Myra mula sedar ada misteri yang berlaku di rumah sewanya sejak sepupunya, Hanis berpindah masuk.
“Macam mana kau boleh ada kat luar sedangkan kau tidur di bilik aku semalam? Macam mana kau boleh masuk dalam bilik air kat luar? Masa aku keluar tadi kau masih lagi tidur.”
Hanis tergelak. Bagi Hanis hantu tidak wujud.
Segalanya berubah apabila Myra terbaca satu cerita seram di internet tentang Maya. Hilai tawa seorang gadis mengacau hidup mereka. Tragedi berlaku apabila mereka keluar bercuti.
“Hari pertama kita kat sini aku ada nampak sesuatu dalam bilik air. Ada bayang-bayang hitam yang ikut aku kat belakang. Bila aku masuk tandas bayang-bayang itu pun ada sama. Lepas tu hilang.” Bayang-bayang itu buatkan Sarita jadi takut. Dia tidak mahu tinggal di rumah banglo itu lagi.
Masuk hari keempat rumah banglo itu riuh dengan kehilangan Rafiq. Tetapi malam itu…
“Mana kau pergi hah? Tahu tak kita orang semua risau pasal kau. Mana kau pergi? Kenapa tak bagitahu kita orang sebelum kau pergi?” marah Balqis sambil merenung anak mata Rafiq tajam.
“Balqis dengar sini. Rafiq tak balik sini. Kita belum jumpa dia lagi. Balqis dengar tak?” marah Hanis.
Kini, hanya tinggal Hanis, Myra, Adam dan Sarita sahaja di banglo usang itu. Masing-masing menyepi diri. Fikiran Hanis masih lagi bercelaru tentang misteri yang berlaku kebelakangan ini. Hanis meragui sepupunya sendiri.
“Apa yang berlaku ni? Siapa Myra sebenarnya? Myra kena rasuk ke?”
Dalam berperang dengan perasaan takut Hanis ternampak bayang-bayang di sebelah Myra.
Seram dan kejam.. Memang ohsem buku ini.. Roh yang mati dengan dendam mengganggu hidup mereka yang menyebabkan kematiannya.. Maya yang tidak puas hati dibuli, dicemuh, dihina, dipermainkan malah dibenci maka ayahnya membunuh diri dan rohnya mula mencari dan membunuh mereka yang bersalah.. Muncul Myra yang mengasihani Maya selepas mengetahui tragedi yang menimpa Maya sehingga sanggup menyerahkan jasadnya untuk digunakan Maya bagi membalas dendam.. Pergh!!
Maya by Rekka is a gripping revenge story wrapped in a calm, almost sacred atmosphere. The writing feels gentle and reflective, yet beneath it lies a powerful current of pain and purpose. As the story unfolds, the tension builds quietly, keeping you hooked without being overwhelming. What truly stands out is the unexpected twist at the end...it completely changes your perspective and adds depth to everything before it.
kulit novelnya mmg mnyeramkn,tp critenya x berapa seram bg aku sebab kita boleh agak ape berlaku utk part2 strusnya,keseluruhannya jln crite mmg menarik,satu percubaan yg baik dari penulis...👍👍
Para pembaca buku genre seram sudah ada satu lagi buku yang boleh dijadikan koleksi.
Ini merupakan karya sulung Rekka genre seram dan disebabkan itu, jangkakan juga bahagian-bahagian yang menimbulkan beberapa persoalan.
Kulit buku sememangnya menimbulkan rasa seram sehingga saya terpaksa menterbalikkannya (untuk mengelak daripada melihat kulit novel ini) setiap kali berhenti membaca. Banyak babak-babak di dalam novel ini mengambil babak klise dalam wayang-wayang seram yang biasa kita tonton.
Mungkin karya seram kedua Rekka akan menjadi lagi baik. Keep it up sis!