Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mr. Crush

Rate this book
“Hah... itu perempuan sudah tolong sama lu.” – Pekerja Econsave
“Okey. Terima kasih ya, auntie.” - Raid

Itulah kali pertama Raid dan Fareena bertemu. Di sebuah pasar raya. Saat Raid terpinga-pinga memilih barang wanita untuk si adik kembarnya, dalam diam Fareena membantu. Bukan sembarangan barang. Berkepak pula tu!

Malu, namun kali pertama itulah yang menerbitkan cinta dalam hati. Berkali-kali mata memandang, hingga si gadis tidak keruan.

“Akka.. itu kondom. Bukan gula-gula.” – Gadis juruwang
“Opss! Sorry, I tak baca tadi.” - Fareena

Rupa-rupanya gadis itu guru Matematik Edin, sepupunya. Dalam masa yang sama, Edin juga cuba merapatkan mereka. Sayangnya, Fareena agak dingin biarpun salam perkenalan sudah bersambut.

Sejak kebenaran terbuka, Raid cuba berlagak dingin agar dia dapat melepaskan impiannya. Kecewa. Cinta yang berputik tidak seharusnya dibiarkan berbunga. Cuma, dia tidak pernah tahu bahawasanya Fareena sedang bergelut untuk melepaskan diri daripada cengkaman Hairi, teman lelaki yang tidak pernah dicintainya.

Setahun berlalu. Fareena masih tidak dapat melupakan ‘Mr. Crush’ yang pernah datang menyapa. Tempoh yang diberikan kepada Hairi sudah tamat. Maka dia nekad untuk mencari apa yang diinginkan oleh hatinya sendiri.

Sesungguhnya cinta itu membutakan. Raid dan Fareena... sama-sama saling jatuh cinta. Namun tidak mudah cinta mereka. Mereka bergelut dengan dugaan dan ujian. Bagaimanakah untuk mereka melepasinya?

Bagi lelaki seperti Raid, berpantang maut sebelum ajal. Dan untuk wanita seperti Fareena, setelah diberikan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki, susah atau senang dia akan tetap bertahan. Adakah adunan dua prinsip itu mampu menguatkan mereka berdua? Mampukah mereka mencapai matlamat bahagia?

Paperback

First published January 1, 2017

3 people are currently reading
66 people want to read

About the author

Adnil Zaff

65 books107 followers
Nama pena Adnil Zaff juga boleh dikenali dengan Fazlyn Ridz. Beliau kini menetap di Kampung Gajah, Perak dan merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (32%)
4 stars
29 (49%)
3 stars
10 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 2, 2018
ingatkan kisah krisis cinta, tapi bila tengok pada nama penulis adnil zaff, ha... makanya sila letak tepi agakan yang tak betul tu. kalau penulis ni punya karya, akan ada sesuatu yang berat di dalamnya. tajuk je mr. crush, tapi rempuhannya pada setiap pelosok cerita...

kisah pertama yang membuat emosi marah mencanak naik, bapak tiri dengan anak tiri. memang syaitan durjana bila bapak tiri bersikap sebegini. tambah pula berpangkat dan punya pengaruh. bernikah dengan janda yang punya anak gadis kerana ada tujuan. tujuan yang memang jahanam! fareena, nyaris. mamanya bertindak pantas dengan menghantarnya jauh untuk belajar. sehingga dia bekerja, memang dia tak balik ke rumah supaya tidak berhadapan dengan manusia bersifat syaitan itu. tapi, rupanya ada yang malang dari nasib fareena. memang tak menahan marah bila anak tiri yang lembam sifatnya diperkosa hingga melahirkan anak. jahat punya manusia!

kisah kedua pula, buta kerana cinta. raid lah yang jadi mangsa. natasya berpasangan dengan raid pada awalnya bila raid sambung belajar di pulau pinang. waktu tu dia agak kecewa bila tahu fareena dengan hairi. natasya ni pada awalnya, ingat dia hanya gilakan duit raid. banyak fitnah yang ditabur oleh natasya pada mama raid dan kemuncaknya bila dia culik raid dengan tusukan dadah dan mencederakan raid sekejamnya. ni penyakit jiwa. ada pada ramai manusia sekarang.

kisah ketiga yang tak kurang panasnya, pembulian di tempat belajar, sekolah. ada antara mak ayah yang memang tak peduli pun anaknya gangster. hanya harapkan pada guru untuk mendenda. suruh datang sekolah sebab anak pun payah apatah lagi nak ambik berat kisah anak-anak di sekolah. edin dicemburui kerana baik dengan cikgu fareena. walhal dia baik dengan semua guru di sekolah.

dalam novel ni tak jalan banyak tempat. sekitar penang dan kuala lumpur. ada satu je jauh sedikit, kemboja.mereka ada program amal di Kampung Antor, Wilayah Kampung Cham, Kemboja. perlu menaiki perahu menyeberangi Sungai Tonle Sap. tak dapat sebenarnya bayangkan keadaan kehidupan mereka di sana. moga yang baik-baik saja buat semua dan sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa...

kisah-kisah ini dikait cantik dalam kisah cinta antara raid dan fareena. mereka berkenalan pada mulanya kerana edin, anak buah raid. mereka punya pasangan masing-masing tapi tidak mampu menolak kata hati. walaupun fareena lebih tua dari raid tapi itu bukan perkara utama. raid bijak merealisasi kata hati dan fareena, cuba melawan trauma setelah bersuami. dugaan dan cabaran datang melanda, mereka harungi sebaiknya. mana tau, mr. crush rupanya yang menjadi nakhoda yang mengemudi rumah tangga mereka...
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
March 11, 2017
3.5*
Maaf author..Novel kali ini kurang menyengat. Saya lebih prefer H.I.M dan Fasad. Walaupun Inti cerita berbeza, Ia tetap dgn isu kekeluargaan yg saling sokong menyokong dan memahami. Walaupun ada sedikit glitches from Puan Ain yg mudah mempercayai kata2 orang luar yang dah di cop tak suka dan bukan calon menantu pilihan.

Setiap manusia lain jalan cerita cinta mereka. Saya kurang feel their love emotions. Sedikit sebal dgn cara Fareena at first. Begitu pun, novel ini tetap padat dengan pengisian yg lain.

Beberapa hal juga disentuh:
1. Kalau tak suka jangan mempermainkan perasaan orang. Membawa padah dibelakang hari.
2. Jangan buruk sangka dan berdendam.
3. Jgn terlalu taksub dengan cinta.
4. Trauma dengan incest.
5. Manusia yg bertopengkan syaitan. Menyalah gunakan kuasa bagi menegakkan keadilan yg entah apa2. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah..Dah macam Criminal Mind pulak.
6. Additional information about coals..Saya buat ubat gigi je konon nak kasi kuat dan putih..tetap ada sakit gigi..putih pun tidak..hehehe..really.. mcm mana lah dia boleh telan. Thumbs up on this.

The last few chapters dari mula di culik mendebarkan hati saya. Tak dapat digambarkan kesakitan yg ditanggung Raid. Saya terpaksa buat family tree sendiri untuk keluarga Buhler yg semakin berkembang..terlalu banyak kembar..really wow me. Last speech dari Tan Sri Ariff quite touching. Sikap ini turut ada pada Raid.. Quite eloquent. Overall, ok. Satu yg saya pasti pengajaran dlm novel ini : jgn pernah ambil mudah akan sesuatu perkara kerana kita tak tahu whether ia akan memberi impak yg kecil atau berskalar richter.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
April 4, 2017
Berbanding Fasad & H.I.M, karya ini agak ringan. Isu yg diketengahkan tak seberat cerita2 keluarga Estaban a.k.a tan sri Ariff Buhler (Janji Pada-Nya) yg lain. Namun moralnya tetap sama. Bagaimana corak pendidikan yg diterapkan oleh Tan Sri Ariff & isterinya dalam keluarga mereka, daripada anak2 hingga ke cucu2 sentiasa impress kita.

Naskah kali ini, tentang cucu pertama beliau, Muhammad Raid Zuhayr yg jatuh cinta pandang pertama dgn Fareena, guru kepada sepupunya lewat pertemuan tanpa sengaja & keadaan yg kelam kabut. Sygnya cintanya ditolak lantaran Fareena telah in relationship with Hairi.

Demi utk melupakan Fareena, Raid cuba berkawan dgn beberapa gadis. Namun sayangnya tak kekal lama kerana tiada kimia. Sehinggalah tiba2 Fareena datang kembali di dalam hidupnya selepas 2 tahun.

Raid sedar yg hanya Fareena yg dia mahu. Dan melihatkan Fareena yg ragu2 dgn niatnya, dia nekad menjadikan Fareena yg halal untuknya... lebih2 lg setelah mengetahui apa yg menghantui hidup gadis itu selama ini.

Di awal2 usia pernikahan, mereka diduga hebat. Angkara dendam, Raid diculik & diseksa. Kebergantungan hanya kpd Yg Maha Kuasa. Dgn izin-Nya, Raid bebas. Namun trauma menghambat hidupnya sehingga tersekat bahagia yg dirasa.

Kesudahannya... kena bacalah...hihihi
Profile Image for Annakarenina.
142 reviews15 followers
May 23, 2017
PBAKL2017 #27

4*

Tepat jam 4 pagi sy berjaya menghabiskan pembacaan buku Mr. Crush ni. Buku ni dari bulan 2 lagi dh keluar tapi sy baru berkesempatan beli waktu pesta buku (sebabnya nak dapat diskaun berbanding beli online. jimat-jimat. ececehh!).

Dan sekali lagi puan penulis Adnil Zaff tidak mengecewakan sy dengan kisah-kisah legasi Tuan Ariff Buhler. Kali ni diceritakan kisah cinta Raid (cucu sulung Ariff Buhler) dengan Cikgu Fareena. Jalan cerita kali ni tak terlalu berat berbanding Fasad. Dan sy sukaaa ! So sy bg 4* utk Mr. Crush.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 4, 2021
Kurang menarik cerita Raid dengan Fareena ni. Lagi suka cerita adik dia si Rauf. Raid tu sengal tak boleh blah, memang kelakar lar. Fareena tu, tak boleh faham mula² tu apa yang dia nak sebenarnya, dengan Hairi pun main biar je, lepas tu dah berkenan kat Raid, tetiba nak undur diri plak. Tak tetap pendirian mula² tu. Tak berapa suka lar watak Fareena, kurang menyentap hati. Watak mak Raid tu plak, berbeza sangat dengan watak dalam Mawar Berduri, dengan Raid dan Fareena dia boleh terima je, tapi masa Rauf tu watak dia over plak, menyakitkan hati.
286 reviews52 followers
March 1, 2017
best...menarik sangat
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
April 19, 2020
Menarik! Utk Mr Crush rasanya kisah keluarga lebih dominan tarikannya berbanding kisah cinta Raid Fareena. Fareena yg mempunyai hubungan dgn Hairi dan juga Raid yg mempunyai hubungan dgn Natasha meninggalkan pasangan msg2 kerana tiada persefahaman. Sementelah, Raid sudah lama meletakkan rasa cintanya terhadap Fareena. Apa yg jelasnya, Hairi dan Natasha mempunyai sikap yg sama - suka mendesak dan mengongkong!

Banyak point yg penulis mahu ketengahkan dlm cerita ini:
1. Buli dan tunjuk samseng di sekolah / tempat kerja
2. Penderaan / gangguan seksual / rogol gadis bwh umur
3. Obses / penyakit jiwa

Jika dibandingkan dgn cerita keluarga Buhler yg lain, saya rasa cerita ini kurang menyengat. Tetapi jika stand alone tanpa bandingkan dgn kisah cinta keluarga Buhler, sudah tentunya kisah Raid Fareena ini juga best dgn jln cerita yg diutarakan.

Apa yg pasti, setiap karya penulis mmg tidak pernah menghampakan👍
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
December 10, 2019
Cinta itu boleh membutakan.. Natasya jd buta kerana cinta di permainkan..

Raid.. cinta x boleh di paksa
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
September 6, 2021
Terkejut tengok nama ayah tiri Fareena, Fajaruddin. Sama nama dengan hero Musuh Dalam Selimut. Nasib bin je lain. Kus semangat!

Membaca buku Adnil Zaff aku selalu ternantikan watak baik 'sound' watak jahat. Sesungguhnya ayat depa tu buat hati rasa puas sekali. Hilang rasa berbuku-buku dalam jiwa ni. Dalam Mr. Crush, aku puas hati tengok Raid sound Juan. Hahaha!

Kisah kekeluargaan yang kuat. Selain keluarga Fakhrul, keluarga Tan Sri Ariff ni pun aku kena buat family tree jugak. Kemain beranak pinak keluarga depa.

Jalan cerita boleh dibaca di review lain. Review ni aku cuma nak cakap Raid ni suwett dan rasional. Tak ada benda bodoh yang dia buat.

4.3/5
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 28, 2022
[eBOOK 190]

Mr Crush by Adnil Zaff.
.

Aku dah lost track dah dengan susur galur keturunan Arif Buhler dan Insyirah dalam novel Janji PadaNya. Sebab keturunan mereka dah berkembang biak sehinggalah kepada Raid.
.

Kali ni kisah Raid dan Fareena. Fareena ialah cikgu kepada adik sepupu Raid, iaitu Edin. Fareena lebih tua daripada Raid. Raid ni masih student universiti.
.

Part awal-awal tu, jujurnya aku rasa agak mendatar, ada scene tarik tali lagi. Aku mulanya nekad nak kasi 3 bintang je disebabkan faktor tersebut. hahhaa
.

Sehinggalah part terbongkarnya kejahatan si Fajarudin, si setan tu. Gila punya jahat. Purposely, dia kahwin dengan janda yang ada anak dara remaja. Ada tu, yang lembam, siap mengandung anak si Fajar tu lagi. Jahat punya manusia. Rasa tak berbaloi kena penjara, dalam keadaan sisa usia yang dah sikit. hahaha..aku emosi. Aku rasa, sekali dia kena sebat, terus dapat heart attack, lepas tu arwah.
.

Dan aku setuju dengan rata-rata reviewer yang cakap, chemistry Raid dan Fareena ni tak kuat sangat. Lagi satu, yang aku perasan, dialognya jenis panjang-panjang. Aku baca pun semput.
Profile Image for Mida Zainal Abidin.
26 reviews
February 10, 2021
kisah cinta Raid dan Fareena kurang menyengat berbanding Rauf dan Diane... macam takde alasan sgt nak kahwin jauh2.... tapi cerita ni mampu juga menaikan emosi semasa kisah kejahatan bapa tiri... mujur pengakhiran yang baik untuk Intan dalam Sentap.....

Adnil Zaff dah jadi my favorite author...setakat yang sy baca semua kisah lain2 yang persembahkan ....digarap dengan emosi naik dah turun....terbaik... kudos to author...
59 reviews2 followers
September 12, 2019
Novel ini padat dengan bab-bab yang menarik. Jika pembaca-pembaca dapat menelaah novel ini dgn tekun pasti mereka dapat sedikit pengetahuan dan pengajaran yg ada. Sebenarnya novel ini bukan menceritakan situasi semata-mata tapi banyak benda yang penulis hendak sampaikan. Admin recommended you all baca buku ini. Boleh dapatkan di https://www.e-sentral.com/ :))
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
April 27, 2020
Started reading this book a few days ago. Please do not be deceived by the title. There is much more than that to this book. I cried at nearly the end of the book. And it’s not easy to make me cry nowadays... read at your own risk. It’s a good book, but at the same time it carries quite a heavy theme. Maybe if you want to read this book, make sure you are in a happy state of mind.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
August 8, 2020
Sangat best 😍 Love love love Raid & Fareena
Profile Image for H___.
52 reviews2 followers
August 30, 2022
Best gila la cite ni. 3-4 kali jgkla aku baca. Part paling lawak tu bila raid kenalkn spruh dr sppu2 die pada fareena tu.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.