Noah dan Aira... dua nama yang punya kehidupan berbeza. Ibarat, seorang di utara, seorang di selatan. Aira menyembah Dia. Sedangkan Noah tidak percaya kepada Yang Maha Esa. Tidak pernah sebulu. Mereka bertemu dalam keadaan tidak diduga, sungguh memalukan. Saling kenal dan saling sayang.
“You are not a friend of Jammy?” “Nope!” “Then?” “A stranger that want to use a toilet. Just for a while.”
Bukan Aira yang meminta, tetapi Noah yang tidak sabar, lantas hubungan itu termeterai dengan janji suci. Hidup bersama, terlalu banyak rahsia Noah yang terbongkar setelah itu. Aira bingung dan keliru. Apakah dia tersalah memilih Noah sebagai teman hidup?
“You’ve lied to me. Everything about you was a lie.” - Aira Al-Imani
Noah diam mengiakan. Hati juga mengakui, perhubungan mereka dimulai dengan sebuah pembohongan. Dia cuma punya cinta yang lahir dari sekeping hati. Tetapi, apakah Aira mengerti rasa yang tidak pernah padam itu?
Telah Aira serahkan seluruh cintanya buat Noah, namun saat kejujuran dipertaruhkan, seluruh hidupnya menjadi gerhana. Badai yang menghimpit memaksa Aira pergi membawa diri.
Masih adakah ruang dan peluang untuk Noah meraih kembali kepercayaan Aira? Benarkah sudah layu cinta yang dulunya mekar dalam hati Aira buat Noah?
Bila berada di atas dia tak rasa apa orang yang dibawah rasa sehingga roda tu berpusing baru terasa. Rasa diri itu ditampar oleh hujah Mr Husband yg pernah melalui apa yg dia rasakan sekarang..Terasa diri tu hina sangat dipandang serong oleh seorang suami..Itupun sekejap saja then she is back to square one bila sang suami sedar yang tuduhannya itu tak berasas..Balik2 mengunkit..tak penat ke?
Saya tak begitu suka sikap Aira di permulaan cerita dan tak berapa suka hingga ke akhir story..Pendapat saya, Aira takde sikap rendah hati dalam diri..dia rasa apa yg dia buat dan cakap semua betul. Cemburu buta pun ya. Tidak tahu menghormati dan menjaga air muka suami terutama sekali bila masalah melanda mereka berdua. Perkataan maaf pun sukar nak diungkapkan. Noah walaupun ada part tu boleh juga dianggap penipu, sekurang2nya dia jujur dalam hal mencintai isterinya. Cuma terlalu berahsia bab Nina, Iqa & hal silamnya..Mungkin ia terlalu perit untuk di luahkan sekali lagi.
Entahlah bagi saya, jika bab memperlekehkan agama, itu antara Noah dengan Allah..masih boleh diperbaiki dan sebagai isteri harus kena dengan caranya meladeni suami mualaf. Tapi bahagian suami isteri rasanya, Aira lebih banyak kesilapan dari Noah eventhough dah di 'bitchkan' oleh Noah atas salah faham..Sekurang2nya, Noah berusaha untuk berubah dan meraih kemaafan..Unlike Aira..terlalu ego untuk memaafkan.
How I wish Noah dan Syakirah yg dijodohkan akhirnya dan anak kembarnya dibesarkan oleh mereka. Baru padan dengan muka Aira yg tak tahu menghargai kasih sayang hanya kerana sakit hati berpanjangan. (Alhamdulillah tak begitu. Syakirah happily married after all that she has gone thru). Bertambah bengang ngan sikap Aira yg asyik musykil dengan Noah bab agama. Dahlah tak nak tolong betulkan apa yg salah, sinis memanjang saja. Mudah give up..Tanya sekali kalau tak nak ikut lain kali tak tanya lagi. Jika dia rasa dia seorang muslim yg berpegang teguh pada ajarannya, then dia harus tahu berdosa besar memperlekehkan usaha suami yg ingin memperbaiki diri dan membahagiakan dirinya.
3* untuk ceritanya..maaf saya lelah dgn sikap Aira 2* untuk Aira 4* untuk Noah 5* untuk Ajrun (kembar Aira) dan Reen yg sweet dan saling hormat menghormati dan sayang menyayangi even musibah menimpa. 5* untuk hubungan kekeluargaan dalam novel ini. 5* untuk Iqa..watak antagonist musuh dalam selimut..jenis kawan yg shallow minded. Nilai persahabatan dikotori dengan sikap iri dan dengki..tak boleh tengok orang bahagia. Kerana cinta yg diharapkan selalu dipandang sepi. Faham2 jelah tepuk sebelah tangan. Dia perlu belajar menerima jika ada jodoh, tidak ke mana. Sanggup dia memfitnah Nina dan Aira. hmm..adalah kisahnya tu.
NO KES CURANG IN THIS STORY.. Still okay untuk orang macam saya yg beremosi..kalau tidak, letak tepi dululah jawabnya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM14. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Niat tidak pernah menghalalkan cara.
Kerana terlalu obses untuk memiliki Aira, Noah sanggup berpura-pura menjadi someone that he is not...and apabila penipuan dia terbongkar, sedikit pun dia tidak rasa bersalah.
Sikap yang satu tu buat N rasa sangat menyampah dengan Noah. I can relate to Aira because if I were in her position, I'd be just as disappointed.
Cerita ini memang ada sedikit persamaan dengan one of my favourite novel, Janji Pada-Nya. Pada N, JPN lebih dramatik dan lebih berkesan. But honestly, both are great in their own special way.
JS mengingatkan aku pd novel Janjiku Pada-Nya karya Fazlyn Ridz di mana kedua2nya heronya merupakan mualaf.
Jika watak Estaban dlm JP-N merupakan seorg yg suka menaburkan janji2 kosong, manakala watak Noah dlm JS pula seorg yg penipu besar demi memiliki Aira as his wife.
Persamaan Estaban dan Noah ni ialah kedua2nya amat menyayangi isteri mereka seikhlas hati tp sygnya mereka memandang rendah terhadap Islam.
Bg aku, watak Noah tidak boleh dislhkan 100% krn Aira ada juga slhnya. Aira sepatutnya lebih berusaha utk menarik minat Noah terhadap Islam bknnya sibuk mengungkit penipuan Noah setiap masa.
Tp masuk part Aira dianiaya tu... memang sedih sgt. Aira memang terasa hati sgt2 bila Noah hina dia mcm2, sampai sanggup panggil Aira dgn gelaran 'b*tch'.
Dan bila Noah dah sedar kesilapannya sbb tak percayakan Aira, malangnya Aira sudah tidak mahu lg menerima Noah dlm hidupnya. Perubahan Noah sedikit demi sedikit dlm mendalami Islam akhirnya membuat Aira menerima semula Noah.
Tamat pun akhirnya...lelah...lelah dgn sikap Aira ni..Perangai Aira ni agak childish dan annoying.Suka mengungkit,memerli,dan tidak hormat akan suami sendiri,terlalu ikutkan perasaan,walaupun suaminya itu menipu dia,dia tetap kena hormat kerana syurga seorang isteri tu kan di bawah tapak kaki suami.Lagipun,Noah menipu sebab nak dapatkan Aira jugak,so Aira sepatutnya membantu Noah untuk berubah bukannya pandai membebel dan mengungkit je.Nasib la ade watak Ajrun yang lawak dan selamba tu,boleh jugak hiburkan hati aku.4.5☆
Done reading. Saya baca buku ni sebab Permaisuri Hati sangat best. Sudahnya sendiri rasa kecewa sebab tak jumpa rasa best yang diharapkan seperti dalam PH tu. Walaupun ada sedikit rasa boring di pertengahan cerita, saya rasa cerita dia masih best. Cuma watak Aira yang membuatkan saya jadi malas dan geram. Keras hati, keras kepala, ego tinggi dan sinis memanjang. Semua ada pada Aira. Kalau dia lebih matang sedikit, mungkin saya akan jauh lebih suka dengan buku ini.
lovely noah yang terlalu cintakan aira.. for noah penyabar..dan aira .. i tahu bkn mudah dgn keluarga campur ni.. i pernah lalui saangat tk paham haper yg di bicarakan.. dan masih sampai hari ini.. tindakkan u jauhkan diri ..masuk bilik bkn jln yg tepat ok..
Novel ni menggunakan POV 1, iaitu diri Aira. (Sebenarnya, guna la apa apa POV pon, asalkan sedap dibaca).
Novel ni menceritakan tentang Aira dan Noah. Aira, seorang yang dibesarkan dengan didikan agama yang boleh dikatakan sempurna, dan dirinya kira bertuah dilahirkan dalam environment yang sangat islamik. Parents adalah orang usrah, dorang akan selalu solat berjemaah dan tadarus al-quran sama sama. Berlainan pula dengan Noah, seorang Cina-Iban, mualaf. Kalau ikutkan dah lama dah dia revert, tapi sebenarnya dia hidup tak berlandaskan Islam pun.
Pertemuan Noah-Aira ni dalam keadaan yang kelakar. Aira dengan selamba tumpang toilet rumah lelaki yang tak dikenali. Pertemuan demi pertemuan. Akhirnya, mereka sama sama jatuh cinta. Tapi, masalah antara mereka ialah agama.
Kerana terlalu cintakan Aira, Noah menipu yang dia ni seorang Islam yang baik, padahal Noah ni tak pernah solat, tak pernah puasa. 4 bulan pertama kahwin, bahagia je dorang ni, sebab Noah pandai cover. Then, lepas tu, ter kantoi ngan Aira. Lepas tu, banyak pulak konflik antara mereka, dengan kewujudan langau.
Tapi, sebenarnya masalah antara mereka ni ialah kepercayaan tu yang kurang. Noah dengan kisah silamnya dan keenggannya mempelajari Islam. Aira yang cepat berburuk sangka. Tak lama lepas tu, hidayah tiba dalam hidup Noah. Akhirnya, they finally lived happily ever after.
For me, this was good. Lagipon, ni based on Aira's perspective. Tapi, at the end of the story, Noah ada cerita kat Aira dia punya perspective jugak. So, okayla. Takde la rasa tak puas hati sebab baca sebelah pihak je.
An ‘interracial’ marriage between Noah & Aira. Noah yang terkejar-kejarkan cinta Aira, sampai sanggup menipu mengenai dirinya yg kononnya pandai bab agama. Noah’s love for Aira is remarkable but it doesn’t go well with Aira’s acceptance.
Geram sangat dgn Noah yg tak ingin berubah selepas ditangkap & ditegur oleh Aira. Boleh pulak tu dia soalkan mengenai ikhlas & solat. Another thing, part anak! Woahh dier boleh tanya lagi if itu anak dier & nak buat DNA test!!
Memang patut pon Aira bersikap sinis bila Noah cuba utk memperbaiki keadaan. For me, Noah deserves that! After all that he said to her, urgh! Still not over it! Ahahahah!
A roller coaster ride actually. I suka the bond in Aira’s family, Noah’s love towards Aira & Ajrun’s love towards Reen
This entire review has been hidden because of spoilers.
Best. Awal2 tu noah red flag. Lps tu ada konflik yg jadi dia tukar jadi green flag. Character development aku suka. Penulisan dia pun aku suka. Best. Nangis jgk la aku bila konflik tu terjadi. Haihlah. Lelah jadi aira ni ya. Siapa ja yg tak sakit hati bila org tak nak dengar penjelasan kita kan.