Tuhan temukan kita dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis ragam. Ada yang menyinggah dan menyemai benih lalu sembilan bulan membuahkan hasil. Ada yang muncul seketika sebagai penyeri majlis, ada yang berjalan seiringan kita sambil menggenggam erat tangan sebelum terpaksa dilepaskan kerana melalui jalan yang sempit dan sulit. Awalnya berkisahkan dua gadis yang bersahabat. Tapi Tuhan telah mentakdirkan sesuatu yang di luar kawalan mereka. Memiliki perasaan yang tidak pernah diminta, walaupun pada awalnya kedua-dua mereka adalah selurus pembaris. Tidak mahu dibuai oleh nafsu yang jelas terpesong, Hani memilih untuk pergi tatkala Julia sudah cinta separuh mati. Namun, setelah pilihan dibuat, dugaan Tuhan menimpa silih berganti.
AZ berani mengutarakan cerita seperti ini dan AZ Patut dibagi pujian atas keberaniannya. Sebab selalu baca buku just cerita pasal percintaan lelaki sesama lelaki. Lebanese ini sebaliknya.
Permulaan cerita terasa agak lambat.
Cuma, terus-terang aku agak terganggu dengan penggunaan bahasa inggeris yang terlalu banyak di dalam dialog dan kadang-kala dalam naratif juga turut diselitkan. Bukan apa, lebih baik kalau diminimumkan penggunaan bahasa inggeris. Inikan buku Melayu? Kalau banyak sangat BI-nya, bagus baca buku BI saja kan?
Apasal nak guna Saliva? Kenapa tak nak guna perkataan air liur saja? *gelak sambil tekup mulut*
Bolehkah orang-orang macam ni berubah serta-merta? Entahlah~ Mungkin boleh kut.
Mungkin buku ini bukan untuk aku atau juga aku salah masa untuk baca naskah ini (mungkin?).
Apa-apa pun korang cubalah baca dulu, manatau korang akan suka? Iyalah, lain orang lain citarasanya kan?
Perasaan saya bercampur baur usai menghabiskan nukilan manis tetapi pahit sang penconteng Andra Ziyyad. Bermacam perkara saling meningkah adakah ini sesuatu yang adil? Masih ada keadilan kah di dalam dunia ini?
Saya cuba menanamkan mantra yang selalu saya ucap, 'terima segala bentuk penulisan kerana pengarang dan penconteng perasaan itu lahir dari bermacam jenis latar belakang dan juga berbeza cara luahan contengannya'. Boleh saya katakan yang Lebanese ini seperti bermain dengan sisi tegas dan tiada kompromi di dalam masyarakat kita.
Bermula kisah dengan sederhana, saya tersenyum membaca ulah watak-watak yang hidup dan tidak merengsakan (dialog-dialog English di dalam Lebanese sedikit menyesakkan kerana kedengaran seperti buku Komsas yang tersalah silibus tetapi itu semua perkara normal since we Malaysian have so much mix in pronunciation, okay-lah, liaw!). Tetapi lama kelamaan kemanisan itu seperti membawa mudarat yang teramat sangat. Bayangkan kita sedang menikmati gula kapas yang lembut, berwarna-warni. Larut di atas lidah dengan nikmat manis teramat sangat. Jika diamalkan selalu, dengan segala hormatnya menjemput penyakit diabetes menghuni slot kosong di dalam badan. Begitulah dengan Lebanese.
Kita akan tersenyum, ketawa, geram tetapi semua itu tidak kekal bila realiti datang dan menyepak kebenaran di wajah masing-masing. Saya hampir berputus asa dengan apa yang dipersembahkan kepada saya kerana ini sesuatu yang tidak adil dan kejam. Kenapa nak menghukum dengan sebelah pihak sahaja? Kenapa tidak berlaku adil pada perasaan watak-watak? Tetapi saya berbalik kepada fitrah, apa yang dipersembahkan itu adalah sebuah kebenaran. Ya, kita tidak boleh menafikan. Datangla seberapa banyak sekalipun hujah dan pembentangan, ini tidak dibenarkan sama sekali di dalam norma masyarakat kita dan saya terpukul kerana ini adalah realiti kehidupan yang sememangnya palat.
Kenikmatan di dalam penceritaan Lebanese sebenarnya adalah suatu dugaan. Saya mengakui perkara ini benar. Jika mengikut peribadi, segala apa yang dipersembahkan memang saya tentang dan tidak bersetuju tetapi dalam hal ini saya tidak boleh bias, ada sesuatu untuk semua pembaca. Lebanese tidak hadir dengan agenda yang memihak kepada kanan dan memijak yang kiri. NO. Lebanese hadir supaya kita berfikir tentang pandangan masyarakat, tentang kesakitan yang dirasai oleh watak-watak utama. Supaya kita lebih terbuka dalam menerima hal-hal berbangkit, supaya kita tidak alpa dan hanyut dalam fahaman kita sahaja.
Seperti kita menikmati tempoyak yang kita anggap seperti salah satu nikmat syurga dunia, tetapi ada juga segelintir manusia yang bermatian menolak tempoyak dengan mengatakan makanan itu tidak lebih daripada sesuatu yang meloyakan tekak. Faham kan?
Walaupun banyak isu di dalam Lebanese ini yang membuatkan saya kurang senang (kerana ada ayat-ayat daripada watak-watak sampingan lain yang terlalu nista dan jijik) saat saya menghabiskan perenggan terakhir, saya bersetuju. Bersetuju dengan penulis bahawa dunia ini sememangnya punya banyak cabaran dan rintangan yang kita semua sebagai manusia perlu lalui dengan keupayaan diri masing-masing. Berputus asa dengan ujian atau kembali bangun dengan berani meredah segala yang menanti? Sebuah kisah persoalan jati diri, kisah tentang peperangan dalaman manusia yang terpaksa melaluinya dengan perit sekali. Itulah Lebanese.
Terima kasih Andra Ziyyad atas 'teguran' ini, terima kasih juga Buku Pojok kerana berani menerbitkan karya tegas seperti ini. :)
Naskhah yang menyampaikan mesej yang perlu pada zaman sekarang. Percubaan yang berani dan baik untuk menyatakan situasi yang berstigma dan tabu.
Mereka yang berada dalam situasi yang sama mungkin akan rasa premis dan kesimpulannya simplistik dan idealistik; perasaan dan naluri sebegini tidak berubah semudah itu. Dan tak sudahlah gunakan cara klise untuk habiskan cerita.
Apapun, fiksyen ialah cerminan realiti. Jadi sesuatu itu pasti sukar tetapi tidak mustahil. Mungkin jika disampaikan secara lebih sejadi dan tidak guna ayat klise dakwah, lebih mudah dihadam dan tidak rasa seperti stating the obvious sangat.
Benda yang paling menyentap mata dan hati saya dalam naskhah ini ialah kesalahan tatabahasa yang terlalu banyak dalam dialog bahasa Inggeris. Secara peribadi saya boleh terima naskhah bahasa Melayu yang banyak dialog bahasa Inggeris, terutamanya jika latar cerita urban dan watak golongan bandar. Tapi, sila pastikan ejaan dan tatabahasa BETUL! Watak semua golongan pertengahan yang terdidik sampai pengajian tinggi, bukan wannabes yang berbangga dengan broken English.
Atau benda ni pun cerminan realiti juga? Aduh. Simpan kurang bijak itu sendiri. Jika dicetak semula, mohon perbaiki.
LEBANESE Tebitan: Buku Pojok Plt Genre: Fiksyen Sosial Penulis: Andraziyyad Cetakan yang menarik mencakupi kulit muka, blurb dan font pilihan yang menyenangkan. Melihat naskah tersebut sudah tentu kita akan merasa teruja untuk tahu lebih lanjut isi kandungnya. Ditulis dalam bahasa anak muda termasuk lokasi pilihan dan watak watak yang dimulakan di kampus, penulis mula bercerita dengan penuh yakin bagaimana 2 insan boleh jatuh cinta, soal hati masing masing dijelaskan dengan menarik, mula merasa ketegangan perasaan di samping kisah kisah watak sampingan yang menghias jalan cerita. Julia dan Hani digambarkan dalam dua sesi berbeza setiapkali untuk dirungkai sifat dan kelaku mereka secara semulajadi. Hani yang berurusan dengan Pensyarah, teman serumah Rina dan sifatnya yang agak bersahaja. Julia pula digambarkan sebagai wanita yang menarik, manja, melalui hubungan dengan teman sebilik asrama Karmila dan teman lelakinya Ikhwan. Dua watak utama itu digambarkan tertarik pada diri masing masing dan mula bersoal diri. Sehinggalah mereka pergi lebih dari jauh dengan mengistihar diri sebagai pasangan. Penulis hanya menggambarkan secara sipi sipi kemesraan mereka, mungkin kerana tidak berani untuk berterus terang juga secara ekspilsit. Pergi dan meninggalkan menjadi tunggak cerita di hujung kisah bagaimana mereka terkontang kanting mencari jawapan, dikembalikan pula watak Pak Mael dan Karmila yang membawa kisah moral yang berbeza. Positif: 1. Keberanian penulis mahu berkisah tenang hubungan sejenis 2. Kisah setiakawan yang digambarkan. 3. Ilmu baru buat sesetengah pembaca tentang seksualiti
Negatif: 1. Pemilihan dialog dalam bahasa Inggeris yang janggal 2. Kesalahan tata bahasa di luar code uncode. E.g Saliva, tak, aje dan bebarapa lagi. Luahan dalam bahasa Inggeris yang salah seperti: but I really got fever at the submitted day. Nigga dan kesalahan kesalahan kecil lain. 3. Memilih untuk sesi INSOF sebagai penamat 4. Ulangan perasaan Hani dua tiga kali 5. Watak gay yang juga insof dengan mudah. Ianya merupakan percubaan yang berani oleh penulis. Syabas, semoga dapat diedit dengan lebih baik lagi nanti.
Saya hampir meletakkan buku ini dan tidak akan meneruskan pembacaan kerana kesalahan tatabahasa dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggerisnya. Mendengus beberapa kali kerana 'typo' yang ada. Namun kekuatan plot cerita menahan saya daripada berhenti membaca.
Kisah 2 orang remaja perempuan yang jatuh cinta, digarap dengan baik luahan cinta mereka, konflik dan juga kisah lain daripada watak sampingan. Menarik!
Perlu dikreditkan bahawa penulis berani menghasilkan karya berunsur lgbt ini memandangkan lgbt di luar norma masyarakat setempat masa kini. Saya risau dengan pengakhiran cerita ketika mula-mula membaca Lebanese. Risau jika penulis memihak kepada sebelah pihak sahaja, namun lega bila penulis memberikan pengakhiran yang adil kepada watak-watak. Kisah kecil Rina dan juga Pak Mael juga menarik.
Saya suka penulis sedapatnya menerapkan nilai keagamaan melalui watak Kamila. Kamila hadir sebagai penjernih keadaan, membantu Julia menghadapi konflik dalamannya. Kagum dengan watak Ikhwan yang sanggup menunggu dan bersedia membimbing Julia. Penulis juga memberi 'twist' menarik kepada watak Hani berikutan pertemuannya dengan Fikri.
Cerita ini juga memberi kesedaran tentang perlunya sokongan moral dan rohani terhadap watak utama yang diketengahkan. Memahami dan menyelami perasaan mereka, bukan dengan memberikan pandangan negatif tetapi dengan penuh hemah.
Moga jika ada cetakan kedua atau karya lain dapat diedit dengan lebih baik. 3.4/5.0.
"...ujian ALLAH ni datang dalam berbagai bentuk dan rupa, kadangkala ALLAH uji dengan kebahagiaan yang seketika di dunia, demi mendapatkan kebahagiaan kekal abadi di sana nanti. Kadangkala ALLAH uji kita dengan kehadiran seseorang, yang akhirnya memberi derita kepada kita, tanpa kita sedar sebenarnya ada pengajaran dan hikmah disebaliknya.
Bersangka baiklah pada DIA."
Buat yang masih keliru tentang rasa cinta yang hadir, boleh lah baca buku ini.
"Sebesar besar jihad adalah jihad yang melawan hawa nafsu, dik." _ Kamila
cw in the story: theres a few uses of racial slurs(which is not cool btw), homophobia.
the storyline is great..enjoy it a lot.. the conflicts are pretty frustrating.. not the presentation i was looking for but cant say i dont see it coming. the ending is not what i was looking for but again, i did see it coming.. the ending is not my favourite. i hope theres something more.. relatable.. in the sequel.
one of the best book that i've read. recommend to everyone that wanna search for something in their life. This book is not entirely about love. but it goes far beyond than that. its about friendship, loyalty, sacrifice. and i love how every character are in their place perfectly.
i will give 5 star to this book because many pengajaran dan tauladan. i feel Hani so hurt but for her goood sake i hope she can be happy with the right one. LGBT is Forbidden in our religion. please come back stronger
Sarat dengan mesej dan berani membawakan tema lesbian. Selain the obvious cover and tajuk, at first tak sangka cerita ni pasal hubungan sejenis. But it's a good book. Is this the only book yang AZ pernah tulis? Harap dia akan try lagi keluarkan buku² lain.
sangat sangat Recommended !! mesej mesej yg disampaikan dalam buku sangat la berguna kepada semua .. perihal keluarga, kawan, agama, tempat melancong, sehingga lah tempat jalan jalan cari makan .. paling penting, mesej untuk membuka minda rakyat ! so nice !
once beli buku ni terus lepak McD dengan husband. dia baca buku lain aku baca buku lain. this is not the first time aku baca genre lgbt ni, nasib husband tak syak ape2 haha. plot yg best, bahasa yg sempoi dan funny. kdg aku rasa aku lak kecelaruan naluri masa baca cite ni. aku tertarik sebab cover dia yg fishy dan cite dia mmg tak menghampakan. congrats kpd penulis. aku suke gaya penulisan dia even ada typo dan error yg lain tp aku pejam mata je. haha. btw kalau korng nak cite yg lain dr biasa, Lebanese ni aku kira cite tabu dan sedap dibaca. cite dia tak berat dan tak rumit, cuma ada gak part aku termasuk habuk kat mata. meleleh sikit je. well done!