Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat

Rate this book
Buku “Wang Emas” berbeza dari buku-buku lain yang ada dipasaran. Hampir kesemua buku-buku emas dipasaran bercakap tentang “beli harga rendah jual harga tinggi”, tetapi buku Wang Emas memberikan penekanan manfaat simpanan emas selain beli harga rendah jual harga tinggi.

Buku Wang Emas juga menunjukkan jalan secara praktikal bagaimana simpanan emas untuk mampu membantu meningkatkan kedudukan kewangan setiap orang daripada mendisiplinkan diri menyimpan setiap bulan sehinggalah mencapai tahap “kebebasan kewangan”.

220 pages, Paperback

First published January 1, 2017

14 people are currently reading
53 people want to read

About the author

Mohd Zulkifli Shafie

3 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (48%)
4 stars
25 (35%)
3 stars
11 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Naziman Azlye.
34 reviews19 followers
April 29, 2018
Ini buku bacaan pertama saya berkaitan dengan emas. Ada dua buah buku lagi dalam senarai bacaan saya.

Secara keseluruhannya saya amat menggalakkan kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan emas untuk membaca buku ini. Buku ini amat mudah difahami dan amat sesuai sebagai pengenalan tentang emas kerana ia merangkumi secara komprehensif topik-topik penting dalam emas seperti kelebihan emas, pelaburan emas, strategi pelaburan, cara pemilihan emas, pajak emas, dan kaitannya dengan pengurusan kewangan. Sangat komprehensif.

Buku ini asalnya adalah tulisan penulis dalam blog yang dibukukan. Jadi ada beberapa poin sepertinya berulang tetapi yang menariknya, setiap poin tersebut akan diberikan perspektif yang berbeza sehingga kita boleh memahami makna poin tersebut secara mendasar.

Perkara paling menarik dalam buku ini adalah kejujuran penulis dan tidak terlalu berat sebelah. Penulis adalah seorang dealer Public Gold tetapi penulis tidak menjual dan tidak terlalu promosikan Public Gold dalam buku beliau. Penulis juga memberitahu kekurangan pelaburan emas berbanding pelaburan-pelaburan lain tetapi dalam masa yang menjelaskan kekuatan pelaburan emas berbanding pelaburan lain. Ini akan memudahkan pada pembaca menilai pelaburan yang sesuai dengan diri kerana setiap pelaburan ada kekuatan kelemahan yang tersendiri.

Tulisan jujur daripada:
Naziman Azlye
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
February 15, 2023
Emas dikatakan evergreen. Mata wangnya relevan sepanjang zaman. Namun, apa jua yang kita buat haruslah dengan ilmu. Mahu jadi penyimpan emas, pelabur emas atau apa sahaja, pastikan ada asas ilmu mengenainya.

Untuk jadi kaya segera dengan emas, mungkin bukanlah pilihan pertama kerana kadar harganya mengambil masa untuk naik. Tetapi jika dikatakan emas kalis boros, mungkin saya setuju.

Hal ini kerana, simpanan wang yang dialih ke dalam bentuk emas biasanya sukar orang jual beli dengan segera kecuali keadaan yang terdesak.

Penulis menulis berdasarkan pengalaman jadi ada banyak tip diberi berdasarkan pengamatan beliau sebagai penyimpan emas sejak 2010. Secara keseluruhan, buku ini dapat memberi pencerahan kepada pengumpul / penyimpan emas pemula walaupun ada beberapa perkara sama diulang dalam buku ini.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
November 19, 2020
Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat.

Tajuk je dah tahu genre buku ini adalah kewangan dan fokus buku ni adalah pada emas pelaburan. Disebabkan tajuk dengan nature of bisnes aku selari, proses nak hadam dan habiskan buku ni agak laju, within a week.
.
Bagi anda yang masih zero pasal ilmu pelaburan dan simpanan emas fizikal, selain daripada baca buku saya (haha) buku ini juga sangat worth it untuk di baca.
.
Bagi orang lama dalam dunia logam berharga buku ini mungkin adalah ilmu asas, tetapi takkan ada yang advanced kalau tiada basic kan, hehe.
.
Btw, penulis buku ni pon salah seorang mentor dalam syarikat Publicgold. Duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi dengan beliau ialah Puan Azizah Hassan (lebih dikenali sebagai Mama Gold) dan Mahaguru Emas Malaysia Syukor Hashim.
.
Bagi pengemar ilmu kewangan dan bagi mereka yang skeptikal dengan pelaburan dan simpanan emas fizikal, buku ini mampu menjawab dan mengubah paradigma pemikiran anda (perghh, dah macam DDFK dan, haha).
.
#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
March 6, 2021
Jika ingin menjinakkan diri dalam dunia emas, seharusnya buku ini patut dijadikan sebagai bahan bacaan yang pertama sebelum melangkah ke dunia tersebut.

Tetapi kekurangan dalam penulisan penulis, apabila diulang cerita yang sama pada beberapa bab, dan perkara ini akan membuatkan pembaca berasa bosan.
Profile Image for Shahirah.
15 reviews3 followers
October 3, 2023
Emas dikatakan sebagai ibu duit dan mata wang yang paling kukuh sepanjang zaman. Mana tidaknya, satu dinar emas yang seberat 4.25 gram mampu membeli seekor kambing pada zaman Nabi Muhammad SAW. Hari ini, harga satu dinar secara relatifnya masih mampu membeli seekor kambing. Kuasa beli emas tidak susut sejak lebih 1400 tahun.

Buku yang berhalaman 220 ini mengisahkan mengenai kewangan yang berfokuskan kepada emas. Terdapat 7 bab utama yang dikongsikan oleh penulis iaitu:

1. Emas & Kewangan
2. Manfaat Emas terhadap Kewangan
3. Cara Menggunakan Emas
4. Strategi Pelaburan
5. Memilih Emas Terbaik
6. Emas & Ar-Rahnu
7. Bermula dengan betul

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan kepada mereka yang ingin mengetahui manfaat emas terhadap pengurusan kewangan peribadi, menjadikan emas sebagai simpanan jangka panjang, merawat penyakit boros berbelanja mahupun sebagai panduan dalam perniagaan emas.

Penulis juga menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu menggunakan istilah yang boombastik, sesuai bagi pemula yang ingin memulakan langkah dalam mengetahui ilmu asas tentang emas. Tips dan langkah yang dikongsikan juga mudah difahami untuk dipratikkan dalam pengurusan kewangan peribadi.

Antara topik dibahaskan yang menarik bagi saya ialah jadikan emas sebagai forgotten saving. Forgotten saving ini penting supaya duit simpanan tidak bocor bahkan sentiasa bertambah.

Mungkin kita pernah berada di situasi simpan sikit-sikit, lama-lama masih lagi sedikit. Mana tidaknya - Simpan. Bocor. Simpan. Bocor. Simpan lagi, bocor lagi. Kita boleh mempertimbangkan untuk menjadikan emas sebagai langkah mengatasi penyakit ini kerana emas bukan sekadar berfungsi sebagai kalis inflasi tetapi emas juga kalis boros.

Jika simpan emas, simpanan itu lebih tahan berbanding simpanan wang kertas. Ia bukan soal kira-kira, tetapi kesan psikologi. Emas memberikan kesan emosi yang mendalam kepada pemiliknya. Sekali beli emas, akan rasa hendak beli lagi.
Profile Image for MuhammadHafiz MH.
23 reviews
March 19, 2025
Jika anda sukar nak pastikan anda tidak ganggu duit simpanan anda,membeli jongkong emas serendah 1g adalah sangat disyorkan.

Terutama bila anda berazam nak cukupkan simpanan kecemasan anda sekurangnya 6 bulan pendapata bulanan anda.

Jika gaji bulanan anda RM5000 sebulan,maka simpanan emas anda sepatutnya bernilai RM30K.

Emas sangat sentimental pada pemilik.Rasa sayang nak jual.Ini membawa kita sikap berhati-hati nak jual dan belanja duit hasil jual emas.

Itu antara isi penting buku ini yang saya kira memberikan perspektif yang lebih luas tentang emas.

Penulis berkongsi nilai pengalaman beliau yang mula simpan emas sejak 2010 lagi.Ada gaji je,beliau beli emas dan simpan.

Saya sendiri agak lewat sedar untuk beli emas.Isteri saya yang mulakan beli emas awal 2013.Pada ketika itu harga 1g adalah RM150 lebih kurang.Saya terkejut harga 1g kini telah cecah RM455!(2025).

Terus saya nak memahami lebih dalam lagi tentang emas sebagai simpanan kalis inflasi.
Profile Image for Sabri Yaacob.
16 reviews
September 11, 2019
Mengenali En Zulkifli Shafie secara peribadi, penulisannya sentiasa mengkagumkan. Ringkas dan bersahaja tetapi cukup untuk membuka minda mengenai perbincangan yang diketengahkan. Buku Wang Emas ini bagi saya satu buah tangan yang ditunggu-tunggu oleh para penyimpan emas di Malaysia.
Profile Image for Aizuddin.
5 reviews
January 18, 2021
Ilmu berkaitan emas sebagai simpanan dan pelaburan untuk jangkamasa sederhana - panjang. Buku yang sesuai untuk permulaan dalam mengetahu selok-belok simpanan emas, bagaimana bermula, perkara apa yang perly diambil kira, cabaran dan pelbagai lagi.
Profile Image for Jasmin Mohd-zain.
363 reviews11 followers
June 15, 2021
A concise informational book. He is a gold collector since 2010 and his years of experience is shared as your guide on how to.

I liked that he addressed the psychological factors too and advocates prudent money habits.
Profile Image for Syafiqah Izzati W Ibrahim.
7 reviews
June 5, 2017
Membuka minda orang muda macam aku supaya mula menyimpan emas. Banyak tips yang penulis kongsikan. Ringkasnya, anak muda harus celik & ada ilmu sebelum membuat/memulakan sesuatu keputusan/kerja.
Profile Image for Nur Nadiah Abd Hamid.
1 review
November 11, 2018
This book is an excellent read for beginners in gold saving/investment. The explanation is clear and easy to follow. Some parts of the book are quite repetitive.
Profile Image for aziifadzil.
2 reviews
February 28, 2021
Salah satu buku yang bagus dan menarik untuk dibaca, terutama bagi mereka yang ingin menambah ilmu berkaitan emas. Penerangan yang ringkas dan mudah difahami
Profile Image for Fadhil Supian.
44 reviews
November 18, 2021
Repetition byk sgt. Byk kali ulang dlm buku satu dinar bole beli kambing. Content pon recycle je. Anyway ilmu bagus pasal emas.
8 reviews
September 29, 2022
Bagi saya ia adalah sebuah buku yang bagus untuk 20an untuk belajar dan tambah ilmu kewangan
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.