Membaca novel nipis ini semperna hari kemerdekaan Malaysia tercinta ke-63. Buku ini mengambil latar belakang beberapa tahun sebelum merdeka iaitu ketika Tanah Melayu sedang menentang pengganas komunis dan Malayan Union. Detik2 penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) turut diceritakan dalam buku ini. 2 bintang kerana agak letih membaca sebab jalan cerita agak perlahan, seperti menonton drama2 RTM tentang kemerdekaan/patriotisme yang agak klise. Bagus sebagai rujukan sejarah.
Membawa kita menyelusuri sejarah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tanah air. Penulis mengambil peristiwa perhimpunan raksasa yang agenda utamanya adalah untuk menentang rencana Malayan Union oleh penjajah British sebagai cerita utama di dalam novel patriotik ini.