis betulkan tanggapan seseorang ini bhwa HT bkn dr keturunan Melayu dgn kemukakan beberapa bukti HT mmg keturunan Melayu.
•Istana Melaka, Armada Kapal Melaka,Tentera Melaka- 3 hal yg penulis terangkan kewujudan ini bila dipersoalkan oleh seorang Hamba Allah ini. ( Buka mata kita terutama hebatnya hal perkapalan+ perlabuhan Melaka blh flashback apa bljr dlm di sekolah)
• Baju Melayu+Baju kurung- ada falsafah mengenai baju kebangsaan ini bikin aku bangga.Seteliti itu org kita dlm memaknakan sehelai baju.
• Tamadun Melayu- dlm ni byk ceritakan sumbangan org Melayu dlm beberapa legasi.Satu ilmu baru blh highlight mengenai jumlah harta empayar Melaka yg diambil oleh Portugis buat aku tercengang👍 Khazanah kekayaan+ manuskrip yg byk dirampas oleh penjajah itulah kerugian terbesar kita sehingga ramai yg cuba menfitnah, menyangkal sejarah Melayu tanpa selidik.
• Keris - Ringkasan mengenai alat yg melambangkan ketamadunan Melayu.
**
Sejajar dgn hasrat penulis mungkin buku ini mampu jentik hati kita berfikir positif mengenai sejarah Melayu yg diragui dek kerana sumber2 yg meracuni fikiran kita.
Profile Image for Fatimah Manaf.
83 reviews6 followers
November 19, 2020
Satu bacaan umum tentang sejarah tempatan. Cara penyampaian buku ni menarik, dengan memaparkan kapsyen daripada laman sosial dan petikan penulisan yang tidak tepat tentang sejarah sekitar ketamadunan Melayu, kemudiannya hal ini diulas dengan jelas berserta fakta oleh #HelmiEffendy.

Aku memang suka dengan buku-buku sejarah, tambahan pula dengan style orang muda begini, tak membosankan, jelas, tidak mengelirukan dan mudah difahami. Aku fikir, buku begini harus lebih banyak dihasilkan untuk masyarakat khususnya generasi kini. Pembaca biasa-biasa yang bukan ahli akademik sejarah pun, mampu faham dan hadam. Sebenarnya aku rasa ramai yang minat dan peka tapi tak tahu nak tambah ilmu-ilmu ni daripada sumber mana, jadi buku ni satu solusi untuk keadaan tersebut.

Banyak isu-isu perihal amalan, budaya, kepercayaan dan kesenian Melayu yang di salah erti selama ini. Ramai individu yang lebih gemar mempercayai fakta-fakta klise, bias dan tak relevant tambahan pula bila disandarkan pada agama. Aku dapat banyak pengetahuan baru, menguatkan keyakinan sedia ada dan jadi lebih terbuka tentang kewujudan ramai individu dengan kepentingan tertentu suka memutar belitkan/melindungi fakta sejarah. Tahniah pada team #ThePatriots moga terus sukses. Sangat direkomandasi. #fatimahmanaf #timahbacaapa #malaysiamembaca
Profile Image for Nur Rafiqah.
18 reviews1 follower
June 27, 2021
Selepas habiskan bacaan buku ni, saya rasa 'WOWW'. Rasa bangga menjadi anak bangsa Melayu. Saya suka cara penulis mengolah ayat dan dikukuhkan dengan fakta dan hujah-hujah yang menentang idea dan pernyataan yang kita rasa macam 'biasa' tapi hakikatnya menyeleweng daripada sejarah. Isu-isu yang dibawakan juga menarik, olahan ayat yang padat tapi santai. Buatkan saya teruja sampai rasa susah nak berhenti baca hehee.

Bagi saya buku ini perlu dibaca oleh generasi muda terutamanya anak Melayu. Kalau bukan kita yang mengenal bangsa sendiri, siapa lagi? Kalau tidak berminat dengan sejarah pun beringatlah, jangan sampai sejarah sendiri dirobek oleh orang luar malah bangsa kita sendiri pun terlibat tanpa kita sedar. Kini, dah ada pun usaha menyelewengkan sejarah. Adakah kita sedar perkara itu?

Tahniah penulis atas usaha ini yang memberi kesedaran kepada pembaca bangsa Melayu untuk berbangga menjadi anak Melayu dan menjaga sejarah bangsa kita.
Profile Image for Nurul Farhana.
17 reviews1 follower
July 10, 2021
Corak penulisan Helmi adalah melalui memaparkan hantaran FB atau kenyataan yang menyelewengkan sejarah, dan beliau melawan isi penting hantaran tersebut dengan hujah yang melibatkan sejarah berserta bukti (dari jurnal atau tulisan sejarahwan). Ada banyak ilmu sejarah yang saya pelajari dan boleh dijadikan teladan. Wajar dibaca oleh remaja, belia dan dewasa terutamanya guru Sejarah. Semestinya dengan mengetahui sejarah, kita dapat menjadi bangga dan memounyai jati diri yang kuat sebagai orang Melayu. Menurut pendapat saya sebagai pembaca, ada beberapa bab yang beliau agak beremosi, yang turut mempengaruhi emosi pembaca. Apapun tahniah atas usaha menguatkan budaya dan sejarah Melayu!
Profile Image for NaniM.
57 reviews24 followers
July 25, 2025
hmmmm.... beli sebab semangat nak baca pasal sejarah melayu.... tak tahu la pulak buku ni lebih kepada "beef" (i dont know the right word in malay)

bukan tak menarik, cuma mungkin di luar jangkaan saya. silap diri sendiri.

tambahan pulak, saya secara peribadi merasakan jika penulis menjawab dalam keadaan menghormati (tanpa kata2 amarah atau kata2 sindiran) kepada pihak sebelah, penulisan saudara juga akan lebih dihormati.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
70 reviews
June 1, 2025
Permulaan kerangka yang baik tapi saya baru tahu karya ni membidas tuduhan masyarakat media sosial, jadi naratif yang dibawakan ialah isu 1 - hujah 1, hujah 2, hujah 3, kemudian bab seterusnya isu 2 dan seterusnya. jadi bila karya disusun macamni, banyak fakta overlap dan bercampur yang buat saya pening dengan ketiadaan konteks asal fakta. dan banyak muka surat saya skip :(
19 reviews
March 19, 2020
Sempena perintah berkawal pergerkan, dapat lah habiskan buku ni. Buku yang banyak membuka minda dengan certain sejarah yang perlu diperbetulkan. Dan part yang paling saya suka bca adalah 10 kayu ukur keagungan tanah melayu itu sendiri.

Recommended kepada semua. Selamat membaca
Profile Image for Affan Yunus.
104 reviews3 followers
October 4, 2020
Buku yang sarat dengan pembetulan fakta, pembidasan dan hujah yang relevan. Saya suka dengan niat penulis dalam menggalakkan masyarakat supaya jangan pernah rasa malu untuk mengangkat dan mempertahankan bangsa Melayu.👍🏽👍🏽👍🏽

Teruskan menghasilkan naskhah bermanfaat seperti ini.
Profile Image for Auni Azyan.
6 reviews
February 9, 2020
buku ini sesuai untuk mereka yang masih tidak sedar bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang hebat dan untuk mereka yang masih mengagungkan agungkan bangsa penjajah
Profile Image for Kionora.
8 reviews
June 4, 2021
Menjawab sebahagian tuduhan tak berasas terhadap sejarah Melayu. Walaupun saya kurang faham (kurang pengetahuan sejarah) tapi apa yang disampaikan penulis bersumber, jadi lebih terpercaya.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
92 reviews
July 8, 2022
Mantap. Mantap penulisan dalam membidas segala kritikan dan segalanya. Dalam kritikan, ada juga pendedahan ilmu sejarah yan baru. Terima kasih penulis 🌟🌟🌟🌟🔥
28 reviews
February 7, 2023
Buku yang penuh dengan fakta mengenai Melayu itu sendiri. Selain Islam, saya juga berasa bangga dilahirkan sebagai Melayu. Moga kaum saya terus kuat bangkit mendepani cabaran mendatang.
Profile Image for Rashidi.
5 reviews5 followers
November 12, 2018
Penulisan yang berlandaskan fakta yang turut disertakan sumber rujukan bagi menyangkal persoalan dan sebaran maklumat yang menyeleweng sejarah Melayu.

Satu hasil kerja yang baik dan mudah difahami.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.